Sunday, July 01, 2012

Bagaimana Dekati Islam -Cerita Abby Kpd N/Aziz


KOTA BHARU: Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi tidak dapat menahan sebak apabila diminta Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menceritakan bagaimana beliau mula terdetik untuk berubah dan mendekati perjuangan Islam.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan hanya sempat menyatakan, pada awalnya mempunyai masaalah peribadi, dan seterus memohon kepada Allah sewaktu berada di Makkah. Katanya, dia memohon pada Allah agar ditunjukkan jalan yang benar bagaimana harus dia tuju dalam saat sebegitu.

Beliau berkata demikian ketika bertemu Tuan Guru di Pejabat Menteri Besar Kelantan di bangunan SUK di sini petang tadi. Sambungnya, dia sebelum ini pernah menghadiri program lain termasuk anjuran Barisan Nasional, namun ianya berbeza dengan anjuran PAS yang lebih terasa diri dekat dengan Allah.

Dalam pertemuan itu beliau juga meminta Tuan Guru mendoakan beliau agar terus istiqamah dengan perubahannya ini. Pada masa sama, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS turut meminta Abby mendoakan Kelantan kekal dibawah pemerintahan parti Islam dan dia sentiasa sihat. (Hrkh)


Kekalkan Mandat Kpd PAS -Nik Aziz


SHAH ALAM:
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat negeri itu agar kekal memberi mandat kepada PAS pada pilihan raya akan datang supaya nilai dan budaya Islam dapat terus disuburkan.

Menurutnya, sejak PAS mentadbir negeri itu pelbagai perkara baru diperkenalkan kerajaan negeri untuk memberi kebaikan rakyat yang selari dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Beliau memberi contoh sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu yang bukan sahaja bebas riba malah memberi keadilan kepada rakyat dan kini ditiru pula pihak lain.

Selain itu banyak lagi perkara lain yang Kelantan menjadi perintis perubahan termasuk peraturan papan iklan yang mensyaratkan wanita menutup aurat.

"Kelantan boleh buat macam itu kerana ada kerajaan. Kenapa ada kerajaan? Kerana ada undi.

"Bila orang undi kita parti PAS yang dasar kita Islam, maka kita boleh buat banyak lagi benda-benda baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di dewan Wisma PKPS di sini semalam.

Gambar: YAB Tuan Guru sejurus tiba di Dewan Orkid, WISMA PKPS, Seksyen 14 Shah Alam.

Sejak memerintah negeri pada tahun 1990, lebih 100 perubahan besar telah dilakukan kerajaan negeri khususnya program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Sehubungan itu katanya, rakyat Kelantan perlu terus bersama kerajaan negeri bagi membolehkan banyak lagi perkara-perkara baik dicetuskan pada masa akan datang.

"Orang lain tiru benda baik yang kita buat, dapat pahala.

"Kerajaan dapat pahala, orang yang undi kerajaan yang buat baik itu pun dapat pahala," katanya.

Dalam pada itu lebih 200 anak Rantau Panjang di perantauan hadir dalam majlis pertemuan itu semalam.

Selain Tok Guru, turut hadir adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof, Adun Gual Periok Ustaz Mohamad Awang, Adun Meranti Nusuruddin Daud dan Adun Bukit Tuku Abd Fatah Haron. Zailah ketika mengulas program semalam mengucapkan tahniah atas kehadiran anak-anak Rantau Panjang ke program itu.

"Saya ucap tahniah dan terima kasih kepada yang hadir. Rata-rata yang saya jmpa itu saya kenal keluarga mereka dan majoriti di sini anak Rantau Panjang.

"Ramai antara mereka ini beritahu saya dah tak sabar nak mengundi," katanya.

Terdahulu pelbagai aktiviti dijalankan pada sebelah paginya termasuk perlawanan futsal anjuran Dewan Pemuda PAS Rantau Panjang. Pasukan 'IR Land' menjadi juara apabila menewaskan pasukan 'Tepi Sungai' 2-0.

Pasukan 'Suara Anak Muda RP' pula di tempat ketiga menewaskan pasukan 'Batu 10B' untuk tempat keempat. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan piala, tempat kedua RM500, ketiga RM300 dan keempat RM100.

Turut menarik perhatian semalam pertandingan memakai serban ala ulama tersohor Kelantan, Tok Kenali.

Uniknya, pertandingan itu dimenangi seorang anak muda yang hanya berbaju t-shirt dan berseluar jeans yang mengenakan serban paling menyerupai serban Tok Kenali.

Pemenang adalah dipilih sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Menang, UMNO Tak Berani Bubar Parlimen -N/Aziz


SHAH ALAM:
'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan presiden Umno itu.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen.

"Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di dewan Wisma PKPS di sini semalam. Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai tarik PRU-13, dan desakan tidak henti-henti dari Pakatan Rakyat, Najib semalam tampil dengan kenyataan membayangkan pilihan raya tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Beliau memberi alasan kononnya mahu menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum kali ini. Mengulas lanjut 'ketakutan' Najib itu, Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan tidak menolak kemungkinan ianya disebabkan kebangkitan rakyat yang kini semakin ramai menyokong Pakatan Rakyat.

"Semalam di Johor, tak pernah lagi sebegitu ramai.

"Ini membuktikan kesedaran dan gelombang perubahan itu wujud," katanya.

Sementara itu, hadir sama dalam program itu Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof, Adun Gual Periok Ustaz Mohamad Awang, Adun Meranti Nusuruddin Daud dan Adun Bukit Tuku Abd Fatah Haron.

Lebih 200 anak Rantau Panjang turut hadir dalam majlis itu. (Hrkh)

Nik Aziz Nasihat Dr M Mengenai Marina..

 Nik Aziz kecam Harussani
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyentuh peranan anak perempuannya Datin Paduka Marina Mahathir dalam Bersih, tidak sewajarnya mengheret kepentingan keluarga dalam membincangkan soal negara.

"Saya kira seorang negarawan tidak akan mengheret kepentingan keluarga dalam membincangkan soal negara," kata beliau dalam laman sosial Facebook hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Bersih melibatkan kepentingan rakyat, "bukan soal Datuk Mukhriz (Mahathir)."

"Tun Mahathir yang lebih 'abang' dari saya sewajarnya sedar hakikat ini.

"Kita tidak bersetuju biar dengan hujah, bukan kerana kepentingan masa depan politik 'si anak'," kata beliau lagi.

Nik Aziz berkata, "saya membaca muka hadapan Sinar Harian di sini (Kuala Lumpur) yang memuatkan teguran Tun Dr Mahathir kepada anaknya, Marina agar tidak terlibat dengan gerakan Bersih."

"Antara faktornya ialah agar ia tidak memberikan kesan kepada abangnya Datuk Mukhriz yang akan bertanding dalam pilihan raya," kata beliau lagi.

Mukhriz, yang kini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Timbalan Pengerusi Umno Kedah, disebut-sebut akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika BN menguasai negeri itu.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berharap Marina  tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya. Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum  yang bersih dan adil.

“Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

“Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya,” kata Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno dan bekas Pengerusi Barisan Nasional.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia. (SH)

108,650 Salah Laku, Betulkan Dasar Pelajaran..

 

108,650 pelajar terlibat salah laku

 KUALA LUMPUR - Sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah tersebut, isu ponteng sekolah merupakan penyumbang terbesar salah laku disiplin iaitu 18,550 pelajar. Katanya, kes-kes disiplin lain yang dicatatkan oleh kementerian ialah memukul, bergaduh dan kekemasan diri.

"Walaupun jumlah pelajar yang melakukan kesalahan disiplin hanyalah sedikit, sekiranya tidak diberi perhatian serius, ia boleh menjadi masalah yang parah," katanya pada majlis perasmian Program Pemantapan dan Jati Diri Sahsiah Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam mengatasi masalah disiplin melibatkan pelajar sekolah, kementerian telah melakukan pelbagai inisiatif termasuklah menjalankan satu kajian terperinci mengenai punca sebenar berlakunya gejala ponteng sekolah tahun ini. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tunggu apa lagi, betulkan dasar pelajaran negara dengan segera. Dasar salah, bagaimana perlaksanaannya akan jadi betul. (IH)

Syabas Mesir Bela Palestin & Rakyat Syria!

















 MOHAMMED MORSI mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir di Mahkamah Agung Perlembagaan di Kaherah semalam.

KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengumumkan sokongannya kepada Palestin sehingga penduduk wilayah berkenaan "mendapat semula, semua hak mereka". Dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden Mesir di Universiti Kaherah di sini semalam, beliau turut meminta supaya pertumpahan darah di Syria ditamatkan.

"Saya mengumumkan dari sini bahawa Mesir, rakyatnya dan institusi Presiden berdiri teguh bersama bangsa Palestin sehingga mereka mendapat semula semua hak mereka," kata Morsi.

"Kami juga menyokong rakyat Syria. Kami mahu pertumpahan darah di negara berkenaan dihentikan," tambahnya.

Beliau mengulangi bahawa Mesir akan menghormati semua perjanjian antarabangsa yang pernah ditandatanganinya. Negara Arab berkenaan memeterai satu perjanjian damai dengan Israel pada 1979.

"Kami membawa mesej keamanan kepada dunia, diiringi oleh perutusan mengenai hak dan keadilan," ujarnya.

Morsi, 60, yang meletak jawatan daripada pegerakan Islam, Ikhwanul Muslimin selepas memenangi pilihan raya Presiden bulan ini, berucap dengan nada tegas berhubung sokongannya kepada Palestin semasa berkempen. Ikhwanul Muslimin turut menentang Bashar Al-Assad dan menyokong kebangkitan rakyat menentang Presiden Syria berkenaan.

Namun, sebagai Presiden, Morsi dijangka tidak melakukan perubahan besar ke atas dasar luar Mesir terutamanya berhubung Israel. Terdahulu, beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir dalam satu upacara ringkas di Mahkamah Agung Perlembagaan di sini.

"Saya bersumpah dengan nama Tuhan yang Maha Besar akan mengekalkan pemerintahan republikan dan menjunjung perlembagaan dan undang-undang negara serta menjaga kepentingan rakyat," katanya dalam upacara di mahkamah berkenaan.

Morsi merupakan Presiden Mesir pertama yang dipilih menerusi proses pilihan raya sejak Hosni Mubarak disingkirkan dalam kebangkitan rakyat awal tahun lalu. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Syabas Presiden baru Mesir, Mohamed Morsiyang tetap bertegas...
  • Mengumumkan sokongannya kepada Palestin sehingga penduduk wilayah berkenaan mendapat semula, semua hak mereka.
  • Meminta supaya pertumpahan darah di Syria ditamatkan.dan turut menentang Bashar Al-Assad dan menyokong kebangkitan rakyat menentang Presiden Syria berkenaan.  (IH)

Aku Boleh Musnahkan Semua Yahudi.. -Hitler



Komen Hitler tentang Yahudi pernah menjadi perdebatan di dunia. Benar atau tidak, ucapan itu memang di lontarkan oleh Hitler tetapi yang jelas ungkapan itu memang ada maknanya dan ada benarnya.

Ada sebuah ungkapan yang konon dilontarkan pentolan Nazi Adolf Hitler. Kurang lebih perkataannya adalah, "Ich konnte all die Juden in dieser Welt zu zerstoren, aber ich lasse ein wenig drehte-on, so knnen sie herausfinden, warum ich sie getotet"

Ertinya ": Aku boleh musnahkan semua Yahudi di dunia ini, tapi aku tinggalkan sedikit yang hidup, agar kamu nantinya dapat mengetahui mengapa aku bunuh mereka."

Benar atau tidak ucapan itu dilontarkan Hitler memang bukan menjadi persoalan. Tapi, ungkapan itu seolah-olah ingin menggambarkan betapa dahsyatnya bangsa Yahudi Ungkapan itu ramai diperbincangkan di jejaring sosial facebook.

Konon, ucapan yang dilontarkan itu, dijadikan acuan bagi tentara Nazi untuk melakukan genosida kaum Yahudi di Eropah. Meski hal ini masih jadi perdebatan. Namun terlepas benar atau tidaknya ungkapan itu, setidaknya kini semua manusia melihat dengan jelas bagaimana aksi brutal bangsa Yahudi. Mulai dari perampasan tanah Palestin sejak tahun 1965 hingga pembunuhan penduduk awam di Jalur Gaza dan sekitarnya.

Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi DK Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?

Hairannya PBB tutup mata dengan kebrutalan israel. Padahal sudah banyak bukti pelanggaran Hak Asasi Manusia oleh israel. Inilah sedikit gambaran tentang kebrutalan Israel

(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-20: Hitler, Masuk Islam & Meninggal Di Indonesia
E-Buku IH-20: Hitler, Masuk Islam & Meninggal Di Indonesia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails