Monday, August 13, 2012

Hukum Potong Tangan Pencuri Di Mali

Militan Mali mengamputasi tangan pencuri


BAMAKO: Kelompok militan di Mali memotong tangan seorang pencuri ternak di utara Kota Ansongo, Khamis 9 Ogos 2012. Kes ini merupakan kes pertama kali sejak penerapan syariat oleh kelompok pemberontak di wilayah utara.

"Orang-orang kami memotong tangan pencuri setelah mengadili berdasarkan bukti penyokong.. Mereka melakukannya berdasarkan syariat," kata tokoh Movement for Oneness and Jihad in West Afric (Mujwa), Aliou Toure, yang dikutip dari berita Reuters.

Mujwa merupakan salah satu kelompok militan Islam yang menguasai wilayah utara sejak April yang lalu, setelah mengkudeta pemerintah di Ibukota Bamako. Selain Mujwa, wilayah ini juga dikuasai oleh pemberontak Tureg. Sementara itu, pejabat Mujwa lainnya, Mohamed Ould Abdine mengatakan amputasi ini sesuai dengan 'hukum Tuhan'. "Syariat mengajarkan ini," katanya seperti lapran BBC.

Eksekusi potong tangan ini disaksikan oleh orang ramai, lelaki, wanita, orang dewasa, hingga anak-anak. Sejumlah orang yang berkerumun di lapangan tempat eksekusi. Sebahagian dari mereka memohon kepada para pemberontak untuk membatalkan eksekusi ini. Namun permohonan itu sia-sia.

Eksekusi tetap dilakukan. Darah berceceran setelah eksekusi itu. Kelompok pemberontak ini telah bersumpah akan menerapkan hukum syariat ini, meski mendapat tentangan dari masyarakat Muslim setempat. (IH)

Salah satu mausoleum yang terdapat di Timbuktu, Mali
Salah satu muzium yang terdapat di Timbuktu, Mali (rp-online.de) Kaum militan Islam bersenjata menghancurkan muzium dan makam para wali berusia ratusan tahun di Timbuktu, Mali, kompleks bangunan yang digezetkan Unesco sebagai situs warisan dunia.  

Lailatur Qadar & Rohingya Myanmar

Rohingya Muslims who fled Burma to Bangladesh to escape religious violence, sit in a boat after being intercepted crossing the Naf River by Bangladeshi border authorities. Pic: AP.

KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)

Namakan apa sahaja yang sedang berlaku pada umat Islam Rohingya di Burma dengan pelbagai nama, pembersihan etnik, perselisihan saudara, pertembungan agama, penganiayaan hak asasi, atau apa sahaja nama yang boleh mendefinisikan keadaan semasa di Burma, isunya yang lebih utama adalah di mana kita selaku saudara seaqidah mereka?

Sabda Rasulullah SAW,  
  • “Barang siapa yang tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka.”

Mungkin kita kini sibuk mengejar Lailatul Qadr, bertelingkah malam ke berapa Lailatul Qadar, sibuk membuat persiapan raya dengan langsir dan kerusi baru, ada yang sibuk dengan persiapan untuk pilihan raya, ada yang sibuk mengira-ngira apakah yang mahu dibeli untuk dibuat juadah berbuka puasa hari ini esok lusa tulat, ada yang masih berkelahi raya tahun ini nak pakai baju raya tema warna apa, ada yang berbalah nak beli lemang jagung atau lemang tak berjagung, ada pula yang sedang sibuk mengejar khatam Quran sementara berbaki Ramadan yang mulia ini.

Pada yang sudah berjaya mengkhatam Quran, tahniah, sekiranya kita sudah khatam Quran, bukankah sepatutnya pula kita sudah melompat pula ke satu tingkat yang lebih tinggi? Memahami pula apa yang dibawa oleh Quran? Bukankah Quran ini arahan daripada Allah untuk kita hidup bahagia di atas bumi ciptaan-Nya ini? Tidakkah Quran telah menyatakan dalam Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:
  • “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Umat Islam Rohingya memerlukan bantuan, sepertimana di Syria, Palestin, Afghanistan, dan di mana-mana sahaja umat Islam menetap di muka bumi Allah ini, mereka memerlukan perhatian saudara seaqidah mereka. Pemecahan tembok nasionalisme ini tidak akan pernah menyingkirkan kesatuan aqidah kita dengan mereka. Kezaliman yang dirasakan mereka dirasakan juga oleh kita. Cubit peha kanan, satu badan terasa sakit. Tidak ada perbezaan antara kita dan umat Islam di mana ceruk bumi sekalipun.

Jangan buat-buat buat tidak tahu saudara kita di tempat lain menderita kehidupannya dengan kita bergelak ketawa menikmati hidangan berbuka puasa yang bertimbun timbun di atas meja. Jangan menafikan hak saudara seaqidah kita ke atas kita. Jangan tidak sekalipun terlintas di hati kita untuk membantu mereka hatta dengan sebiji kurma yang kita genggam untuk dijadikan sunnah berbuka puasa.

Cukuplah kita jadi penakut kepada kezaliman di negara sendiri, cukuplah kita jadi buta kepada nasib saudara seaqidah kita di atas bumi Allah, cukuplah kita hanya jadi penonton apabila Islam dihina dan dikeji, cukuplah kita jadi bakhil kepada perjuangan Islam, cukuplah kita sekadar menjadi pendengar, cukuplah kita hanya sekadar menjadi orang yang kagum kepada kerajaan Turki yang telah mendahului kita memberikan bantuan kepada umat Islam Rohingya.

Cukuplah kita sekadar berbincang di kedai kopi tanpa amal Islami, cukuplah wahai saudaraku, cukuplah semua ini. Cukuplah jadikan hidup anda hanya untuk mencari makan dan mencari tempat untuk berteduh. Cukuplah kita sekadar menjadi buih-buih di lautan yang cintakan dunia dan takutkan mati. Cukuplah. Jadikanlah Ramadan ini, satu industri mega yang pada akhirnya nanti, industri ini akan berjaya menghasilkan “hasil” matlamat Ramadhan yang sebenar-benarnya iaitu insan yang bertaqwa.

Siapa insan yang bertaqwa ini? Allah berfirman yang bermaksud:
“Bukanlah dianggap kebajikan itu hanya sekadar menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah 
  • beriman kepada Allah, 
  • hari kemudian, 
  • malaikat-malaikat, 
  • kitab-kitab, 
  • nabi-nabi 
  • dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabatnya, 
  • anak-anak yatim, 
  • orang-orang miskin, 
  • musafir yang memerlukan pertolongan, 
  • dan orang-orang yang meminta-minta 
  • dan memerdekan hamba sahaya, 
  • mendirikan solat 
  • dan menunaikan zakat, 
  • dan orang-orang yang menepati janji apabila dia berjanji 
  • dan orang-orang yang sabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan dan di dalam peperangan. 
Mereka itulah orang-orang yang benar keimanan mereka dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah : ayat 177)

(Diangkat dai Izwan Noor -Hrkh)

Sila berkuliah..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Bina Bandar Unt Wanita, Saudi Gabung Syariah....




RIYADH: Arab Saudi merancang membina sebuah bandar baru, khusus untuk wanita dalam usaha menggabungkan undang-undang syariah dengan wanita yang cenderung untuk berkerja. Lembaga Hartanah Perindustrian Saudi (Modon) diminta membangunkan bandar kontroversi itu, menjadikan negara itu selari dengan dunia moden yang lain.


Bandar berkenaan kini direka dan pembinaan akan dimulakan tahun depan.  Ia diharap akan membolehkan wanita bekerja tanpa melanggar undang-undang Islam negara itu. Bandar yang dirancang dibina di Hafuf, wilayah timur Arab Saudi itu dijangka menarik pelaburan sebanyak 500 juta riyal (RM410 juta) dan mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan dalam industri tekstil, farmasi dan industri memproses makanan.

Meskipun undang-undang syariah Arab Saudi tidak melarang wanita bekerja, angka menunjukkan mereka hanya mewakili 15 peratus tenaga kerja negara itu.  Rancangan berkenaan selari dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada wanita memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan negara.  Antara matlamatnya ialah mewujudkan peluang pekerjaan, khususnya untuk golongan wanita muda.

Bandar perindustrian yang sedia ada di negara itu sudahpun mempunyai kilang yang dimiliki wanita serta syarikat yang mengambil sebahagian kecil pekerja wanita.  “Kami kini berusaha untuk mewujudkan bandar perindustrian kedua untuk wanita.
Kami mempunyai rancangan untuk membina beberapa industri untuk wanita saja,” kata Timbalan Ketua Pengarah Modon, Saleh Al-Rasheed. - TG

Kaji Rakyat K'tan Miskin, Negeri Lain Bagaimana?

 Nik Aziz MB Kelantan bersama rakyat..

TUMPAT – Penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) akan mengkaji tahap kemiskinan rakyat di negeri ini bagi menentukan punca dan cara penyelesaiannya.

Satu kajian awal mendapati, daerah Tumpat merupakan antara daerah yang paling kritikal berhadapan dengan masalah kemiskinan tegar, oleh itu sebanyak 100 keluarga di sekitar daerah itu telah dikenal pasti untuk menjadi kumpulan pertama dalam projek pembasmian kemiskinan tegar.

Menurut Penasihat Khas kepada Yang Pertua MAIK, Datuk Nik Kamaruddin Ismail, kajian itu bertujuan mengenali punca sebenar kemiskinan dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyalurkan bantuan.
“Kita perlu tahu masih lagi wujud masyarakat miskin tegar di negeri kita dan ada antara mereka menjalani kehidupan yang terlalu daif dan menyedihkan.

“MAIK mahu kemiskinan di negeri ini dibasmi dan dengan itu, kami turun padang untuk melihat sendiri keperluan golongan ini bagi membolehkan mereka membantu meningkatkan taraf hidup masing-masing,” katanya ketika melawat beberapa buah keluarga di sekitar Tumpat semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kaji kemiskinan rakyat Kelantan, Al-hamdulillah, bagus! Negeri lain patut buat juga, takkan di negeri lain tiada rakyat yang miskin?

Lihat di bawah ini, bukan rakyat hanya di Kelantan sahaja, diangkat dari http://wargamarhaen.blogspot.com

Renungan : Beza rumah pemimpin dan rumah rakyat di Malaysia


 Ini Rumah pemimpin berjiwa rakyat


 
Ini lagi rumah pemimpin yang berjiwa rakyat


Umno dulu , kini dan selamanya
Biarpun miskin kami tidak menagih wang ehsan kami mahu royalti hak kami
ada pemimpin tapi kaki rasuah
ada pemimpin tapi kaki songlap duit rakyat
ada pemimpin tapi lupa diri tak ingat rakyat miskin
Ada pemimpin tapi gila kuasa sampai rakyat miskin diabaikan
Ada pemimpin tapi hidup berpoya-poya bermewah-mewah lupa
pada rakyat miskin
Ada pemimpin bodoh agama tak takut tuhan tak takut azab neraka
tanggungjawab pada rakyat miskin diabaikan
Ada pemimpin kaki judi wang berjuta dihabiskan diluar negara
rakyat miskin bersusah payah mencari sesuap nasi
Pemimpin hidup bersuka ria rakyat miskin hidup dalam derita
Rumah pemimpin bagai istana rumah rakyat miskin pondok buruk
Hidup pemimpin serba cukup hidup rakyat miskin serba kurang
Ada pemimpin kaki perempuan hidup rakyat di abaikan
Ada pemimpin kaki arak tak peduli rakyat yang miskin
Ada pemimpin pecah amanah simpan wang berjuta diluar negara
negara luar kaya raya negara sendiri rakyat merempat
Ada pemimpim berebut jawatan rakyat diperbodohkan
Ada pemimpin hanya pandai bercakap tapi cakap tak serupa bikin
Ada pemimpin namanya islam tapi perangainya seperti yahudi
Ada pemimpin sanggup menipu demi mengekalkan kuasa
rakyat miskin tidak diperdulikan

Arab Saudi Sumbang AS$50 J, M'sia Berapa?

















 SEJUMLAH penduduk Muslim di Jakarta, Indonesia semalam memegang kain pemidang bagi mendesak keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.

RYADH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah (gambar kecil) mengarahkan bantuan sebanyak AS$50 juta (RM155.79 juta) dihantar kepada etnik Rohingya di Myanmar. Menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia, penduduk Muslim itu menjadi sasaran serangan pembunuhan, rogol, perpindahan secara paksa dan pembersihan etnik.

"Raja Abdullah telah mengarahkan bahawa bantuan berjumlah AS$50 juta akan diperuntukan kepada warga Muslim Rohingya di Myanmar," menurut satu laporan yang disiarkan media Arab Saudi semalam.

Bagaimanapun, media itu tidak menyatakan pihak yang melakukan penderaan ke atas etnik Rohingya. Pertubuhan hak asasi Human Rights Watch menyatakan pada 1 Ogos lalu bahawa etnik Rohingya ditangkap beramai-ramai, dibunuh dan dirogol anggota-anggota pihak berkuasa. Terdapat 800,000 etnik Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai penduduk di Myanmar.

Pada minggu lalu, Kabinet Arab Saudi mengutuk keganasan terhadap penduduk Muslim di Myanmar. Dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 31 Julai lalu di Jeddah, Arab Saudi, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak anggota-anggotanya menghantar bantuan kepada etnik Rohingya. Keganasan di Rohingya bermula pada Jun lalu setelah beberapa orang daripada etnik itu dituduh merogol seorang wanita etnik Rakhine yang beragama Buddha.

Kumpulan etnik Rakhine kemudian menyerang penduduk Rohingya sehingga menyebabkan sebahagian mereka melarikan diri ke Bangladesh.
- Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Malaysia bantu Rohingya berapa?

Hutang 17,441 Siswazah Dilupus Kerana PR..

 

KUALA LUMPUR – Seramai 17,441 siswazah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan berjumlah RM486.9 juta berikutan kejayaan mereka memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said (gambar kecil) berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 13,011 peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman melibatkan peruntukan sebanyak RM370.7 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Menurutnya, jumlah itu meningkat kepada 17,441 graduan selepas mengambil kira 4,430 lagi peminjam yang lulus dengan ijazah sarjana kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 membabitkan nilai pinjaman RM116.2 juta.

“Peminjam yang lulus dengan kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 itu dulu tidak mendapat pengecualian tersebut, namun kerajaan baru-baru ini telah bersetuju melupuskan pinjaman mereka,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.(Kosmo)

Koemn Weblog Ibnu Hasyim: Awalnya BN memaksa rakyat menanggung beban hutang itu, tetapii kerana Pakatan Rakyat prihatin dan membela nasib rakyat miskin, BN teraksa akur.. Oleh itu rakyat eru meangkan PR dalam PRU 13 ini.. Hidup PR!

Hilang Nyawa Kerana Judi, BN Tanggungjawap?


KUALA LUMPUR - Bahana hutang judi, seorang lelaki Myanmar mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan di sebuah pusat snuker di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru di sini kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, Pa Ram Nana, 27, sempat melarikan diri ke sebuah kafe siber yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat dia dikelar sebelum disahkan mati.

Sumber memberitahu, sebelum kejadian, mangsa yang memakai baju T kelabu dan seluar pendek itu didapati telah bergaduh dengan seorang rakannya di pusat snuker itu dipercayai mengenai hutang judi.
Katanya, mangsa merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian.
(Kosmo)

Komen weblog Ibnu Hasyim: Itulah antara bahaya judi, kerana itu Issam mengharamkannya. Mengapa kerajaan BN masih biarkan premis, tempat-tenpat pembiakan judi dan sumbernya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails