Monday, September 24, 2012

3 Kajian Terbaru, Minuman Ini Punca Gemuk.


GAMBAR fail menunjukkan minuman berkarbonat yang boleh didapati di pasaran.
KESIHATAN

WASHINGTON - Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.

Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 1970-an. Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.

Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah. Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen yang diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan profil peserta yang menyertai kajian berkenaan.

Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman. Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan kanak-kanak dan remaja yang diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau minuman tanpa banyak kandungan gula yang mengandungi gula tiruan didapati mengalami pertambahan berat badan yang sedikit.(kOSMO)

Mogok Pula, Kerana Filem Hina Nabi


















 SEBAHAGIAN orang berhimpun bagi membantah filem menghina Nabi Muhammad di Dhaka semalam. 
DHAKA - Kebanyakan sekolah, kedai dan pejabat ditutup di Bangladesh semalam kerana membantah filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims. Ribuan polis mengawal bandar raya Dhaka yang merupakan ibu kota negara ini.

Pada kebiasaannya, Dhaka akan kelihatan sibuk dengan urusan seharian. Negara ini mempunyai 153 juta penduduk Muslim. Kira-kira 40 aktivis Muslim ditahan bagi tempoh yang singkat selepas mereka cuba untuk membuat sekatan di sebatang jalan raya dan membaling batu ke arah anggota polis.

Di Chittagong, bandar kedua terbesar di negara ini, polis berkata, para penunjuk perasaan membakar sebuah bas dan merosakkan sebuah van polis. Menurut polis, seramai tiga orang telah ditangkap yang merupakan pelajar. Beberapa parti politik Islam mendesak mogok itu dilakukan bagi membantah filem tersebut yang memperlekehkan Nabi Muhammad SAW.

Mogok itu juga diadakan bagi membantah karikatur Nabi Muhammad yang disiarkan di sebuah majalah Perancis. Polis berkata, kira-kira 10,000 anggota polis dan pasukan elit Batalion Tindakan Khas ditempatkan di Dhaka termasuk di kawasan diplomatik. Kelmarin, ratusan penduduk bertempur dengan polis semasa mereka berarak untuk membantah larangan tunjuk perasaan.

Polis turut melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan. Menurut media, lebih 50 orang cedera. Pemerintah Bangladesh mengutuk filem tersebut yang sedutannya turut disiarkan di internet. Pada Jumaat lalu, kira-kira 10,000 penduduk Bangladesh berarak di jalan raya di luar sebuah masjid. - AFP

Setuju, L.T. Antarabangsa P Ramlee, P.Pinang..

Pertandingan mencipta video P.Ramlee sempena Hari Seniman 2012

P.Ramlee
KL 24 Sept 12: Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia bersetuju dengan cadangan Kerajaan Pulau Pinang agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee bagi mengenang jasa seniman terunggul itu.

“Kalau Pulau Pinang boleh berbangga dengan Allayarham Tan Sri P. Ramlee sebagai anak negeri itu, kami keturunan bangsa Aceh Malayisa lebih berbangga lagi, kerana Allahyarhan P Ramlee adalah keturunan dari daerah Paloh Pineng, Pasai negeri Aceh, negara asal kami." Kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM), Tgk Mansur Din (gambar kanan) sewaktu ditemui di sini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini, mengatakan masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang.

"Menurut cerita 'keluarga jauh'nya yang masih ada di Paloh Pineng, Pasai, ayah P. Ramlee dilahirkan di atas kapal dagang dalam perjaanan dari Kota Raja atau Banda Aceh sekarang ke Pulau Pinang." Jelas Tgk Mansur.

"Kerana itu, lagilah ramai orang yang masih belum  tahu bahawa P. Ramlee itu berasal dari Aceh negara tanah rencung." Kata Tgk Mansur.lagi.

Editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim juga menyokong cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pengerusi PKBAM itu. "Saya setuju sanagat, kerana kalau dapat, hubungan niaga Pulau Pinang dan Aceh perlu diperbaharui semula. (IH)

Lihat sebelum ini..
Lihat sebelum ini mengenai PKBAM....

Gaji Belum Bayar Paramugari Ini Demo Bogel..


Inilah foto salah satu paramugari Air Comet

MACAM-MACAM cara protes. Paramugari ini protes syarikat penerbangannya yang belum membayar gaji mereka dengan cara berphoto bogel. Seperti dikutip Ananova.com, paramugari perlu menanggalkan bajunya untuk dipamerkan.

Sembilan paramugari, pekerja di sebuah syarikat penerbangan di Sepanyol yang telah muflis, Air Comet. Mereka berpose telanjang untuk sebuah kalender sebagai bukti protesnya. Aksi protes ini dilakukan kerana Air Comet gagal untuk membayar gaji pekerjanya hingga sembilan bulan.
Syarikat tersebut memiliki hutang sekitar 160 juta euro, termasuk upah yang belum dibayar. Kini paramugari ini, telah memutuskan berpose telanjang sebagai cara untuk menarik perhatian membayar gaji paramugarinya.
"Namun mereka juga berharap wang dari berfoto telanjang di kalender dapat membantu situasi kewangan mereka," kata Michel Velasco dari Alzafatas Alta Tacon, sebuah agen untuk paramugari dan model yang menaungi pramugari ini. (IH)

Sunday, September 23, 2012

2 Perkara, AS Kurang Ajar & Biadap -PAS




KL: Dua perkara perlu diajar pada Amerika Syarikat..
Pertama belajar menghormati agama lain dengan menjaga sensitiviti penganut agama tersebut,  
Kedua, belajar memahami budaya dan asas protokol dalam negara ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ekoran tindakan tidak bertamadun Kedutaan Amerika yang mengutuskan Ketua Pengawal Keselamatan untuk menerima memorandum bantahan berhubung filem Innocence of Muslims semalam.

“Tindakan mengutus ketua pengawal keselamatan Pejabat Kedutaan untuk menerima memorandum ribuan rakyat negara ini adalah sikap kurang ajar dan biadab. PAS melahirkan kekesalan di atas kebiadaban ini yang gagal memahami budaya dan adab setempat,” tegas Tuan Ibrahim. Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata oleh kerana sebab-sebab di atas, Amerika wajar belajar dan membuang ego yang ada.

Semalam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan turut melahirkan rasal kesal terhadap apa yang disifatkannya layanan buruk oleh Kedutaan Amerika kerana tidak menghantar wakil kedutaan untuk menerima memorandum yang diserahkan oleh wakil dari PAS, PKR dan wakil badan bukan kerajaan.

"Kita berharap memorandum itu akan sampai kepada wakil kedutaan," kata Nasrudin ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum kira-kira jam 2.45 petang.

Katanya, kerajaan AS yang mengamalkan demokrasi sepatutnya mendengar luahan dan perasaan rakyat Malaysia hari ini. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata himpunan semalam sangat berjaya sehingga kedutaan terpaksa ditutup sebagaimana dimaklumkan.

“Isu ini telah menyatukan seluruh dunia Islam tanpa mengira mazhab, fahaman politik dan sempadan geografi.

PAS menggesa umat Islam mendalami sirah Rasulullah mengenali Baginda dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang dibawa Baginda,” katanya.

“Bukanlah kecintaan itu dengan kamu hanya melaungkan cinta, namun kamu melakukan perkara yang dibenci Baginda," tambahnya. (Hrkh)

RM300,000 Unt Pembunuh Penerbit Filem A/Islam

Penyokong Tehreek Hurmat e Rasool mengadakan tunjuk perasaan di Lahore, Pakistan. - Foto EPA

ISLAMABAD - Seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.

Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu. Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.

"Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.

Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin. Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan. Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.

Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.

"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi.(SH)

Pijak Jalur Gemilang Ini, Jangan Tak Pijak!


(Diangkat dari karatijau.blogspot.com)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails