Monday, August 13, 2012

Presiden Mesir Arah ketua Tentera Bersara Awal

Mohammed Mesir diberi penghormatan pada hari beliau mengangkat sumpah sebagai presiden negara itu. - Foto ihsan CNN
KAHERAH - Presiden Mohammed Mursi mengarahkan persaraan ketua tentera yang berpengaruh, Fil Marsyal Mohamad Hussein Tantawi - dua bulan selepas beliau dipilih sebagai ketua baru Mesir. Jurucakap Presiden berkata, deklarasi yang bertujuan mengekang kuasa presiden juga telah dibatalkan.

Laporan media menyebut masih belum jelas sama ada Mohamad yang turut dilucutkan sebagai Menteri Pertahanan akan menerima keputusan itu. Mohammed mengangkat sumpah sebagai Presiden baru, yang dipilih menerusi pilihan raya selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun, pada Jun lalu.

Ikhwanul Muslimin, yang dianggotai Mohammed, melalui hubungan yang tegang sejak Hosni jatuh dari tampuk kuasa menerusi kebangkitan rakyat. Mursi telah menamakan Fil Marsyal Abdul Fatah Khalil al-Sisi sebagai Menteri Pertahanan yang baru dan ketua Majlis Agung Angkatan Tentera, demikian menurut Nile TV. Abdul Fatah merupakan ketua risikan tentera sebelum ini. (SH)

Lihat sebelm ini..
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS

Wanita S'nyol Jual Sel Telor, Rambut & Susu Ibu


Proses donor sel telur panjang, menyakitkan, dan beresiko.Proses donor sel telur panjang, menyakitkan, dan beresiko. (Reuters/ Jean-Paul Pelissier)

Madrid: Ekonomi Sepanyol yang kian memburuk memaksa warganya putar otak untuk mencari wang. Salah satu yang menjadi sumber pemasukan sebahagian warga Spanyol di saat seperti ini adalah dari hasil penjualan sel telur dan sperma. Hal ini dapat dilihat dari semakin meningkatnya persediaan sel telur dan sperma di berbagai klinik kesuburan di negara tersebut. Menurut catatan, hingga tahun lalu, jumlahnya meningkat 30 persen.

Salah seorang wanita yang menjadi donor mengaku telah empat kali menyumbang sel telurnya. Wanita yang enggan disebutkan namanya ini mengaku mengambil jalan ini karena pekerjaannya sebagai pembersih dan suaminya yang sopir taksi tidak mampu membiayai kehidupan mereka Saat pertama kali mendonorkan sel telurnya, dia ditemani ibunya datang ke Klinik Tambre di pusat kota Madrid. Pendonoran selanjutnya, dia sudah berani datang sendiri. Dia mengaku, wang yang diterimanya lebih dari cukup untuk menghidupi keluarganya yang kesulitan.

"Pernah sekali saya melakukan dua kali donor, saya mendapatkan 3.000 euro," kata wanita ini, lapor CNN.

Proses pengambilan sel telur tidak sebentar, menyakitkan dan sangat berisiko. Wanita pendonor akan disuntik hormon sebelum tim medis melakukan pembedahan ke indung telur. Kerana itulah, klinik membayar hingga 1.000 euro untuk wanita yang rela mendonorkan telur-telur mereka. Lelaki di Sepanyol juga mendonorkan sperma. Dengan bayaran 50 euro sekali donor, lelaki dapat menyumbangkan sperma mereka seminggu sekali selama tiga bulan.

Untuk donor sel telur, tidak boleh lebih dari enam kali, demi kesehatan pendonor. Tapi tidak semua orang boleh menyumbang sperma dan sel telur mereka. Menurut Dokter Rocio Nunez dari salah satu klinik kesuburan di Sepanyol, calon pendonor harus melalui tes fizik dan psikis terlebih dulu. Hal ini diatur secara ketat di bawah undang-undang kesehatan Sepanyol.

Sepanyol adalah salah satu negara di Eropah yang diterpa krisis ekonomi parah sejak tahun lalu. Angka pengangguran di negara ini meningkat hingga 24 persen, seiring upaya penghematan yang dilakukan pemerintah. Selain sperma dan sel telur, warga juga menjual rambut mereka untuk wig dan bahkan air susu ibu.. (IH)

Sunday, August 12, 2012

Singkap Pembunuhan 5 Ogos 16 Tentera Mesir

(Peristiwa 5 Ogos yang membunuh 16 tentera Mesir)

GAZA: Tidak lama selepas pembunuhan 5 Ogos dimana 16 anggota tentera Mesir berhampiran sempadan Mesir dan Gaza, pegawai-pegawai Mesir, Israel dan Amerika Syarikat menentukan bahawa penyerang-penyerang itu adalah sebahagian daripada "kumpulan pelampau" – yang masih belum dapat dikenal pasti.

Menurut maklumat rasmi, penyerang-penyerang itu menembak AK-47 ke arah askar kerahan dan pegawai tentera ketika mereka sedang bersedia untuk berbuka puasa. Lapan dari penyerang  itu terbunuh dalam pertempuran berikutnya, di mana sebelum itu mereka merampas kereta perisai pihak tentera dan gagal dalam cubaan menyeberangi sempadan Mesir-Israel.

Bagaimanapun, untuk para pemerhati, kenyataan rasmi itu nampaknya terlalu kemas.  Kerajaan Mesir jarang membuat kesimpulan yang cepat mengenai apa-apa perkara melainkan apabila pemimpinnya hendak menyembunyikan sesuatu, yang biasanya berakhir dengan cerita separuh masak yang ramai orang cenderung untuk tidak mempercayainya.

Kisah tentang satu kumpulan militan adalah sesuatu cerita yang sesuai dimainkan, meninggalkan wartawan, pengulas, dan rakyat Mesir yang skeptikal dengan dua teori: sama ada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Supreme Council of Armed Force) dan perisikan Mesir merancang operasi tersebut untuk memalukan presiden baru Mesir, Mohamed Morsi.

Atau kedua, Mossad Israel sendiri melakukannya - dakwaan tidak berasas yang diajukan oleh Ikhwanul Muslimin sendiri. Namun, apa yang tidak jelas dalam semua spekulasi ini adalah, kesan politik yang penting tetapi tak terjangka-jangka. Apa yang membuatkan insiden Rafah lebih menarik daripada serangan sebelum ini di Sinai - yang telah banyak kali berlaku – adalah potensinya untuk memecahkan jalan mati politik Mesir.

Pada mulanya, kelihatan seolah-olah Morsi akan menanggung kesalahan serangan itu walaupun dia memberi retorik yang sukar pada awalnya. Malah, beliau tidak menghadirkan diri untuk pengebumian anggota tentera yang terkorban, mendakwa bahawa kawalan keselamatan untuk dirinya akan menggangu proses perkabungan itu.

Penunjuk perasaan pula mengejar Hisham Qandil, Perdana Menteri yang dilantik Morsi, dari upacara perkabungan dengan membaling kasut.  Selasa lalu, ramai beranggapan bahawa karier politik Morsi telah berakhir. Namun, 24 jam selepas itu segalanya telah berubah.

Ia mungkin sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila pelbagai parti politik, puak dan kumpulan di Mesir, akan cuba untuk memanfaatkan keganasan di Rafah sebagai kelebihan politik mereka. Pergerakan 6 April, Kefaya, dan kumpulan-kumpulan lain yang kurang terkenal mengambil peluang ini untuk menggilap kembali imej politik mereka yang semakin pudar.

Mereka menganjurkan satu bantahan namun ternyata bantahan itu tidak mendapat sambutan.  Mereka berarak berhampiran kediaman duta Israel, mendakwa Mossad bertanggungjawab atas serangan tersebut, tampak sungguh ironi  melaungkan perpaduan kepada pasukan keselamatan yang digelar umum sebagai syaitan.

Walau bagaimanapun, pada akhirnya, bantahan ini hanyalah persembahan sampingan untuk drama utama politik Mesir, pertembungan antara Majlis Tertinggi Angkatan Tentera dan Ikhwan Muslimin. Selepas berbulan-bulan, kelihatan bahawa pertembungan ini tidak mempunyai pengakhirannya. Ikhwan masih mengekalkan idea-idea tentang masyarakat yang masih bergema di minda rata-rata rakyat Mesir tetapi sangat sedikit cara-cara praktikal untuk mengubah idea-idea ini menjadi kenyataan.

Tentera pula adalah imej berlawanan kepada Ikhwan. Pegawai-pegawai tentera tidak mempunyai pandangan sedunia yang koheren dan menarik, tetapi mereka mempunyai keupayaan untuk mencegah mereka yang mempunyai pandagan tersebut dari mengumpul sokongan dan mengubah sistem politik. Hasilnya ialah Mesir menemui jalan buntu, yang dibayangi dengan siri tawaran taktikal politik yang akan bertahan sehinggalah keadaan mendesak Ikhwan dan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera mencari kata putus.

Tetapi pembunuhan Rafah mungkin kurang berjaya dalam agenda sebenarnya.  Sejauh mana pun kedudukan Morsi kelihatan lemah, beliau mempunyai dua kelebihan yang berbeza yang membolehkan beliau menukar pembunuhan Rafah kepada kelebihan politik beliau:

Pertama, ketidakcekapan Mejar Jeneral Murad Muwafi, ketua Perkhidmatan Perisikan Am, dan kedua, hakikat bahawa Morsi adalah  adalah presiden hasil lantikan popular warga Mesir. (Hrkh)

Lihat sebelum inin..

Timbermine: Minta R/K'tan Solat Syukur -N/Aziz

Oleh
Nik Abdul Aziz Nik Mat
MB Kelantan.



Bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras” (Surah Ibrahim ayat 7).
PADA hari Isnin, 3 Ramadhan (23 Julai 2012) Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta oleh syarikat Timbermine Sdn. Bhd. terhadap Kerajaan Negeri Kelantan. Penghakiman itu dibuat berikutan pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah mengemukakan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu, 30 Disember 2009.


Berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu, Kerajaan Negeri diarah RM800 juta kepada Timbermine menurut tuntutannya melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat, selain itu ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan RM1.74 juta, faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Saya pernah mengulas perkara ini semasa kuliah Jumaat di Medan Ilmu (1 Januari 2010) kerana saya agak terkilan dengan apa yang berlaku. Ini kerana kes saman tersebut adalah kerja orang lain, kerja kerajaan BN dulu. Kerana orang lain buang sampah, kita kena sapu. Inilah penyakit bila kita beri tugas jaga negeri kepada orang yang tidak pandai.

Mengenang kepada cerita di sebalik kes saman Timbermine ini, memanglah berlaku perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan syarikat ini tahun 1964. Tetapi ketika kerajaan campuran tahun 1975, ia dibatalkan kerana campurtangan pihak tertentu yang bukan daripada PAS. Justeru Kerajaan Negeri selepas itu (sekitar 1977) mengalami darurat, maka PAS dituduh menjual negeri kepada pihak Singapura.

Namun, selepas itu BN yang mendapat kuasa dari rakyat, mereka gagal menyelesaikan isu itu secara baik hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman pada tahun 2004. Sedangkan, timbul cerita ketika itu tuduh PAS yang gadai tanah balak kepada tauke Singapura, iaitu Timbermine dan pihak BN tuduh kata nak tebus balik jika undi BN, kalau tak undi akan digadai selamanya.

Ayat kempen puak BN ketika itu telah masuk dalam kepala rakyat. Sebab itulah BN dapat undi dan menang tahun 1978. Kita sangka bila menang, BN sudah tebus balik. Namun apa yang berlaku kita Kerajaan sekarang ini kena saman RM800 juta. Ia suatu penipuan kepada rakyat Kelantan.

Bersyukurlah, kerana tergerak hati kita untuk rayu. Maka Kerajaan Negeri telah merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu tersebut.  Justeru saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peguam, Dato’ Sulaiman Abdullah yang arif menghujah bagi mengenepikan saman. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat.

Sehubungan itu, saya mohon seluruh rakyat Kelantan dapat menunaikan solat sunat syukur dua rakaat bagi menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Mudah-mudahan dalam semangat Ramadhan yang mulia ini, kita semua ditambah nikmat dan keredhaan-Nya jua.
Allahu Akbar. (IH)

Pertempuran Baru Tentra Syria-Jordan Di Sempadan

SEKUMPULAN warga Syria berjalan menuju ke kem pelarian al-Zaatri di bandar Mafraq Jordan yang terletak berhampiran dengan sempadan Syria.

AMMAN, Jordan - Pertempuran di antara tentera Syria dan Jordan tercetus di sempadan kedua-dua buah negara lewat hari Jumaat, sekali gus menimbulkan kebimbangan antarabangsa bahawa perang saudara di Syria boleh mencetuskan konflik serantau yang lebih serius. 

Sumber dari Jordan dan Syria bagaimanapun mengesahkan tiada yang terkorban dalam kejadian tersebut. Ia merupakan insiden terburuk sejak kebangkitan rakyat menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad 17 bulan lalu. Pertempuran berlaku di Tel Shihab-Turra, kira-kira 80 kilometer dari Amman apabila pelarian Syria cuba masuk ke Jordan.

"Tentera Syria menembak ke arah Jordan pada pukul 10.30 malam (waktu tempatan) untuk menghalang pelarian memasuki Jordan. Tentera Jordan kemudian membalas tembakan. Ia berlangsung selama sejam," kata seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Abdallah.

Sementara itu, sumber dari Jordan yang enggan dikenali berkata: "Tentera Syria memulakan tembakan di sempadan sebelum pertempuran tercetus."

Sejak kebangkitan rakyat berlaku, berpuluh-puluh ribu warga Syria menyeberangi sempadan menuju ke Jordan. - Reuters

Rapat Rahasia Di Norwegia Untuk Aceh


komunitas penulis independen Aceh









1339725242278104631
Paduka Yang Mulia Teungku Muhammad Hasan Tjik Di Tiro (dok.pribadi)

Rapat rahasia di Stavanger, Norwegia Juli 2002 lalu, tampaknya akan menentukan perjalanan masa depan bumi Serambi Mekah. Hasil rapat tersebut menentukan Hasan Tiro sebagai Wali Nanggroe dan Malek mahmud Al Haytar sebagai Pemangku Wali Nanggroe, yang sewaktu-waktu apabila Sang Wali wafat ataupun berhalangan tetap, maka secara otomatis Pemangku akan menggantikan posisi beliau.

Belakangan ini saya mendengar bahwa Raqan Qanun Wali Nanggroe akan dibahas kembali dan diparipurnakan oleh DPRA namun terkendala oleh redaksi bahasa.Sejak kemenangan pasangan Gubernur dan Wakil Gubernur dari Partai Aceh maka dapat diperkirakan bahwa Qanun Wali Nanggroe dengan sejumlah pasal kontroversial tidak akan mengalami hambatan.
Namun demikian, setelah saya membaca Raqan Lembaga Wali Nanggroe terdapat sejumlah poin memberikan hak-hak prerogatif kepada Wali Nanggroe antara lain, menguasai semua kekayaan (boinah) Aceh di dalam dan di luar nanggroe memberhentikan/menon-aktifkan Gubernur (eksekutif); membubarkan parlemen (legislatif); memberlakukan keadaan darurat; memberi gelar (Teungku, Tuanku, Teuku dan lain-lain) kepada siapa dikehendaki dan lain-lain.  

Inilah pasal-pasal, yang menurut banyak pihak, bertabrakan langsung dengan UUPA itu sendiri dan melanggar konstitusi RI. Pengukuhan Malek Mahmud sebagai pemangku Wali pada rapat rahasia Sigom Donya di Norwegia 10 tahun lalu tampaknya penuh dengan manipulasi dan bersifat sepihak, artinya tanpa diketahui oleh khalayak Aceh secara umum.

Merujuk UUPA No.11 tahun 2006, pertanyaannya, apakah draft raqan sudah sesuai dengan sejarah, adat istiadat (kebiasaan), reusam Aceh sebagaimana telah dikait-kaitkan oleh Tim Perumus? Sebagaimana diketahui umum, Qanun Lembaga Wali Naggroe merupakan amanat dari MoU Helsinki 2005 yang dirumuskan ke UUPA No. 11 Tahun 2006 dimana disebutkan dalam pasal 96 ayat 1 bahwa Lembaga Wali Nanggroe yang dipimpin oleh seorang pemimpin tertinggi adat merupakan figur pemersatu masyarakat yang independen dan berwibawa bukan lembaga politik atau pemerintahan (ayat 2) dan bukan pula seseorang yang berpihak dan terikat dengan partai2 politik, sebagaimana dijelaskan dalam ayat berikutnya (ayat 3).

Kriteria Wali Nanggroe
Dalam pasal 15 draft Raqan Wali Nanggroe 2010, ada 19 kriteria yang ditetapkan, di antara lain: beragama Islam, dari keturunan yang baik dan keturunan wali-wali sebelumnya, tidak dhalim, alim, arif, amanah, terpelihara dari hawa nafsu jahat, menguasai bahasa asing dengan lancar, paling kurang bahasa Arab dan Inggris dan lain sebagainya.

Kriteria di atas menghantar saya ke sebuah peristiwa yang terjadi di Stockholm, Swedia pada awal tahun 1992 dalam pertemuan rutin dengan almarhum Teungku Hasan di Tiro di sebuah rumah. Kala itu, pemikiran Wali berkecamuk karena tragedi-tragedi kemanusian di nanggroe dan persoalan lain. Seorang kawan yang galak (suka dimarah-marah) melemparkan pertanyaan kepada wali: siapa kira-kira penggantinya kalau sewaktu-waktu beliau ditakdirkan meninggal dunia. 

Secara emosional wali menjawabnya: “Tidak ada, tidak ada”. Kawan saya ini tidak mau kalah dan mengorek lagi: “Mungkin pengganti wali nanti ada di sini atau di Malaysia?”

Ah…tidak. Tidak ada di sini dan tidak ada di Malaysia jawabnya spontan. Semua terdiam sejenak. Kemudian, Wali membeberkan panjang lebar kriteria pengganti beliau. Menurut beliau, wali nanggroe harus dari kalangan ulama, bisa berbahasa Arab dan Inggris, sanggup memberi tafsir al-Quran dan menulis buku.

Harus dari kalangan intelektual yang paham ilmu tata negara, hubungan internasional dan etiket pergaulan antara bangsa. Dalam hal ini, Wali menyebut nama intelektual Iran Dr Ali Syariati, sebagai tipe seorang intelektual Islam yang ia kagumi dan sangat paham dengan cara berfikir orang Barat. Wali menyebutkan beberapa ulama besar Iran seperti Ayatullah Murtada Mutahhari dan lain-lain.

Secara langsung, Wali tidak pernah menyebut penggantinya harus dari keluarga di Tiro. Yang lebih utama lagi, Wali mengatakan suksesornya ada di Aceh bukan anak tunggalnya Karim di Amerika. Kami hanya bisa meraba, yang dimaksud itu adalah Tengku Darul Kamal (alm) yang  juga seorang keluarga di Tiro sebelah perempuan. Sinyal ini sudah tercium semasa Tengku Darul Kamal bergerilya di hutan.

Kriteria yang Hasan Tiro maksudkan itu adalah untuk seorang Wali Negara (kepala Negara) yang merdeka dan berdaulat bukan wali nanggroe sebagai pemimpin tertinggi adat di salah satu propinsi di Indonesia, sebagaimana yang diamanatkan UUPA.

Walaupun Qanun LWN masih dalam proses, kriteria kandidat wali telah mulai disuarakan, seperti yang dinyatakan Irwandi Yusuf disela-sela peletakan batu pertama Meuligoe Wali Nanggroe, di mana ia mengatakan bahwa calon wali nanggroe haruslah orang yang bisa mengenal Aceh secara lengkap, tidak sepenggal-sepenggal.

Apapun bentuk hasil akhir Qanun Lembaga Wali Nanggroe yang akan disahkan, kriteria Wali Nanggroe harus seorang yang sangat bijak dan berwibawa, mengenal dan dikenal luas masyarakat, tidak berpihak atau independen, memiliki latar-belakang yang bersih, bukan eks kriminal, memiliki ilmu pengetahuan agama Islam dan pengetahuan umum yang memadai dan sebagainya. Kriteria pemimpin tertinggi adat menurut standar Aceh paling kurang bisa membaca Quran dengan fasih (bukan qari), menjadi imam shalat berjamaah atau khatib Jumat, kalau ada permintaan, bisa membaca doa selamat untuk keperluan apa saja.

Nah, siapa bisa mengkaji kalau calon wali nanggroe yang diusul Komisi A dalam draft raqannya memenuhi syarat dan kriteria yang mereka buat sendiri dan yang saya sebut di atas tadi?

Terlepas dari itu, untuk merumuskan Raqan Wali Nanggroe harus ditinjau dari segala aspek, supaya tidak bertabrakan dengan nilai-nilai Syariah, HAM, demokrasi dan norma-norma lain yang dianut masyarakat Aceh sekarang.

Memanipulasi Sejarah
Awal September lalu, jauh sebelum hiruk-pikuk ini terjadi, anggota Komite Peralihan Aceh (KPA) dan Partai Aceh (PA) sudah mencalonkan kandidat Wali Nanggroe dari kelompoknya sendiri dan sudah siap pakai. Pada bagian keenam, pasal 14, ayat ke satu, Tengku Hasan Tiro disebut sebagai Wali Nanggroe Aceh kedelapan. Pertanyaan: di manakah mereka mengambil referensinya? 

Sedangkan dalam buku-buku yang ditulis oleh Hasan Tiro di antaranya, ACHEH NEW BIRTH OF FREEDOM, yang diterbitkan oleh parlemen Inggris House of Lords, satu Mei, 1992, dalam appendix II, nama Tengku Hasan termaktub sebagai penguasa (ruler) Aceh yang ke 41 yang dimulai pada Sultan Ali Mughayat Syah (1500-1530) sampai kepada dirinya (1976-2010).

Apa yang menjadi pijakan tim perumus ketika menempatkan Tengku Hasan di Tiro sebagai raja Aceh ke delapan yang dimulai dari Tgk Syeh Muhammad Saman di Tiro sebagai raja Aceh pertama dan diakhiri oleh cicitnya Tengku Hasan di Tiro. Mereka ingin menghidupkan kembali dinasti di Tiro dengan memangkas semua raja-raja yang terdahulu, mulai dari Sultan Ali Mughayat Syah (1500-1530) sampai kepada Sultan Muhammad Dawud Syah (1874-1903). Ini merupakan sebuah tindakan coup d’etat ke atas sejarah Aceh.

Dalam pasal yang sama, ayat kedua disebutkan Malik Mahmud sebagai perdana menteri dalam rapat sigom donya di Stavanger, Norwegia pada 2 Juli 2002, otomatis dapat menggantikan kedudukan Hasan Tiro sebagai pemangku jabatan wali nanggroe ketika beliau meninggal.

Pertama, Rapat tertutup intern GAM di Stavanger pada 2 Juli 2002 yang dihadiri oleh sebagian masyarakat Aceh di perantauan, khususnya dari Denmark dan Norwegia, tidak bisa dibuktikan validitasnya.  

Kedua, pelantikan Malik Mahmud (MM) sebagai perdana menteri hanya mengada-ada dan perlu dibuktikan.  

Ketiga, kedudukan perdana menteri sebagai kepala pemerintahan tidak bisa menggantikan kedudukan Wali Neugara sebagai kepala Negara walau dalam keadaan darurat sekalipun.

Ketika Carl XIII menggantikan kemenakannya sebagai Raja Swedia pada tahun 1809, dia tidak memiliki keturunan. Dan satu-satunya anak angkatnya, putra mahkota Kristian August mangkat pada tahun 1810. Swedia memerlukan putra mahkota yang baru untuk menggantikan Raja Carl VIII setelah ia mangkat. Kerajaan bermusyawarah dan akhirnya mengirim utusan ke Perancis untuk menawarkan kedudukan tersebut kepada salah seorang marsekal Perancis Bernadotte yang paling dekat hubungan keluarga dengan Kaisar Napoleon.

Pada tanggal 21 Agustus 1810 Parlemen Swedia (Riksdag of the Estates) memilih Jean Baptiste Bernadotte sebagai putra mahkota Sweden. Dan putra mahkota baru ini dinobatkan sebagai Carl Johan. Jadi, sejak 1818 Swedia diperintah oleh keturunan Barnadotte termasuk juga Norway antara 1818 dan 1905, ketika negara ini masih bersatu (union) dengan Swedia.

Besar kemungkinan Malek Mahmud (MM) pernah membaca silsilah raja-raja Swedia ketika duduk-duduk di kedai kebab Turki di Swedia dan terinspirasi dengan kejadian tersebut. Untuk menjadi seorang raja tidak harus dari keturunan raja-raja. Mungkin juga terinspirasi ala Menteri Luar Negeri Aceh Habib Abdurrahman Zahir mempenetrasi inner circle kerajaaan Aceh dalam masa singkat dengan mendekati dan mengontrol Ulee Balang yang dipercayai Sultan sehingga dia pun mendapat kepercayaan Sultan.

Kenyataannya, Malik Mahmud menggunakan metode yang sama dan malah jauh lebih sadis. Mula-mula menguatkan posisi keurabeuëk setelah Hasan Tiro kena stroke pada Mai 1997, kemudian mengambil alih kekuasan perlahan-lahan dan akhirnya semua keurabeuëk berada dalam genggamannya sampai-sampai darah biru milik endatunya yang suci itu disuntik ke dalam tubuh Malik Mahmud. Sebagian keurabeuëk yang terlanjur mempercayainya dan memprotes akhirnya disingkirkan.

Yusuf Daud,
Warga Aceh yang (sempat) tinggal di Stockholm..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

(IH)

Jaga, Cermin Mata Tambah Kelabu, Kerana Seks..

Umat Yahudi Ultra-Ortodoks 
Umat Yahudi Ultra-Ortodoks (Reuters)

PENGGUNA
SEBUAH cermin mata sebenarnya digunakan seseorang untuk memperbaiki penglihatan mereka yang kabur atau kurang baik. Namun, kelompok Yahudi Ultra-Ortodoks di Israel membuat kacamata yang menjadikan pemakainya tambah kelabu.

Diberitakan Al-Arabiya, beberapa komuniti Yahudi Ultra-Ortodoks di negara zionis mulai memasarkan kacamata ini untuk menjaga kaum lelaki dari memandang wanita berpakaian seksi. Kacamata ini dibuat dengan tambahan stiker kelabu di setiap lensanya.

Pemakai kacamata ini hanya dapat  melihat jelas beberapa meter ke depan, namun pandangan jauh sangat kabur. Kacamata jenis ini dijual dengan harga yang murah, sekitar US$6. Belum diketahui berapa yang sudah terjual.

Tidak hanya itu saja, demi menjaga pandangan lelaki yang bekerja di luar, komuniti Yahudi ini membuat semacam tabir sampingan yang dipasang di kacamata. Sekilas, model seperti ini mirip cermin mata untuk kuda. Kaum Yahudi Ultra-Ortodoks di beberapa wilayah di Israel dianggap meresahkan warganya. 

Demi alasan ajaran agama, secara semena-mena mereka memasang sekat-sekat anti wanita di jalan-jalan. Mereka memisahkan tempat duduk antara wanita dengan lelaki di bas, trotoar dan di berbagai ruang publik. Selain itu, mereka juga tidak segan-segan menghardik dan sering terlibat perselisihan dengan wanita dan warga biasa kerana melanggar ajaran agama. Mereka memerintahkan wanita mengenakan pakaian yang menutupi leher, tangan dan skirt panjang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mengapa jadi begitu? Kerana zionis sekarang sudah lari dari ajaran Yahudi mereka yang asal. Sudah ada cermin mata nampak telus, lintas melepasi berpakaian. Walaupun berpakaian, tapi nampak bogel. 

Sehingga berlaku pemberontakan dalam pemikiran beragama mereka. Apakah hal ini juga berlaku dalam agama Islam, penyebab timbulnya apa yang disebut golongan pelampau? (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails