Monday, December 31, 2012

Setelah Garudi, Goyang Itik & Penguin Pula..


Zaskia

HALAMAN HIBURAN

NAMA  Zaskia Shinta makin melambung di dunia hiburan bermaksiat setelah Goyang Itiknya berhasil mencuri banyak penikmat muzik di Indonesia. Tak hanya tampil secara langsung di sejumlah di tv, Zaskia juga dinanti banyak masyarakat di sejumlah daerah.

Namun, ketenaran Zaskia Goyang Itik sempat terusik dengan salah satu goyangan milik duo Walang Sangit dengan goyang khasnya "Goyang Penguin".  Zaskia dikatakan mengaku tiada masalah dengan munculnya sejumlah goyangan baru di dunia hiburan.

"Aku tak pernah melihat persaingan di dunia hiburan, bagiku semua sama mencari rezeki di sini," ujar Zaskia.

Zaskia mengaku tak pernah memikirkan job yang datang kepadanya saat banyak penyanyi baru bermunculan. Bagi penyanyi 22 tahun ini, Goyang Itik masih diminati ramai orang.

"Silakan saja kalau ada ide dengan goyang ini atau itu, saya tetap eksis dengan 'Goyang Itik'. Dan alhamdulillah saya bisa sampai dikenal banyak orang," ujarnya yang menyebut 'Al-hamdulillah' dalam aktiviti maksiat tersebut.

Sebelum semunya  itu, Goyang Garudi pernah terkenal sampai  ke Malaysia, Kini, Goyang Penguin (milik duo Walang Sangit) sempat mencuri perhatian dengan tenarnya kedua personelnya di jejaring YouTube. Walau tetap menampilkan 'keseksian', keduanya tak mahu tampil vulgar di banyak stesyen tv.

"Memang kedengarannya nyeleneh, tapi bukan berarti goyangan yang seronok atau vulgar. Kami lebih suka menyebutnya sensualitas elegan, artinya, goyangan kami tetap diusahakan sopan," ujar Selvy, salah satu personel Goyang Penguin. 

Inilah satu lagi contoh cara fikir bukan Islam di kalangan artis-artis di negara umat Islam yang berbesar di dunia. (IH).

Sunday, December 30, 2012

Pelajar Dirogol Di N/Delhi, Mati Di S'pura.


ORANG RAMAI memegang sepanduk bagi mendesak perogol wanita itu dihukum mati dalam satu tunjuk perasaan di New Delhi, India semalam.

NEW DELHI - Seorang pelajar perubatan yang dirogol beramai-ramai tanpa perikemanusiaan di sini meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura semalam dengan para pemimpin India merayu orang ramai agar bertenang dan tidak melakukan bantahan jalanan yang ganas.

Polis mengadakan kawalan ketat di pusat bandar raya ini selepas berita kematian pelajar berusia 23 tahun itu tersebar. Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi semalam setelah menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak dua hari lalu.

Dia dibawa ke hospital berkenaan yang memiliki kepakaran dalam melakukan pembedahan pemindahan organ itu pada Khamis lalu selepas dirawat selama 10 hari di sebuah hospital di ibu kota India di sini. Mengetuai penghormatan kepada pelajar itu yang tidak didedahkan identitinya, Perdana Menteri Manmohan Singh berkata, beliau memahami gelombang tunjuk perasaan yang tercetus susulan kejadian pada 16 Disember lalu.

"Kita telah lihat emosi dan kemarahan rakyat susulan insiden ini," kata Manmohan dalam satu kenyataan.
"Kita faham reaksi sebegini daripada golongan muda di India dan warga India yang benar-benar mahu perubahan dilakukan," tambahnya.

Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember lalu. Bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah mangsa turut diserang menggunakan sebatang besi sebelum dicampak keluar dari bas yang sedang bergerak bersama kawan lelakinya. Polis dan pihak pendakwa raya memberitahu, pada hari kejadian, kedua-duanya baru keluar dari sebuah panggung wayang. Rakan lelakinya turut diserang dalam insiden tersebut.

Menurut pihak berkuasa, bas bercermin gelap itu berjaya melepasi beberapa pos pemeriksaan polis sebelum kedua-dua mangsa dicampak keluar dari kenderaan berkenaan. Mayat pelajar itu dijangka diterbangkan ke India lewat semalam dengan diiringi oleh ibu bapanya yang berada di sisi mangsa semasa dia menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.

"Dia mengalami kegagalan organ ekoran kecederaan serius pada badan dan otak," kata ketua eksekutif hospital berkenaan, Dr. Kelvin Loh.
"Mangsa cekal dan terus berjuang untuk hidup tetapi trauma pada badannya terlalu teruk untuk diatasi." tambahnya.

Kejadian rogol beramai-ramai berlaku setiap hari di India dengan ramai mangsa enggan membuat laporan polis kerana kurang percayakan sistem perundangan negara di samping bimbangkan reaksi negatif daripada pegawai polis lelaki. Namun, serangan amat kejam itu menyebabkan kemarahan orang ramai menggelegak dan mendorong pemerintah menjanjikan keselamatan lebih baik kepada wanita serta hukuman lebih berat untuk jenayah seks.

Pihak polis pula dikritik hebat kerana menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan protes berkaitan serangan berkenaan termasuk kerap menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Dalam perkembangan berkaitan, enam lelaki yang ditangkap berhubung serangan itu didakwa kerana membunuh semalam dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Sementara itu Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa amat bersedih dengan kematian anak perempuan mereka. "Namun, mereka berharap kematiannya akan menjadi titik-tolak kepada masa depan yang lebih baik untuk wanita di sini dan India keseluruhannya," kata Raghavan.(Kosmo)

Warkah Dari Lucan, Dublin. “...minat Lady Gaga...


“Anak saya minat Lady Gaga, ustaz!”

“BAGAIMANA kami hendak menjawab kepada anak-anak yang semakin meningkat remaja, persoalan mengapa mereka perlu bertudung, kenapa kena bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta hal-hal lain yang sering menjadi persoalan mereka?” salah seorang sahabat yang hadir di dalam halaqah kami bertanya.

Ia persoalan yang berat. Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang remeh dan enteng persoalan itu. Kepala saya ligat berfikir.

Hari ini, saya sedang berhalaqah dengan rakan-rakan komuniti Malaysia yang berkampung di Lucan, Dublin. Kami berbicara tentang Ibrah Daripada Surah Luqman. Soalan yang hadir daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka di ‘negeri orang’. Ironinya, soalan yang sama telah beberapa kali saya terima daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak di kampung halaman sendiri.

Di Malaysia.

“Saya tiada jawapan mudah untuk soalan puan. Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang persoalan itu remeh sedangkan persoalannya sangat besar” saya berkongsi pandangan.

Satu perkara yang boleh kita analogikan, apabila seorang pesakit sentiasa mengeluh tentang tidurnya yang tidak lena, banyak berdengkur, diabetis yang tidak sembuh, celah peha dijangkiti kulat dan badan sentiasa penat, semua masalah itu serius dan mengganggu saban hari. Namun apakah semua itu masalah sebenar, atau segalanya datang daripada masalah yang lebih mendasar?

Inilah yang membawa perbincangan kami malam tadi kepada kerangka Surah al-Kahf.

Surah al-Kahf memahamkan kepada kita bahawa manusia bertindak tanduk, tidak secara rawak (random). Keputusan-keputusan harian kita, merupakan jelmaan perisian dalaman diri yang menjadi sasaran serangan Dajjal, dan Surah al-Kahf pula melindungi perisian itu daripada serangan tersebut.


Apabila kita memberikan anak-anak pendidikan agama, iceberg ini boleh membantu kita membuat penilaian sejauh manakah anak-anak malah diri kita sendiri telah berjaya ‘beragama’. Jika ritual yang menjadi penilaian, ritual mungkin berlegar hanya pada tip of the iceberg.

Namun kita perlu bertanya, adakah anak kita mempercayai sesuatu dengan cara percaya Islam? Apa aqidahnya? Bagaimanakah cara anak kita berfikir dan melihat? Adakah mereka memandang dengan pandangan Islam? Adakah mereka memandang kehidupan ini dengan pandangan hidup Islam? Apakah sistem nilai mereka? Adakah mereka menilai baik dan buruk, penting dan tidak penting, berharga dan tidak berharga, berasaskan kepada nilai Islam?

Ini adalah di antara beberapa persoalan dasar yang boleh ibu bapa jadikan ia sebagai asas untuk memantau perkembangan proses beragama anak-anak.

“Anak saya minat benar dengan Lady Gaga!” kata seorang ibu dalam salah sebuah program yang pernah saya kendalikan.
“Minat lagu atau menjadikan Lady Gaga sebagai idola?” saya cuba mendapatkan kepastian.
“Lady Gaga itu menjadi inspirasinya!” kata ibu berkenaan. Gelisah.

Biar pun si ibu dan anaknya sama-sama beraqidah Islam, tetapi ada missing link antara aqidah mereka dengan cara mereka memandang kehidupan. Lady Gaga itu entahlah apa agamanya, tetapi cara pandang hidupnya, ialah pada melihat setiap manusia memiliki dirinya sendiri dan berhak menentukan apa yang baik dan buruk untuk dirinya, dan manusia lain perlu menghormatinya, biar seganjil mana pun ia.

Hakikatnya itu bukan pandangan hidup Islam. Bagaimana seorang anak Muslim, yang diajar Aqidah Islam, boleh memiliki pandangan hidup yang bertentangan dengan Islam? Lalu seterusnya berpegang dengan sistem nilai yang jauh daripada Islam?

Mungkin Aqidah yang dipelajari, dipelajari secara random dan tidak akhirnya berumusan. Sedangkan dalam semua-semua topik Aqidah kita, sepatutnya ia berakhir dengan kejayaan menjawab tiga soalan utama iaitu:
  1. Siapa aku?
  2. Siapa Allah?
  3. Apakah makna kehidupan ini?
Jawapan kepada tiga soalan itulah yang membentuk cara pandang dan cara fikir Islam.
  1. Aku hamba Allah.
  2. Allah Tuhan dan Penciptaku.
  3. Hidup ini adalah kehambaanku kepada Allah.
Maka pandangan hidup kita akan menjadi pandangan hidup Islam. Lalu apa yang penting di sisi Islam, pentinglah di sisi kita. Apa yang utama di dalam Islam, utamalah di sisi kita.

Solat.
Tudung.
Batas-batas pergaulan.

Mungkin masih culas kerana gangguan nafsu, tetapi tidak lagi berbentuk mempersoalkan.
Pokoknya, mendidik anak-anak di era Dajjal ini tidak cukup sekadar melunaskan tuntutan tip of the iceberg.
Kita perlu mendasar.
Ke dalam.

Dan bertuahlah ibu bapa yang ada upaya berbual dengan anak-anak, kerana perbualan ini menyinarkan harapan untuk persoalan ini dikongsi oleh guru pertama dan guru terbaik anak-anak kita.
Ibu dan bapa!

TUJUH BUAH FIKIRAN
  1. Ibu bapa perlu membezakan di antara masalah yang kelihatan dengan masalah yang sebenar. Masalah anak-anak seperti tudung, solat, pergaulan bebas, perlu dinilai apakah ia masalah yang sebenar atau ia merupakan simptom kepada satu masalah lain yang lebih mendasar.
  2. Manusia tidak bertindak tanduk secara random. Perbuatan manusia mempunyai mekanisme yang jika difahami, boleh membantu kita mengenal pasti mengapa masalah-masalah yang kelihatan itu timbul.
  3. Surah al-Kahf memberikan kerangka bahawa perbuatan manusia adalah hasil daripada
    1. Sistem kepercayaan
    2. Sistem fikir dan lihat (pandangan hidup)
    3. Sistem nilai
  4. Pendidikan agama mesti dicerakinkan kepada elemen-elemen yang membentuk kepercayaan, cara pandang dan fikir, serta cara menilai.
  5. Ibu boleh boleh menilai, semasa anak membuat pilihan (misalnya pakaian), adalah pilihannya merupakan pilihan yang mencerminkan kepercayaan dan pandangan hidup Islam, atau bagaimana?
  6. Perbualan tentang Islam bersama anak-anak boleh dipecahkan kepada elemen-elemen itu tadi, seperti:
    1. “jom kita berdoa, Allah pasti membantu” (kepercayaan)
    2. “kita kena berusaha sebaik mungkin, kemudian baru bertawakkal (kepercayaan)
    3. “kami ibu bapa kamu, tetapi Allah Tuhan kami dan kami. Kita semua hamba Allah” (kepercayaan)
    4. “apa tujuan kita ke sekolah?” (pandangan hidup)
    5. “Kenapa dalam peperiksaan kita mesti yakin dengan usaha sendiri dan tidak meniru?” (pandangan hidup)
    6. “Mengapa kita sambut Aidiladha dan Aidilfitri, kita tidak sambut Krismas?” (pandangan hidup)
    7. “Duit kita, elok kita gunakan sebaik mungkin, tetapi 2.5%, kita asingkan untuk sumbangan” (sistem nilai)
    8. “Jom kita solat dahulu. Cuci kereta yang ayah minta tolong tu kita buat kemudian” (sistem nilai)
    9. “Kalau kawan suka, Allah tak suka, kita pun tidak bahagia. Utamakan Allah suka. Mama pun suka” (sistem nilai)
  7. Sekali lagi, upaya komunikasi yang efektif antara ibu bapa dan anak, akan banyak membantu proses pendidikan berlangsung dengan sebaiknya.
HASRIZAL
LUCAN, DUBLIN
(IH/Hrkh/saifulislam.com)
30Dis 12


Awas,Buka Kereta Tanpa Bunyi & Matikan Penggera


BUKTI...Zainuddin menunjukan peralatan elektronik yang digunakan suspek.
BUKTI...Zainuddin menunjukan peralatan elektronik yang digunakan suspek. 
KL: Awas, Kereta anda boleh dibuka tanpa bunyi. Dengan menggunakan sejenis peralatan elektronik buatan Taiwan, seorang lelaki mampu mematikan sistem penggera kereta dengan mudah sebelum menyamun barang berharga dalam kenderaan terbabit.

Alat berkenaan dikatakan mampu memintas frekuensi sistem penggera kenderaan dan suspek dengan mudah masuk ke dalam kenderaan berkenaan selepas sistem penggera dimatikan, membolehkan pintu kereta dibuka tanpa bunyi. Perkara itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang terbabit dengan jenayah samun kenderaan dalam serbuan di sebuah kondominium di Petaling Jaya, 13 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan menemui empat komputer riba, satu cakera keras mudah alih dan pelbagai dokumen atas nama individu lain dipercayai yang dicuri suspek.

“Modus operandi suspek ialah menunggu dalam kereta di parkir pusat beli-belah dan menggunakan alat berkenaan untuk memintas frekuensi penggera kereta mangsa.
“Sebaik berjaya membuka kereta mangsa, suspek mengambil barang berharga dalam kereta berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari kenderaan mereka disamun apabila mendapati pintu kereta mereka terbuka atau kenderaan berkenaan tidak berkunci selain keadaan di dalamnya berselerak. Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek yang dibebaskan dari penjara awal tahun lalu, mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

“Siasatan mendapati suspek sudah beberapa kali melakukan jenayah ini dan tidak menolak kemungkinan ada individu lain yang melakukan samun menggunakan taktik sama,” katanya.(IH)

Tak Kira Halal-haram, Dagangkan Tubuh Adik Ipar


INILAH akibatnya, bila cara berfikir tidak Islamik sudah menguasai diri. Yakni tidak kira halal-hararm dalam kehidupan. Tidak fikir hari akhirat dalam mencari rezeki.Lihat berita ini..

ALOR GAJAH: Seorang gadis mendakwa dipaksa menjadi pelacur oleh adik ipar kepada abangnya sendiri sejak awal bulan ini. Mangsa yang berusia 17 tahun itu dipaksa melayan nafsu serakah beberapa lelaki pertengahan usia dengan dikenakan bayaran tertentu di beberapa lokasi termasuk sekitar hotel bajet di negeri ini.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama kakak ipar dan abangnya di sebuah rumah di Pulau Sebang dan datang ke rumah seorang saudaranya di Selangor awal bulan ini. Menurut sumber, suspek yang turut tinggal bersama mangsa di Pulau Sebang menjemput gadis itu di Selangor beberapa hari kemudian dan membawanya pulang ke Melaka.

“Bagaimanapun, suspek tidak terus membawa gadis itu pulang ke rumah sebaliknya membawanya bersiar-siar di sekitar Bandaraya Melaka.
“Selepas bersiar-siar, suspek menyewa sebuah hotel bajet dan sebaik berada di hotel itu, mangsa diperkenalkan dengan seorang lelaki pertengahan usia,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, gadis itu kemudian dipaksa melayan nafsu lelaki terbabit dan dikenakan bayaran sebanyak RM200. Katanya, mangsa yang mula menyedari niat sebenar suspek cuba melarikan diri dan merayu tidak diperlakukan sedemikian, namun tidak diendahkan.

“Gadis itu turut mendakwa dibawa ke beberapa daerah tidak dikenal pasti untuk diperdagangkan kepada pelanggan yang sedia menunggu di tempat dijanjikan.
“Malah, suspek dikatakan turut mengawasi setiap pergerakan gadis itu bagi mengelak dia melarikan diri,” katanya.

Sumber itu berkata, gadis malang itu yang tidak tahan diperlakukan sedemikian nekad melarikan diri daripada kawalan suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.

Menurutnya, kes dirujuk ke Jabatan Keganasan Rumahtangga, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk tindakan selanjutnya. (IH)

Banjir. Cara Fikir & Cara Lihat... PM & MB K'tan

Lihatlah, cara fikir saingan PAS pembuat sepanduk ini...

Gambar atas, cara PM Najib  melihat banjir..
Gambar bawah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat tinjauan dan melihat mangsa banjir
Bezanya PM melalui udara dan Tuan Guru... melalui bot dan meranduk air banjir...
(IH)


Gadis Brazil Jual Dara Kini Terdampar Di Bali.



INGAT lagi tak nama Catarina Migliorini? Gadis Brazil berusia 20 tahun ini sempat membuat heboh dunia setelah menjual dan melelong dara seharga  AS$780,000 (RM2.4 juta), untuk membentu kerja-kerja amal. Seorang pemuda Jepun bernama Natsu memenenginya. Tapi hingga kini Natsu belum mengambil 'hadiah' yang dimenanginya.

Catarina kini sedang berada di Bali. Gadis ini terdampar sedang menunggu visa untuk masuk ke Australia. Rencananya,  hubungan badan pertama Catarina dan Natsu akan dibuat filem dokumenteri di atas pesawat antara Bali-AS dan dilanjutkan di Australia. Untuk keperluan itulah Catarina mengurus visa. Justin Sisely yang membuat filem dokumenteri mengenai keperawanan Catarina enggan terjerat hukum dan undang-undang  di Indonesia. Kerana itu syuting dilakukan di luar wilayah Indonesia. Seharusnya jadual filem dibuat November lalu, tapi terhambat dokumen dan libur Natal serta Tahun Baru.

"Banyak hal diubah kerana masalah dokumen. Saat ini semua projek ditunda hingga tahun baru," kata jurucakap Justin Sisely, Frank Thorne seperti dikutip Huffington Post, Khamis (28/12).

Pembuat filem dokumenteri itu tiada masalah di Australia. Di Brazil, Jaksa Agung Joao Pedro bertekad mengusutkan kes yang dicurigai sebagai perdagangan manusia. Keputusan Catarina melelong dara itu mengejutkan banyak pihak. Mereka menyebut tindakan Catarina ini tidak jauh berbeda dengan pelacur.
Namun, Catarina menolak tindakannya itu disebut pelacur dan dia masih percaya dengan cinta.

"Jika anda melakukan hanya sekali seumur hidup maka itu tidak disebut pelacur. Seperti halnya anda memotret sekali tidak menjadikan anda seorang juru foto," ujarnya

Tindakan Catarina semakin menjadi kontroversi lantaran kisahnya itu akan dibuat filem dokumenteir oleh kru filem asal Australia dengan judul Virgins Wanted. Catarina menyebut kesempatan ini sebagai bisnis dan membuat dirinya dapat bepergian percuma serta mendapat bonus. (IH)

Lihat sebelum ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails