Thursday, December 13, 2012

31,931 Anak S'ngor Dapat Bantuan Masuk IPT

 
KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, iaitu sejurus Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, sejumlah 31,931 anak negeri itu telah diberi bantuan Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Untuk jumlah itu, kerajaan negeri Selangor telah membelanjakan RM31.7 juta bagi membantu anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT awam mahupun swasta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil berikutan keprihatinan kerajaan negeri bagi memastikan anak Selangor tidak ketinggalan menuntut ilmu di mana-mana institusi pengajian tinggi di negeri itu. Ianya juga sebagai penghargaan kepada golongan mahasiswa yang bakal menerajui kepimpinan dan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

“Walaupun dalam kesibukan meneruskan usaha membangunkan negeri, menambah hasil negeri menerusi kutipan cukai dan pelaburan demi kesejahteraan rakyat, namun kami dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri masih ada ruang dan peluang untuk memikirkan ehwal dan kebajikan mahasiswa negeri ini,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Hari Mahasiswa di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam malam tadi. Hadiah Pengajian IPT merupakan skim yang diperkenalkan dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Ianya berupa bayaran hadiah RM1,000 kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. (Hrkh)

10 Disebat Di Aceh, Langgar Syaiat, Zalimkah?


Pelaksanaan hukum cambuk di Aceh Barat.

Pelaksanaan hukum cambuk di Aceh Barat. (ANTV)   
VIDEO: Langgar Syariah Islam, 10 Orang Dicambuk di Aceh


JAKARTA: Sepuluh orang pelanggar syariah Islam dieksekusi cambuk di halaman Masjid Agung Meulaboh, Aceh Barat, Rabu 12 Desember 2012. Mereka dicambuk di hadapan khalayak umum karena berjudi dan bermesraan dengan orang yang bukan muhrim.

Dari sepuluh pelanggar syariah Islam itu, sembilan di antaranya pria dan satu perempuan. Eksekusi cambuk dilakukan oleh algojo yang berpenutup muka hitam. Para pelanggar digiring satu-persatu ke atas panggung dan dicambuk.

Masyarakat yang menyaksikan pelaksanaan hukum cambuk itu tak jarang merekam eksekusi itu dengan ponsel mereka, sementara sang pelanggar tampak meringis kesakitan sambil menutup muka dengan tangan mereka. Namun hukum cambuk ini berlangsung singkat.

Usai dicambuk, kesepuluh orang pelanggar syariah Islam itu langsung dibawa ke rumah sakit untuk dirawat. Awalnya, ada 16 orang yang direncanakan dihukum cambuk. Namun karena 6 pelanggar lain sedang tidak berada di Aceh Barat, maka eksekusi hanya dilakukan terhadap 10 orang yang ada.

Bupati Aceh Barat, Alaidin Syah, mengatakan hukum cambuk itu merupakan bagian dari pembinaan masyarakat sekaligus penegakan syariah Islam. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Zalimkah? Cuba bandingkan dengan sebat yang tidak Islamik seperti di bawah ini.. Klik.. 2 Wanita Dirotan Di Aceh, Zalimkah?
(IH)
Lihat ini sebagai tambahan.

Lihat lagi mengenai Aceh.. 
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

18 Pejabat AS Dalang Terorisme -Ebrahim Raisi

 Palestina Seret Israel ke Mahkamah Internasional
Warga Palestin kerap menjadi korban kekerasan dan kebrutalan tentara Israel, baik di Tepi Barat atau di Jalur Gaza.
Iran Dakwa 18 Pejabat AS Dalang Terorisme 
TEHERAN: Wakil Ketua Peradilan Iran, Ebrahim Raisi (gambar sebelh) secara resmi mengeluarkan dakwaan terhadap 18 pejabat AS yang diklaim telah melakukan tindak terorisme dan kejahatan terhadap Iran.
Dalam dakwaan tersebut, seperti dinukil dari berita Iran, Fars Rabu (12/12), disebutkan data-data kejahatan yang telah dilakukan 18 pejabat AS yang sayangnya tidak disebutkan nama-namanya.
Lebih lanjut, Raisi mendakwa pejabat-pejabat AS tersebut adalah dalang beberapa serangan terorisme yang dialamatkan kepada tokoh-tokoh Iran. Diantaranya adalah para ilmuwan Iran yang tengah menjalani program nuklir Iran.

Raisi berencana akan melanjutkan dakwaannya ke majlis PBB sebagai kasus terorisme Internasional AS serta kasus pembunuhan ilmuwan nuklirnya. Sementara itu, media Iran yang mencoba mengungkap beberapa nama yang masuk dalam daftar Raisi, diantaranya adalah mereka yang termasuk neokonservatif AS.
Tahun lalu, Teheran pernah meminta Interpol untuk membantu penangkapan dua mantan pejabat AS yang diklaimnya sebagai pendukung pembunuhan pejabat Iran. (IH)

Cinta (Ulfat), Hebatnya Bidadari Ini Lahir Di Kashmir

BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.
BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.

REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna.

Mohammad Latif Khatana, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran. Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14 kilogram.

Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh tubuh bayi itu, Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. “Saya sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari,” katanya.

Mohammad Latif berkata, anak perempuannya memberikan kegembiraan dalam kehidupannya selepas bertahun-tahun menderita kerana kecacatan dialaminya.

Muhammad Latif menderita sakit kulit, Neurofibromatosis, yang menyebabkan lapisan daging berlebihan menutupi mukanya menjadikan dia seolah-olah tidak memiliki muka.

“Saya ingin melupakan kisah lalu dalam hidup. Menjadi bapa adalah bab baru dalam kehidupan seorang lelaki dan saya menikmati setiap detik yang dilalui. Saya kini sangat gembira dan lebih bimbang mengenai anak saya berbanding diri sendiri. Saya tidak kisah sangat dengan diri sendiri sekarang,” katanya.

 Apabila Salima mendapat tahu dia hamil, pasangan itu sukar melelapkan mata setiap malam kerana bimbang memikirkan jika bayi yang bakal lahir itu akan mewarisi keadaan bapanya. Salima yang dilahirkan hanya dengan sebelah kaki berkahwin dengan Muhammad Latif pada Ogos 2008. - TS

Ziarah Yahaya Sulung, M'sia Negara Mewah?



KL: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah mengadakan ziarah amal di rumah artis veteran, Datuk Yahya Sulong, Bandar Baru Sentul di sini semalam. Rombongan DPPWP yang diwakili oleh ketuanya, Kamaruzaman Mohamad itu tiba jam 8 malam telah disambut oleh Yahya sendiri.

Walaupun dalam suasana hujan yang lebat namun ianya tidak mematahkan semangat pemuda-pemuda PAS WP untuk berjumpa dengan veteran artis dan pelawak ini. Pertemuan selama 45 minit tersebut telah membuahkan kemesraan di antara golongan muda dengan yang lama.

Veteran artis yang berusia 84 tahun ini memaklumkan bahawa isterinya sedang menghidapi barah paru-paru selama 6 bulan manakala beliau pula mengalami masalah semput. Penderitaan beliau bertambah parah apabila terpaksa menjelaskan tunggakan sewa rumahnya dengan pihak DBKL sebanyak RM800. Ini ditambah pula dengan tiadanya peluang berlakon selama 6 bulan dan beliau tidak mempunyai pendapatan yang lain.

Justeru, dalam pertemuan tersebut, pihak DPPWP telah memberikan sedikit sumbangan dan barangan dapur bagi meringankan bebanan mereka. Penderitaan artis veteran itu mendapat perhatian apabila akhbar melaporkan mengenai arahan DBKL supaya beliau dan isterinya mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

 Mengenai asalah hutang sewa rumah pelakon Datuk Yahya Sulong yang tertunggak berjumlah RM800 telah pun diselesaikan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Bercakap kepada mSar Online, Yahya memberitahu pihak DBKL telah berkunjung ke rumah beliau di di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul pada Selasa lalu dan mengambil semua bil-bil yang berkaitan.

Dalam masa yang sama, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerusi presidennya iaitu Zed Zaidi turut hadir untuk menyerahkan sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban penderitaan bekas pelakon veteran itu dan isteri beliau. 

Yahya Sulong (kiri) melahirkan rasa terharu apabila banyak pihak tampil menghulurkan bantuan. Foto MOHD AL QAYUM AZIZI.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah Malaysia lambang negara mewah? Bagaimana penyelesaian menurut Negara Islam atau negara Kebajikan?  Lihat juga..Miskin: Surau Jadi Rumah, Dlm Islam Bagaimana?
 
 


40 Juta Tonton V/Porno Di Pejabat, Astaghfirullah!



MUNICH: Bagi sesetengah orang, menonton filem porno menjadi hobi tersendiri. Ternyata sekitar 40 juta orang menonton video porno di pejabat.

Times of India melaporkan sekitar 60 juta orang mengakses situs porno setiap hari. Sementara 2/3 dari mereka melakukannya ketika bekerja.

"Melihat filem atau video porno tak lagi sesuatu yang dilakukan oleh orang aneh di dalam ruangan sepi," ungkap terapis seks, Dr Christoph Ahlers.

Menurut Ahlers, melihat situs porno saat ini telah menjadi fenomena umum di dunia.

Mengapa Kedai Mesin Slot Dibuka Semula Di P.Pg?


 
KL: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) memandang serius munculnya permainan judi mesin slot yang dilaporkan beroperasi di kebanyakan lokasi di negeri Pulau Pinang.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, gejala yang dikatakan tiba-tiba berkembang di negeri tersebut seharusnya dipandang berat oleh pihak berkuasa tempatan kerana ia jelas akan menggalakkan tabiat berjudi yang melibatkan pelajar ataupun remaja.

“Soalnya kenapa kedai-kedai mesin slot yang sebelum ini ditutup kini dibuka semula tanpa tindakan oleh pihak berkuasa,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, pihak berkuasa sepatutnya boleh menghidu operasi kedai-kedai tersebut yang berkemungkinan didalangi sindiket tertentu.

“Kami berpendapat pembasmian pusat judi seperti ini hendaklah segera dikuatkuasakan sehingga ke akar umbi,” ujarnya.

Menurutnya, maklumat dari orang ramai boleh diperolehi jika pihak berkuasa bersungguh untuk mengesan siapa yang terlibat mendalangi kedai judi tersebut kerana ia bukan beroperasi di kawasan terpencil malah secara terbuka di kawasan taman-taman penduduk.

“Kami hairan kenapa pihak berkuasa mengambil masa begitu lama untuk bertindak sedangkan kedai-kedai tersebut sudah beroperasi sedemikian lama,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, jika benar terdapat sindiket yang mendalangi operasi kedai-kedai tersebut maka pihak polis sewajarnya melakukan siasatan dan mengesan mereka yang terlibat tidak mengira pangkat atau kedudukan. Tegasnya, gejala memancing pelajar sekolah untuk berjinak dengan tabiat berjudi tidak boleh dipandang ringan kerana kini terdapat tanda-tanda budaya berjudi semakin berkembang luas dalam masyarakat.

Menurut beliau, sasaran di kalangan anak muda tidak menghairankan kerana seperti gejala minum arak, merokok dan dadah sememangnya gejala bermain dengan mesin judi adalah permulaan untuk mereka kemudiannya dilibatkan dengan gejala berjudi yang lebih besar seperti pertaruhan dalam pelbagai bentuk, membeli nombor ekor sehingga berani berkunjung ke kasino.

Sepatutnya, kata Mohd Azmi pihak berkuasa boleh menyiasat dan mengesan pengusaha kedai mesin judi di kawasan yang dikenal pasti dikunjungi pelajar sekolah. “Kami juga berpendapat pihak Persatuan penduduk juga seharusnya mengambil inisiatif untuk melaporkan gejala ini kepada pihak berkuasa dan jika maseh tidak berkesan dilapor terus ke Bukit Aman untuk diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata, gejala ramai pelajar Melayu berbanding kaum lain berkunjung di kedai mesin judi sepatutnya menyedarkan semua pihak betapa anak Melayu sangat mudah terpengaruh dengan tabiat buruk itu, oleh itu segala langkah tegas bagi membasmi hal tersebut tidak boleh dilengah lagi. (Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails