Tuesday, February 19, 2013

S'gor peruntuk RM1.68 juta bantu 150,000 ibu tunggal


KUALA LUMPUR: Dijangkakan seramai 150,000 golongan ibu tunggal di Selangor akan mendapat manfaat bantuan kebajikan dengan pelancaran program terbaru Jom Shopping Ibu Tunggal yang diperkenal Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat telah memperuntukkan sejumlah RM1.68 juta untuk tujuan itu. Menurutnya, program tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri dalam mengembalikan hasil negerui kepada rakyat.

“Kita faham masalah utama rakyat ialah kurang pendapatan, maka kerajaan negeri perlu bijak menguruskan wang jom shopping kepada ibu tunggal," katanya ketika merasmikan program itu di Pasaraya Giant Kota Damansara kelmarin.

Untuk program Jom Shopping Ibu Tunggal ini, mana-mana ibu tunggal berumur antara 19 hingga 59 tahun yang lahir dan bermastautin di Selangor layak untuk memohon. Permohonan boleh dikemukakan dengan mendaftar di Pusat Khidmat Dun atau secara atas talian di E-bu.selangor.gov.my.

Sehingga kini seramai 25, 000 ibu tunggal sudah mendaftar di portal e-bu dengan 18,001 adalah berbangsa Melayu, 1574 berbangsa India, 792 orang berbangsa Cina dan selebihnya tergolong dalam lain-lain bangsa. “Ini sudah dibuktikan sepanjang lima tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan di Selangor dengan penganjuran pelbagai program kebajikan khusus untuk rakyat,” katanya dipetik Selangorku.

Dalam program tersebut kelmarin, seramai 150 ibu tunggal yang terpilih daripada sembilan Dun di negeri ini menjadi kumpulan pertama yang menikmati inisiatif tersebut. Mereka adalah dari DunBatu Tiga, Kota Anggerik, Taman Medan, Meru, Seri Setia, Paya Jaras, Bukit Lanjan, Gombak Setia dan Kota Damansara.

Mereka dibawa membeli belah barangan keperluan di pasaraya terbabit dengan ditemani sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta isteri Puan Sri Salbiah Tunut. Hadir sama dalam pelancaran program tersebut ialah Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, Adun Kota Anggerik, Dr. Yaakob Sapari, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Meru, Dr. Abdul Rani Othman dan Pengarah Komunikasi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ian Cruddas. (IH/Hrkh)

A/Senat Diusir dari M'sia, PM Australia Berang


Nick Xenophon, senator Australia saat ditahan di bandara Malaysia Nick Xenophon, senator Australia saat ditahan di bandara Malaysia ( REUTERS/Office of Senator Nick Xenophon/Handout)

Berita Dari Indonesia: Pemerintah Malaysia mendeportasi anggota senat Australia yang hendak masuk negara mereka. Perdana Menteri Australia Julia Gillard menuntut penjelasan dari pemerintah Malaysia soal pengusiran tersebut.

Diberitakan Reuters, Minggu 17 Februari 2013, anggota senator independen Nick Xenophon sempat ditahan di bandara Kuala Lumpur saat mendarat pada Sabtu pagi dan dipulangkan malam harinya.

Deportasi dilakukan karena Xenophon dianggap orang yang "beresiko membahayakan keamanan negara". Xenophon dianggap telah melanggar tujuan kedatangan sebelumnya ke negara tersebut. Dia ikut serta dalam demonstrasi kelompok oposisi Bersih 3.0 yang berakhir ricuh tahun lalu. Dia juga sering mengkritik sistem politik dan perkebunan sawit Malaysia yang dinilai merusak lingkungan.

Kunjungannya ke Malaysia untuk memenuhi undangan menghadiri diskusi pemilu Malaysia yang juga akan diikuti oleh para tokoh pemerintah, oposisi dan komisi pemilu setempat. Rencananya, Xenophon juga akan menjadi pengawas pemilu independen di Malaysia. Tiga delegasi Australia lainnya membatalkan kunjungan mereka setelah mengetahui insiden ini.

"Saya dideportasi berdasarkan Undang-undang Imigrasi karena dianggap berbahaya. Tapi sepertinya, bahaya yang saya timbulkan hanyalah karena mempermalukan pemerintah Malaysia," kata Xenophon.

Atas pendeportasian tersebut, PM Australia Julia Gillard berang. Dia mendesak pemerintah Malaysia memperbolehkan Xenophon memasuki Malaysia. Gillard menuntut penjelasan resmi soal pengusiran Xenophon pekan lalu.

"Saya terkejut dan kecewa terhadap perlakuan yang diterima Senator Xenophon. Kami tidak memperoleh persetujuan dari pemerintah Malaysia untuk memperbolehkannya berada di negara tersebut. Kami akan terus membahas masalah ini dengan pemerintah Malaysia," kata Gillard.

Sebelumnya tahun lalu, Xenophon datang ke Malaysia atas undangan ketua oposisi Anwar Ibrahim. Anwar dalam blognya mengatakan bahwa pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak seharusnya tidak memperlakukan warga asing sebagai musuh negara hanya karena mengkritik partai berkuasa, UMNO.

"Memang benar Xenophon prihatin soal pemilu kita yang akan datang, tapi dia tidak melanggar peraturan apapun dan tidak melakukan hal-hal yang mengancam masyarakat kita," kata Anwar. (Vivanews)

Tanah Untuk Rakyat, PAS Pahag Tangani Masalah..



KUALA LIPIS: Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam melancarkan Kempen Tanah Untuk Rakyat yang digerakkan selama sebulan untuk menangani permasalahan tanah yang tertunggak dan terabai sejak puluhan tahun.

Pada majlis yang diadakan di Taman Bakti, Padang Tengku itu, turut diedarkan borang aduan tanah di mana sebanyak 200 borang habis dalam masa yang singkat. Borang tersebut akan diproses dan diambil tindakan oleh Sekretariat Bertindak Tanah PAS Pahang yang baru ditubuhkan.

Tuan Ibrahim berkata, sekretariat tersebut ditubuhkan susulan tawaran Pakatan Rakyat (PR) Pahang yang menyediakan lot-lot kediaman, tanah kebun dan tanah ladang Felda Plantation yang telah diumumkan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau Disember lalu.

Sebelum ini rakyat negeri Pahang dikatakan menghadapi masalah birokrasi ketika berurusan memohon tanah yang telah diusahakan, mereka terpaksa menempuh antara 20 ke 30 meja di pejabat tanah, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) serta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Akibatnya, untuk pelupusan tanah kerajaan difahamkan terpaksa memakan masa antara 10 hingga 20 tahun. Turut menjadi rungutan ialah prosedur pembangunan tanah seperti pindah milik urusniaga hartanah, tukar syarat, pecah sempadan dan pecah lot yang dikatakan setakat ini memakan masa dua hingga tiga tahun.

“PR akan selesaikan semua masalah berkaitan tanah dan permudahkan semua urusan sebaik saja diberi mandat memerintah negeri ini,” kata Tuan Ibrahim selepas menerima borang aduan daripada yang hadir.

Sementara itu, Pengarah Sekretariat Bertindak Tanah PAS Pahang Yohanis Ahmad, berkata borang aduan tanah boleh dimuat turun dari blog tanahrakyat.blogspot.com dan kempen tersebut akan berjalan selama sebulan. Selain borang, semua permasalahan juga boleh diemelkan kepada aduantanah@gmail.com . (Hrkh)

Radio Suara Rakyat FM, Radio Internet, Dilancar..


Dr Yunus melancarkan radio Suara Rakyat FM di Dataran Kemerdekaan semalam

SHAH ALAM: Radio Suara Rakyat FM, sebuah radio internet, dilancarkan dengan meriah  di Dataran Kemerderkaan dekat sini semalam. Ia disertai 300 buah basikal yang berkonvoi dan 16 buah kereta yang bergerak bersama mengelilingi bandaraya Shah Alam.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia Dan Sukan Negeri Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi. Radio internet Suara Rakyat FM adalah inisiatif rakyat untuk memberikan maklumat alternatif. Ia mendapat sokongan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat khasnya Selangor dan Kelantan.

Ia boleh diikuti melalui http://suararakyatfm.blogspot.com/ atau aplikasi Tunein Radio untuk telefon bimbit Android. Harakahdaily sebelum ini menandatangani MoU dengan radio ini untuk membekalkan berita setiap hari kepada radio internet ini.

Konvoi

Program pelancaran yang bermula awal pagi semalam, dimulakan dengan konvoi berbasikal dan kereta yang masing-masing ditampal 'sticker' Radio Suara Rakyat FM. Kemudian konvoi ini bersama-sama dari Dataran Kemerdekaan kemudian bergerak melalui Bukit Cerakah, Batu 3 dan keluar ke Stadium Malawati kemudian balik semula ke Dataran Kemerdekaan kira-kira jam 9.00 pagi.

Konvoi bersama ini disertai keseluruhan ahli jawatankuasa Radio Suara Rakyat dari seluruh negara termasuklah negeri pantai timur.  Menurut Ketua Penyelaras Radio Suara Rakyat Ripin Samat, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor yang memberi sokongan padu kepada satu-satu radio yang menjadi suara rakyat.

Katanya, Radio Suara Rakyat ini akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa di seluruh DUN Selangor dengan menggunakan aplikasi 'wakie talkie zello' bagi menyampaikan maklumat di setiap pelusuk negeri.

"Banner Radio Suara Rakyat dengan slogan 'Suara Rakyat Suara Keramat' akan diletakkan di setiap pejabat DUN Selangor dengan satu harapan agar maklumat berjaya sampai ke sasarannya," katanya ketika dihubungi.(Hrkh)

Siapa Yg Misteri Ingin Ditemui Askar Diraja Sulu?


HAMZA (baju merah) selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17, Pasukan Gerakan Am di Felda Sahabat 16, Lahad Datu semalam.
Philippine sultan says followers will not leave Sabah
KEMASKINI
LAHAD DATU: Kosmo Online melaporkan, kumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini telah bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal. Siapa individu misteri itu tidak pula dilaporkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa personaliti berkenaan bertemu dengan kumpulan terbabit bagi membolehkan proses kepulangan mereka dijalankan secepat mungkin.

Beliau yang enggan mendedahkan nama personaliti berkenaan bagaimanapun memberitahu bahawa Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini.

“Ya tetapi tidak tahu bila.
“Tidak perlu saya kata lagi kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik.” 

Katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini, semalam. (IH/Kosmo)

Philippine sultan says followers will not leave Sabah
Philippine sultan says followers will not leave Sabah
MANILA (AFP) - Followers of a Philippine sultan who crossed to the Malaysian state of Sabah this month will not leave and are reclaiming the area as their ancestral territory, the sultan said on Sunday amid a tense stand-off.
Sultan Jamalul Kiram said his followers - some 400 people, including 20 gunmen - were resolute in staying despite being cornered by security forces, with the Kuala Lumpur government insisting the group return to the Philippines.
"Why should we leave our own home? In fact, they (the Malaysians) are paying rent (to us)," he told reporters in Manila.
"Our followers will stay in (the Sabah town of) Lahad Datu. Nobody will be sent to the Philippines. Sabah is our home," he said.
Sebelum ini..
 

Monday, February 18, 2013

John Brennan, Bos CIA Masuk Islam Di Saudi.

John Brennan cia muslim islam

WASHINGTON: Penasihat kontra-terorisme Amerika Syarikat (AS) John Brennan yang dinobatkan sebagai calon Direktur Dinas Intelijen AS (CIA), dikhabarkan telah hijrah menjadi seorang Muslim.
John Guandolo, Mantan agen Biro Investigasi Federal (FBI) meyakinkan, Brennan telah memeluk Agama Islam.

Guandolo mengungkapkan, Brennan pernah mengunjungi kota suci Mekkah dan Madinah bersama sejumlah pejabat Arab Saudi. Para pejabat Saudi itulah yang konon yang menuntun Brennan sehingga masuk Islam.
Peristiwa religius itu terjadi pada dekade 1990-an, tepatnya saat Brennan berdinas di Saudi. Kunjungan Brennan ke dua kota suci itu dilakukan bertepatan musim Haji.
Peristiwa religius itu terjadi pada saat Brennan berdinas di Saudi bertepatan musim Haji…

Guandolo yang mengungkap khabar mengejutkan itu dalam acara Trento Radio Show, tidak menyebutkan apakah Brennan memasuki masjid di dua kota itu atau tidak. Seperti diketahui, seorang non-Muslim jelas dilarang memasuki Masjidil Haram.

John Brennan cia muslim

“Brennan tidak cocok memimpin CIA. Pemerintah AS yang ada di Arab Saudi (pada dekad 1990an) menjadi saksi mata meningkatnya hubungan Brennan yang bekerja dengan Pemerintah Saudi. Mereka juga menyaksikan Brennan masuk Islam,” tegas Guandolo, seperti dirilis Daily Mail, Jumaat (15/2/2013).

Lelaki berusia 57 tahun itu merupakan veteran di dunia intelijen Negera AS. Brennan dinobatkan menjadi Direktur CIA secara langsung oleh Presiden Barack Obama, pada 7 Januari lalu. Sebagai pejabat keamanan, Brennan bukan seorang Republik atau Demokrat. Panetta dan Morrell pun menyambut hangat pencalonan penggantinya. Brennan sempat dicalonkan Obama pada 2008 sebagai Direktur CIA, namun
dia justru menarik diri kerana sejumlah alasan.

John Brennan cia islam mail
Hingga berita ini dirilis, CIA belum memberi konfirmasi benar-tidaknya dakwaan yang diungkap Guandolo. Pencalonan Brennan sebagai pimpinan CIA itu sempat mendapat kritik tajam dari sejumlah politikus AS. (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam  
s

Sunday, February 17, 2013

Sotong Neon Boleh Terbang Lebih 30 Meter

GAMBAR yang dirakam seorang penyelidik, Kaouta Muramatsu dari Universiti Hokkaido menunjukkan sotong Neon terbang dari permukaan Lautan Pasifik, 600 kilometer ke timur Tokyo pada 25 Julai 2011. - AFP

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung      
TOKYO - Satu spesies sotong laut boleh terbang lebih 30 meter (m) melalui permukaan air dengan kelajuan lebih pantas daripada pelari pecut, Usain Bolt, jika ia mahu mengelak ditangkap haiwan lain, kata seorang penyelidik Jepun semalam.

Menurut seorang penyelidik dari Universiti Hokkaido, Jun Yamamoto, sotong spesies Neon itu boleh bergerak keluar dari permukaan laut dengan menggunakan tembakan air pada tekanan tinggi.

Ia boleh bergerak pada kelajuan sehingga 11.2m setiap saat.
Bolt dari Jamaica memenangi pingat emas acara 100m pada Sukan Olimpik London pada tahun lalu dengan kelajuan purata 10.31m untuk satu saat. - AFP

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails