Monday, January 28, 2013

Tatu Di Lokasi Sulit, Wabak Baru Serang Remaja



Cacah tatu di lokasi sulit.

Kota Kinabalu: Memalukan apabila segelintir remaja Islam di bandar raya ini, termasuk pelajar sekolah, tidak mengendahkan larangan agama yang mengharamkan cacahan tatu pada mana-mana anggota tubuh, sebaliknya melakukannya untuk tujuan suka-suka berikutan dipengaruhi rakan sebaya.

Trend itu jika tidak dibendung pihak berkuasa dan institusi kekeluargaan dikhuatiri boleh merosakkan akidah remaja terbabit kerana ia perbuatan zaman jahiliah selain boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Lebih membimbangkan, remaja berkenaan bijak menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan keluarga, terutama ibu bapa, apabila mencacah tatu di bahagian sulit seperti payudara dan ari-ari.

Siasatan Metro Ahad mendapati ada gadis Islam berusia antara 17 hingga 30 tahun mengenakan tatu di badan sebagai hiasan kerana beranggapan ia unik dan menarik selain dianggap simbol seks.
FotoUkiran rama-rama dan bunga ros dicacah di bahu.

Seorang remaja yang mahu dikenali sebagai Laila, 19, mengakui tertarik memiliki tatu selepas melihat pelbagai gaya dan lakaran tatu pada tubuh rakannya. (myMetro)

Komen Weblog Ibn Hasyim: Jaga, apakah ini suatu wabak baru mula melanda remaja Malaysia? Kami sampaikan walau sat ayat.

Sunday, January 27, 2013

Pusat Maksiat Kampung Diserbu..

FotoLAPAN orang berusia 15 tahun hingga 25 tahun dicekup Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Kampung Sungai Batu Pahat

Markas ‘lalok’ ketum diserbu
Kangar: Tindakan sekumpulan tujuh lelaki dan seorang gadis bawah umur menjadikan sebuah rumah usang di Sungai Batu Pahat, dekat sini, sebagai sarang maksiat dan markas ‘lalok’ berakhir apabila kediaman itu diserbu, kelmarin.

Serbuan dilakukan jam 10 malam oleh 10 anggota Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) dan tiga Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Sungai Batu Pahat selepas menerima maklumat bahawa rumah itu dijadikan lokasi aktiviti tidak bermoral sejak beberapa bulan lalu.
Imam 1 Masjid Kampung Sungai Batu Pahat, Amir Aziz berkata, pihaknya berjaya mencekup tujuh lelaki dan seorang tomboi berusia antara 15 hingga 25 tahun ketika asyik menikmati air ketum di atas pelantar di belakang rumah berkenaan.

Katanya, sebelum serbuan dilakukan, pihaknya membuat pemantauan sejak empat bulan lalu apabila sering melihat kumpulan remaja dalam keadaan mencurigakan.

“Saya sering melalui jalan di depan rumah ini untuk berulang-alik ke masjid dan sering terlihat beberapa remaja lelaki dan perempuan berkunjung ke rumah ini. (myMetro)

Abdul Hadi Solat Di Masjidil Aqsa?



Ismail Haniyeh bergambar bersama delegasi Yayasan Amal Malaysia dan disertai Prof Dr Syeikh Shuhada Swerki pada pertemuan ringkas di Masjid  Al-Ghalbi, Gaza City.

GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak.

Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya.

“Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini.
“Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa,” ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid  Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin.

Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza.

Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin. Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin.

Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin.

“Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam.
“Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah,” ujarnya.

Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza. Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi.

Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza. (Hrkh)

Ahli Keluarga Presiden Syria Mula Melarikan Diri.

 Seluruh bandar Homs musnah akibat bedilan udara tentera Syria semalam. 

BEIRUT - Ahli keluarga Presiden Syria, Bashar Al Assad termasuk ibunya, Anisa Makhlouf, melarikan diri dari negara itu. Media Britain, Telegraph melaporkan, Robert Ford yang berkhidmat sebagai duta Amerika Syarikat ke Syria memberitahu, ahli keluarga rejim itu meninggalkan negara terbabit secara senyap.

“Ibu Assad dilaporkan melarikan diri ke Emiriah Arab Bersatu, manakala kakaknya Bushra melarikan diri ke Dubai,” katanya.

Beliau berkata, lokasi persembunyian keluarga Al-Assad yang lain masih belum dikesan tetapi dipercayai sebahagian daripada mereka masih berada di ibu negara tersebut. Sementara itu, angkatan tentera Syria melancarkan serangan roket berterusan ke arah kawasan yang di takluk pemberontak di tengah-tengah wilayah negara itu, Homs semalam.

Ketua kumpulan aktivis melaporkan, sekurang-kurangnya 140 terbunuh dalam pertempuran antara kedua-dua pihak di seluruh negara. Jurucakap Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) Melissa Fleming berkata, bilangan rekod pelarian Syria ke Jordan meningkat dua kali ganda dengan jumlah keseluruhannya mencecah 65,000.

“Pendatang kebanyakannya berkeluarga, wanita, kanak-kanak dan warga tua,” katanya.

Menurutnya, lebih 30,000 pendatang baru dari bandar selatan Daraa iaitu kawasan awal  pemberontakan tercetus sejak dua tahun lalu memasuki Zaatari. - Reuters

Mesir: 21 Penyokong Bola Sepak Dihukum Mati


SUKAN
MAHKAMAH Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap 21 orang terlibat dalam kerusuhan di sebuah stadium bola sepak tahun lalu yang mengorbankan 74 orang. Korban  itu kebanyakan anggota kelab bola sepak bernama Ultras penyokong al-Masry di Kota Port Said, seperti dilaporkan  televisyen Aljazeera, Sabtu (26/1).

Peristiwa itu terjadi pada 1 Februari 2012 ketika pertandingan bola sepak final antara al-Masry dan al-Ahly, kelab bola sepak yang bermarkas di Ibu Kota Kairo. Penyokng al-Masry melempar suporter al-Ahly dengan batu, botol, dan bunga api, setelah team mereka menang. Banyak saksi melihat polis tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan kekerasan itu. Setelah kejadian itu Kairo dilanda kerusuhan berhari-hari.

Keputusan itu belum final. Vonis hukuman mati itu hendaklah atas izin Mufti Agung Mesir, meski sebenarnya prosedur itu hanyalah bersifat formaliti belaka. Pihak terdakwa boleh mengemukakan rayuan  dan perlukan waktu bertahun-tahun untuk proses itu. Keluarga korban bersorak gembira di ruang mahkamah ketika keputusan itu ditetapkan.

Para penyokong al-Ahly juga ikut bergembira di luar markas kelab di Kairo. Di Port Said dilaporkan polis menembak gas pemedih mata bagi mengawal rusuhan anggota keluarga pelaku di sekitar penjara tempat pelaku ditahan. Para pendemo melepaskan tembakan dari senjata otomatik. Pendukung al-Ahly telah menyekat sejumlah jalan, jembatan, dan kereta di Kairo selama beberapa hari terakhir.

Puluhan tertuduh lain dalam kes itu, termasuk anggota polisi yang tidak mencegah terjadinya insiden berdarah itu, akan menerima keputusan pada 9 Mac akan datang. (IH)

2 Tebusan Rakyat M'sia Terbunuh Kerana Perancis.. ...

 

Seorang lagi rakyat Malaysia terbunuh di Algeria

KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Algiers mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang semasa krisis tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria, terbunuh. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, mayat Tan Ping Wee telah dikenal pasti pasukan forensik melalui rekod pergigian serta pengesahan “tatoo” oleh keluarga mendiang.

"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang,” menurut kenyataan itu di sini.

Kenyataan itu juga menyebut Kedutaan Malaysia dan syarikat JGC Corp sedang menguruskan proses untuk membawa pulang dengan kadar segera mayat Ping Wee bersama mayat seorang lagi rakyat Malaysia, Chong Chung Ngen yang disahkan terbunuh sebelum ini.

Sebelum ini, Wisma Putra mengesahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks itu terselamat iaitu K.Ravi, 48, Lau Seek Chiang, 38, dan Patrick Purait Awang. Seek Chiang dan Ravi selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 23 Jan lepas.

Dalam insiden yang berlaku minggu lepas, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di OGPC In Amenas menjadi tebusan kumpulan militan. Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan tentera Perancis menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan ke atas pemberontak Islam di Mali. - BERNAMA

Lihat sebelum ini..

Zimbabwe Raya, Kini Kota Tidak Berpenghuni


GREAT Enclosure Zimbabwe atau biasa dikenal dengan Great Zimbabwe adalah reruntuhan kota yang sebelumnya merupakan ibukota Kerajaan Zimbabwe, sebuah negara yang berdiri dari tahun 1100 hingga 1400. Reruntuhan kota ini memiliki wilayah dengan luas sekitar 722 hektar dan mampu menampung lebih dari 18.000 orang.

Salah satu struktur penting di Zimbabwe Raya adalah temboknya, yang tingginya mencapai lebih dari lima meter dan dibina tanpa semen. Kota di Afrika ini sering disebut sebagai salah satu kota yang muncul dalam berbagai kitab suci, kota ini merupakan tempat tinggal Ratu Sheba. Reruntuhan Zimbabwe Raya pertama kali ditemukan oleh bangsa Eropa pada akhir abad ke-19

Arkeolog masih belum dapat menyimpulkan sejauh mana peranan dan fungsi kota yang ditinggalkan penghuninya ini. Bukti-bukti sementara menghasilkan kota ini dibangun oleh suku Shona, suku leluhur suku Bantu sekitar 1,250 tahun lalu. Dahulu Kota ini dikhabarkan sebagai pusat kota pemujaan.

Di sini adalah kumpulan foto-foto dan video penelusuran Reporter BBC menelusuri daerah yang sempat menjadi kejayaan kota Zimbabwe Raya atau Great Zimbabwe.


 

  

Sumber VIDEO Youtube dan BBC
FOTO : Google
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails