Sunday, November 11, 2012

5,000 Kahwin Bawah Umur, Tiada Masalah Pun!

RIYADH: Lebih 5,000 gadis bawah umur 14 tahun melangsungkan perkahwinan di Arab Saudi. Media negara itu memetik aktivis sosial, Ali Abdul Rahman al-Roumi sebagai berkata,ia bagaimanapun bukan satu trend yang berlaku di negara berkenaan.


Beliau tidak menyebut tempoh masa perkahwinan itu berlangsung.
“Terdapat 5,622 perkahwinan membabitkan gadis babawah 14 tahun. Masalah ini dijangka tidak akan selesai meskipun jika kerajaan menetapkan had umur untuk mendirikan rumah tangga.
“Malah, langkah itu, jika diambil, mungkin akan mencetuskan masalah lebih besar,” kata Ali, yang juga ahli akademik di Universiti Islam Imam Mohammad Bin Saud.

Pada masa sama, beliau juga tidak bersetuju dengan mereka yang menentang langkah untuk menetapkan had umur untuk berkahwin. Katanya, tindakan yang perlu dilakukan ialah mengambil kira usia pengantin lelaki dan perempuan tidak terlalu jauh dan memastikan jumlah wang hantaran tidak terlalu mahal bagi mengelak daripada perbuatan yang disifatkan sebagai ‘menjual anak kepada orang kaya.

Menurutnya, kebanyakan perkahwinan bawah umur itu berlaku di kawasan pedalaman kerana kecenderungan ibu bapa untuk mengahwinkan anak mereka dengan lelaki tua yang kaya. Dalam pada itu, Ahli Majlis Syura, Abdullah Bin Saleh Al Haeithi berkata, Kementerian Kehakiman sedang mengkaji pelaksanaan had umur untuk berkahwin. - GN

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tiada larangan kahwin bawah umur, tiada masalah pun! Kerana itu bukan paksaan tetapi pilihan. Sekurang-kurangnya menutup pintu maksiat di kalangan remaja.

Gambar Santai-santai Tok Guru N/aziz..





Antara sebahagian dari cara Tok Guru Nik Aziz mengisi masa lapang dengan mencuci halaman rumah semasa tiada tugas rasmi... Santai-santai Tok Guru..

300,000 Tiada IC Mahu Demo Depan JPN 5

PETALING JAYA: Himpunan Duduk Bantah akan diadakan depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya 5 Disember ini jika Perdana Menteri gagal selesaikan permasalahan kad pengenalan melibatkan lebih 300,000 kaum India di negara ini.

“Najib (Razak) masih ada masa untuk selesaikan masalah ini dan jika tidak, himpunan tetap diteruskan sebagaimana dijadual berlangsung pada jam 10.00 pagi, lapor KeadilanDaily.
“Kami menjangkakan ribuan kaum India terutama mereka yang dinafi dari mendapatkan kad pengenalan sejak sekian lama akan hadir dalam himpunan itu yang kami namakan ‘Duduk Bantah’ ini,” kata Naib Presiden PKR, N Surendran pada sidang media di ibu pejabat parti.

Menurutnya, persediaan untuk himpunan itu sudah mula digerakkan dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis masyarakat, peguam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat terutama berketurunan India sudah mengesahkan kehadiran.

“Kami akan terus duduk bantah dan berkhemah depan pejabat JPN hingga masalah ini diselesaikan. Kami berharap pihak berkuasa menolak dari menjadi kuda tunggakan Najib untuk menghalang himpunan ini,” tegasnya.

Sementara itu, R Sarathrajan yang dinafi dari memiliki kad pengenalan walaupun sijil kelahirannya menyatakan beliau adalah warganegara, turut mengesahkan kehadiran pada himpunan itu.  (KD)

2 Bukan Islam Berkhatan, Islam Untuk Semua

SEBAHAGIAN 200 kanak-kanak yang kelihatan kesejukan selepas dimandikan pada Majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara di Kuala Lumpur, semalam.

Dua beradik bukan Islam berkhatan di Masjid Negara
KUALA LUMPUR - Dua beradik bukan Islam adalah antara 200 kanak-kanak yang dirai pada majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara semalam. Chai Kian Fei, 10, dan Chai Kian Haw, 7, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Yuk Chai berbaris bersama kanak-kanak lain sebelum dimandikan dengan pancutan air oleh pasukan bomba.

Mereka yang memakai kain pelikat dan baju T kemudian dikhatan menggunakan teknik "Alisklamp" oleh 10 pegawai perubatan klinik swasta. Terdahulu, ibu dua beradik itu, Kok Mi Fung berkata, dia terpanggil untuk menghantar anaknya menyertai program itu kerana menyedari kepentingan berkhatan. (Kosmo/IH)

Warga Indo Dirogol 3 Polis Di Balai? Malu Le..



BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.   

Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi berhampiran  pasar raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu. Beliau juga mengesahkan tiga anggota terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu 

“Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.

“Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.


“Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari,” katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi.


Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim. (SH)

PRU 13, Calon PAS Pahang Buat Deklarasi Harta..


TEMERLOH: Semakin ramai memberikan sokongan kepada cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta di muktamar akan datang. Setelah mendapat pujian dan sokongan daripada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Pemuda PAS kini mendapat sokongan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Bercakap kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim berkata PAS Pahang menyambut baik cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta. Beliau turut mengumumkan bahawa semua calon PAS di Pahang untuk PRU13 akan membuat deklarasi harta untuk dinilai rakyat.

“Pemimpin dan calon-calon PAS harus diketengahkan secara telus dan berwibawa untuk melawan pihak lawan yang suka berlindung. Deklarasi harta ini membuka peluang kepada rakyat untuk memilih dengan penuh jelas dan tanpa was-was calon-calon yang bakal mewakili mereka di Dun dan di parlimen,” kata beliau.

Kata Tuan Ibrahim, perwakilan PAS Pahang akan memberikan sokongan penuh kepada usul Pemuda PAS ini di muktamar nanti.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang. Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.

"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.

Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak. Mustafa sebelum ini berkata cadangan Pemuda PAS ini menunjukkan keprihatinan mereka untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.

“PAS sudah mengamalkan hal ini secara dalaman yang melibatkan penjawat awam seperti menteri besar dan exco. Bagus untuk perkara ini jika dibuat secara terbuka,” katanya sambil memuji keberanian Pemuda PAS mengambil langkah sedemikian untuk meningkatkan kewibawaan parti.

Bagi cadangan untuk calon mengisytiharkan harta, Mustafa percaya cadangan Pemuda PAS akan diteliti oleh para pimpinan PAS untuk melihat mekanisme terbaik yang perlu diambil ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Weblog Ibnu Hasyim juga menyokong usaha murni tersebut. (lihat Semua Pemimpin PAS Perlu Isytihar Harta -I/H).

Peluang Buat Duit Melalui F/book, Direktori Lucah.


LUCAH...antara khidmat dipaparkan dalam laman web terbabit.
LUCAH...antara khidmat dipaparkan dalam laman web terbabit. 
ISI DULU...borang yang perlu diisi  untuk melanggan laman web lucah.
ISI DULU...borang yang perlu diisi untuk melanggan laman web lucah.

KUANTAN: Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah.

Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah.

Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan membuat pembayaran melalui pindahan wang.

Sebelum itu, kewujudan akaun fb individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur cukup mudah iaitu hanya perlu ‘like’ sebelum diminta mengirim e-mel ke alamat diberikan.

Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 ‘like’ sejak beroperasi pada 2006.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu cara buat duit mudah melalui facebook, bagi orang yang berpendirian 'asal dapat duit, tidak peduli halal haram'. Manusia jenis ini, boleh juga disebut robot atau 'binatang ekonomi'. Macam kerajaan Malaysia, lihat ' Kerajaan Makan Duit Cukai Babi RM9.3 Bilion?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails