Thursday, January 24, 2013

Jual Dadah Pun Ada Papan Tanda... Arak?

Foto

Papan tanda jual dadah
Yan: Sindiket pengedaran dadah di daerah ini bertindak berani apabila memaparkan iklan menjual dadah secara terbuka di kawasan Simpang Empat, Sedaka dan Kuala Sala, di sini, sejak beberapa hari lalu sekali gus menggemparkan penduduk tempatan.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati papan iklan yang dipasang di beberapa batang pokok di kawasan berkenaan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia boleh mempengaruhi golongan remaja terutama pelajar sekolah. Iklan itu memaparkan tulisan

Bukit Neraka FC - Yan 013-......., ubat - 1g RM25, ais - 05g RM110 dan ubat 1/2 suku gram - RM1,000“.

Difahamkan, papan iklan itu dipasang sejak beberapa hari lalu bagi menarik ramai pelanggan muda membeli dadah berkenaan. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sudin, 30 berkata, dia terkejut melihat papan iklan berkenaan dipasang di kawasan itu kerana boleh mendedahkan orang ramai khususnya golongan muda kepada bahaya pengambilan dadah.

“Saya ada menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan itu dan pemiliknya seorang lelaki memberitahu sekiranya saya mahu membeli dadah berkenaan boleh datang berjumpanya di Bukit Neraka, di sini.
“Saya membuat dua tiga kali panggilan dan ternyata nombor telefon itu adalah milik lelaki yang sama. Lelaki itu tidak berselindung dengan aktiviti penjualan dadah, malah mengarahkan saya menghubunginya semula sekiranya sudah sampai ke lokasi yang dimaksudkan itu,” katanya yang ditemui, di sini.

Menurutnya, dia terkejut melihat beberapa iklan berkenaan turut terdapat di kawasan Sedaka, Kuala Sala dan Jalan Kangkong, di sini.

“mereka ingat kawasan ini lubuk penagih dadah sehingga sanggup memasang iklan jual dadah di sini? Sindiket dadah kini semakin berani apabila secara terang-terangan memasang papan iklan menjual dadah di kawasan ini.
“Walaupun kawasan ini dikenali sebagai perkampungan nelayan tidak semestinya semua nelayan mengambil dadah. Perbuatan ini kurang ajar dan tidak bertamadun. Justeru, saya minta pihak berkuasa menyiasat sehingga ke lubang cacing kegiatan sindiket terbabit.

“Saya tidak mahu anak bangsa mati kerana dadah apatah pembabitan golongan remaja terutama pelajar yang bakal mewarisi negara akan gelap masa depan mereka,” katanya.

Sudin mendakwa kawasan Yan memang dikenali sebagai lubuk pengedaran dadah kerana ‘tauke’ besar dadah mampu hidup mewah dengan hasil jualan dadah. “Sindiket ini semakin berani dan mencabar pihak berkuasa dengan memasang iklan menjual dadah. Mereka seperti tidak takut pada undang-undang, yang penting dapat hidup mewah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap papan iklan berkenaan sekali gus membuat tangkapan ke atas pihak yang dikenal pasti menjadi dalang di sebalik kegiatan pengedaran dadah. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah itu iklan dadah? Tidak ada tulis perkataan 'dadah' pun. Kalau 'ubat' (yang dikatakan dadah) itu haram, mengapa iklan-iklan arak di hotel-hotel besar tdak dilarang, sedangkan ianya jelas 'haram' dalam hkum Islam? Inilah bentuk pentadbiran kerajaan BN pmpinan UMNO.

Selagi BN masih memerintah Malaysia (kerajaan Persekutuan yang menaungi negeri-negeri) selagi itulah perkara-perkara maksiat begni akan berterusan. Bagaiman mengatasiya? Ranapkan BN sekarang (PRU 13 ini). UNDILAH PAS dan rakan PR!!

Terkini!
UPP Perlis tahan van bawa arak 24/01/2013 12:57pm
KANGAR - Dua buah van yang membawa muatan minuman keras yang diseludup ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di pekan Gurun, Kedah semalam. Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat, pasukan UPP kawasan Chuping dengan kerjasama UPP kawasan Padang Besar mengesan kedua-dua kenderaan itu di pekan Gurun pukul 8.30 pagi.

Sebaik menyedari diekori dan dihampiri UPP, seorang daripada pemandu itu meninggalkan kenderaan yang dipandunya dan melarikan diri manakala seorang lagi yang berumur lingkungan dua puluhan ditahan, katanya. Zakaria berkata, kedua-dua kenderaan itu dibawa ke Kompleks UPP Chuping dekat sini dan pemeriksaan lanjut menemui 400 kotak minuman keras pelbagai jenama dan 50 karton rokok.

Minuman keras dan rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM64,468 jika termasuk cukai bernilai RM20,168, katanya di Kompleks UPP Chuping hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda minimum 10 kali nilai rampasan atau maksimum 20 kali nilai rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Gembira! Jumpa Minyak. Husam Usaha Sendiri



KOTA BHARU - Ini suatu berita gembira! Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.

Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.
“Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” katanya kepada media  selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut.

“Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini tanpa mengambil kira kedudukan Petronas,” katanya.

Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan.

“Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan,” katanya. (SH)

Maulidul Rasul, Jom Ikut Nabi. -Nik Aziz

PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Firman Allah SWT yang bermaksud :
  • Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini.  Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan. Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan?

Sesungguhnya, apabila Rasulullah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh di dalam ibadat tetapi dalam semua apsek kehidupan. Aspek rumahtangga sebagai contoh, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang suami yang suka bergurau dengan isterinya. Gurauan ini tidak pernah melunturkan nilai nubuwwah yang ada pada diri Baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia.

Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda. Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang gemar menuturkan kata-kata manis sehingga menyenangkan pendengar. Bahkan terdapat juga situasi Rasulullah SAW bergurau dengan gurauan yang benar sehingga menjadikan dirinya lebih dikagumi dan disayangi.

Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun.  Sekalipun baginda merupakan seorang nabi yang juga kekasih Allah SWT, tetapi tempoh yang diambil oleh baginda untuk menjayakan misi dakwah di Mekah dan Madinah tidak mengambil masa sekelip mata.

Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini. Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya.

Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah. Sekian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 12 Rabiul Awwal 1434H

Apa Salah Buka Kelab? Awie(Rocker) Cabar Siapa?

HALAMAN HIBURAN

AWIE pada majlis prebiu Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Kuala Lumpur: “Jangan tanya soalan klise. Ini adalah perniagaan, bukan orang yang bercakap itu bagi rezeki kepada saya. ‘Stop all this questions’,” kata rocker terkenal Awie (gambar)  sewaktu diminta mengesahkan kebenaran dia menguruskan perniagaan kelab di Ipoh, Perak.

Demikian lapor MyMetro hari ini..

"Sekitar penghujung tahun lalu, heboh kononnya Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 45, memiliki sebuah kelab dikenali Malai Rock Station Bistro di Ipoh. Perkara itu tersebar selepas foto-foto majlis perasmian kelab itu yang dilakukan secara tertutup beredar di Internet.

"Lantas menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir masyarakat Islam memandang imej kelab sebagai pusat hiburan yang mendorong kepada perkara maksiat. Bagaimanapun, ia tidak pernah dibangkitkan sehinggalah pertemuan dengannya sesudah majlis prebiu filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Midvalley, kelmarin.

Sambung berita itu lagi, “Apa salahnya buka kelab? Kalau macam itu tanya Tan Sri Jojo kenapa dia buka Hard Rock? Adakah buka Hard Rock itu untuk sembahyang?” katanya. Biarpun apapun situasi temu bual ketika itu, Awie langsung tidak mengiyakan atau menafikan perkhabaran berkenaan.

Soalnya  sekarang, siapa yang dicabar Awie? Pemnat-peminatnya yang Islam atau puak-puak agama dalam jabatan kerajaan yang bertanggung jawab menjelaskan kekeliruan dalam masyarakat, terutama dalam hal agama? Harap pihak bertanggung jawab perlu jelaskan. (IH)

Dakwah Islam Di Pulau Kera, NTT Indonesia
















CATATAN SANTAI IBNU HASYIM  

AIR satu jerigen harganya tiga ribu rupiah, kira-kira RM1. Itupun perlu di beli di  Kota Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT).  Begitu berita terkini dari kumpulan Hidayatullah.com  yang baru ke sana. Saya (Ibnu Hasyim) juga pernah ke sana. Lihat catatan perjalanan saya...  Jalan Darat Dari Dili T/Leste Ke Kupang Indonesia  Itulah yang terjadi di Pulau Kera. 



Diceritakan, pulau ini pada zaman Belanda tumbuh sarat dengan pohon kelapa. Milik orang China Kupang 'Toko Baroe'. Tapi dengan kedatangan Jepun tahun 1941, semua pohon kelapa di tebang dengan tujuan supaya tidak ada kapal-kapal laut, musuh mereka masa itu, dapat memanfaatkan pulau ini sebagai tempat persembunyian. Lagi pula pucuk pohon kelapa adalah makanan yang lazat bagi mereka.

Pulau Kera selalu menjadi perhatian bagi siapa saja yang baru pertama kali berkunjung ke Kota Kupang kerana letaknya persis di tengah-tengah Teluk Kupang, antara Kota Kupang dan Kecamatan Sulamu, Kabupaten Kupang. Pulau Kera selalu disalah ertikan sebagai Pulau Monyet, sebenarnya pulau Kera bererti pulau Penyu atau Kea, iaitu bukan monyet.

Secara administratif, Pulau Kera merupakan bahagian dari Kecamatan Sulamu, Kabupaten Kupang, Propinsi Nusa Tenggara Timur. Perlu waktu sekitar 30 menit menggunakan perahu motor dari Kupang untuk sampai ke Pulau Kera. Tidak ada dokumen tertulis yang berkisah tentang Sejarah Pulau Kera. Yang pasti Pulau Kera kini ditempati oleh 260 jiwa yang terbahagi dalam 54 keluarga. 

Semuanya adalah keluarga nelayan tradisional bersuku Bajo dari Sulawesi, seluruhnya beragama Islam. Diceritakan, Bantiu Rabana adalah salah satu tokoh masyarakat yang dihormati di sana, beliau adalah Imam di Masjid "Darul Bahar", satu-satunya Masjid di Pulau Kera, merupakan bantuan dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) Nusa Tenggara Timur, diresmikan penggunaannya pada tahun 2000.



Kegiatan rutinnya adalah mengaji setiap sore menjelang matahari terbenam . Selain mengabdikan diri mengurus Masjid, Bantiu Rabana juga mengabdi sebagai Ketua Badan Pengurus Madrasah Hifidiyah, satu-satunya madrasah di Pulau Kera yang secara fiziknya sungguh sangat memprihatinkan. Dibangun secara swadaya oleh masyarakat Pulau Kera dan baru beroperasi pada tahun 2007. 

Madrasah tak bernama ini, memiliki 43 siswa yang terbagi dalam 3 kelas dengan tenaga pengajar sebanyak 3 orang. Yakni: Bantiu Rabana (lulusan SMEA), Dirman Surang (lulusan MTs) dan Rustam Ndou (lulusan SMA). Madrasah Hifidiyah ini kini dibina oleh Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Cabang Kupang. Selain Masjid dan Madrasah, ada satu kios di Pulau Kera yang menyediakan barang dagangan keperluan harian untuk masyarakat Pulau Kera.

Menurut berita dari kumpulan Hidayatullah.com lagi..

"Pulau ini memang berada di tengah lautan air. Tapi air bersih menjadi barang langka di sini. Sebab, lautan air itu tidak bisa digunakan untuk memasak. Maklum air laut, rasanya asin. Maka untuk mendapatkan air bersih penduduk harus menempuh perjalanan sekitar 40 menit dengan naik perahu tempel.
 
"Bukan hanya air bersih yang langka. Listrik dan papan juga tidak ada. Jika malam, untuk menyalakan lampu, penduduk memakai minyak gas. Lebih menyedihkan lagi keadaan rumah mereka, semuanya berupa gubuk terbuat dari seng atau jerami.




 









  
Bangunan sekolah itu baru setengah jadi, bangku, papan tulis dan buku-buku juga belum ada..

 "Mereka selama ini dianggap masyarakat liar. Pemerintah Kabupaten Kupang hingga kini tidak mengakui keberadaan mereka. Sekalipun faktanya, mereka sudah menghuni pulau berpasir putih itu sejak puluhan tahun lalu. Tapi anehnya, walau pemerintah tidak mengakui keberadaan mereka, setiap pemilu (pilihan raya) mereka diberi hak mencoblos." Demkian menurut kumpulan Hidayatullah.com

Di pulau ini tidak ada fasilitas umum seperti pendidikan atau kesihatan. Tidak ada sekolah, nyaris semua pendudukanya tidak mengenyam bangku sekolah. Termasuk kanak-kanak dan remajanya. Ini yang memprihatinkan. Mata pencarian mereka melaut, yang hasilnya untuk makan kais pagi makan pagi saja..

Seterusnya, menurut kumpulan Hidayatullah.com...
 
"Keadaan seperti itulah yang mengetuk nurani Syaiful Bahri, dai Hidayatullah di Kupang. Sejak tahun 2000, anak muda ini membina masyarakat Pulau Kera. Sekarang, setidaknya seminggu sekali Syaiful datang membina mereka. Bukan hanya memberi siraman rohani, terkadang  ia juga membagi-bagi sembako gratis.  
 
"Belakangan, Syaiful tidak sendirian. Ia ditemani Ramli, dai dari Dewan Dakwah Islamiyah (DDI). Merekalah yang kini  bahu membabu membina masyarakat Pulau Kera. Perhatian utama mereka sekarang adalah pendidikan untuk anak-anak dan remaja. “Sekarang kami sedang membangun sekolah,” kata Syaiful.

"Bangunan sekolah itu baru setengah jadi. Berukuran sekitar 5 X 10 meter, dindingnya terbuat dari batako dan beratap seng. Itupun dinding bagian atasnya masih bolong. Untuk fasilitas lain seperti bangku, papan tulis dan buku-buku juga belum ada. “InsyaAllah, nanti kami lengkapi. Sekarang cari dana dulu,” kata Syaiful. Nah, siapa berkenan membantu?"

Berita sebelum ini...

Ada Sunatan Massal di Pulau Kera (Kamis, 05 Januari 2012 ) 

"Alhamdulillah, anakku akan disunat,’’ seru Ny Hawasa, menyambut Tim Dewan Da’wah dan Hidayatullah yang akan menyelenggarakan sunatan massal di Pulau Takera, Kupang, Nusa Tenggara Timur, dua pekan lalu. 

Sunatan diikuti 30 anak bocah Pulau Takera, yang sehari-hari menjadi santri TPA Darul Bahar yang diasuh dua da’i Dewan Da’wah yang ditugaskan di sini. Sebagian peserta juga berasal dari Pulau Sulamu, yang terletak sekitar 1 jam penyeberangan dari Takera.

Pulau Takera mengapung di seberang Darmaga Oeba Kota Kupang, NTT, dihuni 78 keluarga atau 315 jiwa yang semuanya muslim dan dhuafa. Menurut salah seorang tokoh setempat, Naseng Rabbani, nenek moyang mereka dari suku Bajo sudah menghuni Pulau Takera sejak 1911.

‘’Nenek moyang kami dari suku Bajo Sulawesi Tenggara, datang ke sini atas undangan Raja Kupang Nesneno untuk mengajari masyarakat berlaut,” tutur Rabbani.


Para pelaut Bajo lalu mendiami Pulau Takera, berdasarkan prinsip “di mana ikan bagus untuk dijemur, di situlah mereka berdiam”. Takera memang sangat bagus untuk menjemur apa saja termasuk ikan. Sejak pukul 7 pagi saja, pulau ini sudah sangat menyengat panasnya.

Walau berjasa secara historis, hingga kini warga Pulau Takera tidak memiliki status kependudukan, meskipun secara administratif pulau ini termasuk wilayah Kota Kupang. 

Ustadz Ramli, Da’i Dewan Da’wah di NTT, mengatakan, selama ini Dewan Da’wah dan ormas Islam Kupang terus membina warga Pulau Kera. 

‘’Persoalan umat di sini adalah minimnya papan, air bersih, listrik, dan sarana pendidikan,’’ ungkapnya. ‘’Mereka korban pemiskinkan secara struktural,’’ tandasnya.

Para nelayan itu dimodali tauke Kupang untuk melaut, tapi hasilnya hampir semua untuk si tauke. Melaut tiga hari berturut-turut dengan awak 4 orang, paling banter masing-masing nelayan mendapat Rp 50 ribu atau senilai dengan 25 jirigen (500 liter) air tawar yang harus mereka beli di Kupang. Itu lantaran kalkulator usaha nelayan berada sepenuhnya di tangan tauke.

Sekolah formal masih jadi kemewahan buat generasi belia Pulau Takera. Namun belakangan ini beberapa remaja Takera mulai keluar pulau untuk melanjutkan sekolah ke Kupang dengan beasiswa dari Dewan Da’wah Islamiyah, Hidayatullah, MUI, dan Bazda NTT. (MR/bowo)

Image Peserta Sunat Massal Lazis Dewan Da’wah di Pulau Kera NT

Al-hamdulllah, itulah usaha dakwah. Sampaikan! Perintah Nabi SAW kepada tiap individu, walaupun satu ayat. Kerana usaha itu, Islam yang mulia dan lengkap ini sampai kepada kita. Dari tanah Arab sampai ke Alam Melayu, Malaysia, Indonesia, bahkan sampai ke Pulau Kera. Menukar perangai manusia jangan jadi macam kera.

Bukan dakwah dari pulau ke pulau sahaja, tetapi juga dakwah dari rakyat kepada kerajaan. Kerajaan yang belum Islam perlu diIslamkan. Kerajaan yang sudah mengaku Islam tetapi tidak laksanakan Islam sepenuhnya perlu disuruh laksanakan sepenuhnya. 

Bagaimana menyuruhnya?

Oh, mudah sahaja. PRU 13 sudah dekat, beberapa bulan lagi. Gunakan undi kamu untuk Islam. Untuk manaikkan Islam. Pilih parti yang berperlembagaan Islam. Bukan asobyah kebangsaan, yang menolak hukum Allah. Di Malaysia ada Parti Islam (PAS) dan gabungannya. Tolak parti asobiah UMNO (Pertubuhan Asobiah Melayu Bersatu) dan gabungannya. 

Ingat Allah SWT tahu apa yang kita buat, walaupun dalam tempat mengundi yang kononnya dirahsiakan.

UNDILAH PAs DAN RAKAN-RAKANNYA!

Wassalam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com  
23 Jan 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Wednesday, January 23, 2013

Buat Rumah Dari Bongkah Batu


HERNANDEZ berdiri di luar kediamannya dekat San Jose de Las Piedras, dalam negeri Coahuila, utara Mexico pada 16 Januari lalu. 

JOM KREATIF
Bongkah batu dijadikan rumah
COAHUILA, Mexico - Seorang lelaki di Mexico telah menukar seketul bongkah batu menjadi rumah untuk keluarganya sejak 30 tahun lalu. Benito Hernandez membina kediaman unik itu dekat kawasan pergunungan San Jose de Las Piedras, dalam negeri Coahuila di utara Mexico.

Sebahagian daripada bongkah batu besar berdiameter 40 meter itu dijadikan bumbung rumah manakala beberapa bahagian lain dikorek untuk membina ruang tamu, dapur dan beberapa buah bilik. Hernandez tinggal di rumah batu itu bersama isteri, Santa Martha de la Cruz Villarreal, seorang anak lelakinya, Omar Hernandez dan cucu perempuan mereka, Lucero Hernandez.

Kediaman Hernandez itu terletak dekat dengan bandar San Jose de Las Piedras. Bandar itu merupakan sebuah komuniti terpencil di kawasan gurun Coahuila dan terletak sekitar 80 kilometer dari sempadan Texas, di Amerika Syarikat. - Agensi

4 Langkah Bela Tentera, Undilah Pakatan Rakyat.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia memeriahkan sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini. — Foto Reuters
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan empat langkah bagi membela kebajikan anggota-anggota tentera. Langkah-langkah itu diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama Leftenan Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid.

Katanya, penambahbaikan kebajikan tentera itu mampu dibuat dengan membenteras amalan rasuah dan kronisme. Berikut adalah langkah yang diumumkan hari ini

1. Pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu dirombak semula dengan perwakilan dari kalangan anggota tentera yang lebih adil dan bebas mewakili anggota terbanyak.

Keuntungan serta perolehanan LTAT wajar diagihkan dengan lebih adil kepada anggota terbanyak termasuk melalui peruntukan skim mikrokredit khas anggota tentera untuk memastikan mereka mendapat perhatian selepas meninggalkan perkhidmatan.

2. Meningkatkan jumlah caruman yang disumbangkan oleh kerajaan di dalam LTAT kepada 20 peratus daripada jumlah gaji setiap bulan berbanding sebelum ini hanya 15 peratus.

Peningkatan 5 peratus caruman ini perlu diuruskan secara berasingan di dalam dana LTAT dan dikhususkan kepada program-program imbuhan yang berbentuk bantuan bulanan kepada bekas anggota tentera yang berpencen dan tidak berpencen.

3. Memperkenalkan dividen khas kepada bekas anggota tentera tidak berpencen bergantung kepada keuntungan LTAT setiap tahun dan caruman tambahan 5 peratus yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dividen khas ini bagi membantu anggota keselamatan yang tidak mempunyai pencen berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang meruncing.

4. Memastikan paras pencen adalah setara dengan dasar gaji minima RM1,100.

Ini bagi memastikan supaya tidak ada bekas anggota keselamatan yang tercicir dari pelarasan pencen seperti yang sering berlaku sekarang.

"Saya yakin pendekatan berganda membanteras rasuah dan menggunakan peruntukan yang diselamatkan untuk membela kebajikan anggota tentera akan berjaya mempertahankan kemuliaan ATM di mata rakyat," jelas Anwar.

Sementara itu, Abd Ghafir yakin dengan apa yang dinyatakan dan berharap anggota tentera yang masih berkhidmat dapat membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Saya harap tentera dikembalikan kemuliannya dan kepada mereka yang masih bertugas, saya pasti mereka akan lakukan satu tindakan yang bijak pada pilihanraya nanti.
"Tentera memerlukan kerajaan yang terbaik dan perihatin dalam membela nasib mereka sama ada yang masih bertugas ataupun sudah bersara," kata beliau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails