Thursday, July 05, 2012

Lihat! Keluarga Ini Buat Payudara Palsu. Wajarkah?

Keluarga Payudara Palsu

SATU keluarga di Inggeris, yang hampir semua anggota keluarga perempuannya telah menjalani operasi payudara. Mulai dari ibu dan 4 anak perempuannya, semuanya berpayudara palsu. Perempuan-perempuan di keluarga Marshall telah menghabiskan hampir 3 liter silikon yang dimasukkan ke payudara dalam 13 operasi plastik. Ibunya telah 4 kali melakukan operasi payudara.
  • Chantal Marshall (53 tahun), ibu, memiliki ukuran payudara 32GG yang diperoleh dari empat kali operasi. 
  • Emma (30 tahun) juga memiliki ukuran 32GG setelah tiga kali operasi, 
  • Terri (27 tahun) dengan ukuran 34HH setelah tiga kali operasi, 
  • Tara (26 tahun) menjalani dua kali operasi untuk memperoleh ukuran 34F dan 
  • Ripley (21 tahun) berukuran 32DD setelah satu kali operasi.
Satu-satunya perempuan di keluarga Marshall yang memiliki payudara alami adalah Britney, itu pun kerana ia masih berumur 14 tahun dan belum boleh melakukan operasi payudara. Tapi ibunya telah mendesak melakukan operasi pembesaran payudara jika umur cukup, iaitu 18 tahun.

“Saya suka penampilan anak-anak saya dan saya tahu Britney akan ke arah yang sama ketika ia sedikit lebih tua. Saya suka idea ini, kami semua mirip dan glamor,” jelas Chantal Marshall, yang berasal dari East Midlands, seperti dilapotkan Thesun, Selasa lalu.

Chantal menjalani operasi pertamanya pada tahun 1996 setelah kehamilan membuat tampilan payudaranya menjadi kurang menarik. Menurutnya, operasi payudara telah membuat hidupnya menjadi lebih baik. Ibu 9 anak ini benar-benar ingin terlihat seperti selebriti Katie Price.

“Payudara saya membuat saya merasa luar biasa dan telah mengubah hidup saya,” jelasnya.

Begitu anak-anak perempuannya cukup umur, mereka pun mulai mengikuti jejak ibunya memperbesarkan payudara. Lima perempuan ini setidaknya telah menghabiskan biaya 50,000 poundsterling untuk memperbesar payudara dan mendapat julukan The Kardashians dari East Midlands.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hal ini melibatkan perlakuan pembedahan kosmetik. Bagaimana hukumnya dalan Islam? Mari kita lihat seterusnya.

Pembedahan kosmetik atau lebih dikenali sebagai pembedahan plastik mula dikenali pada pertengahan era perubatan moden. Pembedahan plastik ini merangkumi dua keadaan iaitu :
  • Pembedahan untuk merawat pemandangan luaran manusia yang disebabkan keaiban atau kecacatan semulajadi yang berlaku atau disebabkan oleh faktor luaran seperti kemalangan dan kebakaran.
  • Pembedahan yang bertujuan untuk menambahkan kecantikan luaran manusia berdasarkan kehendak nafsu semata-mata seperti membesarkan atau mengecilkan buah dada, menegangkan kulit dan sebagainya.
Pembedahan plastik ini telah melalui satu peringkat perkembangan menakjubkan, dengan meningkatnya nisbah kejayaan di negara-negara maju sejak kebelakangan ini. Perkembangan kepada keinginan melakukan pembedahan plastik lain seperti mengecilkan lubang hidung, dagu, telinga, membesarkan atau mengecilkan bibir dan lain-lain lagi. Dikatakan juga, ianya satu isu penting berbahaya, melanda umat manusia khususnya bagi golongan muda-mudi.

Ianya telah wujud sejak zaman dahulu lagi di mana golongan Cina dan Hindu telah melakukan amalan bertindik di hidung dan telinga sejak tahun 700 Masihi lagi. Di dalam syariat Islam pula, hal ini mula timbul pada akhir kurun ke-6 Hijrah yang mana Rasulullah SAW sendiri telah melakukan beberapa perkara berkaitan kecantikan seperti mewarnakan rambut dan sebagainya.

  • Hadis diriwayatkan oleh Al-Tibrani daripada Aisyah R.A yang berbunyi :Maksudnya : Daripada Aisyah R.A katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : ubahlah rambut uban dan jangan menyamai kaum Yahudi dan Nasrani.
  • Maksudnya : Daripada Sokhrah bin Said dari datuknya. Seorang wanita dari kalangan mereka telah berkata : Rasulullah SAW telah masuk kepadaku dan bersabda : warnakanlah, kamu meninggalkan khidhob (mengecat dengan inai) hingga tangan kamu menyamai tangan lelaki.
  • Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi yang berbunyi..Maksudnya : Daripada Abd Rahman bin Tarafah sesungguhnya kulit hidung Arfajah bin As'ad telah terpotong pada hari peperangan Kulab pada zaman Jahiliyyah, maka dia menggantikan hidungnya yang rompong itu dengan perak lalu berbau busuk, lalu Nabi Rasullullah SAW memerintahkan agar digantikannya dengan emas.

Secara dasarnya, kebanyakan daripada para penyelidik dan ahli-ahli Fiqh kontemporari tidak melihat pembedahan plastik ini sebagai suatu yang dilarang sekiranya bertujuan untuk merawat keaiban atau kecacatan yang dialami oleh para pesakit. Keaiban dan kecacatan ini boleh membawa kepada gangguan mental pesakit tersebut sekiranya tidak dijalankan pembedahan plastik ini. Secara logiknya, gangguan mental ini lebih teruk jika dibandingkan dengan kesakitan pada anggota badan.
  • Sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Syarik ada berbunyi.. Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : wahai hambda-hamba Allah sekalian, berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan dijadikannya ubat kecuali penyakit tua.

Namun, sebahagian kecil daripada ahli-ahli Fiqh berpendapat haram dilakukan pembedahan plastik ini kerana ianya menolak ketentuan dan takdir Allah dan pembedahan plastik ini juga mengubah ciptaan Allah SWT dan perkara ini merupakan amalan syaitan sepertimana potongan ayat Al-Quran yang berbunyi :
  • Maksudnya : Dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.
  • Selain itu, Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud ada menyatakan: Maksudnya : Allah SWT melaknat orang-orang yang membuat tatu dan yang meminta untuk dibuat tatu, dan orang-orang yang menipiskan bulu kening dan orang-orang yang meminta untuk dinipiskan bulu kening, dan orang-orang yang merenggangkan gigi untuk tujuan kecantikan yang mana perkara ini mengubah ciptaan Allah.
  • Sebuah lagi Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada berbunyi :Maksudnya : Dari Asma' sesungguhnya seorang perempuan datang kepada Nabi lalu berkata : aku ada seorang anak perempuan yang baru melangsungkan perkahwinan, dia telah jatuh sakit lalu rambutnya telah gugur. Adakah boleh bagiku untuk menyambungkan rambutnya itu dengan benda lain (dengan diberi cemara dan sebagainya), lalu Nabi SAW berkata : Allah SAW melaknat orang yang menyambung rambut dan orang-orang yang meminta untuk menyambung rambut.

Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau kemudharatan. Sesungguhnya hukum Syarak itu mendatangkan kesenangan bagi umat manusia dalam meniti perjalanan hidup seharian.

Sepertimana Firman Allah SWT yang berbunyi :Maksudnya : Sesungguhnya Allah mendatangkan kesenangan kepada umat manusia dan bukan mendatangkan kesusahan kepada mereka.
 (IH)

Wednesday, July 04, 2012

Hebatnya, Atap Rumah Tok Guru N/Aziz

http://bm.harakahdaily.net/cache/315330_441721779194435_126576955_n_thumb_medium490_0.jpg

"Ke rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini untuk menyerahkan beberapa dokumen, di ruang tamu beliau kelihatan sebahagian siling tidak ditutup bagi membolehkan cahaya masuk. Rupa-rupanya hanya atap zink yang menutupi atas ruang tamu. Atap rumah saya agaknya lebih mahal... Semoga Allah merahmati tuan selamanya........." - Setiausaha Politik Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzli Shaari.

RTM Sahkan Rosmah Mansur Sebagai PM ?



SETELAH sekian lama cuba tidak menonjolkan diri bagi mengejar dan meraih publisiti, akhirnya isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor muncul kembali.. ‘Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri’ itu yang terpapar pada skrin.. tapi yang ditampilkan ialah isteri Perdana Menteri..

Sedikit sebanyak pasti akan ada remaja yang tertanya-tanya siapa Perdana Menteri Malaysia yang sebenar ni? Tetapi jangan berasa hairan.. Rosmah sememangnya diiktiraf sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh negara luar, contohnya Singapura..

Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berkunjung ke Malaysia suatu masa dulu, meletakkan Rosmah sebagai manusia pertama yang ditemuinya ketika berkunjung ke Malaysia.. bukannya Najib.



Beliau berjumpa dan mengadakan rundingan empat mata dengan Rosmah Mansor. Pertama kali dalam sejarah negara seorang VVIP asing mendahulukan untuk bertemu isteri Perdana Menteri bukannya Perdana Menteri sendiri.. Secara tak langsung Lee Kuan Yew menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri Malaysia.. dan Najib tu?

Sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Seniman & Artis Bantu L/raya Rakyat K'tan Pula..



KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan kerjasama PAS Kawasan Batu akan mengadakan perhimpunan seniman dan artis untuk membantu pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan. Himpunan ini akan diadakan pada 6 Julai di Dewan Besar KUIZM, Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula pada jam 9.30 malam.

Inilah julung-julung kali program seperti ini dianjurkan oleh Paksi yang teruja dengan saranan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memohon supaya rakyat jelata turut terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Rakyat ini.

Himpunan ini bertujuan untuk mengutip derma pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan. Himpunan yang bertemakan 'Semarak Seni, Lebuhraya Rakyat' akan diisi dengan pelbagai acara kesenian dan kebudayaan termasuk deklamasi sajak, lagu puisi, pantun seloka selain ceramah.

Jualan dan lelongan lukisan dan buku juga akan diadakan pada malam tersebut. Beberapa orang tokoh  sasterawan dan artis terkenal telah bersetuju hadir untuk menjayakan hasrat murni ini.  Antara mereka ialah SN. Datuk A. Samad Said, Dinsman, Pyanhabib, HMS Abu Bakar, Rahamad Haron dan beberapa tokoh lain.

Di kalangan artis dan pelakon penyanyi Wan Aishah, Bob Lokman, Leman Raja Lawak akan turut sama menjayakan program ini.  Turut sama nanti ialah pelakon Hairi Othman dan Zulkifli Ismail. Tokoh politik yang akan hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa yang mewakili kerajaan Kelantan.

Hasil kutipan malam itu dijangka akan diserahkan oleh Pengerusi PAKSI, Dinsman kepada Husam Musa dalam bentuk, mock cheque. Rakyat disaran supaya datang beramai-ramai menghadiri program ini sambil berhibur sambil menderma.

Bawalah kawan-kawan, sahabat andai, keluarga dan teman-teman datang bagi menjayakan usaha murni yang dianjurkan oleh para Seniman.  "Jangan lupa bawa duit untuk menderma. Ini saham Akhirat," kata Cikgu Ishak Surin, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu.(IH)

Ceng Wei Shan: Artis Cina Pula Serang BN..


JIKALAU penyertaan Bob Lokman, Aishah, Dayang Ku Intan, Hairie Othman, Abby Abadi, Iwan dan lain-lain ke dalam Pakatan Rakyat menimbulkan gelombang dalam arena politik kebelakangan ini, dunia hiburan Cina tempatan juga tidak kesepian, apabila penyanyi popular tempatan pada zaman 1980-an dan 1990-an, Ceng Wei Shan berkempen secara terbuka di pentas DAP pada malam 29 Jun.

Ceng Wei Shan (gambar) mempersoalkan, "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki sebagai manusia? Berapa lagi 'tempoh lima tahun' untuk anda menggarap masa depan negara?

Jadi, jangan lepaskan peluang anda, hargailah tempoh lima tahun ini sebaik-baiknya, lakukanlah perubahan sebaik-baiknya. Dalam masa lima tahun, kes misteri Teoh Beng Hock perlu didedahkan. Hati saya perit membaca beritanya. Saya penyanyi Malaysia. Saya tidak terkata apa-apa. Saya gagal melakukan apa-apa. Saya hanya gelisah dalam hati. Begitu juga dengan anda semua."

Ketika menyanyikan lagu "Mimpi Keemasan Kota Bersejarah" (terjemahan), Ceng berkata, "Kota yang lama memiliki mimpi yang baru. Mimpi hari ini adalah untuk membawa perubahan pada masa depan, membawa perubahan untuk anak-anak. Jadi, mahu berubah? Berani untuk berubah? Saya sudah all out! Jikapun filem Kepong yang saya lakon itu diharamkan, saya pun tak kisah!"

Demikianlah ucapan Ceng Wei Shan ketika berkempen secara sukarela di ibu pejabat DAP Melaka pada malam 29 Jun, di depan kira-kira 2,000 hadirin. Ianya dipercayai kali pertama untuk penyanyi lagu Cina berkempen untuk pembangkang, selepas Auguste Kwan yang berkempen untuk Hew Kuan Yau dari DAP di DUN Bukit Gasing pada tahun 1999. Auguste Kwan adalah penyanyi Cina tempatan paling popular pada zaman 1990-an.

Baru-baru ini, beberapa artis popular dunia hiburan Cina mulai menunjukkan sokongan secara terbuka dalam isu seperti BERSIH 3.0, Hentikan Lynas dan sebagainya. Malah, seorang pengarah filem independen, Ho Yuhang telah memakai baju kuning "Kill Bill" (Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman) untuk menghadiri Majlis Perlancaran Filem Ah Beng The Movie: Three Wishes, yang dirasmikan Perdana Menteri Najib Razak, awal tahun 2012.

BN tidak menyara hidup saya

Ceng Wei Shan menulis di laman sosial Facebooknya kemudian, mendakwa bahawa dirinya sangat gembira kerana telah melakukan persembahan yang paling bermakna dalam hidupnya pada malam tersebut. "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki? Saya akan kesal untuk seumur hidup seandainya saya tidak melangkah keluar pada hari ini."

"Untuk sekian tahun saya hidup, untuk sekian lama saya berada dalam dunia hiburan... Dulu saya terikat dengan kontrak syarikat, jadi saya tidak boleh membuat keputusan ke mana harus saya pergi untuk lakukan persembahan. Sekarang, saya sebagai individu yang bebas. Jadi, apa perlunya saya untuk mengambil peduli pandangan orang? Buatlah apa yang saya rasa patut, dan apa yang bermakna!" sambungnya.

Ceng Wei Shan mendakwa dirinya benar gembira dengan persembahan pada malam 29 Jun, kerana berkempen untuk DAP-Pakatan Rakyat secara sukarela. Beliau melihat petugas yang ghairah, dan gelombang untuk membawa perubahan. Segala-gala ini telah membuatkan Ceng merasakan keputusannya untuk lakukan persembahan ini dengan "all out" adalah memadai.

Penyanyi ini sedar bahawa beliau berdepan dengan risiko beritanya dipadamkan media, atau kehilangan peluang persembahan lantaran keputusannya berkempen untuk Pakatan Rakyat. Ceng Wei Shan yang sudah dua kali berada di pinggiran maut kerana kemalangan dan penyakit, berkata dirinya tidak kesal kerana tiada sesiapa yang mampu meramalkan masa depan dirinya. Berulang kali beliau berkata tidak banyak "tempoh lima tahun" dalam hidup seseorang manusia.

Ceng yang prihatin dengan perhimpunan BERSIH gagal turun ke jalan raya kerana keadaan kesihatannya yang tidak membenarkan. Beliau menitiskan air matanya apabila melihat gambar di tempat kejadian. Jadi, beliau tidak menyelindung hasratnya kali ini, untuk berkempen di pentas DAP dan menyeru agar semua orang menyertai arus perubahan.

"Apakah BN akan menyara hidup saya bila saya tidak bernyanyi?" Ceng Wei Shan meluahkan segala-gala yang terpendam dalam hati, sebagai seorang penyanyi Cina yang tidak menerima layanan adil dalam dunia hiburan. Beliau berkata, tidak kurang penyanyi Cina tempatan yang memperolehi anugerah di peringkat antarabangsa, tetapi tidak diiktiraf di Malaysia. Layanan jauh berbeza apabila artis dunia hiburan Melayu membuat persembahan di Indonesia dan Jepun.

Di samping itu, Ceng Wei Shan juga bersimpati dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock, pendidikan Cina yang tidak mendapat pembelaan dan sebagainya. Beliau marah apabila kekayaan negara dirampas perasuah yang menzalimi rakyat.

Beliau persoal, "Untuk membantu orang saya boleh membuat 160 persembahan tanpa syarat dan tanpa upah. Apakah saya tidak boleh mengorak selangkah ke depan untuk perubahan? Walaupun saya artis, tapi saya juga anak watan Malaysia! Apakah artis bukan warga negara?"

Ceng menambah, 95% daripada penyanyi popular yang dirinya kenal cenderung untuk "pertukaran kerajaan", namun mereka terikat dengan kontrak syarikat. Lagipun, peluang liputan mereka telah berkurang, seandainya "dipadamkan" sepenuhnya, maka hancurlah masa depan mereka. Itu puncanya mereka tidak menyatakan pendirian secara terbuka.

*Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 2 Julai 2012. - Merdeka Review

Bila Dompet N/Aziz Terjatuh...


JOHOR BAHRU – Sifat merendah diri dan zuhud terserlah ketika Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS ingin mengeluarkan wang lalu dompetnya terjatuh di atas lantai pada program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor di Dataran Dahlia, dekat sini, baru-baru ini.

Menariknya, apabila dompetnya itu hanyalah sekeping sampul surat biasa telah membuatkan ramai yang terkejut dan sukar untuk mempercayai seorang yang bertaraf menteri besar hanya memiliki sesuatu seperti demikian.

Ibn bacoks ketika merakamkan gambar tersebut sempat mendengar bisikan-bisikan ramai dengan pelbagai ungkapan takjub kerana teruja dengan peribadi yang ditonjolkan secara sepontan oleh tokoh pujaan ramai itu. Aksi spontan itu disaksikan lebih 10,000 orang ketika Menteri Besar Kelantan itu ingin menurunkan tandatangan pada signbord simbolik kepada kepulangan Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS ke Johor.

Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan ringkas, Salahuddin menceritakan pengalamannya sewaktu memenuhi undangan makan malam daripada sebuah keluarga miskin di utara semenanjung. Katanya, dua keping getah yang disidai di tempat yang berasingan itu difahamkan untuk sara hidup anak beranak, manakala selebihnya untuk perjuangan.

Beliau yang terharu dengan pengorbanan seorang yang dianggap dhaif, tetap mahu berjuang sekalipun tinggal hanyalah sekeping getah demi kelangsungan jemaah. ”Pakcik itu boleh berjuang hidup mati hanya untuk Islam, apalah yang ada pada diri saya. Saya serahkan diri pada Allah. Balik ke Johor untuk bertanding. Itu niat (ikhlas) saya,” katanya lagi bernada merendah diri. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malulah, pemimpin-pemimpin yang merasakan dirinya berjuang Islam, tidur kekenyangan, sedangkan membiarkan jirannya dalam kelaparan! Kisah dua keping getah itu, patut dijadikan iktibar

Al-kisah Hudud Johor...bergambar

Mula Mula ..
|
\/

Kemudian .. PAS Bagi Sokongan Penuh
|
\/

Tapi Ditempelak Oleh Chua Soi Lek
|
\/

Namun, DiBack Up Mufti Pahang
|
\/



Malangnya Ditepis Jawatankuasa Agama
|
\/


Sebabnya Bos Dah Bagi Tau Awal Awal
|
\/


Maka .. Inilah Pengakhirannya .....
|
\/
 

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails