Friday, March 08, 2013

Hari Ini, Polis S/Negara, Terima Jambangan Bunga..


 
KL: Hari ini jam 11 pagi, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di seluruh negara secara serentak akan menerima jambangan bunga hadiah dari Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi berkata semalam, hadiah jambangan bunga tersebut adalah sebagai penghargaan kepada jasa PDRM menjaga keselamatan wanita dan negara.

"Ia juga sebagai manifestasi harapan wanita kepada PDRM agar menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dari ancaman luar dan dalam tanpa campur tangan pihak berkepentingan," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Tambah Aiman, ia juga sebagai tanda sokongan DMPP kepada pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu khususnya kepada mereka yang telah terkorban.

"Ini juga asebagai solidariti muslimat kepada keluarga wira negara khususnya mereka yang terkorban sewaktu mempertahankan negara," katanya.

Acara tersebut akan diadakan secara serentak jam 11 pagi di seluruh negara bertempat di Balai Polis Kontinjen Negeri dan daerah masing-masing. "Kita menyeru muslimat khususnya dari Lajnah Penerangan dan Dakwah di setiap negeri untuk menyampaikan jambangan bunga kepada ketua polis negeri dan daerah masing-masing," katanya.

My Photo
Sementara itu, editor weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim juga turut berkesenpatan menghadiahkan sekalong ucapan tahniah kepada PDRM, agar terus menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dari ancaman luar dan dalam, tanpa campur tangan pihak berkepentingan.

"Walaupun dalam beberapa hal, saya tidak sependapat dengan pemerintah kerajaan Barisan Nasional, namun jasa baik dari PDRM tetap saya hargai dan disanjung tinggi. Lebih-lebih lagi  kepada pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu khususnya kepada mereka yang telah terkorban. Takziah kepada kaum keluarga mereka!"

Al-hamdulillah kita semua akan selamat dunia akhirat, insya Allah!  (IH)

L/Datu:Guna Jet Tempur,Tidak Profesional -Prof Harry Roque

pix_topright
KL,7 Mac 13: Beberapa pemerhati undang-undang antarabangsa menilai tindakan Malaysia yang menggunakan pesawat jet tempur ketika menghadapi pasukan Kesultanan Sulu sebagai tindakan yang berlebihan. Bahkan, hal itu dapat dianggap pelanggaran terhadap hak asasi manusia.

Demikian kenyataan seorang profesor perundangan dari University Filipina, Harry Roque, dalam sebuah wawancara dengan stasyen tv Aljazeera yang disiarkan Rabu, kelmarin.

"Tindakan mereka itu adalah pelanggaran terhadap Hak Asasi Manusia, kerana menurut saya, itu sama sekali tidak profesional dan tidak diperlukan," ungkap Roque seperti dikutip dari laman Aljazeera, 6 Mac 2013.  


Akibat pengerahan pesawat jet tempur tersebut, Malaysia perlu mematuhi peraturan kemanusiaan antarabangsa yang mewajibkan tentera mereka hanya menyerang tentera Kesultanan Sulu, bukan menyerang orang awam.

Hingga hari ini, pasukan keamanan Malaysia terus melakukan operasi tentera dengan mengerahkan pesawat jet tempur menangkap tentera Kesultanan Sulu. The Star Online melaporkan beberapa pesawat tempur kelihatan di udara di daerah Felda Sahabat pagi tadi.  

Pesawat jet tempur itu diduga menuju daerah Kampung Tanduao dan Kampung Tanjung Batu yang dijadikan lokasi persembunyian tentera Kesultanan Sulu. Hingga kini, dilaporkan sebanyak 40 tentera, termasuk lapan polis Malaysia, terkorban.
Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai Kesultanan Sulu
Sementara itu di Lahat Datu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menjawab cadangan Jamalul Kiram III yang meminta gencatan senjata, memberi amaran, "Letak senjata tanpa syarat dan menyerah diri”

Itu tegas Perdana Menteri. (IH)

Antara komen-komen di bawah..
Anonymous said...
 kesian sungguh aku kat kotak pikir cara umno ni.
yahudi & amerika memang zalim, tapi sama-sama dia baik.
tapi umno M'sia, sama-sama melayu islam keras contohnya memali.
tapi dg yahudi s'pura sanggup sedekah tanah k.api & pulau batu putih. Biar mata putih, bagi air lagi, walau johor pun tak cukup air.
March 7, 2013 at 7:20 PM

Anonymous said... 
Ni berlaku kerana umno masukkan pengundi hantu dari pilip. Nak rampas sabah dari Pairn dulu . bila hantu banyak, tak bagi makan lagi dia makan tuan le. bila umno sudah no-um,baru tok ketua dia mengamuk.. maka, jadi macam ni la sabah..
March 7, 2013 at 7:36 PM

Thursday, March 07, 2013

S/Sulu Mohon Gencatan Senjata, PAS Solat Hajat.


'Sultan Sulu' mohon gencatan senjata



KL: Sultan Sulu Jamalul Kiram III hari ini memohon untuk melakukan gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah.

Laporan media Filipina, InterAksyon menyebut, Jamalul berhasrat agar Malaysia mengumumkan gencatan senjata untuk mengelakkan lebih banyak kematian. Jamalul bagaimanapun mahu pengikutnya agar terus setia kepadanya.

Sementara itu, jurucakap kesultanan tersebut Abraham Idjirani mendakwa 10 orang pengikutnya maut dan empat lagi cedera akibat serangan dalam operasi bersama pasukan polis dan tentera Malaysia pada hari Selasa dan Rabu. Seramai 10 orang lagi ditawan pasukan Malaysia, dakwanya dalam laporan itu.


PAS pula telah mengarahkan seluruh ahlinya untuk mengadakan solat hajat di seluruh negara sejurus selesai solat Jumaat 8 Mac ini berhubung operasi menangani pencerobohan di Sabah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar sebelah) berkata, solat hajat itu bagi memohon kepada Allah agar isu keselamatan yang melanda negara kita ini dapat diselesaikan dengan segera.

"Perkembangan terkini isu pencerobohan kedaulatan negara di Sabah hingga kini belum menampakkan tanda-tanda ianya akan reda dalam waktu terdekat.

"PAS merasakan bahawa tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dalam negara kita ini adalah tanggungjawab semua pihak, tanpa mengira samada dari pihak kerajaan, semua parti politik dan rakyat seluruhnya,' katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. (IH)


Lihat keseluruhan..

E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.

Dirogol 3 Polis M'sia & Ahli Politik. Bayang Hudud.



25 Februari 2013 Wanita Indonesia dakwa dirogol polis lakukan hubungan seks dengan teman lelaki
BUTTERWORTH - Seorang wanita warga Indonesia memberitahu Mahkamah Sesyen di sini dia melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya sebelum membuat laporan polis mendakwa dia dirogol tiga anggota polis pada 9 November tahun lepas.

Mangsa, 26, membuat pengakuan itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pada perbicaraan hari pertama kes rogol membabitkan tiga tertuduh iaitu Koperal Nik Sin Mat Lazim, 33, Konstabel Remy Anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21.

Mangsa juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 52 tahun beberapa kali sepanjang lapan bulan tinggal bersama.

Semasa prosiding itu pihak pendakwaan turut menunjukkan empat daripada 19 barang kes kepada mangsa untuk dikenal pasti iaitu dua helai blaus panjang berwarna hitam dan putih, sehelai seluar dalam berwarna biru dan sehelai baju dalam berwarna merah jambu yang diakui mangsa adalah miliknya.

Mangsa merupakan saksi pertama pendakwaan turut memberitahu mahkamah kronologi kes bermula daripada penahanannya oleh dua anggota polis sehingga proses kawad cam dilakukan untuk mengenal pasti suspek.

Bagaimanapun keterangan yang dibuat mangsa mengenai kejadian rogol itu dilakukan secara tertutup di hadapan hakim dan wakil Kedutaan Indonesia.

Ketiga-tiga tertuduh Nik Sin, Remy dan Syahiran dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.

Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili peguam R.S.N Rayer.

Perbicaraan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi bersambung esok. - Bernama 


Tambahan: 


[Video] Rakaman Ahli Politik Bolivia Rogol Wanita Tersebar 

Kamera CCTV berjaya merakamkan aksi seorang Ahli Parlimen Bolivia merogol seorang wanita di dalam Bilik Persidangan, Parlimen pada 20 Disember 2012. Semua orang yang mengetahui kejadian itu dikatakan cuba menyembunyikan kejadian tersebut.

Namun, klip yang memaparkan aksi jenayah itu terbocor di internet baru-baru ini. Sebagai akibatnya, Domingo Alcibia Rivera bersama-sama dengan orang yang cuba menyembunyikan kejadian itu telah dipecat. Walau bagaimanapun, pendakwa raya juga sedang memburu  laman web yang menyiarkan video tersebut. 

Menurut blog Jezebel, mangsa yang tidak sedarkan diri akibat mabuk dalam satu majlis di bangunan itu dibawa ke bilik tersebut oleh beberapa orang yang tidak dapat dikenal pasti identiti mereka. Mereka meletakkan mangsa di sebuah kerusi.

Tidak lama selepas itu, Rivera masuk ke bilik itu, manakala yang lain meninggalkan bilik tersebut. Selepas lampu dipadamkan, Rivera,  ahli parti pemerintah Movement for Sosialism itu membaringkan wanita itu di lantai lalu mengadakan hubungan seks dengannya. Ketika sedang asyik merogol mangsa, lampu tiba-tiba terbuka, menyebabkan Rivera menghentikan perbuatannya dan dilihat berbual dengan seorang lelaki yang masuk ke bilik itu.

Apabila lampu dipadamkan semula, Rivera membetulkan seluarnya dan mengangkat mangsa lalu meletakkannya di atas kerusi. Dia duduk di sebelah mangsa dan memegangnya kira-kira lima minit sehingga lampu dihidupkan semula. Beberapa orang dilihat memasuki bilik itu dan  Rivera meninggalkan bilik tersebut. 

Identiti mangsa rogol itu dirahsiakan oleh pihak berkuasa dan dikhabarkan wanita itu telah dipindahkan ke bahagian lain. Menurut La Razon, Ketua Peguam Bolivia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan laman web yang menyiarkan video dan jenayah tersebut. - DCM/Jezebel/Agencies

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagi orang Islam, wajib percaya hanya penyelesaian abadi melalui Islam, baik di dunia hingga akhirat. Maka, perlaksanaan perundangan Islam dan 'Hudud' adalah terbaik untuk manusia se dunia. Ada ke, orang mengaku Islam yang tak percaya?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Lahad Datu: Lawak.. Siapa Curi Lauk?

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan Misuari (kanan) bertemu dengan pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

LIHAT berita ini...

Amaran Misuari kepada Malaysia
MANILA: Pengerusi dan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia supaya tidak membunuh para pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com semalam.

Misuari turut menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin.

"Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami," katanya.
"Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami,' tambah Misuari.

Misuari bagaimanapun menafikan beliau merupakan dalang dalam kejadian pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram di Sabah.

"Menjadi pembiaya kewangan bukannya satu persoalan.
"Kenapa saya perlu menjadi pembiaya para pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang (pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah). Itu bukannya cara saya," katanya kepada pemberita semasa menemui sultan pengganas itu di rumahnya di sini.

Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu mengarahkan pengikut-pengikutnya yang diketuai adiknya menceroboh Lahad Datu pada Februari lalu kerana mendakwa ia merupakan tanah warisan Kesultanan Sulu. Misuari berkata, sebagai pemimpin MNLF, dia mampu untuk menggerakkan seramai 4,000 orang untuk memburu anggota-anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang pernah menjadikan warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Namun, beliau tidak menafikan sebahagian pengikut Jamalul Kiram merupakan anggota MNLF.
"Mereka (anggota-anggota MNLF) pergi ke sana (Sabah) tanpa pengetahuan saya.
"Saya tidak mengarahkan sesiapa untuk menyertai mereka," katanya.

Misuari pernah ditangkap di Malaysia pada tahun 2001 kerana dituduh mengetuai pemberontakan yang menyebabkan kira-kira 100 orang terbunuh di selatan Filipina. Bagaimanapun, sebuah mahkamah telah membebaskan Misuari kerana tiada bukti yang mencukupi bagi mendakwa beliau menjadi dalang dalam serangan di Pulau Jolo.

Sementara itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino III sebelum ini berkata, krisis yang berlaku jelas menunjukkan ada konspirasi sehingga menyebabkan Jamalul Kiram dan para pengikutnya membuat tuntutan ke atas Sabah. Aquino menyatakan Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kuranya 100,000 peso (RM7,615) bagi menyewa sebuah bot besar untuk menghantar para pengikutnya ke Lahad Datu.

Menurutnya, keluarga Kiram III menggunakan dua buah bot besar dan sebuah bot laju ke Sabah. Aquino menjelaskan, Jamalul Kiram sendiri tidak mungkin mampu untuk membiayai operasi itu kerana beliau menerima bantuan kebajikan daripada pemerintah bagi menjalani rawatan dialisis. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya sekarang, mengapa gambar Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di parlimen Malaysia yang tidak bertarikh dimasukkan bersama-sama, walaupun ceritanya tidak ada kena dengan Nur Misuari dengan kes Lahad Datu kini ? Apa tujuannya?

Hah ha..Inilah jawapannya..
 

Segala yang buruk tuduhnya, adalah dari Anwar Ibrahim. Merekakah penabur fitnah? (IH)

Artis Belasah Suami Hingga Mati. Ini Jalan Selesai.

Di kondo inilah si suami di temui mati dalam keadaan tangan dan kaki terikat.

KEMASKINI
Penyanyi direman kes kematian suami di kondominium

6 Mac 2013
SEORANG penyanyi wanita tahun 1990-an hari ini ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kematian suaminya di sebuah kondominium di Ampang Utama dekat Kuala Lumpur, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, turut direman dua lagi suspek, seorang lelaki dan wanita berusia sekitar 19 tahun.
Mangsa berusia 39 tahun itu dilaporkan meninggal dunia berikutan pertengkaran dan pergelutan dalam insiden bermula kira-kira 5 petang. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

DIA penyanyi irama Latin tahun 90an dan pernah menang di Anugerah Industri Muzik. Berusia 39 tahun, tidak aktif menyanyi lagi. Dikatakan namanya, N**** Ramli, namun belum dipastikan. Tak boleh nak dedah sangat identit, sebab tak sure lagi betul-betul, samada dia di sabitkan kesalahan atau tidak. Dia baru di reman untuk siasatan, belum di dakwa pun.

Suaminya, bernama Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39 ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat jam 5 petang semalam, 5 Mac 2013. Harian Metro melaporkan, mangsa ke rumah isterinya kerana ingin bertemu anak yang berusia setahun. Pertengkaran dan pergelutan telah berlaku sehingga mangsa pengsan kerana serangan jantung seperti dijelaskan pihak polis. 

Ketika itulah si isteri yang dibantu dua anak saudara mengikat mangsa. Ia adalah kerana tidak mahu membiarkan mangsa bertemu anak perempuan mereka. Mereka suami isteri telah tinggal berasingan sejak setahun lalu dan kini dalam proses perceraian. Suspek bersama dua anak saudaranya kini ditahan polis.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekurang-kuangnya secara ringkas dan kasar, 2 kesalahan isteri.  

Pertama derhaka kepada suami, melibatkan diharamkan masuk syurga.
Kedua, kerana dosa besar membunuh, kalau jelas perbuatan itu.

Derhaka kepada suami adalah anak tangga ke arah melakukan penderhakaan-penderhakaan lain yang lebih besar, walaupun nampaknya macam remeh. Kesalahan derhaka kepada suami lumrah berlaku berbanding kes bunuh suami,  
Bunuh suami tidak akan berlaku kalau derhaka kepada suami tidak berlaku lebih dulu. Sebagai suatu jalan selesai, maka di sini dipersembahkan tips panduan isteri dan juga suami...

Awas,10 Perkara Isteri derhaka kepada suami.


1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. “Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh.”
2. Membantah suruhan atau perintah suami.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia”.
3. Bermasam muka terhadap suami.
  • Sabda Rasullulah s.a.w. “Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya”.

4. Jahat lidah/mulut pada suami.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya”.
6. Keluar rumah tanpa izin suaminya.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. “Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya.”
5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

7. Menghina pengorbanan suami.
  • Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.
8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya.
  • Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.
10. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami.
  • Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt.
Wallahu'aklam... (IH)

Wednesday, March 06, 2013

L/Datu: Imam Maas & 4 Putera Di Bunuh. Memali2?


Pembunuhan di Memali 1985

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

TERSAYAT hatiku, bila membaca berita, pasukan keselamatan Malaysia membunuh seorang imam atau pemimpin agama Islam di wilayah Semporna, Sabah. Beliau dibunuh bersama empat orang puteranya. 

Imam ini dituduh membantu golongan pelarian beberapa orang keponakan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, atau dalam Islam disebut golongan muhajirin atau perghijrah, yang patut ditolong oleh puak-puak Ansar atau penolong terdiri dari rakyat tempatan.

Diberitakan situs ABS-CBN News, peristiwa ini terjadi Sabtu minggu lalu saat pasukan Malaysia tengah menggeledah lokasi, mencari anggota keluarga Kesultanan Sulu. Menurut jurucakap Kesultanan Sulu, 
  • Abraham Idjirani, yang tengah diburu adalah Datu Alianapia Kiram, adik Sultan, 
  • dan Datu Amer Bahar Kiram, keponakan Sultan.
Kedua Datu ini telah tinggal bertahun-tahun di Semporna, Sabah, dan tidak terlibat dengan pendudukan Lahad Datu yang dipimpin Raja Agbimuddin Kiram. 

Menurut Idjirani, masa itu pasukan Malaysia sedang menggeledah rumah orang-orang awam dan sampai ke kediaman Imam Maas. Kepada pihak polis atau tentera, kata Idjirani, imam ini mengaku telah melayani datu-datu tersebut. Maka Imam Maas dan empat puteranya dilenyapkan.

"Penjahat dalam konflik ini adalah pemerintah Malaysia. Bukan Kesultanan Sulu yang meningkatkan koflik, tapi pemerintah Malaysia. Jika polis Malaysia mempunyai toleransi, belas kasihan, maka mereka tidak akan melakukan tindakan ini," kata Idjirani.

Seorang imam lain juga dilaporkan luka-luka. Dalam berita lainnya oleh Malaya Business Insight, imam kedua itu tidak luka, tetapi terkorban. Namun, dakwaan Idjirani ini tidak dapat dibuktikan, kerana, tidak ada laporan dari pemerintah Malaysia mengenai hal ini. Situs-situs berita di Malaysia juga tidak memberitakannya.

Idjirani juga mengatakan,rakyat Filipina di Semporna bukanlah ahli pasukan kesultanan pimpinan Agbimuddin, yang sepatutnya mereka tidak boleh diapa-apakan. Katanya juga, kini, banyak orang Sulu yang berangkat dari Basilan, Sulu, Tawi-tawi dan Semenanjung Samboanga telah masuk ke Malaysia. 

Mereka, jelasnya telah berada di Sabah dan ikut menyaksikan pemakaman pengikut-pengikut Agbimuddin. Pejabat berita di Mindanao, Minda News, melaporkan mangsa korban mencapai 27 orang. 
  • Sebanyak 14 di antaranya adalah orang Sulu, 
  • 7 tentera Malaysia, 
  • seorang pemilik rumah tempat Agbimuddin tinggal di desa Tanduo, 
  • dan Imam Maas 
  • dan 4 putera Imam Maas.

Tertempah Memali 2 di Lahat Datu?

Begitu berita yang ku baca, antaranya di Vivanews Indonesia sedangkan media massa Malaysia, hari-hari menyebut mereka sebagai pengganas atau penceroboh. Hal ini membuat seolah-olah bukan lagi,luka lama berdarah kembali, bahkan ditancap atau diciptakan luka baru di atas luka lama.
 
Ustaz Ibrahim Libya.
  
Itulah luka ‘Tragedi Berdarah Memali’. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985 oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan 4,000 tentera bersenjata menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya di rumahnya, di Kampung Memali Mukim Siong Baling Kedah. 

Seramai 14 ahli dan penyokong PAS syahid, 8 cedera parah parah dan 161 termasuk kanak-kanak ditahan. Beberapa anggota Polis Hutan Kerajaan Malaysia mati.(Lihat pengalaman Ibnu Hasyim dalam Sejarah Politik B.Pulau 4: Ada Kaitan Dengan Memal...)  

Hampir sama dengan peristiwa Lahat Datu ini.. Sama-sama ustaz yang diserang dan dibunuh! Sama-sama dituduh pengganas yang disaluti fitnah. Dilakukan oleh kerajaan sama, yang mengulangi kesilapan sama. Apa bolehkah dipanggil 'Tragedi Memali 2?
Sekian, Wassalam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     

06 Mac 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails