ALIA berbogel di Kedutaan Mesir di Stockholm pada 20 Disember lalu.Berfikir bukan cra Islam..
Aktivis minta kerakyatan wanita Mesir berbogel ditarik
KAHERAH - Seorang wanita Mesir, Alia al-Mahdy berdepan dengan ancaman
kewarganegaraannya mungkin ditarik balik selepas dia berbogel tanpa
memakai sebarang pakaian di depan kedutaan negara ini di Stockholm,
Sweden baru-baru in.
Portal berita Al-Arabiya semalam melaporkan bahawa seorang
aktivis, Mahmoud Abdel Rahman telah memfailkan aduan kepada pendakwa
raya berhubung perbuatan Alia. Menurut Mahmoud, imej Mesir rosak dan tindakannya itu mempersendakan agama Islam selepas Alia berbogel pada 20 Disember lalu. Mahmoud meminta supaya nama Alia, 22, diletakkan di dalam senarai
orang yang perlu dipantau supaya dia boleh ditangkap ketika memasuki
Mesir.
Dalam aduannya itu, dia menyatakan Alia menulis ayat-ayat yang
menghina draf perlembagaan baharu Mesir dengan bantuan dua aktivis
wanita daripada kumpulan FEMEN. Kumpulan tersebut terkenal dengan aktiviti tunjuk perasaan bagi
membela hak-hak wanita dengan anggota-anggotanya kerap mendedahkan
payudara termasuk berbogel.
Alia berbogel bersama dua aktivis wanita kumpulan tersebut di Kedutaan Mesir di Stockholm itu. Dia menunjuk perasaan bagi membantah draf baharu perlembagaan Mesir yang didakwa menyekat kebebasan penduduk dan hak-hak wanita. Bagaimanapun, draf tersebut diluluskan oleh para pengundi dalam
pungutan suara yang diadakan sebanyak dua kali pada 15 dan 22 Disember
tahun lalu.
Mahmoud turut menyediakan cakera padat digital yang mengandungi gambar Alia berbogel kepada pihak pendakwa raya. Sementara itu, Alia menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita tentang perbuatannya yang berbogel itu tersebar.
"Jika saya kembali ke Mesir, saya akan dipenjarakan dan saya mungkin
terbunuh jika rejim yang memerintah Mesir kini terus berkuasa," katanya
kepada akhbar Al-Watan.
Menyentuh tentang sebab-sebab dia berbogel, Alia menyatakan
perlembagaan baharu menggalakkan diskriminasi terhadap wanita dan ia
akan membuka jalan ke arah lebih banyak hak golongan Hawa di negara ini
digugurkan. Alia diberikan taraf sebagai pemilik suaka politik di Sweden. Dia sebelum ini pernah berbogel di sebuah laman blog dan Twitter.
- Agensi
Wednesday, January 02, 2013
Siapa Pelakon Sorok Dadah Ini?
Gambar hiaan..
PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan
pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki
dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di
sini, kelmarin.Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan. Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.
“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.
“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.
Siapa pelakon itu? (IH)
Premis Judi Tawar Cabutan Bertuah, Tidak Hairan!
KL: Tidak hairan, bapa borek anak rintik! Sindiket perjudian tidak pernah berhenti menggunakan pelbagai taktik untuk menarik kaki judi terus menghabiskan wang di premis mereka. Terbaharu, sebuah premis judi internet di Jalan Pasar Sentul di sini didakwa menawarkan cabutan bertuah yang mempertaruhkan sebuah motosikal jenis Honda sebagai hadiah utama selain wang RM300.
Caranya senang sahaja. Belanja sekurang-kurangnya RM50 di pusat judi itu dan secara automatik kaki judi akan diberi kupon untuk menyertainya. Cabutan akan dilakukan setiap hujung bulan. Bukan itu sahaja, perniagaan haram yang berselindung di sebalik kedai optik itu turut menawarkan makan tengah hari percuma kepada pelanggan. Seorang pelanggan yang ditemui Kosmo! memberitahu, cabutan bertuah itu diadakan hampir setiap bulan namun malangnya setakat ini tiada seorang pun yang memenanginya.
Bagaimana nak selesaikan? Tolak kerajaan BN yang kaki judi, naikkan kerajaan partti Islam! Allahu Akbar! (IH)
Tragedi Darul Runtuh, Tanda BN Menuju Keruntuhan?
KEMAMAN: Negeri Terengganu Darul Iman menutup tirai 2012 dengan insiden bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai, Kemaman runtuh pada 30 Disember lalu. Kejadian ‘runtuh’ seolah-olah badi bagi negeri ini selepas kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh pada 2 Jun 2009.
Tinjauan Harakahdaily mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan runtuh menyembah bumi dipercayai strukturnya yang lemah serta reput sekitar jam 2.30 petang. Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.
Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran ‘Terengganu Darul Runtuh’ yang memalukan. Ini tanda BN menuju keruntuhan? Siap-siaplah, bermula tahun ini PR mengambil alih pemerintahn Malaysia. Insya Allah. (IH)
Mesir Mulai Tegas, Tahan Tentera Israel Di Sinai.
Pasukan tentera Israel.
KAIRO: Pegawai keamanan Mesir menahan seorang tentera Israel di Wilayah Taba, Semenanjung Sinai. Tentera
zionis itu tertangkap semasa menyelinap masuk melalui sempadan negara negara, mengambil
foto peralatan keamanan dan bercakap dengan seorang pemandu, kata sumber rasmi pegawai keamanan.
"Seorang Israel ditangkap oleh tentae a nasional pada 29 Desember. Pihak berkuasa sedang soal-siasat." kata pegawai keamanan.
Pejabat berita Mesir MENA memberitakan, orang yang ditahan adalah warga Tel Aviv asal Rusia bernama Andrea Chetekov. Dia tidak membawa paspot dan tidak berdaftar sebagai pelancong. Tv nasional setempat melaporkan, pegawai keamanan menangkap seorang militer bernama Andre Yacoub yang masuk Mesir secaraharam.
Tahanan berusia 24 tahun itu telah ditanyai mengenai aksinya. Dia berusaha mengumpulkan informasi militer Mesir melalui perantarapemandu. Mesir kini menegaskan kembali pengendalian atas wilayah Sinai yang sudah lemah sejak Hosni Mubarak digulingkan pada Februari 2011.(IH)
"Seorang Israel ditangkap oleh tentae a nasional pada 29 Desember. Pihak berkuasa sedang soal-siasat." kata pegawai keamanan.
Pejabat berita Mesir MENA memberitakan, orang yang ditahan adalah warga Tel Aviv asal Rusia bernama Andrea Chetekov. Dia tidak membawa paspot dan tidak berdaftar sebagai pelancong. Tv nasional setempat melaporkan, pegawai keamanan menangkap seorang militer bernama Andre Yacoub yang masuk Mesir secaraharam.
Tahanan berusia 24 tahun itu telah ditanyai mengenai aksinya. Dia berusaha mengumpulkan informasi militer Mesir melalui perantarapemandu. Mesir kini menegaskan kembali pengendalian atas wilayah Sinai yang sudah lemah sejak Hosni Mubarak digulingkan pada Februari 2011.(IH)
Sepanjang 2012, Israel Culik 900 Budak Palestin
KEMENTERIAN Tahanan Penjara Palestin melaporkan jumlah kanak-kanak diculik mencecah 900 orang pada 2012 berbanding 700 pada tahun sebelumnya, sekali gus membuktikan pencabulan Israel ke atas golongan lemah di negara itu semakin meningkat.
Menurut kementerian tersebut, peningkatan angka tersebut mungkin kerana faktor Perang Israel-Palestin pada bulan lalu dan kejayaan mereka menaik taraf status sebagai negara pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Susulan daripada detik bersejarah itu, tentera Israel didakwa sengaja menyasarkan golongan remaja dan kanak-kanak Palestin. Sebanyak 95 peratus budak yang diculik didakwa turut didera secara fizikal. Kebanyakan daripada mereka diculik dari rumah masing-masing antara jam 2 dan 4 pagi iaitu semasa remaja atau kanak-kanak tersebut sedang nyenyak tidur bersama keluarga mereka.
Tentera Israel sewenang-wenangnya memecah masuk ke rumah penduduk Palestin dan merosakkan perabot dan barangan lain semasa serbuan tanpa waran itu dilakukan. Askar rejim Zionis juga memukul ahli keluarga yang cuba untuk menyelamatkan mereka. Dalam kebanyakan kes, ketika dalam perjalanan menuju ke pusat tahanan, askar tidak berperikemanusiaan ini akan memukul dan menendang remaja dan kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.
Ada juga yang sengaja mahu menakut-nakutkan mereka dengan melepaskan tembakan peluru hidup dan bom tangan. Di pusat soal siasat itu, mereka akan dipukul dan diseksa secara berterusan sehingga budak tersebut membuka mulut dan memberi maklumat yang diperlukan oleh askar Israel. Mereka diperlakukan dengan kejam dan ada yang dipaksa berdiri di tengah panas dan semasa hujan lebat selama beberapa jam.
Kementerian itu mendakwa ada juga penyiasat rejim Zionis yang menggunakan kekerasan seperti alat renjatan elektrik dan memaksa kanak-kanak atau remaja tersebut minum air mendidih sama seperti dilakukan ke atas Nassar Aref Jaradat, 16, yang berasal dari Sair berhampiran bandar Hebron di Tebing Barat. Nassar diculik pada 2 Februari 2010 dan dibawa ke kem tentera Etzion, di mana dia didera secara melampau hingga tidak sedarkan diri.
Difahamkan, kebanyakan mangsa culik dibawa ke pusat soal siasat rahsia di penempatan haram Israel di Keryat Arba, Maaleh Adumin, Dan Shomron dan beberapa kawasan lain yang tidak diketahui oleh Palang Merah Antarabangsa. Sehingga kini, seramai 140 kanak-kanak masih disoal siasat dan menanti untuk dibicarakan termasuk 32 budak di bawah umur 16 tahun.
Sama seperti tahanan dewasa Palestin, golongan itu juga tidak mendapat hak asas dan jaminan yang terkandung dalam perlindungan antarabangsa hak asasi manusia. Peguam dan keluarga 'tahanan' kecil tersebut tidak diberikan sebarang maklumat mengenai lokasi dan sebab mereka ditahan. Tindakan rejim Zionis itu jelas menunjukkan mereka sengaja melanggar undang-undang antarabangsa terutamanya berhubung perlindungan kanak-kanak.
Mereka sesuka hati menggunakan kuasa berdasarkan Perintah Tentera132 membenarkan askar menculik dan menyoal siasatan budak Palestin yang telah mencecah umur 12 tahun. Jika dilihat semasa perang Israel-Palestin yang berlangsung selama lapan hari pada November lalu, kebanyakan mangsa terkorban adalah budak dan bayi. Tahun 2012 sudah melabuhkan tirai, namun adakah kekejaman ke atas golongan lemah itu akan berakhir pada tahun ini? - IMEMC
Itulah antara kebiadaban Israel yang bangsat dan merampas hak asasi manusia. Mana suara-suara pejuang hak asasi?
Anak M'sia Pertama Bawa Pulang 'Ratu Universe'?
MALAYSIA sebuah Negara Islam? Atau hanya negara umat Islam? Namun Malayisa juga bersiap sedia untuk bertanding merebut Ratu Cantik Universe 2013 akan datang.. Lihat pemikiran tulisan di bawah ini, wajarkah pemikiran ini berada dalam negara yang berlebelkan Islam.
[Untuk mengetahui siapakah Ratu Cantik Universe 2012 akhirnya terjawab apabila gelaran idaman setiap wanita seluruh dunia itu diberikan kepada Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS), Olivia Culpo, 20. Gadis kelahiran Rhode Island itu mengalahkan 88 jelitawan seluruh dunia dalam pertandingan tahunan yang diadakan di Kasino Planet Hollywood, Las Vegas, Nevada, AS. Kemenangan Olivia turut menghentikan penantian AS selama 15 tahun untuk kembali merampas mahkota tersebut apabila kali terakhir memenanginya pada tahun 1997 menerusi Brook Lee.
Ironinya, sejak pertandingan itu diperkenalkan pada tahun 1952, ratu cantik AS telah lapan kali meraih gelaran tersebut. Tambah menarik, kesemua mereka dinobatkan ketika AS menjadi tuan rumah, sama seperti yang terjadi kepada Ratu Puerto Rico pada tahun 2001, yang mendapat kemenangan di tempat sendiri.
Secara profesional, ketahanan fizikal dan mental amat diperlukan sepanjang pertandingan itu kerana setiap peserta tidak hanya dinilai berdasarkan paras rupa malah kecantikan peribadi secara menyeluruh.
Kemenangan Ratu Cantik Universe 2000, Lara Dutta dari India boleh dijadikan contoh mudah. Meskipun saingan keduanya, Claudia Moreno dari Venezuela memiliki kejelitaan yang jauh lebih tinggi berbandingnya, Lara berjaya menambat hati juri atas tiket kebijaksanaannya menjawab soalan selain memiliki personaliti yang disenangi. Turut diakui, bukan mudah berdepan dengan jutaan mata yang memerhati sosok tubuh dan penampilan diri. Ditambah pula senyuman manis yang harus dilemparkan sepanjang waktu terutamanya saat lensa kamera mengekori pergerakan.]
[Kepelbagaian identiti para juri tidak menghilangkan seri Ratu Cantik Universe 2012 apabila ia terus meninggalkan momen indah buat setiap peserta dan penyokong. Ia turut memberi kenangan bermakna buat peserta Malaysia, Kimberley Leggett, 19, yang berusaha sehingga ke titik akhir walaupun dicanang bakal memberi persaingan getir dalam edisi kali ini.
Kimberley dengan yakin melangkah bersama persalinan indah rekaan Jovian Mandagie ketika malam pusingan awal. Kostum kebangsaan yang diperagakan juga menarik perhatian ramai sehingga diramalkan bakal menempah slot dalam kelompok Top 16. Kelibat Kimberley turut kelihatan dalam surat khabar antarabangsa dan blog-blog fesyen sebagai peserta pilihan dalam pertandingan yang dimiliki oleh hartawan hartanah AS, Donald Trump itu.
Perjuangan Kimberley masih belum bernoktah kerana perjalanan gadis kelahiran Pulau Pinang itu masih panjang dan terbentang luas di hadapannya. Bidang peragaan mahupun industri seni tempatan dan antarabangsa akan ternanti-nanti kehadiran Kimberley berbekalkan aset wajah yang mulus dan senyuman manis.
Wakil Malaysia pada tahun depan, Carey Ng, 23, baru sahaja dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia Universe 2013. Adakah gadis kelahiran Kuala Lumpur itu bakal mencatat sejarah sebagai anak Malaysia pertama membawa pulang mahkota Ratu Universe? Segalanya tidak mustahil untuk diimpikan. Untuk rekod, pencapaian terbaik negara dalam pertandingan Ratu Cantik Universe setakat ini ialah Yasmin Yussuf pada tahun 1978 (tempat kedua kostum kebangsaan) dan Josephine Lena, tahun 1970 (Top 15).]
FINALIS dari Belanda (kanan) mempamerkan ikon negaranya, kincir angin berwarna seperti bendera negara itu, manakala wakil AS mengenakan pakaian seperti Patung Kebebasan.
Beginilah pemikiran rakyat yang sedang di bentuk oleh kerajaan BN pimpinan UMNO. Lagi sebuah contoh pemikiran tidak Islamik, yang sesat lagi menyesatkan.
Semoga, Ih dinas Sirathal mustaqim! (IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)