Monday, November 12, 2012

30Tahun Tidur Di Kaki 5, Menteri Tiada T/Jawab?






MARI IKUT...pegawai yang menjalankan operasi memujuk beberapa lelaki gelandangan yang ditahan, semalam.

KUALA LUMPUR: Menjadikan kaki lima sebagai rumah sejak lebih 30 tahun lalu kerana hidup sebatang kara dan pernah ditahan tiga kali oleh penguat kuasa tidak menimbulkan ketakutan di hati seorang warga emas yang ditahan dalam operasi gelandangan di sekitar bandar raya ini, kelmarin.


Lelaki dikenali sebagai Khalid Yeop, 49, berkata, dia bekerja sebagai pengutip besi buruk dan menjualnya di kaki lima. Katanya, dia hanya mempunyai beberapa helai pakaian yang dijadikan teman hidup dan mencari kotak untuk mengalas tidur. 

“Saya tidak pernah malu walaupun hidup begini, malah gembira kerana terdapat ramai rakan senasib yang menemani sebaik malam menjelma,” katanya ketika ditemui selepas operasi, di sini.

Khalid berkata, mereka gembira kerana ada insan prihatin menghulurkan makanan percuma apabila petang menjelma dan tidak perlu meminta sedekah. Dalam Operasi Gelandangan Bersepadu yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Alam Flora dan agensi lain itu, 59 orang termasuk 53 warga Malaysia, dua (Indonesia), tiga (Myanmar) dan seorang warga India ditahan.


Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan


Operasi bermula jam 10 malam hingga 1 pagi itu turut mengambil tindakan saringan terhadap lapan lelaki di bawah AADK dan lima di bawah JKM. Melalui ops itu, mereka yang ditahan rata-rata tidak mampu menyewa rumah kerana berniaga kecil-kecilan di kaki lima. Mereka sanggup tidur di kaki lima kerana memperoleh makanan percuma disediakan badan bukan kerajaan (NGO) setiap petang. Ada juga yang cuba melarikan diri kerana takut ditangkap pihak berkuasa, namun ditahan.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Operasi DBKL, Mohd Hisham Izhar berkata, faktor utama gelandangan sanggup tidur di kaki lima kerana makanan percuma diberikan NGO “Walaupun golongan gelandangan menunjukkan penurunan, ia masih membimbangkan kerana mereka kebanyakkan suka membuang sampah di merata-rata yang mencemarkan imej ibu kota,” katanya. (myMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah bukti Menteri Wilayah tiada tanggung jawab, tiada ambil peduli  langsung ke atas penderitaan rakyatnya. Tiada menasabah langsung 30 tahun tidur di kaki lima, menteri dan wakil rakyatnya tak tahu? Tiada tindakan diambil untuk membantunya?

Nampaknya menteri-menteri BN ni perlu pelajari atau ditarbiahkan dengan sejarah Islam, bagaimana seketul daging kambing jatuh ke dalam sungai pun, pemimpin no 1 dalam negara Islam (Khalifah) kena ambil tahu dan bertindak segera mengatasinya. Beginilah caranaya Islam dirosakkan oleh penganut-penganutnya, apabila mendapat pemimpin yang buta agama, seperti ini Robahlah pemerintah sekarang dengan .kerajaan kebajikan!

'Seks Bawah Meja' Tamatkan Karier Pngarah CiA.

PENULIS Paula Broadwell bercerita mengenai buku biografi yang ditulis bersama Petraeus dalam satu majlis di Washington pada 6 Februari lalu. 

David Petraeus dengan Paula Broadwell David Petraeus dengan Paula Broadwell

Skandal bekas pengarah CIA terus dibongkar
WASHINGTON - Seorang wanita misteri menjadi punca tamatnya karier Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) David Petraeus selepas dia dihujani e-mel ugutan daripada wanita simpanan lelaki tersebut, kata seorang pegawai kepada akhbar Daily News.

Wanita misteri itu yang dipercayai rapat dengan Petraeus tampil untuk meminta perlindungan daripada pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) ekoran kerap diganggu oleh kekasih gelap Petraeus, Paula Broadwell. Susulan aduan tersebut, pihak FBI mengesan sumber ancaman itu kepada Broadwell, 40, yang merupakan lulusan Universiti Harvard dan pernah menulis buku biografi Petraeus.

Menurut sebuah laman berita tempatan, siasatan itu menemui deretan e-mel yang mendedahkan skandal seks antara Broadwell dan Petraeus. Kedua-duanya sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Satu e-mel tersebut menceritakan tentang hubungan "seks di bawah meja"antara mereka. Identiti wanita kedua yang membuat aduan tersebut dan hubungannya dengan Petraeus masih dirahsiakan tetapi menurut sumber sama, dia bukan dalam kalangan ahli keluarga Petraeus mahupun pegawai kerajaan.

Skandal seks tersebut mencetuskan persoalan berhubung kelemahan dan kecuaian seorang pemerintah tentera berkaliber seperti Petraeus dalam menangani hubungan sulitnya. Pihak FBI menyiasat e-mel peribadi Petraeus kerana mengesyaki ia telah digodam oleh individu tertentu. Petraeus yang berusia 60 tahun sebelum ini memiliki kerjaya cemerlang selepas membantu misi tentera AS mematahkan gerakan militan di Iraq dan Afghanistan.

Namun, beliau kecundang dan memilih untuk meletak jawatan pada Jumaat lalu selepas skandal seksnya terbongkar. Media AS melaporkan Broadwell rapat dengan Petraeus ketika beliau menjadi komander untuk gerakan tentera AS di Afghanistan dan menamatkan i hubungan tersebut sebelum beliau dilantik sebagai ketua CIA, tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Petraeus dilaporkan memohon maaf berhubung hubungan terlarang itu. Buku biografinya yang bertajuk All In: The Education of General David Petraeus, dianggap oleh rakan-rakannya sebagai naskhah cinta daripada Broadwell kepada ketua tentera itu. Peletakan jawatannya diluluskan oleh Presiden Barack Obama Jumaat pada Khamis lalu lalu selepas beliau menemui pemimpin itu di White House di sini.

"Sebagai seorang suami dan ketua sebuah organisasi seperti sekarang (CIA), sikap sebegini tidak boleh diterima," kata Petraeus dalam memo kepada kakitangannya.

Petraeus berkahwin sejak 38 tahun lalu dengan isterinya, Holly Petraeus yang dikenali ketika beliau masih seorang kadet tentera di Akademi Tentera AS di West Point, New York. Tempat beliau kini diambil alih oleh Timbalan Pengarah Mike Morell sementara menunggu pelantikan Pengarah CIA yang baharu. - Agensi 

Lihat sebelum ini..

Penjelasan Isu Kebebasan Beragama Nurul Izzah..



UTUSAN  Malaysia ataupun Lidah Rasmi UMNO berhempas pulas memutarbelitkan kenyataan Nurul Izzah Anwar.

Akhbar yang telah berpuluh kali disaman kerana memfitnah itu hanya menyiarkan kenyataan Izzah yang diputarbelit, tetapi menyembunyikan latarbelakang bagaimana kenyataan itu terbit dan apa maksud sebenarnya.

Ia berdasarkan soalan yang diajukan oleh Siti Kasim, seorang yang dilaporlan penganut Kristian berketurunan Orang Asli berhubung ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256 berhubung konsep ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’

Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."

Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.

In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you
.

Jawapan yang diberi oleh Nurul Izzah memang tepat sekali iaitu tiada paksaan dalam agama bukan hanya untuk bukan Islam sahaja tetapi juga untuk orang Melayu yang sinonim dengan Islamnya. Maksudnya, bukan orang bukan Islam sahaja yang tidak boleh dipaksa mengganut Islam atau mengamalkan ajaran Islam tetapi orang Melayu/Islam juga tidak boleh dipaksa untuk menganut ajaran bukan Islam. Jadi, di mana salahnya kenyataan Izzah itu?

Baiklah, kalaulah kenyataan asal beliau tidak jelas atau terdedah untuk membawa kepada beberapa maksud maka perkara terbaik untuk dilakukan ialah merujuk balik kepada kepada orang yang mengeluarkan kenyataan maksud sebenarnya.

Setelah dirujuk kepada Izzah ternyata ia tidak bermaksud seperti yang diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia.

“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,” tegas Nurul Izzah.

Jelasa beliau tidak bermaksud seperti yang difitnah oleh Utusan Malaysia maka mengapa beriya-iya sangat puak tertentu nak terus mengaitkan Izzah dengan dakwaan tersebut. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama itu adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Jika Nurul Izzah dianggap bertindak bodoh dan melampau bagaimana pula dengan Pak Lah ini?


Pada July 2007, Pak Lah yang merupakan Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO pada ketika itu dilaporkan telah berkata "Allow Muslims to convert if they choose to"..

Dalam Bahasa Malaysia ianya bermaksud benarkan orang-orang Islam murtad jika itu pilihan mereka..

Tidakkah tindakan Pak Lah itu akan mengalakkan orang-orang Islam untuk murtad sebagaimana dakwa kebanyakkan pencacai UMNO bila Utusan melaporkan Nurul Izzah buka peluang murtad?

Kenyataan Pak Lah ini tidak disiarkan oleh media-media yang ditunggan oleh UMNO/BN tetapi beberapa media cetak dan on-line luar negara

Laporan di atas juga disiarkan oleh Channel News Asia di ( SINI )
Apakah bila ianya disuarakan oleh pemimpin UMNO sendiri maka ianya tidak
memudaratkan Islam?


(IH/http://darisungaiderhaka.blogspot.com,)

Berita Dari Indo: 3 Polis M'sia Perkosa TKI


Minggu, 11 November 2012, 
Seorang TKI mengaku diperkosa tiga polisi MalaysiaSeorang TKI mengaku diperkosa tiga polisi Malaysia (ANTARA/Fanny Octavianus)

 

Ketiga polisi Malaysia itu telah ditangkap dan ditahan oleh PDRM.

Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi mengutuk keras perkosaan yang menimpa seorang Tenaga Kerja Indonesia perempuan oleh tiga anggota polisi Malaysia. Kemenakertrans mendesak kasus ini diusut tuntas oleh aparat Malaysia.

"Kami meminta agar pelaku dihukum seberat mungkin," kata Juru Bicara Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Dita Indahsari, dalam pesat tertulis yang diterima VIVAnews, Minggu 11 November 2012. "Apalagi pelaku adalah polisi, yang semestinya menegakkan hukum malah melakukan pelanggaran hukum yang sangat memuakkan."

Kasus ini, tambah Dita, termasuk kriminal murni, bukan menyangkut masalah ketenagakerjaan, melainkan kriminal murni. Sehingga, masalah ini ditangani oleh Kedutaan Besar RI di Kuala Lumpur dan Konsulat Jenderal RI di Penang. "Kalau ketenagakerjaan baru ditangani atase tenaga kerja," katanya.

Pemerintah Indonesia, kata Dita, terus mengawal kasus ini melalui KBRI di Kuala Lumpur dan KJRI Penang. Selain itu, pemerintah juga telah sepenuhnya menangani kasus ini, baik untuk mengawal proses penyidikan, menyediakan pengacara, pendampingan psikologis, pelayanan kesehatan, dan lainnya. "Minggu siang, korban tengah dalam perjalanan menuju KJRI," katanya.

Adalah SM (25) tenaga kerja yang mengalami nasib nahas itu. Dia adalah tenaga kerja asal Batang, Jawa Tengah, yang bekerja sebagai pembantu di kedai makan. Pada Jumat, 9 November 2012, SM tengah berjalan-jalan bersama seorang pria warga Malaysia di kawasan Prai, Bukit Mertajam, Penang. Saat itulah SM dan pria Malaysia itu ditangkap polisi.
"Setelah ditangkap dan diperiksa, yang lelaki dilepas, lalu terjadilah pemerkosaan," kata Dita. Sebagaimana dikutip New Strait Times, SM mengaku penangkapan itu terjadi pada pukul 06.20 waktu setempat. Dia kemudian ditanya soal identitas. Namun, dia hanya bisa menunjukkan foto copy paspor.

Polisi yang diduga memperkosa SM itu adalah ML (33), SR (21), dan RAD (25). "Ketiga polisi itu kemudian dilaporkan korban ke Balai Polisi terdekat. Ketiganya telah ditangkap dan sekarang ditahan. Penyidikan dilakukan oleh tim khusus yang disiapkan oleh Polisi Diraja Malaysia," tutur Dita.

Sebelum ini..

Sunday, November 11, 2012

PAS S'ngor Pun Turut Umum Deklarasi Harta.


SHAH ALAM: Nampaknya cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta semakin mendapat sambutan di semua peringkat PAS.

Terkini, PAS Selangor turut mengumumkan bahawa akan memberikan sokongan penuh kepada usul yang dibawa oleh Pemuda PAS yang bercadang untuk membuat deklarasi harta di kalangan exconya, walaupun tidak semuanya menjadi calon pilihanraya.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily berkata cadangan Pemuda PAS itu amat baik dan perlu disokong.

“Calon PRU-13 PAS Selangor juga akan turut serta membuat deklarasi harta untuk dinilai rakyat dan melawan Umno,” kata beliau.

Jumaat lepas, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Sebelum ini..

Bas Lama Dijadikan Restoran...




REUTERS SEORANG pelayan menghantar makanan kepada beberapa pelanggan di dalam sebuah bas di Shenyang kelmarin. 
JOM KRAETIF
SHENYANG, China - Sebuah bas lama diubah suai untuk dijadikan restoran yang menyediakan beraneka hidangan makanan panggang di sini sejak sebulan lalu. Satu pasangan sanggup membeli sebuah bas lama itu pada harga AS$3,206 (RM9,816) untuk dijadikan sebuah restoran.

Beberapa meja kecil untuk meletakkan makanan disediakan di dalam bas tersebut.
Hidangan makanan akan dihantar oleh pelayan untuk para pelanggan restoran unik itu.
Restoran bas itu terletak di sebuah pekarangan kediaman lama. - Agensi

Buruknya AS: Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang

GAMBAR fail 1 Februari 2009 menunjukkan Jeneral David Petraeus bersama isterinya, Holly sebelum menonton perlawanan bola sepak Amerika di Tampa Florida.

Petraeus mengaku hubungan sulit
ASHINGTON - Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), David Petraeus bertindak meletak jawatan secara mengejut kelmarin selepas beliau mengaku mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

Petraeus yang merupakan bekas seorang jeneral pernah mengetuai kempen ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Afghanistan. Menurut beberapa pegawai AS, hubungan sulit tersebut terbongkar semasa satu siasatan dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). Mereka berkata, Petraeus menjalinkan hubungan sulit bersama penulis biografi dan pegawai unit simpanan tentera AS, Paula Broadwell.

Wanita itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pakar radiologi, Dr. Scott Broadwell dan memiliki dua anak lelaki iaitu Lucien dan Landon. Dua pegawai yang terlibat dalam siasatan tersebut memberitahu, skandal mereka terbongkar apabila pihak FBI memantau e-mel Petraeus susulan aduan bahawa Broadwell mempunyai akses kepada akaun e-mel peribadinya.

Peletakan jawatan Petraeus sekali gus mengejutkan unit perisikan Washington dan komuniti politik ekoran beliau sebelum ini dianggap sebagai antara jeneral AS yang terbaik. Petraeus yang mencecah usia 60 tahun pada Rabu lalu memberitahu pegawai-pegawai CIA dalam satu kenyataan bahawa beliau menemui Presiden Amerika Syarikat di White House di sini pada Khamis lalu dan meminta untuk dibenarkan untuk meletakkan jawatan. Peletakan jawatannya diluluskan oleh Obama kelmarin.

"Petraeus memberitahu stafnya bahawa dia tersilap membuat penilaian dalam hubungannya dengan Broadwell.
"Sebagai seorang suami dan ketua sebuah organisasi seperti sekarang (CIA), sikap sebegini tidak boleh diterima," katanya.

Petraeus berkahwin sejak 38 tahun lalu dengan isterinya, Holly Petraeus yang dikenali ketika beliau masih seorang kadet tentera di Akademi Tentera AS di West Point, New York. Tempat Petraeus kini diambil alih oleh Timbalan Pengarah CIA, Mike Morell sebelum pengganti beliau diumumkan. - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails