Sunday, October 07, 2012

Jom Melawat Sebuah Pekan Di Kepulauan Sulu...

RAMAI sudah tahu, Selatan Filipina sentiasa bergolak antara Mujahideen dan Kerajaan Filipina kerana perebutan kawasan yang berlaku semenjak Filipina diisytiharkan atas selembar perjanjian. Selatan Filipina masih tidak aman sehinggalah Malaysia diperlukan sebagai orang tengah bagi menamatkan perang bersenjata yang tidak berkesudan itu.

Gajah sama gajah bertempur, pelanduk mati di tengah-tengah. Kerana itu, ratusan ribu penduduk kepulauan Sulu yang tidak bersalah terpaksa berhijrah ke kepulauan yang berhampiran mereka di Sabah.Suku Suluk ini adalah dari keluarga Islam semuanya. Mereka terpaksa berkayuh perahu merentas laut mencari tempat yang selamat. 

Suku Suluk atau Tausug adalah rakyat dari Kesultanan Sulu. Sebuah kesultanan kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450 oleh Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr.  Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao hingga ke Sabah.

Faktor geografi dan sejarah inilah menjadi penyebab utama suku Suluk berhijrah ke Sabah berlindung dari serangan dan kekacauan di negeri mereka yang bergolak itu. Di peta di atas, tanda merah itulah Kepulauan Sulu yang dipertikaikan. 

Jom kita melawat ke sana! 
 


Kehidupan kanak-kanak Sulu.

Kawasan Perairan Sulu belum tercemar, dan menjadi tempat pembiakan ikan, di jetinya sahaja banyak ikan sebesar tapak tangan berenang-renang

Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air untuk kegunaan harian; tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian lama.

Beratapkan rumbia, berlantaikan buluh; kedaifan ini melata ke seluruh Kepulauan Sulu.


Pemandangan pekan di Kepulauan Sulu, aktiviti perniagaan di sini juga sekadarnya sahaja. Yang banyak dijual adalah makanan ringan. itu sahaja kemampuan mereka di sini. Selebihnya ubi, kelapa dan sumber alam menjadi sandaran mereka untuk hidup.

Pemandangan laut lepas dan aktiviti laut masyarakat Sulu.

Keadaan sebenar kedai di Kepulauan Sulu . deretan kedai yang usang dan jalan tanah

Rumah di kawasan pantai juga ibarat perkampungan setinggan yang berasak-asak serta laluan yang sempit bertitikan buluh.

Si Ibu menangis kerinduan setia menanti kepulangan anak perempuannya yang telah berhijrah dan berkahwin di Malaysia tetapi tidak berani kembali ke Kepulauan Sulu.

Keadaan sekolah dari pintu masuk hadapan..,

Keadaan atap sekolah di Sulu yang sangat daif..

Sekolah saudara seIslam di Filipina yang tidak mendapat perhatian, namun masih digunakan kerana masih ada yang sanggup mengajar..  kerana tuntutan agama.
 

Daifnya sekolah umat Islam di sini. Berbaju pink adalah pengetua sekolah. Menurut beliau bantuan telah lama dihentikan. Namun dengan penuh dedikasi beliau tetap meneruskan usaha mendidik anak-anak muda.
 

Kebanyakan rumah masyarakat di Sulu berdinding buluh, atap jeramai, hanya sebuah sahaja rumah batu sempurna di pulau ini


Masjid ini mengambil masa lama untuk disiapkan dan menanti lebih sumbangan untuk menampung kos pembinaan bagi kegunaan Umat Islam disana.

Keadaan dalam Masjid yang masih menanti sumbangan untuk disiapkan.
Kepulauan Sulu mempunyai pantai tercantik di dunia. Rumah ini dihuni keturunan Pendakwah Islam (Syarif) yang pernah datang dan mengislamkan rakyat di sini.

Ahli keluarga Pak Harun..

Keadaan lantai rumah beralaskan kepingan buluh yang yang berlubang -lubang..

Dalam kesusahan mereka sangat meraikan tetamu.

Beginilah keadaan dalam rumah mereka. Tiada bilik.. inilah tempat tidur satu keluarga. Sesetengah anak lelaki dewasa perlu tidur di luar beralaskan lapik sekadarnya . Perhatikan anyaman buluh yang mulai mereput. Tiada elektrik, sumber air terhad dan tiada apa-apa. Kembali ke zaman tanah Melayu era 40-an

Seorang anak muda Sulu terpaksa menanti air untuk kegunaan keluarganya. Bekalan air untuk minum dan kegunaan harian terpaksa dicatu disana.

Biarkan gambar ini menceritakan kesusahan rakyat  yang tertindas.
 

Anak kecil  ini...

Pengangkutan utama di Sulu..

Kehidupan masyarakat yang dinafikan hak dan kewarganegaraan..
 

Pemandangan ini biasa di Sulu..
(Layari: http://www.harum2012.blogspot.com , Mari bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.)(IH)

Sokong Guan Eng Cabar PM Isytihar Harta, Tapi...




SHAH ALAM – Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengisytiharkan harta masing-masing  jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah.

“Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut.

“Dan sehingga kini juga tiada jawapan kepada soalan yang ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud,” katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya Najib mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan harta secara terbuka.

“Pada masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan.

“Satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat kerugian,” katanya.

Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Blog ini sokong cadangan Lim Guan Eng cabar  PM isytihar harta, tapi kepada pihak pembangkang dan pegawai-pegawai kerajaan pun kena juga!!

Kezaliman Ah Long, K'jaan Setakat Jadi Tunggul?

KL - Seorang juruteknik yang berusaha untuk menambah pendapatan keluarga dengan berniaga kuih menerusi pinjaman ah long tidak menyangka hidupnya menjadi lebih menderita sejak awal tahun lalu.

Situasi itu berlaku apabila perniagaan yang dirancang bersama isteri tidak mendapat sambutan menyebabkan dia terpaksa menanggung hutang terkumpul kira-kira RM80,000 dengan ah long terbabit.

Juruteknik yang hanya mahu dikenali sebagai Shah, 33, berkata, akibat hutang itu juga, dia terpaksa melakukan kerja sampingan sebagai pemandu teksi di ibu negara untuk menyara keluarga. 

"Sebelum berniaga, gaji saya cukup untuk menyara isteri dan anak yang masih kecil, tetapi kini pendapatan bulanan sebagai juruteknik bukan untuk keluarga sebaliknya untuk ah long kerana mereka pegang kad pengeluaran wang tunai automatik (ATM) saya," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi-lagi  ah long.. Sebuah kerajaan Malaysia yang berdaulat sudah bertahun-tahun merdeka masih tak boleh selesai masalah ah long. Kuasa undang-undang ada, polis ada, pun tak boleh buat apa-apa. Ah long masih mampu menggugut, dan mengzalimi mangsa. 

Cuba buat penyelidikan mengapa kerajaan masih mengalah atau memang kalah tak mampu? Berhenti jadi kerajaan kalau hanya jadi tunggul sudah tak mampu perintah negara, selamatkan rakyat?

Festival Makan CocaCola Untuk Monyet?


Monkey Buffet Festival (Lopburi, Thailand)
Ini adalah festival buffet (makan sepuasnya) yang disediakan khusus untuk monyet. Ribuan kilo buah-buahan di kumpulkan untuk menjadi sebuah arena buffet yang diperuntuk untuk monyet. Monyet yang biasanya nakal ini boleh bertabiat baik, bermain-main dengan pelancong dan jurugambar.





















(IH)

Sindiket Jual Saluran TV internet Haram..



BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjualsaluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.

"Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang  menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen.

"Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang  Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram bagi sindiket terbabit.

"Hasil penahanan itu, kita menyerbu sebuah premis di tingkat enam Park View Tower di sini dan berjaya menahan lima orang termasuk dua wanita dan hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka adalah pengarah urusan syarikat terbabit manakala isterinya ialah seorang guru sebuah  sekolah menengah di sini.

"Siasatan juga mendapati mereka menggunakan premis di situ sebagai pusat operasi untuk menjalankan aktiviti pemberian aplikasi kandungan kepada pelanggan di seluruh Malaysia," katanya.

Mohd Rodwan berkata siasatan lanjut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen yang sah dan sindiket itu juga menjalankan aktiviti  memberi perkhidmatan aplikasi kandungan tanpa kebenaran. Katanya sindiket itu menjual aplikasi kandungan televisyen dari luar negara kepada pelangan secara tidak sah dan melanggar peruntukan  undang-undang di bawah Seksyen 205 Akta Komunikasi dan Mulimedia (AKM) 1998.

"Berdasarkan siasatan, sindiket terbabit telah beroperasi sejak setahun lalu dan mengaut keuntungan jutaan ringgit serta telah mengakibatkan syarikat penyiaran swasta berbayar mengalami kerugian kira-kira RM60 juta," katanya.

Mohd Rodwan berkata sindiket itu bergerak dengan menjual alat 'decoder'  kepada pelanggan yang berminat dengan harga RM400 dan  mengenakan caj bulanan serendah RM29.

"Menerusi MY IPTV itu, pelangan boleh menonton pelbagai program televisyen dari luar negara terutamanya dari China dan Jepun serta terdapat lima saluran pornografi. Lebih 2,000 pengguna telah melanggan sejak setahun lalu," katanya.

Beliau berkata dalam lima serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai peralatan yang digunakan sindiket itu seperti decoder, 'server' dan komputer bernilai lebih RM400,000. Katanya serbuan oleh 36 pegawai dan anggota polis, SKMM dan Siber Sekuriti itu merupakan kejayaan terbesar dan merupakan serbuan pertama di Malaysia.

"Daripada 12 yang ditahan, tujuh dibebaskan dengan jaminan polis  manakala lima termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

Mohd Rodwan berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 239 Akta AKM 1998 iaitu pemilikan, penggunaan dan peralatan komunikasi yang tidak standard dan Seksyen 40 Akta Hak Cipta 1987 iaitu membuat atau dalam milikan bagi tujuan salinan. - Bernama

Artis Rap Wanita P'cis Peluk Islam Kerana Solat





Paris: Kerana solat, seorang penyanyi rap wanita terkenal di Perancis, bernama Diam, mengejutkan peminatnya apabila buat pertama kali tampil memakai hijab selepas memeluk Islam. Diam atau nama sebenarnya Melanie Georgiades, disifatkan telah melakukan proses transformasi sepenuhnya daripada seorang penyanyi rap kepada seorang wanita Muslim.

Sejak 2009, Diam telah mencetuskan kontroversi kerana jarang muncul di khalayak ramai dan kontroversi berkenaan akhirnya lenyap dengan penampilan pertamanya dalam interview dengan stesen tv Perancis, TF1. Dalam temu bual eksklusif itu, Diam menceritakan kisah silamnya dan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam. Jelas Diam, dia diperkenalkan secara kebetulan oleh seorang rakan beragama Islam.

“Saya memeluk Islam selepas melihat rakan saya menunaikan solat. Ketika itu saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat.
“Ketika bersujud, itulah kali pertama saya menyentuh dahi ke lantai dan ia merupakan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dan saya kini percaya, kita hanya tunduk kepada Allah, bukan insan lain,’’ katanya.

Menurut Diam, dia memeluk Islam selepas memahami agama itu dan membaca Al-Quran. Dia juga berpindah ke Mauritius untuk belajar membaca Al- Quran dan kini lebih memahami Islam sepanjang proses memeluk Islam. Menceritakan kisah silamnya, Diam berkata, walaupun dia seorang yang terkenal namun dalam hatinya, tiada siapa yang tahu bagaimana dia menangis setiap malam kerana hatinya berasa kosong dan kesepian.

“Saya merupakan penagih dadah tegar, sering berasa halusinasi dan terpaksa masuk ke pusat rawatan mental untuk pulih, sehinggalah seorang rakan Muslim saya memberitahu bahawa dia ingin bersolat.
“Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya juga tahu tujuan sebenar kita diciptaNya,’’ katanya.

Diam yang telah berkahwin lebih setahun lalu, kini bergelar ibu dan telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah. Ditanya mengenai pemakaian hijab itu, Diam berkata dia tidak berasa kecil hati apabila dikritik namun kecewa dengan pandangan steorotaip penduduk Perancis terhadap wanita berhijab.
(IH/Mynewshub.my)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Daging Manusia Dijual Di England, Lihat Ini!

SEBUAH kedai daging di England, 6 Wesker & Son Ltd. selama dua hari membuka niaga daging manusia dengan berbagai macam mutilasi anggota tubuh manusia. Kedai ini perdagangkan daging bangsanya sendiri dan menggantung potongan-potongan tubuh manusia di ruang pendingin sebagaimana layaknya daging binatang ternak.

Tidak hanya itu, potongan-potongan tubuh itu di pamerkan dalam sebuah display daging yang dikemas dalam stereofoam berbungkus plastik. Anggota tubuh yang di displaypun terdiri dari berbagai macam anggota tubuh seperti jari-jari, lidah, mata, kuping bahkan ada juga penis.

Pemandangan yang sangat mengerikan terlihat di tempat itu, tubuh manusia tanpa kaki dan tangan, lengan di gantung dengan pengait besi, tapak tangan dan pemandangan mutilasi anggota tubuh manusia lainnya yang tidak kalah mengerikan. Yang lebih mengerikan lagi ada sosok perempuan yang di letakkan di atas meja dan siap dipotong-potong untuk dijual.

Tetapi........ baca seterusnya..











Tetapi...

Kenyataan pemandangan horor di atas tidak seperti yang terlihat. Itu semua hanyalah sebuah trik yang dilakukan oleh team pembuat game Resident Evil 6 untuk menarik perhatian wartawan. Mutilasi anggota tubuh tersebut dibuat dari berbagai macam daging binatang ternak yang di buat sedemikian rupa hingga sangat mirip dengan potongan-potongan tubuh manusia.

Resident Evil  adalah sebuah  game ternama yang mengusung tema horor dalam pembuatan Gamenya. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails