Tuesday, November 13, 2012

Penuduh Isterinya Lelaki Di Arah Bayar RM12,000.



















KL 13 Nov 2012: Bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Bahrom Sanugi diarah membayar RM12,000 kepada isterinya, Sri Wani Choo Abdullah serta-merta berikutan permohonan untuk menggantung perintah kos tersebut ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Beliau sebelum ini pernah memfailkan permohonan untuk membubarkan pernikahannya dengan Sri Wani kerana mendakwa pengusaha butik kecantikan itu seorang lelaki selepas setahun mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009  Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain ketika memutuskan perkara itu berkata, mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang dikemukakan Bahrom, 61, menerusi afidavit yang difailkan pada 28 September lalu.

Bahrom pernah mengemukakan permohonan berkenaan selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan pada 30 September lalu membatalkan empat permohonan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap Sri Wani, 37, bagi mengesahkan jantinanya, malah diarah membayar kos RM12,000 kepada Sri Wani dalam tempoh sebulan dari tarikh itu.

Sementara itu, Mohd. Amran dalam penghakimannya semalam menyifatkan alasan pemohon yang mendakwa dirinya di luar kemampuan untuk membayar jumlah berkenaan kerana tidak berpendapatan tetap adalah tidak munasabah.

“Dalam hal ini, mahkamah memerlukan butiran seperti dokumen atau bentuk keterangan oleh pemohon bagi meyakinkan setiap fakta, sebaliknya pemohon gagal berbuat demikian,” katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tempoh masa pemfailan kes itu yang dibuat dua hari sebelum tempoh pembayaran akhir pada 30 September 2012, iaitu hampir sebulan selepas perintah itu dikeluarkan. “Ini menunjukkan pemohon tidak berdepan masalah kewangan parah sehingga perlu menggantung perintah. Saya melihat dalam kes ini, pemohon tidak bersungguh-sungguh dan cuba menyalahgunakan proses mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Walid memutuskan menolak permohonan untuk menggantung perintah dengan kos yang ditaksir kemudian. Sri Wani yang hadir bersama peguam syarie Boestamam Ahmad melahirkan rasa gembira kerana sekali lagi kemenangan berpihak kepadanya selepas hidupnya terganggu disebabkan kes tersebut.
Empat permohonan Bahrom yang dibatalkan sebelum ini ialah perintah supaya Sri Wani menjalani ujian DNA, permohonan perintah tegahan daripada memberi kenyataan kepada media, pengesahan nikah untuk memfaraqkan (membubarkan) perkahwinan dan perintah komital untuk memenjarakan dirinya. (IH/Kosmo)

Ya-juj Ma-juj, Zulkarnain & Tembok Misteri?

 

Gaambar Bawah, Tembok Besar Negeri China, bukan tembuk misteri itu.

ALLAH SWT berfirman:
  • قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا
  • "Mereka berkata; "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya-juj dan Ma-juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"  (QS. Al-Kahfi: 94)
  • حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَا وَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ
  • "Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya-juj dan Ma-juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (Hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata); “Aduhai celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zhalim." (QS. Al-Anbiya: 96)
Ya-juj dan Ma-juj dalam Hadits Dari Zainab Binti Jahsh -isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, berkata: 

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bangun dari tidurnya dengan wajah memerah, kemudian bersabda; “Tiada Tuhan selain Allah, celakalah bagi Arab dari kejahatan yang telah dekat pada hari kiamat, (iaitu) Telah dibukanya penutup Ya-juj dan Ma-juj seperti ini!

Beliau melingkarkan jari tangannya. (Dalam riwayat lain tangannya membentuk isyarat 70 atau 90), Aku bertanya; “Ya Rasulullah, apakah kita akan dihancurkan walaupun ada orang-orang shalih?” 

Beliau menjawab; “Ya, Jika banyak kejelekan.” 
(HR. Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim)

Jenis dan Asal Usul Ya-juj dan Ma-juj

Berdasarkan pendapat yang paling kuat, Ya-juj dan Ma-juj merupakan isim ‘Ajam dan Laqab (julukan). Para ulama sepakat mengatakan, bahawa Ya-juj dan Ma-juj termasuk spesies manusia. Hanya saja, para ulama berbeda dalam menentukan siapa nenek moyangnya. Ada yang menyebutkan dari sulbi Adam 'alaihis salam dan Hawa atau dari Adam saja. Ada pula yang menyebut dari sulbi Nabi Nuh 'alaihis salam dari keturunan Syis/At-Turk menurut hadits Ibnu Katsir. 

Sebagaimana dijelaskan dalam tarikh, Nabi Nuh mempunyai tiga anak, Sam, Ham, Syis/At-Turk. Ada lagi yang menyebut keturunan dari Yafuts bin Nuh. Menurut Al-Maraghi, Ya-juj dan Ma-juj berasal dari satu ayah iaitu Turk. Ya-juj adalah At-Tatar (Tartar) dan Ma-juj adalah Al-Maghul (Mongol), namun keterangan ini tidak kuat. Mereka tinggal di Asia bahagian Timur dan menguasai dari Tibet, China sampai Turkistan Barat dan Tamujin. 

Mereka dikenal sebagai Jengis Khan (berarti Raja Dunia) pada abad ke-7 H di Asia Tengah dan menaklukan Cina Timur. Ditaklukkan oleh Quthbuddin Bin Armilan dari Raja Khuwarizmi yang diteruskan oleh anaknya Aqthay.  “Batu” anak saudaranya menukar dengan negara Rusia tahun 723 H dan menghancurkan Babilon dan Hongaria. Kemudian digantikan Jaluk dan dijajah Romawi dengan menggantikan anak saudaranya Manju, diganti saudaranya Kilay yang menaklukan Cina.

Saudaranya Hulako menundukkan negara Islam dan menjatuhkan Bagdad pada masa daulah Abasiah ketika dipimpin Khalifah Al-Mu’tashim Billah pertengahan abad ke-7 H / 656 H. Ya-juj dan Ma-juj adalah kaum yang banyak keturunannya. Menurut mitos, mereka tidak mati sebelum melihat seribu anak lelakinya membawa senjata. Mereka taat pada peraturan masyarakat, adab dan pemimpinnya. 

Ada yang menyebut mereka berperawakan sangat tinggi sampai beberapa meter dan ada yang sangat pendek sampai beberapa centimeter. Konon, telinga mereka panjang, tapi ini tidak ada dasar. Pada QS. Al-Kahfi:94, Ya-juj dan Ma-juj adalah kaum yang kasar dan biadab. Jika mereka melalui perkampungan, semua yang menghalang, merusak, dari penduduk dibunuh. Kerananya ketika Dzulkarnain datang, penduduk minta dibuatkan benteng agar  Ya-juj dan Ma-juj tidak dapat menembus dan mengusik ketenangan penduduk. 

Siapakah Dzulkarnain?

Menurut versi Barat, Dzulkarnain adalah Iskandar bin Philips Al-Maqduny Al-Yunany (orang Mecedonia, Yunani). Ia berkuasa selama 330 tahun. Membangun Iskandariah dan murid Aristoteles. Memerangi Persia dan menikahi puterinya. Mengadakan ekspansi ke India dan menaklukan Mesir.

Menurut Asy-Syaukany, pendapat di atas sulit diterima, karena hal ini mengisyaratkan ia seorang kafir dan filosof. Sedangkan Al-Quran menyebutkan;
  •  “Kami (Allah) mengokohkannya di bumi dan Kami memberikan kepadanya sebab segala sesuatu.” (QS. Al-Kahfi: 84)
Menurut sejarawan muslim Dzulkarnain adalah julukan Abu Karb Al-Himyari atau Abu Bakar Bin Ifraiqisy dari daulah Al-Jumairiyah (115 SM – 552 M.). Kerajaannya disebut At-Tababi’ah. Dijuluki Dzulkarnain (Pemilik dua tanduk), kerana kekuasaannya sangat luas, mulai ujung tanduk matahari di Barat sampai Timur. Menurut Ibnu Abbas, ia adalah seorang raja yang shalih.

Dzulqarnain seorang pengembara dan ketika sampai di antara dua gunung antara Armenia dan Azzarbaijan, atas permintaan penduduk, Dzulkarnain membangun benteng. Para arkeolog menemukan benteng tersebut pada awal abad ke-15 M, di belakang Jeihun dalam ekspedisi Balkh dan disebut sebagai “Babul Hadid” (Pintu Besi) di dekat Tarmidz. 

Timurleng pernah melewatinya, juga Syah Rukh dan ilmuwan German Slade Verger. Arkeolog Sepanyol Klapigeo pada tahun 1403 H. Pernah diutus oleh Raja Qisythalah di Andalus ke sana dan bertamu pada Timurleng.  “Babul Hadid” adalah jalan penghubung antara Samarqindi dan India.

Benarkah Tembok Cina Adalah Tembok Zulkarnain?

Banyak orang menyangka itulah tembok yang dibuat oleh Zulkarnain dalam surat Al-Kahfi. Dan yang disebut Ya-juj dan Ma-juj adalah bangsa Mongol dari Utara yang merusak dan menghancurkan negeri-negeri yang mereka taklukkan. Mari kita cermati kelanjutan surat Al Kahfi ayat 95-98 tentang itu.

Zulkarnain memenuhi permintaan penduduk setempat untuk membuatkan tembok pembatas. Dia meminta bijih besi dicurahkan ke lembah antara dua bukit. Lalu minta api dinyalakan sampai besi mencair. Maka jadilah tembok logam yang licin tidak dapat dipanjat.
Ada tiga hal yang berbeda antara Tembok Cina dan Tembok Zulkarnain. 
Pertama, tembok Cina terbuat dari batu-batu besar yang disusun, bukan dari besi. 
Kedua, tembok itu dibangun bertahap selama ratusan tahun oleh raja-raja Dinasti Han, Ming, dan seterusnya, sambung-menyambung.  
Ketiga, dalam Al-Kahfi: 86, ketika bertemu dengan suatu kaum di Barat, Allah berfirman, 
  • Wahai Zulkarnain, terserah padamu apakah akan engkau siksa kaum itu atau engkau berikan kebaikan pada mereka.” 
Ertinya, Zulkarnain mendapat wahyu langsung dari Tuhan, sedangkan raja-raja Cina itu tidak. Maka jelaslah bahwa tembok Cina bukan yang dimaksud dalam surat Al Kahfi. Jadi di manakan tembok Zulkarnain?
Beberapa Penelitian Tembok Ya’juj

Abdullah Yusuf Ali dalam tafsir The Holy Qur’an menulis bahawa di distrik Hissar, Uzbekistan, 240 km di sebelah tenggara Bukhara, ada celah sempit di antara gunung-gunung batu. Letaknya di jalur utama antara Turkestan ke India dengan ordinat 38oN dan 67oE. Tempat itu kini bernama Buzghol-khana dalam bahasa Turki, tetapi dulu nama Arabnya adalah Bab Al-hadid. Orang Persia menyebutnya dar-i-ahani. Orang Cina menamakannya tie-men-kuan. Semuanya bermakna pintu gerbang besi.
Hiouen Tsiang, seorang pengembara Cina pernah melewati pintu berlapis besi itu dalam perjalanannya ke India di abad ke-7. Tidak jauh dari sana ada danau yang dinamakan Iskandar Kul. Di tahun 842 Khalifah Bani Abbasiyah, al-Watsiq, mengutus sebuah team ekspedisi ke gerbang besi tadi. 

Mereka masih mendapati gerbang di antara gunung selebar 137 meter dengan kolom besar di kiri kanan terbuat dari balok-balok besi yang dicor dengan cairan tembaga, tempat bergantung daun pintu raksasa. Persis seperti bunyi surat Al Kahfi. Pada Perang Dunia II, konon Winston Churchill, pemimpin Inggeris, mengenali gerbang besi itu.

Letak Perkiraan Tembok Besi Berada

Tentang keberadaan dinding penutup tersebut, ia memang terbukti ada sampai sekarang di Azerbaijan dan Armenia. Tepatnya ada di pegunungan yang sangat tinggi dan sangat keras. Ia berdiri tegak seolah-olah diapit oleh dua buah tembok yang sangat tinggi. Tempat itu tercantum pada peta-peta Islam mahupun Rusia, terletak di republik Georgia.
Al-Syarif al-Idrisi menegaskan hal itu melalui riwayat penelitian yang dilakukan Sallam, staf peneliti pada masa Khalifah al-Watsiq Billah (Abbasiah). Konon, Al-Watsiq pernah bermimpi tembok penghalang yang dibangun Iskandar Dzul Qarnain untuk memenjarakan Ya’juj-Ma’juj terbuka.

Mimpi tersebut mendorong Khalifah untuk mengetahui perihal tembok itu saat itu, juga lokasi pastinya. Al-Watsiq menginstruksikan kepada Sallam untuk mencari tahu tentang tembok itu. Saat itu Sallam ditemani 50 orang. Penelitian tersebut memakan biaya besar. Tersebut dalam Nuzhat al-Musytaq, buku geografi, karya al-Idrisi, Al-Watsiq mengeluarkan biaya 5000 dinar untuk penelitian ini.
Rombongan Sallam berangkat ke Armenia. Di situ ia menemui Ishaq bin Ismail, penguasa Armenia. Dari Armenia ia berangkat lagi ke arah utara ke daerah-daerah Rusia. Ia membawa surat dari Ishaq ke penguasa Sarir, lalu ke Raja Lan, lalu ke penguasa Faylan (nama-nama daerah ini tidak dikenal sekarang). Penguasa Faylan mengutus lima penunjuk jalan untuk membantu Sallam sampai ke pegunungan Ya’juj-Ma’juj.
27 hari Sallam mengarungi puing-puing daerah Basjarat. Ia kemudian tiba di sebuah daerah luas bertanah hitam berbau tidak enak. Selama 10 hari, Sallam melewati daerah yang menyesakkan itu. Ia kemudian tiba di wilayah berantakan, tidak berpenghuni. Penunjuk jalan mengatakan kepada Sallam bahawa daerah itu adalah daerah yang dihancurkan oleh Ya’juj dan Ma’juj tempo dulu. 

Selama 6 hari, berjalan menuju daerah benteng. Daerah itu berpenghuni dan berada di balik gunung tempat Ya’juj-Ma’juj berada. Sallam kemudian pergi menuju pegunungan Ya’juj-Ma-juj. Di situ ia melihat pegunungan yang terpisah lembah. Luas lembah sekitar 150 meter. Lembah ini ditutup tembok berpintu besi sekitar 50 meter.

Dalam Nuzhat al-Musytaq, gambaran Sallam tentang tembok dan pintu besi itu disebutkan dengan sangat detail (Anda yang ingin tahu bentuk detailnya, silakan baca: Muzhat al-Musytaq fi Ikhtiraq al-Afaq, karya al-Syarif al-Idrisi, hal. 934 -938). Al-Idrisi juga menceritakan bahawa menurut cerita Sallam penduduk di sekitar pegunungan biasanya memukul kunci pintu besi 3 kali dalam sehari. 

Setelah itu mereka menempelkan telinganya ke pintu untuk mendengarkan reaksi dari dalam pintu. Ternyata, mereka mendengar gema teriakan dari dalam. Hal itu menunjukkan bahawa di dalam pintu betul-betul ada makhluk jenis manusia yang konon Ya-juj-Ma-juj itu. Ya’juj-Ma’juj sendiri, menurut penuturan al-Syarif al-Idrisi dalam Nuzhat al-Musytaq, adalah dua suku keturunan Sam bin Nuh. 

Mereka sering mengganggu, menyerbu, dan membunuh suku-suku lain. Mereka pembuat onar dan sering menghancurkan suatu daerah. Masyarakat mengadu kelakuan suku Ya’juj dan Ma’juj kepada Iskandar Dzul Qarnain, Raja Macedonia. Iskandar kemudian menggiring (mengusir) mereka ke sebuah pegunungan, lalu menutupnya dengan tembok dan pintu besi.

Menjelang Kiamat nanti, pintu itu akan jebol. Mereka keluar dan membuat onar dunia, sampai turunnya Nabi Isa al-Masih. Dalam Nuzhat al-Musytaq, al-Syarif al-Idrisi juga menuturkan bahawa Sallam pernah bertanya kepada penduduk sekitar pegunungan, apakah ada yang pernah melihat Ya-juj-Ma-juj? Mereka mengaku pernah melihat gerombolan orang di atas tembok penutup. Lalu angin badai bertiup melemparkan mereka. 

Penduduk di situ melihat tubuh mereka sangat kecil. Setelah itu, Sallam pulang melalui Taraz (Kazakhtan), kemudian Samarkand (Uzbekistan), lalu kota Ray (Iran), dan kembali ke istana al-Watsiq di Surra Man Ra’a, Iraq. Ia kemudian menceritakan dengan detail hasil penelitiannya kepada Khalifah.
Kalau menurut penuturan Ibnu Bathuthah dalam kitab Rahlat Ibn Bathuthah, pegunungan Ya’juj-Ma’juj berada sekitar perjalanan 6 hari dari Cina. Penuturan ini tidak bertentangan dengan al-Syarif al-Idrisi. Soalnya di sebelah Barat Laut Cina adalah daerah-daerah Rusia.

Ditulis oleh: Damar Dwiyadi Pratama dari artikelmenarik.wordpress.com (PurWD/voa-islam.com)

Referensi:
Az-Zuhaily, Tafsir Al-Munir.
Dr. Thaha Ad-Dasuqy, ‘Aqidatuna Wa Shilatuha Bil Kaun Wal Insan Wal Hayat, Darul Huda, Kairo, 1995.
Syekh Sya’ban ‘Abdulhadi Abu Rabah, Islamiyat, Haqaiq Fi Dzilli Tauhid Al-Ara Al-Islamiyah, Muassasah Al-’Arabiyah Al-Haditsiyah, Kairo, 1991.
(IH)

Monday, November 12, 2012

Jalan: SepatutRM1J Tapi RM14.9J. Teruknya BN!



Jalan satu lorong dari pejabat Ketua Menteri ke DUN Sabah sejauh 0.9 km bernilai RM14.9 juta?

KOTA KINABALU: Pernahkah anda terbayang, sebatang jalan raya satu lorong  yang hanya sepanjang 0.9 kilometer harganya RM14.9 juta?

Inilah yang berlaku di Sabah yang diperintah  Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Mungkin inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini.

Inilah pintu masuk DUN Sabah yang dihubungkan oleh jalan ini

Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km.

Jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Jalan ini dirasmikan oleh Musa Aman beberapa bulan lalu setelah ia disiapkan. Perkara ini pernah dibangkitkan melalui soalan tambahan oleh seorang anggota Parlimen di Dewan Rakyat, namun tidak ada sebarang penjelasan diberikan terhadap perkara ini. Menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi. Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya.

Wakil Harakahdaily yang melihat sendiri jalan itu mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah (gambar) dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik.

Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu.

“Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta,” dakwa Azmin Ali (PKR-Gombak) ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur. Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama. (Hrkh)

Dr Mujahid Layak Bertanding Di DUN Sg Aceh


Dr Mujahid
KL: Kalau PAS Nibung Tebal yakin Pakatan Rakyat dapat menawan DUN Sungai Acheh pada  PRU 13 nanti berdasarkan sokongan golongan muda  sejak belakangan ini, maka calon yang layak bertanding di sana ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa.
Demikian kata Dr Hj Mohd Hasyim editor Weblog Ibnu Hasyim yang juga bekas pimpinan PAS Pulalu Pinang dan bekas YDP PAS Balik Pulau satu ketika dulu.

Pandangan ini dikemukan bila merujuk kepada kata-kata YDP Nibung Tebal Haji Abdul Rahman Ramjan seperti yang disiarkan Harakah sebentar tadi. Menurut Haji Abdul Rahman Ramjan sokongan golongan muda bertambah meningkat setelah banyak kampung yang dikuasai Umno berjaya ditembusi.
"Saya berpendapat demikan ialah kerana...
Pertama Dr Mujahid anak jati Pulau Pinang, dan disegani juga kerana kebetuan jasa ayahnya pernah menjadi Presiden PAS ke 5.
Kedua Sudah dikenali di Pulau Pinang dan kawasan sekitar, di mana beliau sentiasa turun kepada masyarkat sebagai tokoh ilmuan agama Islam, menjadi rujukan, beberapa gereja dan masyarkat bukan Islam
Ketiga: Dengan keilmuan dan ketokohan belaiu dalam bidang kepelbagaian agama, bahasa dan memegang beberapa jawatan peringkat Kebangsaan, Asia dan Antarabangsa, maka amat layak beliau dimasukkan dalam pentadbiran Negeri Pulau Pinang yang bermasyarakat majmuk, melalui pencalunan menjadi ADUN dalam PRU 13 nanti.
Dr Mujahid (ahli penal) No4 ari kiri  dan Ibnu Hasyim (moderattor) No2 dari kanan, semasa bersama-sama dalan majlis Dailog Percanangan Kewaspadaan Beragama  di Medan Indonesia.

"Itu pandangan ringkas saya, yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak berkaitan." Jelas Dr Hj Mohd Hasyim yang juga pernah bertanding dalam beberapa PRU di Pulau Pinang beberapa tahu lalu. (IH)

Lihat berkaitan...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama 
 E-Buku IH-44: Perjalanan Ke Tanah Batak
  E-Buku IH-44: Perjalanan Ke Tanah Batak

Cara Baru Atasi Masalah Sewa Rumah Tinggi..

SEORANG pemuda mandi di dalam rumah kapsul yang disewanya di Wuhan, China. 


JOM KREATIF

Rumah kapsul popular di Wuhan
WUHAN, China - Kadar sewa rumah yang terlampau tinggi mendorong ramai pekerja berkongsi tinggal di bilik-bilik kecil di dalam sebuah bangunan di sini, dalam wilayah Hubei, lapor akhbar New York Daily News.

Setiap bilik kecil itu yang digelar 'rumah kapsul', memiliki keluasan purata cuma 4.5 meter persegi. Idea tersebut dicetuskan oleh pemilik hartanah tersebut yang membina 55 buah bilik kecil di dalam bangunannya. Setiap bilik kecil tersebut berfungsi sebagai tempat tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur sekali gus semua dalam satu. 

Penghuninya pula terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya. Walaupun kecil, ramai penyewa menganggap tinggal di rumah kapsul itu berbaloi memandangkan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah yang amat mahal di sini. - Agensi

Komen Weblog Ibnu HasyimUntuk atasi masalah sewa rumah tinggi, boleh cuba dipraktikkan di Malaysia.

Lagi Masaah Along, Hutang Jadi RM2J


ADUAN...Masni (kiri) menceritakan masalah kepada Yati selepas terjerat hutang along.
ADUAN...Masni (kiri) menceritakan masalah kepada Yati selepas terjerat hutang along. 
KUALA LUMPUR: Niat murni seorang wanita membantu orang lain terutama rakan yang dalam kesempitan dengan meminjamkan wang, memakan diri apabila dia kini menanggung hutang hampir RM2 juta.

Ibu kepada 12 anak yang bertugas sebagai guru di Sabah itu mengaku dia tidak berfikir panjang apabila menawarkan diri membantu 102 rakan dan kenalannya dengan meminjam wang daripada tiga ceti haram atau along tanpa pengetahuan suami dan keluarganya.

“Pada awalnya, saya hanya berniat ingin membantu rakan yang terdesak. Mungkin kerana bahagia melihat kegembiraan orang lain, saya langsung tidak terfikir niat baik itu memakan diri,” katanya kesal.

Wanita berasal dari utara Semenanjung hanya mahu dikenali sebagai Masni, 50, berkata, hidupnya makin tersepit apabila rakan yang meminjam mula mengadu tidak mampu membayar semula mengikut jadual dipersetujui sebelum ini, kerana terikat dengan pelbagai komitmen.

“Bayangkan, hanya dalam tempoh kurang sebulan pada Jun lalu, saya sudah meminjam RM685,000 daripada ceti untuk membantu 102 rakan dan kenalan. (myMeto)

Negara Penindas U/Islam Diserang Gempa..

SEBUAH jambatan masih dalam pembinaan merentasi Sungai Irrawaddy, runtuh akibat gempa bumi semalam.
SEBUAH jambatan masih dalam pembinaan merentasi Sungai Irrawaddy, runtuh akibat gempa bumi semalam.


SEBUAH pagoda rosak teruk di bandar Kyauk Myaung selepas dilanda gempa bumi semalam.

SHWEBO: Satu gempa bumi kuat melanda Myanmar semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh. Gegaran itu yang mencetuskan panik di bandar raya Mandalay, turut mencederakan 40 orang. Gempa 6.8 magnitud itu melanda kawasan pedalaman 116 kilometer ke utara Mandalay, disusuli dengan gegaran selepas gempa, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Empat pekerja terhumban ke dalam Sungai Irrawady di utara bandar berkenaan yang terletak berhampiran pusat gempa itu. Mereka dikatakan antara mangsa yang terbunuh, lapor kumpulan sukarelawan Save The Children. Sementara itu, sebuah kuil runtuh di Kampung Kyauk Myaung akibat gempa itu, meragut dua nyawa. Seorang lagi mati di Mandalay.

Di bandar Sint Ku, bencana itu menyebabkan enam penduduk mati, termasuk dua yang terkorban apabila sebuah lombong emas runtuh. “Penduduk begitu bimbang mengenai kemungkinan berlaku satu lagi gempa,” kata kumpulan itu.

Sementara itu, penduduk di Mandalay meluru keluar dari bangunan yang bergoncang kuat ketika gempa berlaku. Bagaimanapun, tidak ada kerosakan besar dilapor berlaku di bandar itu.

“Saya lari keluar dari rumah sambil mendukung anak. Semua penduduk berkumpul di jalan raya. Ada yang meraung sementara yang lain mengalami pening kepala,” kata seorang penduduk San Yu Kyaw.

USGS mengeluarkan amaran kuning dengan berkata, gempa itu mungkin menyebabkan kematian dan kerosakan berhampiran kawasan kejadian. Gempa itu yang mulanya dikatakan berukuran 7.0 magnitud, melanda jam 7.42 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer. Ia disusuli dengan dua gegaran selepas gempa berukuran 5.0 magnitud selang 20 minit.

Seorang pegawai Jabatan Bantuan dan Penempatan Semula berkata, kebanyakan yang cedera adalah pekerja binaan. - AFP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails