Sunday, March 17, 2013

Artis Thrash Metal FTG Pula Sertai PAS.


HALAMAN HIBURAN
ARTIS FTG, sebuah kumpulan thrash metal tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.
 
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan mereka secara terbuka.

“Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial,” katanya yang sudah menerbitkan 12 album bersama FTG.


FTG atau Freedom That Gone (Kebebasan Yang Hilang) bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’.

Selain Tajul, pemain dram, Zul dan pemain bass, Mie dari kumpulan yang sama juga mahu menyertai PAS kerana menyokong perjuangan perubahan politik di negara ini.

“Cuma mereka tak dapat hadir,” kata Tajul sambil tekad untuk meneruskan perjuangan menerusi lagu dan lirik.
“Rezeki di tangan Tuhan. Saya akan terus menyanyi,” katanya yang tidak bimbang terhadap kemungkinan ‘sekatan kerajaan’ dan bercadang membantu kempen Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke-13.

 (IH/JP)

Expo K'tan 2013, Bawa K'tan Ke KL

 
SHAH ALAM: Ekspo Kelantan 2013 yang belangsung di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini sejak kelmarin antara lain berobjektifkan mahu 'membawa' Kelantan ke ibu negara.

Dengan kata lain, expo ini sebagai langkah kerajaan negeri mengetengahkan bukan sahaja budaya, malah keseluruhan tentang negeri ini termasuk ekonomi, pembangunan dan sosial kepada masyarakat di luar Kelantan. Melalui ekspo ini juga, masyarakat luar Kelantan boleh mengenali wajah sebenar Kelantan yang mungkin berbeza dengan apa yang pernah mereka dengar dan lihat melalui laporan akhbar dan media arus perdana.
Ribuan hadirin mendengar uacapan perasmian TG Nik Aziz malam tadi

Dalam ekspo ini sebanyak 80 gerai pameran dan jualan disediakan untuk pengunjung. Pameran utama pula melibatkan agensi dan jabatan di bawah kerajaan negeri, syariakt berstatus korporat Kelantan dan juga promosi jualan produk usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Kelantan.

Expo ini juga turut menyajikan maklumat berkenaan perkembangan Islam di Kelantan disamping, promosi pelancongan dan pesta makanan tradisional kebanggan negeri itu. Selain pameran, persembahan kesenian kebudayaan Kelantan turut disajikan kepada pengunjung. Antaranya, pertunjukan Silat Tongkat, permainan Gasing Terbang, persembahan Dikir Barat serta permainan yang sedang berkembang di Kelantan iaitu kapal terbang kawalan jauh.
TG Nik Aziz menandatangani kad keahlian The Red Warriors Kuala Lumpur dengan nombor keahlian 55

Malam tadi pula berlangsungnya acara perasmian program itu oleh Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan kehadiran ribuan pengunjung memenuhi ruang khemah dan sekitar perkarangan Karangkraf di sini. Tuan Guru juga turut dibawa melawat booth pameran dan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat yang hadir.

Turut hadir pada majlis malam tadi exco-exco kerajaan negeri yang lain, wakil kerajaan negeri Selangor Dr Abdul Rani Osman serta wakil PAS Pusat Dr Hatta Ramli. Expo kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) dan Karangkraf ini bagaimanapun bakal melabuhkan tirai hari ini.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula semalam, turun ke Pengerang untuk melawat Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli yang menerima ugutan daripada pihak-pihak tertentu.


Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan di hadapan rumah keluarga Afida yang disimbah cat merah.
(IH/ Sumber Hrkh)

Penggiat Seni Bersama Ulama & Pakatan..


Sukarelawan Rakyat Untuk Rakyat dilancarkan malam tadi
 
HALAMAN HIBURAN
KL: Para penggiat seni bersama tokoh ulama, Ustaz Azhar Idrus melancarkan 'Sukarelawan Rakyat Untuk Rakyat' malam tadi.

Mereka melancarkan pasukan sukarela itu bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta Dr Syed Azman Nawawi dan Dr Muhaimin Sulam, AJK PAS Pusat.

Selain Ustaz Azhar, turut serta di majlis itu adalah penyanyi Yassin dan Ito serta aktivis seni dan budaya tanah air.
Antaranya Hishamudin Rais, Hairie Othman, Ringgo dan lain-lain
. Pelancaran ini dibuat sempena Malam Seni Untuk Perubahan yang menyaksikan masyarakat Kuala Lumpur khasnya orang Melayu berkumpul di pusat bandaraya itu iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Orang ramai boleh menyertai sukarelawan ini dengan mendaftarkan nama masing-masing di laman web Harakahdaily ini dengan klik pada ikon Sukarelawan 2013.

Dengan berlatar belakangkan mercu tanda negara, Menara Kembar Kuala Lumpour (KLCC), pelbagai jenis lagu yang berirama perubahan di persembahkan. 
Mohamad Sabu yang menjadi ikon malam tadi
Yassin mempersembahkan lagu 'Reformasi' yang turut dinyanyikan bersama dengan puluhan ribu yang hadir.

Ekoran video klip lagu ini, Yassin telah diugut bunuh oleh pihak-pihak tertentu. Persembahan Ito juga tidak kurang hebatnya pada malam tadi.

Sempena pelancaran 'Sukarelawan Rakyat Untuk Rakyat' itu, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai jenis bahan untuk membuat promosi projek ini.


Antaranya T-shirt, topi, baju, pelakat motosikal, lencana dan juga butang. Kesemua barangan itu sedang dijual kepada orang ramai untuk membolehkan ianya dipakai bagi mempromosikan kempen sukarelawan rakyat ini.


Cit-cat antara para seniman dan budayawan dengan Ustaz Azhar Idrus

Noryn, Yatt, Najwa dan Karnival Wanita 

Sementara itu, di Kota Bharu, artis Noryn Aziz, Yatt Hamzah dan Najwa Latif, telah memeriahkan majlis Karnival Wanita Kelantan Peringkat Negeri Kelantan. Program yang diadakan di Kelantan Trade Center itu anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri.

Noryn Aziz menyampaikan dua buah lagu ‘Mutiara’ termasuk sebuah lagu baru ketuhanannya yang bertajuk ‘Tinta Putih’. Najwa pula menyampaikan tiga buah lagu hitsnya termasuk lagu ‘Kosong’. Yatt pula tampil dipentas bicara santai bersama Noryn dan Najwa.

 
Kupasan yang diberikan banyak berkisar penghijrahan masing-masing kecuali Najwa yang menceritakan bagaimana beliau mula dikenali di Youtube. Noryn ketika berucap di majlis itu berharap penghijrahannya akan berkekalan buat semalamanya kerana ketenangan begitu dirasai sejak berhijrah.

“Noryn memohon pada semua supaya turut mendoakan semoga Noryn sentiasa istiqamah dalam penghijrahan ini,”ujarnya.

Bagi Yatt, hijrah sahaja belum mencukupi sekiranya tidak ditambah dengan ilmu. Kerana itu menurutnya, beliau sering mengikuti kuliah agama yang disampaikan oleh beberapa orang tokoh ulamak. Noryn terkenal sebagai artis irama jazz sering muncul membuat persembahan di majlis-majlis koprat.

Najwa Latif pula melahirkan rasa terima kasih kepada seorang bloger yang memuatkan kisah berhubung dirinya sehingga membuatkan tontonan youtube nyanyiannya meningkat lebih 2,000 permulaannya.

“Saya tahu sekiranya kisah saya tidak ditulis oleh seorang abang dalam blognya, saya yakin saya tidak akan dikenali masyarakat,”ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, ketika berucap pada majlis itu memberitahu penghijrahan para artis, tidak bererti berkuburnya kerjaya mereka sebagai seorang artis.

Menurutnya, masih banyak ruang yang boleh mereka ceburi dalam bidang itu, kerana seni dan hiburan tidak dihalang oleh Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam. Katanya, kerajaan negeri menganjurkan pertandingan Wanita Kelantan Got Telent 2 khusus untuk mencungkil bakat baru disamping untuk memberi peluang mereka berhibur secara tertutup.

Sementara itu, Tuan Nor Fatin Tuan Yusof, muncul johan dalam pertandingan itu dengan lagu Nirmala yang dipopularkan Datuk Siti Nurhaliza. Manakala johan tarian pula dimenangi Kumpulan Jastera dari Kota Bharu. Program ini diadakan disebelah pagi, dimana Noryn Aziz sebagai ketua juri.

Sempena majlis ini juga diadakan demontrasi tudung oleh perunding imej Mastura Mansur dari Profesional Trainer Training International Sdn Bhd dan Yatt Hamzah. Sambutan penyertaan pertandingan tahun ini begitu meningkat berbanding tahun lalu sehingga 100 peratus apabila 75 peserta memohon untuk mengambil bahagian.

Turut berucap pada majlis itu, Anggota Dewan Negara, Khairiah Mohamed. Hadir sama, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan Pengarah Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Zainiah Halim. (IH)

Muslim Las Vegas, Godaan Di Kota Dosa.

 
HIDUP di sebuah kota yang dikenal sebagai 'kota pusat dosa'. Kaum Muslim di kota Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), berusaha melawan berbagai macam godaan duniawi; perjuangan tiada akhir untuk mempertahankan keimanan.

“Kami menerima kritikan dari kaum Muslim lainnya,” kata Ahmadullah Rokai Yusufzai, yang dikenal sebagai Rocky oleh tetangga non-Muslimnya, mengatakan kepada harian The Observer pada hari Minggu kemarin. 

Mereka mengatakan,”kamu hidup di Kota Dosa? Kamu pasti memiliki masalah dengan perjudian. Kamu pasti melakukan ini dan itu.”

Kami lantas mengatakan, ”Tidak. Itu terjadi di The Strip, namun dua mil dari daerah tersebut tidak ada kasino. Hanya pedesaan dengan keluarga-keluarga sederhana yang mencuba untuk hidup dengan sopan dan baik.”

“Banyak kaum Muslim tinggal dengan tenang, jauh dari The Strip. Rumah saya kira-kira 15 mil dari sana dan kami memiliki kehidupan yang berbeda.” Yusufzai (45), datang ke AS dengan orangtuanya dari Afganistan tiga puluh tahun yang lalu.

Berbagai pekerjaan telah ia lakukan untuk membesarkan anaknya, mulai dari penterjemah di mahkamah sampai pelatih sepakbola. Namun setelah peristiwa 9/11 terjadi, keadaan berubah. Ia kehilangan pekerjaannya sebagai jurutera di sebuah perusahaan telekomunikasi.

Untuk menafkahi keluarga, lelaki lulusan universiti ini siap bekerja sebagai pemandu teksi, namun ia menolak ketika syarikat mahu dia menipu pelancung dalam perkhidmatannya. Ia juga menolak pembayaran dari hasil kelab malam dan rumah bordil.  

Namun, kesengsaraan ekonomi memaksanya untuk mengendarai sebuah truk gandeng ke daerah The Strip atau di daerah Kota Dosa, di mana kliennya sedang dalam proses pembuatan iklan kelab hiburan. 

“Saya mengendarai truk ini sambil membawa gantungan bertuliskan ‘Allahu Akbar’, dan mendengar murottal al-Quran.

“Dan saya memohon ampunan kepada Allah, saya hanya berusaha dapatkan rizki halal tanpa berbuat tidak jujur atau dengan “wang” seperti di Vegas.

“Saya tetap merasa tidak tenang. Meski halal, saya perlu mengembalikan truk tersebut. Itu adalah suatu kesalahan.” Jelas beliau.


Yusufzai, adalah seorang pendiri Masjid At-Tauhid, Las Vegas. Masjid yang berjarak kira-kira 10 menit dari jalan raya Las Vegas. Beliau mengatakan bahawa ramai kaum Muslim yang terperangkap oleh godaan-godaan duniawi di kota tersebut.

“Di sini mudah sekali kita (kaum Muslim) ‘tersesat’, dibandingkan dengan tempat-tempat lain di dunia,” katanya.

“Untuk pergi ke The Strip, kamu boleh dapatkan kartu ID palsu kemudian masuk ke kelab mana saja dan melakukan semua hal sesuka kamu.

“Minum minuman keras sudah menjadi kebiasaan bagi para remaja. Orangtua kebanyakan menyangkal hal ini. Mereka tidak pernah percaya bahwa hal tersebut terjadi.” Katanya.

Beliau mengatakan, bekerja di tempat-tempat hiburan menjadi suatu godaan yang sukar ditolak oleh ramai kaum Muslim.

“Dengan bekerja di hotel, seseorang dapat membeli sebuah rumah seluas 185,81m2 dan dua buah kereta.

“Pemandu teksi atau bandar black-jack yang mendapatkan 60,000US$ dapat membeli sebuah rumah, kereta dan membiayai sekolah anak-anaknya."

Yusufzai juga menjelaskan, cabaran utama kaum Muslim di Las Vegas adalah membesarkan anak-anak mereka di kota tersebut.

“Namun peranan orangtua di kota ini juga sangat sulit dan mencabar Saya tidak setuju dengan hukuman. Hanya marah dan mengikuti hawa nafsu, namun saya perlu jelaskan bahawa sebagai orangtua Muslim di kota pusat dosa ini, peranan kita memang susah.”  ”

Beliau menceritakan kes yang berlaku kepada seorang gadis cantik berusia 20an. Dia secara sukarela bekerja di masjid tersebut. 

Gadis itu mulai menangis dan mengatakan,“Saya tidak tahu cara sholat. Orangtua saya tidak pernah mengajarnya. Mereka disiplin dalam hal peraturan dan hukum negara, tetapi tidak tentang Islam. Mereka terlalu sibuk mencari wang!

 
Kurangnya sumber daya imam masjid, adalah menambah permasalahan yang dihadapi kaum Muslim di Las Vegas.

“Ada dua saudara kami yang belajar secara otodidak. Mereka bukan imam resmi yang telah belajar di madrasah atau perguruan tinggi Al-Qur’an,” Yusufzai menceritakan.

Salah satu dari mereka adalah penjual roti di kasino, membuat kueh-kueh, dan juga bekerja pada sebuah kilang bagel. Yang satunya lagi bekerja sebagai kurir dan pemandu teksi. Hidup di tengah-tengah kota penuh dosa..

Yusufzai belajar untuk tidak dengan mudah menghukum orang lain.

“Muslim lain bertanya tentang perasaan saya terhadap bartender dan pekerja kasino yang ikut sholat berjama’ah di masjid ini …

“Saya katakan kepada mereka, kita semua akan menemui ajal kita masing-masing. Saya tidak dapat menghakum orang-orang tersebut.

“Meski begitu, saya katakan kepada mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu salah, tetapi saya tidak dapat menghentikan seseorang untuk melakukan sesuatu. AS adalah rumah bagi Muslim minoriti, antara 6 sampai 8 juta orang.” Yusufzai menjelaskan.

(IH/islamonline)

7 Dosa:Dlm Kebangsaan Tiada Dosapahala.-N/Aziz

Nik Aziz merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di Shah Alam malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan melakukan tujuh dosa besar ke atas rakyat negeri itu dan umat Islam.

Menurutnya, kenyataan Najib itu tidak benar dan cuba mengaburi rakyat Malaysia dengan menyembunyikan fakta sebenar tentang pentadbiran PR di Kelantan.

“Dosa pahala ini sebutan Islam, dalam kebangsaan tiada sebutan dosa pahala. Bila kebangsaan menyebut dosa pahala, maknanya mereka mahu meniru dan mengaburi. Ini cara menipu rakyat Malaysia.
“Persaingan perlu dibuka, dalam politik pun kena ada saingan tapi kenapa persaingan itu tutup,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, pencapaian terkini di Kelantan membuktikan negeri tersebut mampu membangun bersama Islam.
“Kita harus kembangkan Islam dalam semua bidang. Bila sebut pasal Islam, ia bukan hanya pada solat dan puasa tetapi merangkumi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan politik.
“Justeru itu, rakyat wajib pilih kerajaan yang mahu menggerakkan Islam, bukan kerajaan yang mengasingkan agama daripada politik,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu terbaru gambar kontroversi mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  beliau berkata, tindakan itu adalah tidak wajar kerana cuba mengaibkan Anwar tanpa bukti sahih.

“Mereka belum puas ‘cincang’ Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Ekspo Kelantan 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertujuan membawa pelbagai maklumat berkenaan pembangunan negeri itu untuk informasi rakyatnya yang berada di luar Kelantan. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya pertunjukan gasing terbang, demonstrasi kapal terbang kawalan jauh dan persembahan dikir barat..(SH)

Kedah: Bongkar RM403J BN Perlu Bayar Balik!



'HIMPUNAN Kebangkitan Rakyat Kedah - Bongkar 403 Juta' mendesak BN Kedah membayar balik duit rakyat sebanyak RM403 juta sebelum Parlimen dibubarkan. 

Tuntutan itu dinyatakan dalam suara kebangkitan 30 ribu rakyat Kedah yang berhimpun di sekitar Star Walk, Bandaraya Alor Setar bermula jam 2.00 petang tadi (Sabtu 12 Mac). Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu hadir mengepalai kesemua kepimpinan negeri Kedah hadir menyampaikan pidato masing-masing. 

Semuanya berucap penuh semangat, mengajak rakyat jangan lagi memberi peluang untuk BN berkuasa sama ada di Negeri atau Pusat kerana langkah tersebut akan menjahanamkan masa depan rakyat lantaran menyerahkan negeri atau negara kepada para perasuah dan 'perompak' wang rakyat. Menurut Pengerusi Bongkar 403 Juta, himpunan serupa itu akan diadakan di Selatan Kedah pula dan tarikh serta tempat akan diberitahu kemudian. 

Kehadiran begitu ramai rakyat Kedah 'menawan' Bandaraya Alor Setar untuk menzahirkan bantahan terhadap BN yang telah menjahanamkan wang rakyat semasa berkuasa dahulu, membayangkan bahawa majoriti rakyat negeri ini tidak bersedia sama sekali untuk menyerahkan negeri ini kepada BN dalam PRU13 nanti.



(IH/Sumber KedahLa)

Nudes-A-Poppin, Festival Bogel Terbesar Di Dunia

Tidak ada bedanya berbogel begini, dengan 'pakaian tapi telanjang' seperti yang dipakai oleh wanita-wanita Malaysia termasuk isteri-isteri pemimpin-pemimpin negara.

PERHATIAN: Jangan Tengok Dan Baca, Bagi Yang Tak Faham Bahasa Larangan Berleter.

Nudes-A-Poppin' suatu festival tahunan yang dirayakan di Amerika Syarikat. Dalam acara ini, semua orang bersama-sama menampilkan tarian paling erotis. Setiap tahun, bulan Julai dan Ogos di Roselawn, Indiana, AS diadakan sebuah festival yang bernama Nudes-A-Poppin'.

Dalam Wikipedia dituliskan bahawa festival ini diselenggarakan mulai pertengahan 1970-an. Host atau penyelenggara festival ini juga tetap dihandle oleh Ponderosa Sun Club. Ponderosa Sun Club, adalah perkumpulan nudis atau bogel terus di sebuah resort di Roselawn, Indiana.

Ketika acara berlangsung, hanya member atau ahli saja yang dibenarkan  masuk dan mengikuti acaranya. Walaupun sudah menjadi ahli, namun tidak semua member dapat masuk kerana hanya yang berusia 18 tahun ke atas saja dibolehkan mengikuti acara.

Kerana penyelenggaranya adalah puak-puak nudis, maka jarang sekali orang berpakaian lengkap berlalu-lalang di 'Nudes-A-Poppin' ini. Banyak media seperti Playboy Channel, HBO dan lainnya ikut hadir untuk meliput perhelatan acara tersebut.

Selain tarian atau dance erotis, dalam Nudes-A-Poppin' ini juga melumbakan pelbagai aktiviti seperti naked beauty pageant contest sampai aksi-aksi mengundang syahwat lainnya. Walaupun diikuti tidak hanya kaum wanita saja, namun dalam kontek di Nudes-A-Poppin' ini, kategori diperlumbakan banyak untuk perempuan saja.

Contohnya seperti Miss Nude Galaxy, Miss Nude Go-Go, Miss Nude Up and Corner, Miss Nude Rising Star, Miss Nude Showstopper dan banyak lagi.
Kerana popularnya, Nudes-A-Poppin' dideskripsikan sebagai The World's Largest Outdoor Nude Beauty Pageant dan masuk sebagai salah satu Top 10: Festival Seks di Seluruh Dunia.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak ada bedanya berbogel seperti gambar di atas, di kawasan bogel disebutkan, dengan 'pakaian tapi telanjang' seperti yang dipakai oleh wanita-wanita Malaysia termasuk isteri-isteri pemimpin-pemimpin negara.
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails