Sunday, February 17, 2013
N/Fatehah Ahmad: Samseng Tarik Tangan&Tudung
S/U MPP
UPM
WALAUPUN masih terkejut dan sedikit trauma dengan apa yang berlaku sewaktu bersama Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 di Pekan, saya tetap berasa terpanggil untuk memperbetulkan beberapa kenyataan yang dibuat dalam akhbar online ini. http://www.malaysiakini.com/news/221493
1. Saya tidak pernah sama sekali mengedarkan risalah anti-BN, saya malahan hanya menyerahkan surat harapan dari mahasiswa kepada rakyat. Saya kurang senang bilamana didakwa menghasut masyarakat kerana apa yang dilakukan hanyalah berbincang secara ilmiah dan berhujah bersenjatakan idea dan fakta.
2. Saya dikatakan menangis dan ketakutan. Artikel ini tidak sebegitu lengkap sebenarnya sekiranya ia digunakan untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya hanya mengeluarkan air mata apabila saya ditengking dan dimalukan di dalam pasaraya tersebut. Saya malahan hampir dicederakan oleh samseng berkenaan apabila beliau menghayun bakul barang dengan sekuat hati kepada saya. Namun alhamdulillah, tindakan itu dihentikan oleh seorang lelaki baik hati yang berani.
Namun sebab yang paling utama penyebab air mata saya jatuh adalah apabila beliau mula menarik tangan dan tudung saya. Bagi saya itu adalah aurat dan maruah saya yang paling berharga. Kegeraman saya memuncak dan ia dimanifestasikan dengan jeritan untuk menghalang perbuatan mereka serta tangisan tanda sebak juga geram.
3. Kesimpulannya, saya tidak ke sana untuk menghasut. kami hanya bawa idea dan fakta. Ayuh berhujah dengan bijak dan matang.
Saya juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa kenyataan saya ini tidak terkandung unsur fitnah. Terlalu banyak manusia yang menjadi saksi peristiwa ini tidak kira pelanggan, pekerja, orang ramai malah mungkin CCTV di pasaraya tersebut. Apa yang tinggal hanyalah keberanian mereka untuk tampil menyatakan kebenaran.
Namun, cukuplah bagi kita membenci perbuatan bukan tuan punya badan.
Saya tetap mendoakan agar mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya telah mengguris hati dan maruah saya sebagai wanita Islam. Hijab adalah maruah saya.
KITA TURUT MEMBENCI PERBUATAN TERKUTUK TERSEBUT-
Berhijab Baru Sebuah Awalan.. -P/Melati Sukma
Peggy Melati Sukma @foto: KapanLagi.com®
"Emang saat itu saya belum mengejar, karena menurut saya nilai hidayah itu harus dijemput, bukan menunggu. Pada saat itu mungkin saya banyak sekali terlarut dengan aktivitas dunia, masih belum bisa menyeimbangkannya aktivitas akhirat. Tahun lalu saya berjuang untuk memutuskan berhijab," ujar Peggy di JCC, Jakarta, Jumaat (15/2).
"Saya juga ingin menyampaikan kepada banyak orang, bahwa hijab itu bukan sebuah pencapaian. Hijab itu sebuah awal, mulai dari sinilah kita memulai memahami keimanan kita lebih mendalam, lebih baik kemudian kita menjadi lebih baik dan lebih sabar. Hijab bukan sebuah pertanda bahwa seseorang sudah memiliki keimanan mapan, sehingga udah cukup untuk memahami agama Islam," lanjut Peggy menjelaskan.
Dengan perkembangan trend mode pakaian muslim wanita, aktris yang terkenal dengan jargon 'Aduh pusing' itu sangat berterimakasih kepada perancang pakaian khusus mulismah yang membuat Indonesia bisa menjadi kiblat pakaian muslimah.
"Saya sangat mengapresiasi kepada senior yang sudah mengembangkan fashion hijab, hingga Indonesia menjadi kiblat untuk fashion hijab. Harapan saya, perkembangan fashion hijab ini bisa diimbangi dengan etika, moral ke-Islam-an," harap Peggy. (IH/selebriti.kapanlagi.com/indonesia)
HALAMAN HIBURAN
JAKARTA: Sejak pertengahan tahun 2012, Seorang artis selebriti Peggy Melati Sugma mulai pakai jilbab. Keputusan tersebut diambil setelah menyedari selama ini hidupnya hanya mengejar duniawi saja. Dengan pengetahuan ilmu agama yang ditanamkan keluarganya sejak kecil, akhirnya selebriti tersebut mantap menutup auratnya dengan jilbab.

Apa Tuntutan Askar Diraja Kesultanan Sulu Itu?
KOTA KINABALU - Polis kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sejak Selasa lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka.
“Kita sudah beritahu mereka bahawa kita tidak boleh melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu.
“Jadi, sekarang kita hanya boleh melaksanakan proses untuk menghantar mereka balik supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baru Cina di Jesseltion Point, di sini, semalam.
Tinjauan operasi itu turut disertai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid. Ketika ditanya bila kumpulan tersebut akan dihantar pulang, Hamza berkata secepat mungkin. Sebelum ini, kumpulan penceroboh menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu di Sabah dihantar pulang ke negara asal. Demikian Bernama
Sementara itu, di Hulu Terengganu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan pencerobohan sekumpulan warga Filipina ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu, Sabah didalangi rakyat di negara ini yang sengaja ingin negara jadi huru hara.
Menurutnya, dalang itu hanya ingin ambil kesempatan dengan memperlihat seolah-olah masalah keselamatan dan pertahanan sistem negara longgar, dan tidak mustahil situasi itu berhubung-kait dengan matlamat politik serta perangkap politik.
Soalnya, Apa tuntutan Askar Diraja Kesultanan Sulu yang masuk ke Sabah itu?
Lihat sebelum ini..
Bekas T/Pengarah Pertanian Sertai PAS..
Datuk Mohamad Nazli disarungkan baju baru tanda menyertai PAS
PRESIDEN PASAbdul Hadi menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh bekas Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Mohamad Nazli Abdul Majid, di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus, di sini petang semalam.
Datuk Mohamad Nazli, 62, berasal dari Perak yang kini menetap di Paka, Dungun berkelulusan Bachelor of Agriculture Science (Universiti of Tasmania, Australia) dan master of Science Agriculture, SHSU, Texas, USA.
Beliau bersara tahun 2006 yang pernah bekerja di Jabatan Pertanian tersebut selama 30 tahun iaitu 12 tahun sebagai Pengarah Projek Pembangunan Pertanian di Besut, dua tahun di Johor selaku Pengarah Johor Barat, tiga tahun di Melaka dan lima tahun di Kedah sebagai Pengarah Pertanian Negeri. (IH/Hrkh)
Pas Keluar PR Jika Rugi Islam/Melayu. -Abd Hadi.
Ustaz Hadi berucap di HKR PGU di Banggol Peradong semalam
K/TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu. Penegasan tersebut dibuat di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus, di sini petang semalam.
“Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi,” katanya.
Bagaimanapun ketika ditemui pemberita pada majlis sama, beliau menjelaskan, sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam.
Beliau berkata, keadaan semasa dalam PR tidak menimbulkan sebarang isu yang menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam apabila PR menerima Perlembagaan negara yang turut meletakkan Islam sebagai agama teras, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, mengiktiraf hak keistimewaan bumiputera dan Raja Berperlembagaan.
Mengulas lanjut katanya, kerjasama politik atau diistilahkan Pas sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP masih lagi memperkasa Melayu dan Islam.
“Bahkan kita berjaya membuat anjakan paradigma dengan kemenangan calon-calon seperti Dr Siti Mariah Mahmud, Fuziah Salleh yang bertanding dengan calon-calon bukan Melayu Islam dimenangkan oleh pengundi Melayu dan bukan Islam. Itu perubahan yang besar yang dapat kita wujudkan,” katanya. (SH)
4 Organisasi Bogel, Ajaran Sesat Serang Dunia..
INI, 4 ajaran sesat, yang selalu beraksi bogel di seluruh dunia, memperkenalkan perjuangan mereka melalui cara tidak beradap dan biadap.. tidak berperadaban dan bersalahan dengan hampir semua agama di dunia.
1. Organisasi Penyayang Binatang (PETA)
Konon, demi hak-hak haiwan, pegiat Organisasi
Penyayang Binatang PETA tiap tahun selalu mengadakan protes bogel
menentang penyalah gunaan binatang. Bahkan aksi mereka pun sampai pada
bagaimana sebuah industri makanan menyajikan olahan haiwan.
Bahkan mengajak orang sejarang mungkin memakan daging. Lebih keterlaluan lagi, bila mengatakan bahawa penyembelihan untuk makanan manusia juga suatu kezaliman. PETA mempunyai anggota tersebar sejagat. Bukan hanya warga biasa banyak kalangan selebritas bergabung dalam kelompok ini.
Cucu tokoh revolusi Cuba, Che Guevara, pernah berpos telanjang untuk mengajak orang menjadi vegetarian. PETA sedikit lebih beruntung sebab aksinya dinilai lebih elegan. Lantaran didukung pesohor terkenal, pegawai keamanan fikir dua kali untuk menangkap mereka.
2. AnimaNaturalis.
Hampir sama dengan PETA, pegiat dari AnimaNaturalis tiap tahun juga mengadakan protes menentang penyalahgunaan haiwan. Namun lebih ditujukan pada hal seperti di laboratorium, makanan, pakaian dari hewan, hiburan menggunakan atraksi haiwan, dan sebagainya. AnimaNaturalis mempunyai base terbesar di Sepanyol, Colombia, dan Argentina. Anggota mereka tersebar se-Amerika Latin.

Jurugambar
mengambil gambar ahli PETA yang berpakaian sebagai duyung semasa
demonstrasi pro-vegetarian di Kuala Lumpur, 7 Mac 2011. - Gambar oleh
Jack Ooi
(Sila lihat..Ibnu Hasyim: Demontrasi Ke Arah Bogel, Serang Bukit Bintang.)
(Sila lihat..Ibnu Hasyim: Demontrasi Ke Arah Bogel, Serang Bukit Bintang.)
Cucu tokoh revolusi Cuba, Che Guevara, pernah berpos telanjang untuk mengajak orang menjadi vegetarian. PETA sedikit lebih beruntung sebab aksinya dinilai lebih elegan. Lantaran didukung pesohor terkenal, pegawai keamanan fikir dua kali untuk menangkap mereka.
2. AnimaNaturalis.
Hampir sama dengan PETA, pegiat dari AnimaNaturalis tiap tahun juga mengadakan protes menentang penyalahgunaan haiwan. Namun lebih ditujukan pada hal seperti di laboratorium, makanan, pakaian dari hewan, hiburan menggunakan atraksi haiwan, dan sebagainya. AnimaNaturalis mempunyai base terbesar di Sepanyol, Colombia, dan Argentina. Anggota mereka tersebar se-Amerika Latin.
Kelompok ini
mendakwa perjuangan hak haiwan lantaran manusia terlalu serakah dan
membantai mahluk lain demi hal yang kurang perlu. Aksi tunjuk perasaan mereka
membuat pertunjukan seni sembari telanjang dan selalu berakhir dengan
drama penangkapan oleh pegawai keamanan setempat.
3. Femen
3. Femen
Pegiat Femen menjadi kelompok paling disorot dua tahun
belakangan. Mereka memang menjadikan tubuh sebagai perjuangan menentang
berbagai hal mulai dari prostitusi selama Piala Eropah (EURO) 2012 hingga terlibatnya wanita negara Arab macam Mesir dan Tunisia dalam organisasi ini.
Alia al-Mahdi, satu dari jutaan perempuan Negeri Sungai Nil baru-baru ini tunjuk perasaan telanjang menentang Presiden Muhammad Mursi. Femen tumbuh di berbagai wilayah Eropah termasuk Perancis, Inggeris, dan Itali. Seluruh anggota Femen perempuan, meski ada pula lelaki ikut serta dalam protes mereka. Setiap aksi Femen dinilai liar dan selalu berakhir dengan penangkapan oleh petugas keamanan.
4. Organisasi Penunggang Basikal Bogel Se-Dunia
World Naked Bike Ride atau organisasi Penunggang Basikal Bogel Se-Dunia awalnya ditubuhkan untuk mengadakan acara-acara besikal tanpa pakaian. Organisasi bermula di Amerika Syarikat ini meluas hingga ke Kanada dan Amerika Latin bahkan Asia.
Namun kebelakangan, organisasi ini mulai melebarkan kegiatan pada tunjuk perasaan mengiringi isu alam sekitar seperti kebakaran hutan, polusi udara, pencemaran air, dan sebagainya. Protes bogel mereka berakhir dengan penangkapan oleh pihak polis.
(IH)

Subscribe to:
Posts (Atom)