Thursday, March 14, 2013

Apa Tak Kenanya Imam Solat Kpd Rosmah?


KEMASKINI
Lihat gambar ini, wanita yang jadi imam sembahyang, berdiri di depan sekali, yang diimami oleh Rosmah Mansur isteri PM..

Bagaimana cara sepatutnyanya? Tonton video ini, penjelasan Ustaz Azhar Idrus.

Ust Azhar Idrus- Imam Wanita Makmum Wanita Sahaja & Kedudukan Saf
wanita berkumpul beramai-ramai menunaikan solat berjemaah, wanita yang menjadi Imam hendaklah berdiri ditengah2 saf, bukan di hadapan, dan tidak boleh mengimami lelaki walaupun mereka itu mahram mereka. Dia boleh membaca dengan kuat seperti mana Imam lelaki membacanya pada keadaan yang memerlukan, selama-mana tiada lelaki melainkan mahramnya dapat mendengar suaranya. 
Prof Dr Abdul Karim Zaidan berkata :- 

وإذا أمت المرأة جمعا من النساء، وقفت المرأة وسط صف بين النساء، وبهذا جاءت الرواية عن عائشة وأم سلمة رضي الله عنهما، وعن ابن عباس قال: تؤم المرأة النساء، وتقوم وسطهن، وبهذا قال الفقهاء ولا خلاف فيه، كما قال ابن قدامة، ولأن المرأة يستحب لها التستر، وكونها وسط الصف أستر لها، لأنها تستتر بمن جانبها، فإن صلت بين أيديهن احتمل أن يصح كما قال ابن قدامة، لأنه موقف في الجملة، ولهذا كان موقفا للرجل، واحتمل ألا يصح. 

"Apabila seorang wnita mengetuai jemaah wanita, wanita tersebut hendaklah berdiri bersama wanita lain didalam Saf dan ini telah diriwayatkan oleh A'isyah ra dan Umm Salamah ra., dari Ibn Abbas ra. telah berkata :
'perempuan yang mengimamkan kaum wanita, berdiri ditengah2 mereka, dan berkata ulama' iaitu tiada khilaf (tidak ada perselisihan pendapat) mengenainya, sebagaimana kata Ibn Qudamah, sesungguhnya perempuan digalakkan didalam keadaan tersorok (conceal), 
iaitu dia menyembunyikan dirinya ditengah2 saf bersebelahan mereka, bersolat diantara tangan2 mereka, ini menunjukkan bahawa perbuatan ini sah sebagaimana kata Ibn Qudamah, kerana ini merupakan persetujuan keseluruhan, dan ini juga persetujuan bagi kaum lelaki, bahawa (jika mereka melakukan maka) tidak sah"  
[Fatwa dari kitab al-Mufasal fi Ahkam al-Mar'ah, petikan IOL, FatwaId : 24874] 
Jelas menunjukkan bahawa kaifiat Imam perempuan yang mengetuai jemaah wanita telah dijelaskan melalui riwayat2 sahih yang sumbernya dari A'isyah ra. dan Umm Salamah ra. Berikut kami paparkan beberapa riwayat2 tersebut:
1. Dari Raa'ith al-Hanafiah : 
أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثني أبي ثنا وكيع ثنا سفيان عن ميسرة أبي حازم عن رائطة الحنفية : ( أن عائشة أمت نسوة في المكتوبة ، فأمتهن بينهن وسطاً .).
"Bahawa A'isyah ra mengetuai kaim wanita didalam solat fardu, kemudian mengimami mereka dibahagian tengah diantara mereka" [Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Bahaiqi al-Kubra, Kitab Solah]
 2. Dari Hujairah bt Hasin berkata :
عبد الرزاق عن الثوري عن عمار الدهني عن حجيرة بنت حصين قالت : : (أمتنا أم سلمة في صلاة العصر قامت بيننا.).
"Umm Salamah mengimami kami didalam Solat Asar berdiri diantara kami" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]
 3. Dari Rithah al-Hanafiah :
عبد الرزاق عن الثوري عن ميسرة بن جبيب النهدي عن ريطة الحنفية : (أن عائشة أمتهن وقامت بينهن في صلاة مكتوبة.).
"Sesungguhnya A'isyah mengimami mereka dan berdiri diantara mereka didalam Solat wajib" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]
 Syiekh Nasyirudin al-Albani didalam Kitab Sifat Solat Nabi saw ada memberi komentar mengenai hadith2 yang menjelaskan kedudukan Imam dari kalangan wanita berkata :-
وبالجملة فهذه الآثار صالحة للعمل بها ولاسيما وهي مؤيدة بعموم قوله صلى الله عليه وسلم : " إنما النساء شقائق الرجال " ... . 
"sebagai kesimpulan, athar2 (laporan2) ini adalah benar dan hendaklah beramal dengannya, khususnya mengesahkan makna umum sabda Nabi saw :'Kaum wanita adalah kembar separuh kaum lelaki....." [ms 153-155].
Wallahu A'lam, wassalam

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Ganjaran Khas, Wujudkan Taman Perwira -Husam


 












KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mungkin akan menimbang untuk mewujudkan Taman Perwira sebagai ganjaran khas kepada perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, (gambar) berkata minggu hadapan mesyuarat exco diadakan dan ianya boleh dicadangkan pada mesyuarat itu.

“Saya tak berani nak umumkan lagi berhubung perkara itu, lagipun ianya belum dibincangkan lagi dengan Tuan Guru dan di peringkat kerajaan negeri.
“Tetapi setakat yang saya dengar dari rakan-rakan tentera allahyarham Farhan tu dia  berpangkat prebet dan baru dinaikkan pangkat kepada koperal selepas kematiannya,”ujarnya selepas menziarahi Allahyarham Prebet Ahmad Farhan di rumah ibu bapa allahyarham di Pasir Tumbuh.


Farhan meninggal ketika bertugas di Lahad Datu.
Menurutnya kenaikan pangkat itu begitu rendah serta tidak memadai jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah diberikan. Sambungnya, mungkin taman berkenaan boleh diwujudkan untuk diberikan lot-lot tanah kepada keluarga perwira yang terkorban bagi mengenang jasa mereka.

“Saya juga berpendapat, kerajaan Malaysia perlu memberikan penghargaan yang lebih besar untuk menghargai jasa mereka.
“Kalau setakat prebet dinaikkan pangkat koperal, sedangkan mereka terkorban, saya rasa apa yang mereka dapat itu masih kecil,”ujarnya.

Jadi, tambah Husam lagi, dalam keadaan hari ini begitu sesuai diberikan ganjaran yang munasabah dengan pengorbanan yang diberikan. Jelasnya lagi, berapa ringgit sangat daripada prebet kepada kopral, sedangkan satu nyawa telah terkorban dalam mempertahankan negara.

Katanya, berdasarkan dari situ perlunya ada penghargaan yang lebih besar pada mereka untuk menjadi kenangan sepanjang hayat pada keluarga khususnya dari kerajaan Malaysia.(Hrkh)

Kahadiran MB K'tan Ditiadakan, RTM Khianat..


Kota Bharu: Beribu-ribu orang dilaporkan membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail turut menerima atau menyambut ketibaan jenazah allahyarham Kpl. Ahmad Hurairah Ismail dan allahyarham Kpl. Ahmad Farhan Roslan, dua orang anak Kelantan yang dilaporkan mati syahid.
Dalam laporannya, RTM menyebut antara pembesar yang berada di lapangan terbang ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek, kedua-dua dari Kelantan, sedangkan kahadiran MB Kelantan kehadiran Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang datang lebih awal ditiadakan.

Maka jelas RTM bukan lidah dan suara rakyat tetapi hanya barua, kuda tunggangan BN, atau lidah syaitan. Lihat gambar-gambar kehadiran Tok Guru di atas!



Husam ketika memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Prebet Ahmad Farhan di rumah ibu bapa allahyarham di Pasir Tumbuh.

Sementara itu, kerajaan Malaysia disaran mengadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu keamanan di Lahad Datu, Sabah yang kini masih belum berakhir. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sidang khas itu dapat memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat berbahas serta mendapat maklumat lanjut melalui forum Parlimen itu.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang khas di Kota Darulnaim petang tadi sebagai mengulas dua anggota tentera yang berasal dari Kelantan maut ketika sedang bertugas pagi semalam. Dengan cara itu, katanya operasi sebenar dapat dijalankan sehingga mampu membantu menamatkan operasi dengan cepat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
(IH)

40-Nasyid & Bacaan Quran Bangsa Moro Mujahidin

BANGSAMORO, mujaheedin (created&edited by: arhat ijnasa)

MILF combat military training 


Philippine rebel vows to fight
 


Lihat sebelum ini..
E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

Inikah Tanda K'jaan BN Akan Berubah? -Gambar.

TERBAIK!!!!!..PETUGAS KAPAL DAGANG MALAYSIA DENGAN MEGAH MENGIBARKAN PANJI PAS!!!!!!

Semangat anak watan yang harus diberikan kepujian. Berani menonjolkan sokongan secara terbuka, berani dan ikhlas. Petanda hayat UMNO kini semakin hampir tamat.
PRU13 BAKAL MENYAKSIKAN SATU PERUBAHAN DALAM LANSKAP POLITIK NEGARA...BERUBAH KEDUDUKAN.. UMNO DARI PARTI PEMERINTAH KE PARTI PEMBANGKANG..INSYA ALLAH.

http://omakkau.blogspot.com

Wednesday, March 13, 2013

K'jaan Lakukan Silap Awal... -B/Tim Panglima TDM


Penal dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina

KUALA LUMPUR: Kerajaan melakukan kesilapan awal apabila tidak terus menggunakan pasukan tentera bagi menangani pencerobohan dari Sulu sebaliknya hanya menggunakan pihak polis untuk berunding.

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid (gambar bawah) berkata, kerajaan seharusnya segera mengambil tindakan mempertahankan negara kerana kumpulan penceroboh lengkap bersenjata dan membahayakan keselamatan awam.

Katanya, kerajaan perlu mengutamakan keselamatan rakyat sebelum memberi alasan mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 dalam isu ini.

"Kerajaan kata mereka patuhi Konvensyen Geneva. Ini tidak masuk akal kerana penceroboh masuk jelas membawa senjata. Anggota tentera diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita yang telah diceroboh.

"Tapi kerajaan minta nasihat peguam sana-sini dan akhirnya guna polis untuk berunding. Seolah-olah ada perompak masuk rumah, kita ada penyapu dan senapang. Kita nak guna penyapu atau senapang? Mestilah kita gunakan senapang untuk pertahankan diri kita," katanya dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Ghafir turut berkata, kerajaan seolah-oleh terkejut dan panik menghadapi isu ini kerana tiada perisikan awal.

"Kita tak dapat perisikan daripada agensi perisikan negara. Sepatutnya yang main peranan aktif dalam memberikan perisikan adalah pasukan perisikan angkatan tentera.
"Bila tiba-tiba ada 200 penceroboh bersenjata, kerajaan panik, tak tahu nak buat apa," katanya.

Ghafir juga menegaskan, rakyat perlu menuntut kerajaaan memohon maaf di atas kegagalan mereka menangani isu ini dengan baik sehingga menyebabkan sembilan kematian pasukan keselamatan.

"Kerajaan telah membuat kesilapan (tapi) tidak ada satu suara yang memohon kerajaan memohon maaf.
"Sepatutnya kita kena bangkit memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan kerajaan bertindak telah menyebabkan lapan anggota keselamatan kita meninggal dunia," tegasnya.

Tambah beliau lagi, di Malaysia pihak atasan jarang dihukum atas kegagalan mereka sebaliknya orang bawahan sering menjadi mangsa.
"Saya tak pernah tengok orang yang bertanggungjawab dihukum sebab kesalahan dia tapi orang bawah kalau tak jaga trafik contohnya kena buang kerja," katanya.

Turut menjadi panel pada forum anjuran Akademi Pak Sako itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar. (Hrkh)

Kononnya Azzimmudie Kiram Masih Bersembunyi..

Kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki kawasan perkampungan bagi memburu saki baki pengganas Sulu selepas sembilan hari Ops Daulat dilancarkan di Lahad Datu pada Rabu. -Foto BERNAMA

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.
"Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.

Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.

Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah. Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasimanakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.

Sehingga kini 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.

Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.

Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti. "Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka. "Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.

Mengenai kemalangan yang menyebabkan seorang anggota tentera terbunuh, Hamza berkata kenderaan tentera tiga tan itu yang menyertai konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk Operasi Daulat terbabas di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku pada 7.30 pagi, Selasa

Kejadian menyebabkan pengiring kenderaan iaitu Kpl Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu cedera. -BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails