Thursday, June 28, 2012

Cabul Dlm Tandas, Lagi Bukti D/Pelajaran Gagal.


GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.


Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang 19 Jun lalu, namun ia tidak berakhir di situ saja kerana selepas itu mereka terus mengganggu kedua-dua mangsa malah turut diugut supaya tidak membocorkan rahsia perbuatan mereka atau akan dirogol.

Tidak tahan dengan gangguan dan ugutan yang diterima, seorang daripada mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin. Menurut sumber, sebelum kejadian kedua-dua mangsa masuk ke dalam tandas sekolah mereka sebelum terdengar bunyi bising di luar.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Hal ini, lebih-lebih lagi berlaku di sekolah, lagi bukti kegagalan dasar pelajaran negara ini... BN bertanggung jawab.

Rela Zina Bawah 18, Tapi Lelaki Dihukum.. Adilkah?


SINGAPURA: Seorang ahli perniagaan Singapura yang terkenal semalam mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan pelacur di bawah umur. Howard Shaw, 41, cucu kepada ahli perniagaan perfileman Runme Shaw dan bekas aktivis alam sekitar, didakwa April lalu kerana melanggan pelacur berusia 17 tahun pada Oktober 2010.


Pelacuran dibenarkan di Singapura tetapi 48 lelaki dalam usia 20-an hingga lewat 40-an, telah didakwa di bawah undang-undang 2008 yang menjadikan ia sebagai jenayah melanggan pelacur wanita di bawah umur 18 tahun. Senarai itu termasuk ahli perniagaan, penjawat awam dan pegawai beruniform dan hukuman maksimum adalah tujuh tahun penjara dan denda.


“Saya mengaku bersalah, tuan,” Howardmemberitahu hakim See Kee Oon di Mahkamah Daerah.

Peguamnya, Harpreet Singh Nehal berkata, Shaw perlu menerima hukuman ringan kerana dia membuat kesilapan “jujur dan munasabah berkenaan umur gadis itu.”

Harpreet berkata, “Dalam prinsip undang-undang, seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan jujur dan munasabah tidak dianggap mempunyai niat jenayah. Undang-undang menganggap beliau sebagai tidak boleh disalahkan secara mental.”

Howard yang berkahwin dengan bekas peserta ratu cantik, mempunyai dua orang anak perempuan hasil daripada perkahwinan yang pertama, merupakan lelaki keempat dijatuhkan hukuman kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur yang sama. Kesnya akan didengar sekali lagi lewat bulan depan.

Perkhidmatan pelacuran itu diiklankan dalam satu laman web yang tidak berfungsi kini dan namanya tidak boleh disiarkan kerana masih di bawh umur ketika kesalahan itu dilakukan. Bekas pengetua sekolah rendah yang mengaku bersalah atas kesalahan sama telah dijatuhkan hukuman sembilan minggu penjara.

Lima warga asing juga didakwa melakukan hubungan seks dengannya, antaranya adalah Juerg Buergin, expatriat dari Switzerland yang bekerja dengan syarikat perbankan gergasi UBS. - Straits Times

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Melakukan najis zina, suka sama suka tidak salah, tetapi kalau dengan wanita bawah umur (18 tahun), cuma lelaki yang dihukum. Apakah wanita itu tidak kenal erti seks rela dengan seks paksa? Lebih tepat menggunakan 'baligh' (mengikut istilah Islam) yang tidak tentu jumlah umurnya.

Bagaimana si yang rela menggoda tetapi tidak dihukum? Maka seks bawah umur aakan terus berlaku dan terus menzaimi kaum lelaki. Peraturan inilah juga yang dilaksanakan di Malaysia. (IH)

Haire Othman Jumpa Tok Guru Nik Aziz Pula..

Haire Othman dalam Facebooknya berkata:-

Saya sungguh terharu apabila diraikan oleh TGNA secara peribadi dan tertutup disebuah hotel sebentar tadi, makan tengahari bersama beliau beralaskan surat khabar saja..seorang ulamak dan juga menteri besar Kelantan..bagaimana tergamak kita berkata beliau Tok guru kafir..? Beliau banyak menjelaskan tentang perjuangan berlandaskan Islam, bukan bangsa..alhamdulliah! (IH)


Sebelum ini...

Bunuh Diri Ujian Merosot, Lagi D/Pelajaran Gagal..

 
Pelajar perempuan 16 tahun bunuh diri sebab takut keputusan ujian merosot

JAKARTA: Seorang gadis berusia 16 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah, menggantung diri sehingga mati kerana dikatakan bimbang akan keputusan peperiksaannya yang teruk, semalam.

Gadis itu yang dikenali hanya sebagai SA, ditemui mati di rumahnya di Kampung Tengah di Kramat Jati Timur, Jakarta Timur. Abang SA, Komaruddin, 22 menemui mayat adiknya tergangtung dari siling tingkat dua rumah mereka. Dia dikatakan menggunakan tali leher dan tali pinggang untuk menggantung dirinya.

“Saya sangat terperanjat melihat mayatnya. Saya terus menjerit dan meminta bantuan jiran,” katanya.


Komaruddin terus membawa adiknya ke Hospital Al Fauzan di mana doktor memberitahunya, adiknya telah meninggal dunia. -JP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu lagi contoh kegagalan dasar pelajaran sekular yang memisahkan ilmu dengan tuntutan di akhirat. Bukan ilmu untuk bertakwa.. Seperti juga praktikal dasar pelajaran di Malaysia.

Memo Tuntut Royalti Kepada MB Kelantan



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

MEMORANDUM GABUNGAN PROFESIONAL TUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE NEGERI KELANTAN (ROYALTI)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Setia.

Dengan hormatnya, ini adalah MEMORANDUM kepada Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan. Bahawa isu Pengeluaran Petroleum sebagai Hasil Bumi Negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui Batasan Kepentingan Politik yang sempit.

Pertama; Kami mewakili NGO-NGO Negeri Kelantan mengucapkan Jutaan Terima Kasih diatas kesungguhan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam memikul Amanah dan Tanggungjawab yang telah diberikan oleh Majoriti Rakyat Negeri Kelantan terutamanya didalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah dinafikan oleh PETRONAS.

Kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah mengambil tindakan bijak, membawa isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan untuk dibicarakan didalam Mahkamah yang Sah mengikut lunas Undang-Undang yang telah ditetapkan mengikut Perlembagaan Negara Malaysia yang kita cintai.

Kami percaya, Majoriti Rakyat Negeri Kelantan sentiasa memberi sokongan Padu yang Tidak Berbelah bagi atas usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan dan sokongan itu dapat dilihat hari ini dan juga melalui Kempen mengumpul Tandatangan Sokongan kepada Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah kami jalankan sebelum ini yang setakat ini telah berjaya mengumpul hampir 70,000 tandatangan Rakyat Negeri Kelantan Pelbagai lapisan Masyarakat dan Umur.

Kedua; Seperti yang dimaklumi oleh Pihak Kerajaan Negeri, Tanah Tumpah Darah kita, Negeri Kelantan Darul Naim yang lebih dikenali sebagai “Serambi Mekah” adalah sebuah Negeri yang kaya Buminya baik di Daratan yang penuh dengan Sumber Alam Semula jadi termasuk Mineral dan Lautannya yang penuh dengan Galian Minyak dan Gas.

Perairan Negeri Kelantan menyimpan sebanyak 17 Trillion Gas Asli yang pada masa ini sudah mula diterokai dan dituai hasilnya oleh Syarikat Carigali Minyak Malaysia PETRONAS semenjak awal 1980-an dan setakat hari ini, 5 blok yang kaya dengan Minyak Mentah, Gas Asli dan Condensate telah ditemui iaitu dari Blok MTJDA (Malaysia – Thailand Joint Development Area), PM301, PM302, PM325 dan PM326.

Pihak kami ingin mengambil contoh Negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu yang juga dianugerahkan oleh Allah dengan Hasil Bumi yang bukan sedikit seperti juga Negeri Kelantan. Masing-masing Negeri tersebut dikenali sebagai Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dan masing-masing Negeri tersebut juga diberi kelebihan mempunyai lokasi Pendaratan Minyak dan Gas yang dikeluarkan dari Perairan Negeri masing-masing ke Daratan Negeri masing-masing. Malangnya ini tidak berlaku kepada Tanah Tumpah Darah kita Negeri Kelantan yang kita sayangi.

Merujuk kepada apa yang berlaku semasa Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-12, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V telah bertitah;

“Beta berharap, Gas ini dapat didaratkan di Negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan Zon Industri Petrolium di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”

Kami dengan ini Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V menyokong sepenuhnya Hasrat dan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V supaya Hasil Bumi yang disedut dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri ini supaya Manfaatnya dapat dinikmati oleh Seluruh Rakyat Negeri Kelantan yang amat-amat kita sayangi dan cintai.

Kami juga berharap supaya pihak Kerajaan Negeri Kelantan lebih bersungguh dalam membuat Tuntutan Pendaratan Gas di Negeri Kelantan supaya Hasil dan Manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai Golongan, Kaum, Bangsa, Agama dan peringkat umur.

Pihak kami mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Tuntutan Pendaratan Gas yang dianggotai oleh Pelbagai Profesional dalam bidang berkaitan bagi mengkaji kesan-kesan Sosio-Politik keatas Negeri Kelantan sekiranya Hasil Bumi dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri Kelantan dan hasil kajian tersebut perlu dibentangkan kepada Rakyat Kelantan melalui apa sahaja cara sebagai bahan umum supaya seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai peringkat lebih faham akan Nikmat dan Manfaat yang akan sama-sama kita berkongsi di kemudian hari Hasil dari Perut Bumi Negeri Kelantan sendiri.

Ketiga;
Kami juga mencadangkan supaya Plak Royalti yang telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dibuat salinan, digantung dan dipamerkan di permis-permis Kerajaan sebagai simbolik Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

Memorandum ini bertarikh 26hb. Jun, 2012
Haji Nazeri bin Deraman
Pengerusi Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)
http://royaltikelantan.com/

Mengapa Saya Masih Belum PAS? -Abby Abadi

HALAMAN HIBURAN
ALOR SETAR - Belum sampai masanya lagi! Demikian kata Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan televisyen Gerak Khas ketika diajukan pertanyaan sama ada akan mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.

Beliau berkata, belum sampai masanya lagi untuk menyertai Pas seperti yang dilakukan oleh beberapa selebriti sebelum ini.

Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan saya tak nak (jadi ahli Pas) atau nak mengelakkan (menyertai Pas) tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

"Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan.

“Sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli Pas," katanya.

Tambah beliau: "Apabila saya betul-betul faham baru akan sertai. Bukan tak nak masuk… sabar ya."

Beliau berkata demikian sewaktu diasak pelbagai soalan bila akan masuk Pas semasa sesi dialog berkongsi pengalaman penghijrahan bersama Abby Abadi di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.

Hadir sama, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.

Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran Pas dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan.

“Bukan sahaja bergandingan bersama mereka tetapi juga pernah berkongsi pentas ilmu dengan selebriti seperti Bob Lokman. Saya bangga abang Bob (Bob Lokman) dan Kak Aishah (Wan Aishah Wan Ariffin) menyertai Pas selepas mereka faham apa yang diperjuangkan.

“Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang bercakap macam-macam mengenai mereka, cakap tak sedar diri dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah. Namun bila bersama mereka tidak pernah mereka memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian,” katanya.

Menurutnya, hasrat  beliau kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

"Saya sendiri tidak suka melihat berlaku perpecahan antara orang Melayu serta sesama Islam," katanya.

Dalam majlis itu, Abby turut menerima senaskhah buku Munajat Pejuang yang disampaikan Mohd Nasir sebagai simbolik pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah. (SH)

Lihat sebelum ini..

The Avengers Filem No.3 Di Dunia

SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Avengers.

HALAMAN HIBURAN

The Avengers filem No.3 di dunia

LOS ANGELES - Filem The Avengers kelmarin diumumkan menduduki No.3 dalam senarai kutipan tiket tertinggi di dunia. Ia berada di belakang filem Avatar yang menduduki tempat pertama diikuti Titanic.

Filem arahan Joss Whedon dengan kerjasama Marvel Comics itu memperoleh kutipan sebanyak AS$7 juta (RM22.3 juta) pada minggu lalu. Filem itu menampilkan beberapa watak adi wira seperti Iron Man, Captain America dan Hulk.

Dianggarkan kutipan filem tersebut setakat ini ialah AS$1,438.3 juta (RM4.59 bilion) sejak ia ditayangkan pada Mei lalu. Filem Avatar arahan James Cameron mencatatkan kutipan tiket sebanyak AS$2.78 bilion (RM8.8 bilion). Titanic yang turut diarahkan Cameron memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$2.19 bilion (RM6.9 bilion). - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails