Thursday, February 07, 2013

Iklan 'Buka Bajumu', Thai Tersinggung


Acara komedi Amerika Serikat, Saturday Night Live Acara komedi Amerika Serikat, Saturday Night Live (Telegraph)

KELUCUAN dalam acara sketsa komedi populer Amerika Syarikat (AS) bertajuk Saturday Night Live, telah menyinggung pemerintah Thailand. Kelucuan itu adalah iklan yang menawarkan kursus bahasa Thailand oleh perusahaan Rosetta Stone.
Iklan tersebut menampilkan seorang lelaki secara sembunyi-sembunyi mempelajari kalimat yang sering digunakan dalam kehidupan malam di Thailand seperti "buka bajumu" dan "apa itu (tarif.red) untuk semalam?" Lucu yang sepontan menyinggung pemerintah Thailand.

Seperti dilaporkan Telegraph, Selasa 5 Februari 2013, Menteri Pendidikan Thailand, Sonthaya Kunploem, mengatakan pemerintahnya sedang cuba untuk melarang video tersebut diedarkan di internet.

"Iklan itu mengsalahertikan gambaran sebenar Thailand dan rakyatnya," ujar Sonthaya seperti dikutip Telegraph.

Sonthaya menegaskan, Kementerian Pendidikan bekerja sama dengan Menteri Luar Negeri akan mengirim surat protes kepada pemerintah AS dan meminta Kementerian Informasi untuk menghapus video tersebut dari internet. Walaupun rakyat Thailand merupakan pemeluk Budha yang taat, tetapi industri seks di sana tetap bergelumang.

Seperti halnya di sesetengah kota di banyak negara, prostitusi  di Thailand adalah ilegal, walaupun orang ramai boleh dapat dengan mudah. Tayangan di tv NBC ini, mendapat kritikan tajam di forum internet. Namun beberapa warga Thai mengatakan pemerintah tidak dapat menyembunyikan bahawa fakta (industri seks.red) itu memang ada.

"Pemerintah dengan mudah berusaha untuk menutup mata dan tidak memperdulikan tentang masalah ini," tulis Thanachai Chomchurnjai dalam sebuah forum di internet. (IH)

Pembangkang Ditembak, P/Islam Tak Terbabit..


AP: SEORANG lelaki berdiri di lokasi belaid ditembak di Tunis semalam. 

Pemimpin pembangkang Tunisia mati ditembak
TUNIS - Sebuah parti Islam yang menerajui kerajaan campuran Tunisia menegaskan, pihaknya tidak terbabit dalam insiden seorang pemimpin pembangkang, Shokri Belaid ditembak mati semalam.

"Parti Ennahda tidak terlibat dalam kejadian pembunuhan Belaid. Adakah parti pemerintah sanggup melakukan pembunuhan tersebut yang diketahui akan menjejaskan sektor pelaburan dan pelancongan negara?" kata presiden parti berkenaan, Rached Gannouhi dalam satu wawancara bersama agensi berita Reuters.

Beliau sebaliknya menyalahkan pihak yang cuba menggagalkan peralihan demokrasi di Tunisia selepas kebangkitan rakyat berlaku pada tahun 2011. 

"Tunisia berada dalam situasi yang amat buntu sejak revolusi rakyat 2011. Kita sepatutnya berdiam diri dengan tidak terlibat dalam kancah keganasan. Kita sekarang amat memerlukan penyatuan," kata Gannouhi.

Belaid ditembak di luar kediamannya di sini kelmarin dalam insiden yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Hamadi Jebali sebagai pembunuhan politik.

"Mereka yang membunuh Shokri mahu menutup mulutnya," kata Jebali.

Belaid yang meninggal dunia di hospital merupakan pemimpin Parti Barisan Popular. Beliau yang juga seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia kerap mengkritik kerajaan dengan menuduh ia menjadi boneka pemimpin-pemimpin Qatar di Teluk Arab tetapi dinafikan oleh Tunisia.

"Belaid mati terkena empat das tembakan di kepala dan dada hari ini (semalam). Ia ialah hari yang menyedihkan untuk Tunisia," kata seorang pemimpin Parti Barisan Popular, Ziad Lakhader.

Berita kematiannya mendorong lebih 1,000 penunjuk perasaan berhimpun di luar Kementerian Luar di sini untuk mendesak kerajaan sedia ada meletak jawatan. - Agensi

Gambar Ini, Hasil BN Memerintah Lebih 1/2 Abad..

ROMPIN: Kampung Jaro antara kawasan di Rompin yang dilanda banjir apabila dinaiki air sejak malam tadi. Seramai 299 mangsa banjir daripada 76 keluarga di tujuh kampung, di sini tepaksa dipindah. FOTO Afif Abd Halim (06/02/2013) myMetro.

Inilah hasil BN (Barisan Nasional) memerintah, sudah lebih dari 1/2 abad.

Gempa Dasar Laut Gegar Kepulauan Solomon


Tsunami
Tsunami kecil
Tsunami kecil melanda kepulauan Soloman, hari ini.
Tsunami kecil Orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas amaran tsunami ditarik balik di Australia.

HONIARA - Sekurang-kurangnya lima terbunuh gempa bumi kuat berukuran 8 skala Richter menggegar Kepulauan Solomon sehingga mencetuskan tsunami kecil, hari ini. Gempa dasar laut itu menyebabkan ombak setinggi satu kaki membadai sebahagian daripada kepulauan itu termasuk Vanuatu dan New Caledonia.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik menarik balik amaran di wilayah membabitkan negara di kepulauan Pasifik pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan) iaitu kira-kira dua setengah jam selepas gempa kuat melanda Kepulauan Santa Cruz di Solomon. Amaran tsunami itu turut dikeluarkan bagi Vanuatu, Nauru, Papua New Guinea, Tuvalu, New Caledonia, Kosrae, Fiji, Kiribati, Wallis dan Futuna.

Pemantauan tsunami turut membabitkan Amerika Samoa, Australia, New Zealand dan timur Indonesia. Pesuruhjaya Polis Kepulauan Solomon John Lansley berkata, lima kematian dicatatkan setakat ini termasuk seorang kanak-kanak di Santa Cruz dengan 80  kediaman di empat kampung disahkan musnah.

"Mangsa maut terdiri daripada seorang kanak-kanak tiga wanita dan seorang lelaki," katanya.

Menurutnya, angka korban dijangka meningkat memandangkan pihak berkuasa menerima banyak laporan orang hilang sejak awal kejadian itu.

"Kami mengarahkan penduduk berpindah ke kawasan tinggi dan anggota keselamatan meningkatkan langkah keselamatan berkuat kuasa serta merta selama 24 jam," katanya.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, lebih tiga dozen gegaran susulan pada kuatan sehingga 6.6 magnitud menggegarkan rantau ini dalam tempoh sejam selepas gempa bumi. Pengarah Kejururawatan Hospital Lata, Augustine Pilve berkata, lima orang telah terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, sambil menambah berkemungkinan lebih banyak mangsa terbunuh yang melibatkan sekurang-kurangnya tiga kampung.
 
"Ini mungkin kerana kampung-kampung lain di sepanjang pantai Santa Cruz mungkin terjejas," katanya.(IH)

Paksa Kahwini Perogol, Usaha Burukkan Islam...

FotoGULNAZ bersama anak perempuannya, Badam Bagh.

Dipaksa kahwin perogol
Kabul: Seorang wanita Afghanistan yang dipenjarakan kerana berzina selepas dirogol suami sepupunya kini dipaksa berkahwin dengan lelaki terbabit untuk memulihkan maruah keluarga dan mengelak dipinggir masyarakat.

Gulnaz, 22, berkahwin dengan perogolnya minggu lalu di Kabul selepas dipenjara 13 bulan. Kisah menyayat hati itu menunjukkan nasib dihadapi beribu-ribu wanita Afghanistan tanpa bantuan undang-undang. Gulnaz didapati bersalah kerana “berzina secara paksaan” ekoran serangan kejam pada 2008 yang menyebabkan dia hamil.

Dia dihukum penjara dua tahun, tetapi ditambah kepada 12 tahun selepas dia merayu. Gulnaz melahirkan anak perempuan, Badam Bagh di penjara wanita di Kabul sebelum Presiden Hamid Karzai membebasnya tanpa syarat pada Disember 2011.

Walaupun bebas dari penjara, Gulnaz hidup terpinggir dan miskin kerana semua golongan ibu tanpa suami di Afghanistan dihindari masyarakat dan keluarga sendiri. Dia disarankan menerima syarat perjanjian dan menemui keluarga perogol itu untuk berunding. Ketika tinggal di penjara, dia dilaporkan menggunakan jarum untuk mentatu nama perogol itu di tangannya sebagai tanda cinta.

Perkahwinan mereka disahkan mahkamah keluarga di Kabul Sabtu lalu, tetapi kebanyakan terbabit dalam kes itu bimbang Gulnaz menjalani kehidupan sebagai hamba kerana menjadi isteri kedua lelaki itu. Malah, terdapat kebimbangan bahawa dia mungkin dibunuh untuk memulihkan maruah keluarga perogol itu.

Heather Barr dari Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Afghanistan berkata:
“Saya rasa dia tidak memikirkan mengenai dirinya, tetapi lebih kepada anak perempuannya dan diskriminasi yang perlu dihadapinya.
“Tetapi sukar membayangkan kehidupan menanti mereka adalah indah”
“Gulnaz telah sah menjadi isteri kedua kepada lelaki yang merogolnya.
“Sedihnya terdapat berpuluh-puluh lagi kes seumpamanya dan kerajaan gagal mengambil tindakan serius untuk menanganinya.” - Daily Mail

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Berita-berita begini adalah proses mennyerang dan memburuk-burukkan Islam oleh musuh-musuh Islam, terutama di negara yang mereka sendiri musnahkan. Untuk menutupi kejahatan mereka, mereka ciptakan keburukan-keburukan masyarakat yang dikaitkan dengan Islam. Memang haram jadah sungguh!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

M'sia, Negara Pembekal Pelacur Di Australia?

Wanita Malaysia diherdik jika enggan melacur

KERATAN akhbar Kosmo! keluaran Selasa lalu yang menyiarkan kisah wanita Malaysia jadi hamba seks di Sydney. 

SYDNEY - Seorang wanita dari Malaysia yang dipaksa menjadi pelacur memberitahu sebuah mahkamah Australia bahawa dia diherdik kerana enggan melakukan aksi seks dan dipaksa bekerja 17 jam sehari di sebuah rumah pelacuran di sini, lapor agensi Australian Associated Press semalam.
Mahkamah Daerah Sydney di sini diberitahu semalam bahawa seorang ibu ayam, Wong Chee Mei mengajar wanita tersebut aksi-aksi seks yang perlu dilakukan dan memarahinya selepas seorang pelanggan mengadu dia enggan melakukan beberapa aksi lucah itu.

Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah berhubung dakwaan menjalankan perniagaan melibatkan perkhidmatan seks dan enam pertuduhan mengupah dan mengeksploitasi warga asing dengan melanggar syarat visa mereka.
Mahkamah mendakwa Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko menguruskan rumah pelacuran Diamonds brothel di Willoughby, utara bandar raya ini antara 2008 hingga 2010.

Mahkamah diberitahu, dia mengupah enam wanita berdarah India yang direkrut di Malaysia dan dihantar ke Australia dengan menggunakan visa pelajar untuk menjadi pelacur. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siasat lagi, jangan sampai terbongkar Malaysia menjadi negara pembekal pelacur di Australia atau lain-lain negara lagi. Malu kalau di sebut Malaysia negara Islam maju menjadi contoh kepada negara-negawra umat Islam lain di dunia.

Lihat sebelum ini..

P/Legenda Mohd Ali Tidak Nazak -May May Ali



AP GAMBAR fail menunjukkan Ali (kanan) di sebuah stadium di New Orleans pada 2 Januari lalu.

NEW ORLEANS - Seorang anak perempuan kepada petinju legenda Muhammad Ali menafikan khabar angin tentang bapanya itu sedang nazak.

Dia menyatakan bahawa bapanya itu berada di rumah menonton satu perlawanan bola sepak Amerika semasa khabar angin itu tersebar. Anak petinju legenda itu, May May Ali berkata, dia telah bercakap dengan bapanya melalui telefon pada pagi Ahad lalu dan dia berada dalam keadaan sihat. 

Katanya, dia sedang menonton perlawanan di rumahnya di Arizona dengan memakai sehelai jersi pasukan Baltimore Ravens.

"Dia berada dalam keadaan sihat. Suaranya kedengaran baik.
"Khabar angin seperti ini akan datang sekali-sekala tetapi ia tidak membawa apa-apa makna buat mereka," katanya menerusi telefon.

Keluarganya kemudian telah memuat naik sekeping gambar Ali di laman Twitter. Gambar itu memaparkan Ali sedang duduk di atas sebuah kerusi dengan memakai sehelai baju Ray Lewis. Khabar angin itu tersebar selepas sebuah akhbar tabloid Britain memetik kenyataan adik Ali iaitu Rahman yang menyatakan bahawa bekas juara tinju dunia itu semakin nazak.

Laporan kematian Ali itu juga telah tersebar secara meluas di internet. Terdapat ucapan takziah di laman sosial Twitter dan Facebook ekoran khabar angin itu dianggap sebagai benar. Ali turut mengalami masalah penyakit Parkinson. Dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-71 pada bulan lalu.
Ali merupakan juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Peninju legenda Muhammad Ali adalah seorang pejuang Islam di Amerika. Muhammad Ali lahir di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Namanya mengikuti nama ayahnya, Cassius Marcellus Clay, Sr. Ali kemudian menukar namanya selepas bergabung dengan Nation of Islam dan akhirnya memeluk Islam Sunni pada tahun 1975.  

Terinspirasi oleh Malcolm X untuk bergabung dengan Nation of Islam, dan diberi nama Muhammad Ali oleh tokoh NO 1, Ellijah Muhammad.  Muhammad Ali secara tegas menentang penglibatan Amerika Syarikat dalam perang Vietnam. Beliau menentang peraturan wajib jadi tentera ke Vietnam, sehingga dihukum lima tahun penjara. 

Namun selepas suatu keputusan dalam satu sidang dan menjalani hukuman penjara tiga tahun, hukuman tersebut dibatalkan. Antara kesannya sehingga kini, Islam lebih banyak dipeluk oleh kalangan Afro-American berbanding penduduk dari kulit putih. Apalagi dengan adanya perbezaan ras yang ternyata masih kental. Namun kewujudan muslim Afro-American ini sedikit sebanyak turut mewarnai benua Amerika dengan warna Islam. 

Jumlah penduduk USA sekarang dianggarkan 308 juta dan yang beragama Islam dianggarkan hanya sekitar 3 juta sahaja, atau sekitar 1%. Jumlah ini sangat minoriti, dan sayangnya rata-rata mereka hidup tertindas. Terutama setelah peristiwa runtuhnya menara WTC 11 September 2001.


Sila lihat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails