KL: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respon terlebih dahulu terhadap
kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung isu hudud sebelum
beliau mengulas kenyataan Karpal Singh.
Menurutnya, Soli Lek
sebelum ini secara berterusan menghina hukum hudud dan pernah melabelkan
seorang Adun Umno di Johor sebagai 'hilang akal' kerana mencadangkan
negeri itu melaksanakan hukum hudud.
"Saya diminta respon tentang
kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini. Di dalam
akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respon dari pemimpin parti. Buat
masa ini, itu sudah memadai.
"Manakala saya, saya ingin membaca
respon pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA
yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud,"
tulisnya dalam Facebook pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai
respon awal terhadap desakan banyak pihak yang mahu beliau memberi
pandangan berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh dalam
isu hudud.
Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak
hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan
mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Beliau
dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil
untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus
tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang
hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Sebelum
ini, Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengambil langkah berani apabila
mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di
Malaysia.
Di pihak PAS, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.
Namun
tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN
sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu
sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.
Sehubungan
itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata,
beliau hanya akan memebri respon terhadap kenyataan Karpal selepas
melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek itu.
"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya. (Hrkh)
Wednesday, August 22, 2012
Pinjam Bank Berjudi, Meningkatkah Mutu Penjudi?
Dikatakan, kaki judi semua akan memperlahankan kereta untuk melihat nombor kereta terbalik...
Hashim ketika ditemui berkata, dia mula ketagih dengan aktiviti itu selepas mengikut beberapa rakannya sebelum mula menghabiskan masa di pusat perjudian haram di sekitar Kuala Lumpur, Damansara, Cheras dan Kuala Selangor.
Malah, bapa kepada seorang anak ini pernah menghabiskan RM8,000 sehari dengan bermain mesin slot.
“Judi ini memang ‘berhantu’. Kita akan terus main selagi tak menang. Bila kalah nak menang, bila menang pula, nak menang lagi banyak,” katanya. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah, setelah masuk 55 tahun Malaysia merdeka, penjudi-penjudi sudah naik taraf, pinjam bank untuk main judi. Jadi profesionalkah mereka? Itulah sebab ulama-ulama dalam UMNO (awal tahun 50an) dulu bantah UMNO bawa rakyatnya main judi. Mereka keluar dari UMNO yang bawa sial, akhirnya tubuh PAS.(Persatuan Islam Se Tanah Melayu).
Kerana ulama tahu, masalah judi bukan perkara kecil. Ada hadis, juga Al-Quran menyebutkan 'arak (se bangsa dadah hasil dari kebebasan arak di Malaya dulu), judi (amalan pemimpin UMNO waktu itu) adalah kotor, jijik dan perbuatan syaitan!' (IH)
Beza Kerjasama Komponen BN Dg PR -Abd Hadi
KUALA TERENGGANU – Pas mendakwa kerjasama dijalinkan parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) tidak fokus terhadap dasar dan konsep Islam, berbeza dengan apa dilakukan komponen Pakatan Rakyat (PR).
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, percampuran politik yang terjalin antara Umno, MCA dan MIC tiada kaitan dengan agama Islam dan tidak menekankan perkara itu sebagai asas utama dalam menjalinkan kerjasama.
“Kerjasama Pas dan DAP adalah kerjasama berasaskan agama Islam yang dinyatakan Rasulullah SAW, iaitu Islam wajib melaksanakan syarat-syarat dimeterai, kecuali syarat menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
“Walaupun fahaman berbeza, tidak sama, tetapi ada persamaan berasaskan kemanusiaan. Disebabkan dasar kemanusiaan inilah, Islam benarkan kita bekerjasama dengan pihak lain,” katanya.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai sikap terlalu tolak ansur orang Melayu sehingga ada pihak lain ambil kesempatan dan status hubungan Pas serta DAP pada sesi dialog dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Perantau anjuran Badan Perhubungan Pas Terengganu, semalam.
Menjawab pertanyaan berhubung dakwaan sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang melakukan diskriminasi dengan membuang pekerja Melayu, Abdul Hadi mendakwa, ia berlaku kesan pemerintahan BN di negeri itu sebelum ini.
“Lebih 90 peratus pegawai dilantik ketika mereka memerintah lebih mementingkan politik daripada tanggungjawab pentadbiran. Sebab itu tidak mustahil DAP di Pulau Pinang juga menghadapi perbuatan tidak dipilih oleh BN semasa pemerintahan mereka,” katanya.
Beliau berkata, tidak mudah untuk DAP memerintah sekiranya saki baki parasit politik masih wujud.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, beliau masih belum menerima maklumat mengenai kes itu dan akan melakukan siasatan bagi memastikan sama ada ia benar-benar berlaku.(SH)
Ditipu Penjual Beg Tangan Melalui Internet..
KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dan lebih berhati-hati ketika membeli barangan berjenama mewah secara dalam talian kerana dikhuatiri produk yang dijual adalah tiruan. Peguam Penasihat Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Alex Kok berkata, tawaran harga murah ke atas produk tersebut menyebabkan pembeli mudah tertipu dengan produk tiruan tersebut.
“Selain harga murah, butik-butik dalam talian juga menawarkan pilihan yang banyak dengan potongan harga hingga 50 peratus.
“Ini telah menarik minat pembeli untuk mendapatkan barangan tersebut tanpa mengetahui ia adalah tiruan. Ini memberi peluang kepada peniaga untuk memperdaya pelanggan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.
Dalam hal ini, beliau menarik perhatian mengenai kes pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan baru-baru ini yang diperdaya oleh sebuah butik dalam talian yang menjual beg berjenama tiruan pada harga ribuan ringgit. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul begitu apakah kementerian berkaitan tidak mampu bertindak?
Lihat sebelum ini?
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
Gadis 'Ting-ting' Cara Baru Gadai Maruah.
KOTA KINABALU – Bermodalkan tubuh badan mengghairahkan, seorang gadis yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah kepada lelaki berhidung belang.
Dikenali dengan gelaran ‘ting-ting’, godaan gadis jalanan itu tidak hanya tertumpu kepada lelaki kelas bawahan, malah turut berjaya memperbodohkan ramai kaum Adam yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan. Modus operandi yang dilakukan cukup mudah iaitu hanya berdiri di kaki-kaki lima premis perniagaan bermula pukul 12 malam dengan hanya berbaju ketat dan berseluar pendek.
Tinjauan Kosmo! di kawasan popular di sekitar Kampung Air dekat sini mendapati rata-rata gadis yang dipercayai menawarkan khidmat seks palsu itu berusia belasan tahun serta berasal dari Filipina dan Indonesia. Sumber memaklumkan, kepintaran gadis-gadis itu bermula pada detik pertama bertemu pelanggannya apabila mereka sanggup menawarkan harga serendah RM30 untuk satu perkhidmatan seks. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Ting-ting' godaan gadis jalanan, samada sudah terjebak dalam perlakuan (bukan perkhidmatan) najis zina atau tidak, itu adalah mungkin cara baru gadai maruah. Muncul lagi virus penyakit sosial yang akan merosakkan masyarakat.
Inilah hasil dari produk tarbiah pemerintah BN yang melaksanakan pembangunan ekonomi insan tanpa kira 'halal-haram' menurut semua agama di Malaysia ini..
Tuesday, August 21, 2012
Tv Islam Pertama Di Rusia, Cuma M'sia Bengap..
(AL-RTV)
KL 21 Ogos 12: Saluran Tv Islam pertama di Rusia, Al-RTV, telah ke udara. Siaran Al-RTV
mencakup lapan wilayah Rusia: Bashkortostan, Tatarstan dan enam
republik di kawasan Kaukasus Utara. Al-RTV didirikan oleh organisasi Muslim terbesar di Rusia, untuk mempromosikan nilai-nilai agma dan spiritual Islam.
Al-RTV dilancarkan pada hari Minggu kelmarin, bertepatan dengan perayaan Idul Fitri. Saluran tv ini berada di bawah sebuah dewan umum yang mencakup perwakilan dari semua organisasi Islam di Rusia. Pemimpin Redaksi adalah Rustam Arifdzhanov, yang juga merupakan wakil presiden Akademi Eropah-Asia untuk televisyen dan radio Rusia.
"Dari hari pertama kami beroperasi, kami adalah sebagai saluran TV publik," kata Arifdzhanov dalam wawancara dengan berita RIA Novosti.
Biaya saluran tv ini akan disokong oleh sumbangan peribadi dan hibah dari pemerintah. Rencananya, pihak Al-RTV akan memperluas cakupan siaran ke kawasan lain di Rusia.
Al-RTV dilancarkan pada hari Minggu kelmarin, bertepatan dengan perayaan Idul Fitri. Saluran tv ini berada di bawah sebuah dewan umum yang mencakup perwakilan dari semua organisasi Islam di Rusia. Pemimpin Redaksi adalah Rustam Arifdzhanov, yang juga merupakan wakil presiden Akademi Eropah-Asia untuk televisyen dan radio Rusia.
"Dari hari pertama kami beroperasi, kami adalah sebagai saluran TV publik," kata Arifdzhanov dalam wawancara dengan berita RIA Novosti.
Biaya saluran tv ini akan disokong oleh sumbangan peribadi dan hibah dari pemerintah. Rencananya, pihak Al-RTV akan memperluas cakupan siaran ke kawasan lain di Rusia.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cuma perkembangan media di Malaysia sahaja yang masih bengap dan tdak berkembang bebas seperti di negara komuis tersebut. Buktinya, Kelantan hendak laksanakan radio sendiri pun masih dihalang. (IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)