Monday, July 09, 2012

Budaya Punggung Tonggek Menyerang M'sia Pula.

MANGSA KECANTIKAN... Solange (kanan) dan Claudia maut selepas menjalani pembedahan membesarkan punggung.
MANGSA KECANTIKAN... Solange (kanan) dan Claudia maut selepas menjalani pembedahan membesarkan punggung.

KL: Budaya 'Punggung Tonggek' atau fenomena membesarkan punggung yang popular di Britain dan Amerika Syarikat kini mula menular di negara ini, terutama di kalangan selebriti, orang kenamaan dan model, supaya kelihatan lebih seksi dan montok.

Trend ini semakin menjadi-jadi selepas personaliti popular Britain, Pippa Middleton secara tiba-tiba dilihat memiliki punggung seksi ketika menjadi pengapit kakaknya, Kate pada majlis perkahwinan dengan Putera William, tahun lalu.

Faktor itu menyebabkan ramai mendakwa dia menjalani pembedahan atau suntikan membesarkan punggungnya yang sebelum itu leper. Selain pengaruh Pippa dan selebriti Barat lain, trend membesar dan memantapkan punggung turut dikaitkan dengan artis Korea dan Jepun yang makin popular di kalangan remaja negara ini.


Pakar kulit, Dr Ko Chung Beng berkata, selepas penggunaan silikon, teknologi terkini bagi membesar dan mencantikkan punggung yang semakin menjadi pilihan ialah melalui pemindahan lemak dari tubuh ke punggung.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pihak berwajib atau Bahagian Agama perlu peka dan ke depan dalam memantau iu-isu sosial masyarakat, apa lagi yang berkait dengan hukum-hakam agama Islam seperti merubah tubuh badan sendiri dan lain-lain. (IH)

Sunday, July 08, 2012

Rakyat Libya Mengundi Selepas Lebih 50 Tahun


SEJUMLAH wanita beratur untuk mengundi pada pilihan raya Dewan Perhimpunan Nasional di sebuah pusat membuang undi di Tripoli semalam. 

TRIPOLI/BENGHAZI – Penduduk Libya yang girang dengan sebahagiannya menitiskan air mata, berpisah dengan legasi Muammar Gaddafi semalam apabila mereka mengundi dalam pilihan raya umum bebas pertama yang diadakan dalam tempoh lebih 50 tahun.

"Sukar untuk saya menceritakan perasaan saya. Kami (rakyat Libya) membayar harga tinggi untuk kebebasan ini (pilihan raya),” kata Zainab Masri.

Bertugas sebagai seorang guru, Zainab, 50, ialah wanita pertama yang membuang undi di sebuah pusat mengundi di Tripoli semalam. “Dua ahli keluarga saya mati semasa kebangkitan menentang Gaddafi. Saya yakin masa depan akan lebih baik buat Libya,” ujarnya.

Namun, di Benghazi dan beberapa bandar lain di selatan Libya, sebanyak 101 pusat membuang undi terpaksa ditutup buat sementara waktu semalam akibat perbuatan sabotaj. “Terdapat 94 peratus pusat mengundi di Libya yang dibuka,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Nuri Al-Abbar kepada wartawan di ibu kota Libya, Tripoli.

Menurutnya, proses membuang undi berlangsung di 1,453 daripada 1,554 pusat mengundi di seluruh negara. “Sebahagian pusat mengundi tidak dibuka atas sebab keselamatan dan logistik,” ujar Nuri.

“Kami sedang menangani masalah ini dengan menghantar bahan mengundi ke pusat-pusat tersebut supaya orang ramai boleh mula mengundi,” tambahnya selepas lima jam proses mengundi bermula di Libya pada pukul 8 pagi.

Menurut Nuri, kebanyakan perbuatan sabotaj berlaku di timur Libya yang merupakan pusat kebangkitan rakyat Libya menentang Gaddafi pada tahun lalu. Jelasnya, sebahagian penduduk rantau berkenaan yang kaya dengan minyak, menentang pilihan raya tersebut kerana mahukan pemerintahan autonomi.

Sekitar 3,700 calon bertanding pada pilihan raya berkenaan yang dinamakan pilihan raya Dewan Perhimpunan Nasional yang bertujuan untuk memilih 200 anggota dewan Parlimen sementara Libya.
Anggota dewan berkenaan ditugaskan untuk memilih seorang Perdana Menteri dan membentuk perlembagaan baharu sebelum pilihan raya Parlimen penuh diadakan pada tahun depan.

Antara parti politik yang dilihat berpeluang untuk menang dalam pilihan raya tersebut termasuk Parti Keadilan dan Konstruksi yang dinaungi pegerakan Islam Ikhwanul Muslimin dan parti Al-Watan.
– Agensi

Bandaraya Maya Tertinggi Di Eropah


pix_middle

THE Shard, bangunan tertinggi di Eropah, dirasmikan Khamis lalu. Dengan 11,000 tingkap yang boleh melitupi kawasan seluas lapan padang bola sepak, kerja membersihkannya pasti bukan kerja mudah.
Bangunan itu disifatkan oleh pemajunya sebagai ‘bandar raya maya’ yang lengkap dengan pejabat, sebuah hotel, apartmen mewah dan platform meninjau dengan pemandangan menakjubkan sekeliling London.

Dengan pembidaan untuk kerja pembersihan masih terbuka, beberapa syarikat di Britain menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan kontrak mencuci tingkap paling lumayan di Eropah itu.
   
  • Foto
    DUA DUNIA... pekerja mencuci bahagian luar tingkap bangunan setinggi 309.6 meter itu yang baru siap dibina.
  • Foto
Berbeza dengan bangunan biasa yang dibersih menggunakan gondola, permukaan bersudut Shard yang setinggi 309.6 meter itu memerlukan pasukan pakar untuk melungsur dari tingkap ke tingkap sambil mencuci.

Untuk memastikan tingkap sebuah menara itu bersih seperti bangunan Canary Wharf, kosnya boleh menjangkau £150,000 (RM750,000) setahun dan mungkin mengambil masa seminggu untuk membersihkan satu permukaan.

Seorang pekerja penyelenggara berkata: ‘Saya sudah naik ke tingkat 71 dan agak menakutkan apabila melihat ke bawah dari dalam.

“Saya tak dapat nak bayangkan jika berada di luar pada ketinggian itu. Namun mereka yang bekerja di atas sudah biasa.”

Reka bentuk Shard dengan penggunaan panel kaca menjadikan pencakar langit itu satu daripada mercu anda paling ikonik di London.
Ia dimiliki bersama oleh kerajaan Qatar dan Kumpulan Hartanah Sellar serta dibiayai oleh Bank Nasional Qatar.

Acara perasmiannya Khamis lalu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Qatar, Hamad Bin Jassim Bin Jabor Al Thani, dan Duke of York, Putera Andrew, menandakan siapnya bahagian luar bangunan berkenaan, sementara kerja di bahagian dalam dijangka berterusan hingga 2013.

Bangunan pencakar langit itu adalah sebahagian daripada pembangunan di Southwalk yang dikenali sebagai London Bridge Quarter. Kedudukan Shard sebagai menara paling tinggi di Eropah bagaimanapun tidak akan bertahan lama. Menara Bandar Raya Mercury di Russia yang setinggi 331 meter dijadual siap menjelang akhir tahun depan.

Tiket untuk naik ke atas dan melihat pemandangan sekeliling mula dijual Jumaat lalu. Namun, pembeli hanya boleh menaikinya pada 1 Februari tahun depan. Sehingga ini, lebih 17,500 orang mendaftarkan diri secara on-line untuk tujuan itu. (myMetro)

Bola Sepak Wanita Bertudung, P'cis Bantah FIFA

Tolak Keputusan FIFA, Perancis Tidak Izinkan Wanita Berjilbab Bermain Bola






SUKAN
 

Kesatuan Bola Sepak Perancis (FFF) dilaporkan menolak keputusan FIFA untuk mencabut larangan wanita mengenakan tudung selama pertandingan. Pemain sepak bola wanita di Perancis tidak akan diizinkan untuk mengenakan tudung semasa bermain di pertandingan internasional dan kompetisi domestik.

Keputusan itu muncul sehari setelah FIFA memberikan izin bagi pemain wanita Muslim untuk menutupi rambut mereka di lapangan. FFF mengatakan Jumaat lalu (6 Julai), wajib menghormati prinsip-prinsip konstitusional dan hukum sekularisme yang berlaku di negara itu. Pernyataan itu kemudian menambahkan,

"FFF tidak mengizinkan pemain wanita memakai tudung dalam pertandingan internasional dan kompetisi domestik."

Dalam menyetujui tudung, otoriti bola sepak telah membatalkan larangan tudung yang telah dikenakan di kompetisi FIFA sejak tahun 2007 untuk alasan keamanan.(IH)

Ulama Mahu Pengarang Akhbar Dihukum Mati

GAMBAR pada 5 Julai 2012 menunjukkan dua pasang kekasih sedang berdua-duan di sebuah pantai di Rabat, Maghribi.

RABAT, Maghribi – Tiga ulama konservatif paling terkenal di Maghribi secara terbuka membuat permintaan supaya wartawan yang menyokong kebebasan seksual di negara Afrika Utara berkenaan dijatuhi hukuman mati.

Tindakan itu dibuat selepas pengarang akhbar harian Al-Ahdath Al-Maghribia, Mokhtar el-Ghzioui, secara terbuka menyokong seorang aktivis hak asasi manusia Maghribi yang menghalalkan hubungan seks sebelum perkahwinan.
Beliau membuat komen penuh kontroversi itu dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen pada minggu lepas.

Dalam wawancara tersebut Mokhtar berkata, beliau tidak kisah jika emak atau adik perempuannya bersetuju mahu melakukan hubungan seks suka sama suka. – Agensi

Tahniah Red Warrior - Nik Aziz




SUKAN

KL: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan 'The Red Warrior' kerana berjaya mempertahankan kejuaraan juara Liga Super untuk kali kedua.

Beliau yang melahirkan ucapan tahniah itu melalui laman sosialnya 'facebook' turut bangga dengan kemenangan besar pasukan Kelantan ketika menentang Perak malam tadi.

"Tahniah saya rakamkan kepada pasukan The Red Warriors yang telah disahkan sebagai juara Piala Liga Super 2012 sebentar tadi setelah menewaskan pasukan Perak dengan kemenangan yang besar.... Tahniah!" jelasnya melalui laman sosial itu sebaik sahaja Kelantan menang ke atas Perak.

Sebelum itu Kelantan yang sebelum ini pada tahun 2011 telah dinobatkan sebagai juara liga super untuk kali pertama dan pada tahun 2012 Kelantan telah berjaya mempertahankan apabila menewaskan Perak dengan jaringan 6-0 di Kota Bharu malam tadi.

Kelantan yang sebelum ini telah membawa balik Piala FA dan dengan kemenangan kali ini piala kedua Juara Liga Super turut berada di Negeri Kelantan.

Pasukan Kelantan akan meneruskan cabaran memburu juara Piala Malaysia dan juga Juara Piala AFC. (Hrkh)

Taubat, Suami Merangkak 100m Mohon Maaf Isteri..

 

PADA 30 Jun lalu, kira-kira jam 1:40 petang di Putian, Fujian, seorang lelaki telah merangkak di atas jalan raya sambil menunduk kepalanya ke tanah setiap kali dia merangkak ke hadapan. Beberapa pekerja dan pelanggan di sebuah restoran yang berhampiran telah turun untuk melihat apa yang berlaku. Lelaki yang merangkak ini sangat muda dan kacak.

Dahi pemuda ini telah lebam dan berdarah kerana perbuatannya yang merangkak dan menghentakkan kepalanya di sepanjang perjalanan. Orang ramai yang tidak sanggup melihat kejadian ini telah meminta beliau berhenti tetapi pemuda itu mengucapkan terima kasih dan enggan menerima bantuan.

Beliau berkata beliau telah melakukan sesuatu kesalahan besar kepada isterinya, dan untuk meminta maaf, beliau akan merangkak seperti ini sehingga tiba ke Zhengrong Times Square. Dari lokasi semasa lelaki ini ditemui sehinggalah ke Zhengrong Times Square, pemuda itu perlu menempuhi jarak perjalanan sejauh lebih daripada 1000 meter.

Menurut saksi-saksi berhampiran, lelaki itu telah merangkak sejauh kira-kira 200 meter sebelum seorang wanita tiba dengan sebuah motosikal dan kemudian menahan sebuah teksi sebelum membawa lelaki ini pergi. 

Komen Weblog Ibnu HasyimSeorang suami di China merangkak sejauh 1000 meter untuk meminta maaf kepada isterinya.  Apakah begitu taubat mulia bagi orang Cina? Atau hanya melapaskan kepuasan kerana rasa bersalah dan ingin insaf semula?

Dalam agama Islam, kepuasan itu disalurkan melalui 'Taubat'. Taubat Nasuha...  Jom kita perdetailkan sikit mengenainya....

Taubat Nasuha
Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8:Maksudnya: 
  • “Hai orang yang beriman! 
  • Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, 
  • mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu 
  • dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, 
  • pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; 
  • cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; 
  • mereka berkata: 
  • Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; 
  • sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Berdasarkan ayat tadi, taubat nasuha adalah taubat yang benar dan bersungguh-sungguh. Oleh itu bagi memastikan taubat itu adalah nasuha, maka beberapa syarat hendaklah dipatuhi iaitu:

Satu: Meninggalkan terus segala perkara maksiat sama ada kecil atau besar.

Dua: Menyesal atas segala dosa yang lalu.

Tiga: Bertekad untuk tidak mengulangi semula dosa-dosa tersebut.

Ketiga-tiga syarat tadi adalah bagi dosa kita dengan Allah SWT, tetapi bagi dosa kita sesama manusia pula di tambah syarat yang keempat.. 

Empat:  Iaitu wajib memohon kemaafan sebagai cara bertaubat. Sekiranya salah satu syarat ini tercicir, nescaya tidaklah dinamakan taubat nasuha. 

Bagi mengawal tanda aras taubat nasuha ini, sesetengah ulama ada mengatakan bahawa hendaklah ditambah syarat kelima...

Lima: Iaitu ikhlas kerana Allah SWT barulah ia lebih sempurna.

Solat Taubat

Para ulama sepakat tentang disyari'atkannya solat taubat. Diriwayatkan dari Abu Bakar al-Shiddiq RA , katanya: Aku mendengar Rasul SAW bersabda..
  • مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ، ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلَّا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ"Tidaklah seorang hamba berbuat satu dosa, lalu ia bersuci dengan baik, lalu berdiri untuk solat dua rakaat, kemudian memohon ampun kepada Allah, melainkan Allah akan mengampuni dosanya."

Kemudian Nabi SAW membaca:
  • وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. [QS. Ali Imran: 1365]." (HR. Abu Dawud no. 1521. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Abi Dawud)

Penulis Shahih Fiqih Sunnah dalam megomentari hadits di atas mengatakan,
  • "Dalam sanadnya terdapat kelemahan, hanya saja ayat tersebut menguatkan maknanya. Di samping itu, hadits ini juga dishahihkan oleh sebagian ulama." (Shahih Fiqih Sunnah: 2/95)
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya, dari Abu Darda' RA, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
  • "Siapa yang berwudhu dan memperbagus wudhunya, lalu berdiri shalat dua rakaat atau empat (salah seorang perawi ragu), ia memperbagus dzikir dan khusyu' dalam shalatnya, kemudian beristighfar (meminta ampun) kepada Allah 'Azza wa Jalla , pasti Allah megampuninya." (Para pentahqiq al-Musnad mengatakan: Isnadnya hasan. Syaikh Al-Albani menyebutkannya dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no. 3398).
Sebab Solat Taubat

Solat taubat dikerjakan masa seorang Muslim terjerumus ke dalam makasiat, baik maksiat dosa besar atau kecil. Maka ia wajib segera taubat dan disunnahkan baginya untuk mengerjakan solat dua rakaat. Dua rakaat ini termasuk bahagian dari amal shalih yang disunnahkan untuk dikerjakan dalam masa taubat. Ia sebagai wasilah (perantara) kepada Allah untuk mendapatkan taubat dariNya dan ampunan atas dosanya.
Waktu Solat Taubat

Disunnahkan solat taubat ini masa seorang Muslim bertekad untuk bertaubat dari sebuah dosa yang telah diterjangnya, baik taubat ini segera dikerjakan selepas ia melakukan maksiat itu atau mengakhirkannya. Yang wajib atas seorang yang berdosa agar segera bertaubat. Tapi kalau ia mengakhiri/menundanya maka tetap diterima. Karena taubat boleh diterima selama belum datang satu dari dua keadaan berikut ini:
1. Bila ruh belum sampai ke rongkong. Yakni ia yakin akan mati segera sehingga tiada pilihan lain kecuali itu, seperti Fir'aun, dikisahkan dalam QS. Yunus: 91-92.
Rasulullah SAW  bersabda:
  • إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama ruh (nyawa)nya belum di tenggorokan." (HR. Al-Tirmidzi, hadits hasan)
2. Apabila matahari terbit dari barat, kerana Nabi SAW bersabda:
  • مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ "Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah akan menerima taubatnya." (HR. Muslim, no. 2703)
Solat taubat ini disyariatkan dalam semua waktu, sampai pada waktu terlarang pun boleh dikerjakan, seperti sesudah solat 'Ashar. Sebabnya, kerana ia termasuk jenis solat yang memiliki sebab. Maka disyariatkan dan boleh terus dikerjakan masa datang sebabnya. Syikhul Islam rahimahullah berkata,
  • وَكَذَلِكَ صَلَاةُ التَّوْبَةِ فَإِذَا أَذْنَبَ فَالتَّوْبَةُ وَاجِبَةٌ عَلَى الْفَوْرِ وَهُوَ مَنْدُوبٌ إلَى أَنْ يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَتُوبَ كَمَا فِي حَدِيثِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ  "Demikian pula solat taubat (termasuk solat yang memiliki sebab dan perlu segera dilakukan, sehingga boleh dilakukan meskipun waktu terlarang untuk solat), jika seseorang berbuat dosa, maka taubatnya itu wajib, iaitu wajib segera dilakukan. Dan disunnahkan baginya untuk melaksanakan solat dua raka’at. Kemudian ia bertaubat sebagaimana keterangan dalam hadits Abu Bakar Al-Shiddiq.” (Majmu’ Al-Fatawa, Ibnu Taimiyah: 23/215)
Sifat Solat Taubat

Solat taubat dikerjakan sebanyak dua rakaat. Dikerjakan sendirian, kerana ia termasuk nawafil yang tidak disyariatkan secara berjamaah. Dan disunnahkan untuk beristighfar sesudah selesai mengerjakannya, sebagaimana yang terdapat dalam hadits Abu Bakar al-Shiddiq RA di atas. Tidak ditemukan tuntutan dari sunnah Nabi SAW yang menetapkan bacaan tertentu pada dua rakaat tadi. Maka orang yang mengerjakan solat taubat membaca surat yang dia kehendaki. Selain itu, juga disunnahkan baginya untuk memperbanyak amal shalih lainnya. Ini didasarkan kepada firman Allah Ta'ala:
  • وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِمَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا ثُمَّ اهْتَدَى "Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertobat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar." (QS. Thaahaa: 82)
Di antara amal-amal utama yang boleh dikerjakan oleh orang yang bertaubat: ialah shadaqah, kerana shadaqah termasuk sebab besar yang menghapuskan dosa.
  • إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ  "Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS. Al-Baqarah: 271)
Terdapat penguat dari kisah Ka'ab bin Malik RA, saat Allah menerima taubatnya, ia berkata:
  • "Wahai Rasulullah, sesungguhnya dengan sebab (diterima) taubatku, saya akan mensedekahkan semua hartaku kepada Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda, "tahanlah sebahagian hartamu, maka itu lebih baik bagimu." Ia menjawab, "Aku tahan sahamku yang ada di Khaibar." (Muttafaq 'Alaih)

Kesimpulan:
  1. Solat taubat memiliki landasan shahih dari sunnah Nabi SWT.
  2. Solat taubat disyariatkan saat seorang Muslim bertaubat dari dosa besar mahupun kecil. Tidak dibedakan, baik dosa itu baru saja dikerjakan atau sudah lama.
  3. Solat taubat boleh dikerjakan pada semua waktu, sampai pada waktu yang terlarang mengerjakan solat sunnah.
  4. Selain mengerjakan solat taubat, orang yang bertaubat juga dianjurkan mengerjakan amal-amal kebajikan, seperti shadaqah dan selainnya. 
Solat taubat adalah sebahagian dari taubat nasoha. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails