|
Pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.
"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan.
Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam.
Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China. Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. - AFP
Komen Weblg Ibnu Hasyim: Sebenarnya keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 bukan kerana penduduk Uighur menyerang bangsa Han, tetapi kerana orang Islam rakyat China sendiri bangsa Uighur terpaksa mempertahankan diri membela keadilan menolak kezaliman, untuk melaksanakan hak dan tumtutan agama sendiri di bumi mereka sendiri.
Contohnya seperti perlarangan hak berpuasa dan aktiviti Ramadahan. Perlarangan itu suatu keganasan kepada agama Islam. Mana suara pejuang-pejuang keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia? Perlukah diboikot hubungan dagang dengan China? (IH)