Tuesday, August 21, 2012

Rasa Cinta Digambarkan Pada Mangga Di Pagar Ini

GAMBAR fail menunjukkan 'mangga cinta' yang terdapat di Jambatan Pont des Arts di Paris pada 4 Oktober 2010. - AFP

PARIS - Pihak berkuasa Dewan Bandar Raya Paris tidak melarang orang ramai meletakkan 'mangga cinta' di beberapa jambatan di Sungai Seine di sini. 'Mangga cinta' itu diletakkan di pagar jambatan atau di tempat awam lain oleh pasangan lelaki dan perempuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.

"Kami membenarkan fenomena itu berdasarkan perasaan kasih sayang," kata jurucakap dewan itu, Damien Steffan kepada agensi berita AFP.

Kebanyakan pasangan itu membuang kunci tersebut tetapi sebahagian lagi menyimpannya untuk anak-anak mereka. Pada mangga itu, tertera kata-kata cinta. Seorang pelancong, Suzan Field dari negeri Nevada, Amerika Syarikat menyatakan, dia dan suaminya meletakkan mangga tersebut di jambatan Pont de l'Archeveche di sini dua tahun lalu. Menurutnya, dia merancang untuk memeriksa mangga itu setiap dua tahun. - Agensi

Nik Aziz Berkhutbah: "Carilah Nabi Melayu..."


KOTA  BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan ‘permainan’ Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan ‘agama lain, politik lain’. Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.

“Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

“Namun oleh kerana kita lena dengan ‘permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan ‘agama suku, politik suku’ itu betul,” katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.

“Sesungguhnya dalam perkara ‘urusan agama’ dan ‘politik’ mestilah selari.

'“Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama’ dengan hidup 'berdemokrasi’ yang tidak disebut Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa ‘Islam’ tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah. Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini. Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan ‘kebangsaan’ dan ‘Melayu’. Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari ‘Nabi Melayu’.

“Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab.

"(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah ‘dunia akhirat’ pada rangkaian ucapan  ‘Selamat  Hari Raya, Maaf Zahir Batin’.

Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu ‘akhirat’.

“Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat.  Orang putih baca, teringatkan akhirat.

“Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu ‘akhirat’,” ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak. Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia. (Hrkh)

Monday, August 20, 2012

Rohingya Sambut Raya Di Rumah Pelarian, Medan.

Pengungsi Muslim Rohingya Berlebaran di Medan, 19 Agustus 2012 Muslim Rohingya Berlebaran di Medan,
Medan: Ratusan pelarian suku Rohingya asal Myanmar turut merayakan hari raya Idul Fitri di rumah penampungan, yang berlokasi di Jalan Jamin Ginting, Medan. Mereka mengikuti Salat Id di Masjid Nurul Yaqi, tak jauh dari tempat pengungsian.

Ahmad Zakir, salah satu pengungsi, mengaku merasakan kekhusukan Idul Fitri meskipun tak bersama keluarganya, yang masih berada di Myanmar. "Kami senang dapat merayakan Lebaran dengan tenang. Semuanya berjalan lancar," katanya saat berbincang dengan VIVAnews, Minggu 19 Ogos 2012.

Meski begitu, dia bersama pengungsi lainnya tak dapat menutupi kesedihan lantaran tidak dapat merayakan Idul Fitri bersama keluarga, yang berada di desa Buthie Dong. "Sudah dua tahun kami tidak dapat merayakan lebaran bersama keluarga. Bahkan kami kesulitan untuk mendapatkan khabar mereka di sana," Zakir menuturkan.

Ahmad Zakir mengaku menjadi orang yang beruntung dibandingkan ratusan pengungsi lainnya. Dia sempat berkomunikasi dengan saudara lelakinya di Myanmar melalui sambungan telefon untuk bersilaturahim. Namun sayang, dia belum sempat berbicara dengan kedua orang tuanya. Sambungan telepon dengan kakaknya hanya berlangsung sekitar dua minit. Tiba-tiba terputus dan tak dapat dihubungi kembali.

Sebagian besar pengungsi juga masih banyak yang belum berhasil mengontak keluarganya meskipun sudah mencoba menghubungi berkali-kali. "Tapi aku beruntung, teman lain masih banyak yang belum dapat menghubungi keluarganya," ucapnya.

Pengungsi Rohingya akan menikmati liburan lebaran ke beberapa tempat di kota Medan, ada pula yang menghabiskan waktu untuk beristirahat di penampungan. Sebagian besar memilih untuk bersilaturahmi dengan sesama suku Rohingya di tempat penampungan lainya di Medan.

Etnis Muslim Rohingya di Myanmar Etnis Muslim Rohingya di Myanmar


Aksi solidaritas untuk Rohingya. (IH)

Hamas Ucap Hari Raya Kpd Seluruh Umat Islam



PALESTIN: Gerakan Hamas mengucapkan selamat kepada Muslim Palestin, Arab dan seluruh Ummat Islam pada hari raya Idul Fithri 1433 H, (19/8/2012).

Dalam sebuah pernyataan pada hari Sabtu (18/8), dikutip PIC, Hamas menyampaikan ucapan selamat hari raya Idul Fithri yang tulus kepada seluruh kaum Muslimin khusus kepada Muslim Palestin. Hamas berharap seluruh cita-cita kaum Muslimin untuk hidup dalam keadilan, kebebasan serta kehidupan yang bermartabat akan tercapai dan keamanan serta stabiliti akan segera berlaku di seluruh Dunia Islam.

Hamas juga berdo'a untuk pembebasan Masjid Al-Aqsa dan pendirian Palestin sebagai negara yang independen di seluruh tanahnya dengan Al-Quds sebagai ibukotanya  (IH/arrahmah.com)

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya ..Bersama Rohingya


HARI-HARI Rohingya dibunuh..
Diperambat..
Dirogol..
Kampung di Myanmar dibakar..

Sanggupkah saudara se Islam melihat...
mereka berhari raya sedang lelaki jahannam
berada di atas perut anak gadis mereka?
Negara ini  jiran Islam terdekat..
Bertaraf pengecut, jika beralasan tidak campur negara orang..
Di negara ini ada 300ribu Rohingya bertaraf pelarian.
Apa kita turut tindas mereka yang tertindas?
Tiada pembelaan setaraf sesama Islam?
Bermewah di atas gelimpangan mayat saudara sendiri..
Ya, Allah
Jahannam, tewaskan thaghut
sama kuncu-kuncu..

Hari-hari Rohingya dibunuh..
Diperambat..
Dirogol..
Kampung di Myanmar dibakar..
 2012-08-18 03.28.51.jpg
Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com 17 Ogos  2012
 KL

Selamat hari Raya!
Maaf zahir batin.
Kepada semua pembaca, pengkritik dan penyokong.

Idulfitri: Kemenangan Menentang Kebatilan


Oleh

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARA


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang tidak terkira yang masih meletakkan diri kita di dalam arus perjuangan menegakkan agama Allah di dalam wadah perjuangan PAS untuk mendaulatkan kalimahNya.

Ramadhan hanya menghitung hari untuk ke penghujungnya. Ianya merupakan madrasah tarbiah yang mendidik jiwa kita supaya lebih mengasihi Allah dan RasulNya mengatasi kasih kita kepada perkara-perkara yang lain.

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan kita telah berjaya mendidik diri kita bencikan kebatilan dan kezaliman apatah lagi ketika umat Islam pada hari ini berhadapan dengan ujian dan mehnah yang benar-benar menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah s.w.t.

Oleh kerana itulah, Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di atas kejayaan menentang segala bentuk hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Kita berharap kemenangan menentang hawa nafsu dan kebatilan ini dapat dilakukan secara berterusan selepas ini dan diterjemahkan dalam erti kata yang lebih berkesan dan lebih besar untuk merungkai segala bentuk rangkaian jahiliah dan kezaliman di dalam negara ini untuk digantikan dengan kesejahteraan Islam.

Situasi politik semasa di negara ini sekarang menuntut kita sebagai umat Islam untuk kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah dalam memimpin kehidupan manusia. Tidak ada sistem dan cara hidup yang lebih agung melainkan kita kembali kepada sistem dan panduan Islam sepertimana yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Menjadi suatu tanggungjawab kepada umat Islam untuk mengembalikan kemenangan dan kedaulatan Islam di atas runtuhan sistem buatan manusia. Semangat kemenangan pada bulan Ramadhan mengatasi hawa nafsu hendaklah diteruskan pada setiap masa dan di mana sahaja kita berada sehingga kita memperolehi kemenangan yang hakiki iaitu keredhaan Allah s.w.t di hari akhirat kelak.

Kita hendaklah mengingati kata-kata saidina Umar ibn al-Khattab, "Kita adalah satu kaum yang telah diberi kemuliaan oleh Allah s.wt. dengan islam, bagaimanapun, jika kita mencari kemuliaan itu dengan sesuatu yang dihina oleh Allah s.w.t maka kita akan dihina oleh Allah."


Yakinlah wahai para pejuang islam. Sekian. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Akhlak Islam: Jual Medal Olimpik 2012 Demi Jiran..


OLIMPIADE London 2012 baru saja berakhir, ratusan hingga ribuan atlet yang telah bersusah payah mendapatkan medal telah kembali ke kampung halamannya masing-masing. Kebanyakan atlet merasa bangga memiliki medal, tetapi atlet Poland ini agak lain, dia mahu menjualnya?

Mengapa sampai begitu sekali? Adalkah hal ini kerana wang? Adalah salah besar, jika anda berfikir begitu. Zofia Noceti Klepacka memutuskan menjual medal perunggu yang diraihnya dari cabang selancar angin bukan kerana kesulitan kewangan, melainkan demi membantu seorang fans sekaligus tetangganya yang menderita penyakit serius.

Fans tersebut bernama Zuzia, seorang kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun. Menurut berita setempat, Zuzia mengidap penyakit cystic fibrosis dan telah menjalani 5 kali proses operasi. Namun kerana terbatas biaya, keadaan kanak-kanak kini terancam akibat mahalnya biaya rawatan yang perlu ditanggung kedua orang tuanya.

Hal ini tentu saja menggugah hati Noceti yang telah mengenal dekat kanak-kanak itu dari kecil. Ia pun memutuskan untuk melelong medal perunggu yang susah payah direbutnya untuk membantu biaya pengobatan Zuzia.

Membayar janjinya, Zofia mampu merebut medal perunggu di cabang selancar air Olimpiade 2012.

"Zuzia adalah tetangga saya. Saya mengenalnya sejak ia lahir. Saya mengetahui permasalahan yang dihadapinya, berapa kali ia masuk ke hospital.. Ibunya banyak menghabiskan waktu di sana," kata Noceti kepada Polskie Radio.
Ia rela menjual medal yang susah payah diraihnya untuk biaya operasi Zuzia.
Zofia bersama dengan Zuzia, kanak-kanak 5 tahun yang merupakan tetangganya.

"Semua orang berdo'a agar Zuzia selamat. Anda mungkin tidak dapat melihat dia, tapi cystic fibrosis adalah penyakit fatal yang dideritanya sejak sebelum pertandingan dan saya berkata kepadanya (ibu) bahawa saya akan mendapatkan medal untuknya," pungkas Noceti.

Di cabang lomba selancar air, Noceti Klepacka hanya mampu finish di tempat ketiga tepat di depan peselancar asal Ukraine. Dan dengan pencapaian itu, Noceti telah menepati janjinya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Inilah akhlak yang baik. Akhlak yang dikehendaki oleh Islam. Bukan membazirkan wang rakyat melimpah-limpah untuk sukan, sedangkan rakyat sendiri (walaupun jiran) dalam penderitaan, susah dan kemiskinan. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails