Tuesday, March 19, 2013

Rokok Elektronik Beracun, Haramkan Segera!

ROKOK elektronik yang dianggap sebagai alat bantu berhenti merokok masih diragui kesahihannya. – Gambar hiasan

PENGGUNA

Rokok Elektronik berbahaya.
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak memperakui rokok elektronik sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keberkesanannya sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan serta keselamatan cecair nikotin rokok elektronik juga diragui.

Menurutnya, kementerian telah menjalankan analisis terhadap beberapa jenama cecair rokok e-elektronik yang dijual di pasaran dan mendapati kesemua cecair tersebut mengandungi nikotin iaitu bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
 
“Cecair rokok tersebut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti Diethylene glycol yang beracun dan Nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser.

“Pengambilan nikotin yang berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini pernah memberi amaran bahawa kemasukan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.(Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau jelas rokok eletronik merbahaya dan beracun, pihak kerajaan tunggu apa lagi, haramkan segera sebelum ianya menjadi candu ketagihan yang merbahaya kesihatan. Bahkan wang rakyat dan negara akan mengalir secara membazir, tanpa faedah.

Penemuan Saintis, Daun Bertasbih Menuji NYA

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG   

SEBUAH majalah sains terkenal, Journal of Plant Molecular Biologies, menyebutkan bahawa sekumpulan ilmuwan yang membuat kajian mendapati suara halus keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak dapat didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perekam tercanggih yang pernah ada.

Ilmuwan itu selama hampir 3 tahun meneliti fenomena yang mencengangkan ini berhasil menganalisis denyutan atau detik suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah ) dengan sebuah alat canggih yang bernama Oscilloscope. Akhirnya mereka dapat menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu detik!

Prof. William Brown yang memimpin para pakar sains untuk mengkaji fenomena tersebut mengisyaratkan setelah dicapainya hasil bahawa 'tidak ada penafsiran ilmiah' atas fenomena tersebut. Padahal seperti diakui oleh  profesor, pihaknya telah menyerahkan hasil penelitian mereka kepada universiti-universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika juga Eropah. Tetapi semuanya tidak sanggup menafsirkan fenomena itu, bahkan semuanya tercengang tidak tahu berkomentar apa-apa lagi.

Pada kesempatan terakhir, fenomena tersebut dihadapkan dan dikaji oleh para pakar dari Britain, dan di antara mereka ada seorang ilmuwan Muslim yang berasal dari India. Setelah 5 hari mengadakan kajian dan penelitian ternyata para ilmuwan dari Inggeris tersebut angkat tangan. Maka ilmuwan Muslim tersebut mengatakan: 

“Kami umat Islam tahu tafsir dan makna dari fenomena ini, bahkan semenjak 1,400 tahun yang lalu!”
 
Maka para ilmuwan yang hadir pun tersentak dengan pernyataan tersebut, dan meminta dengan sangat untuk menunjukkan tafsir dan makna dari kejadian iti. lmuwan Muslim segera memetik firman Allah SWT

  • “…Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (QS. Al-Isra`: 44)
Tidaklah suara denyutan halus tersebut melainkan lafazh jalalah (nama Allah) sebagaimana tampak dalam layar. Maka keheningan dan kehairanan yang luar biasa menghiasi aula di mana ilmuwan Muslim tersebut berkata.
  • Subhanallah, Maha suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian banyak mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah. 
Akhirnya orang yang bertanggung jawab terhadap penelitian pengkajian ini, iaitu profesor William Brown menemui ilmuwan Muslim itu berdiskusi tentang agama yang di bawa oleh seorang Nabi yang ummi (tidak dapat baca tulis) sebelum 1,400 tahun lalu tentang fenomena ini. Maka ilmuwan tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu ia memberikan hadiah al-Qur`an dan terjemahnya kepada profesor itu.
 
Selang beberapa hari setelah itu, profesor William mengadakan ceramah di Universiti Carnich – Miloun, ia mengatakan: 

“Dalam hidupku, aku belum pernah menemui fenomena semacam ini selama 30 tahun menekuni pekerjaan ini, dan tidak ada seorang ilmuwan pun dari mereka yang melakukan pengkajian yang sanggup menafsirkan apa makna dari fenomena ini. Begitu pula tidak pernah ditemui kejadian alam yang bisa menafsirinya. Tetapi satu-satunya tafsir yang dapat kita temukan adalah dalam al-Qur`an. 

Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan syahadatain: “Aku bersaksi bahawa tidak ada ilah yang haq melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusannya!”
 
Seorang profesor ini telah mengumumkan Islamnya di hadapan para hadirin yang sedang terperangah. Allahu akbar! Kemuliaan hanyalah bagi Islam, ketika seorang ilmuwan sedar dari kelalaiannya, dan mengetahui bahawa agama yang haq ini adalah Islam! (IH/DZ/Faiz) 

Lihat sebelum ini..  
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam  
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Monday, March 18, 2013

Kreatif Giler.. Atau Gila Kreatif?

Beragam karya seni imajinasi dari seluruh dunia dipamerkan dalam bentuk kreativitas yang unik namun terlihat aneh. 

JOM KREATIF
Beragam karya seni imajinasi dari seluruh dunia dipamerkan dalam bentuk kreativiti unik 
Beragam karya seni imajinasi dari seluruh dunia dipamerkan dalam bentuk kreativitas yang unik namun terlihat aneh. 
 
Beragam karya seni imajinasi dari seluruh dunia dipamerkan dalam bentuk kreativitas yang unik namun terlihat aneh.
Seekor tupai yang sudah mati dan diawetkan ditampilkan dalam pameran besar Inggeris David Shrigley bertema "Brain Activity" di Galeri Hayward di London, 31 Januari 2012. REUTERS/Olivia Harris. 
(IH)

Masjid Dhirar, Kebangsaan Tampakkan Islam -N/Aziz

SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebutan berkait dosa pahala sinonim dengan perjuangan Islam, tetapi agak kontra jika ia disebut oleh parti yang mempejuangkan kebangsaan. Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya untuk menampakkan imej Islam pada perjuangan kebangsaan.

Beliau yang juga Mursyidul PAS berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang juga presiden Umno di Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Kelantan pada Jumaat lalu.  Najib dalam ucapannya antara lain menghukum tujuh dosa besar PAS terhadap rakyat dan umat Islam.

"Ini kita sebut tiru jenama. Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu.

"Dosa pahala ini sebutan Islam. Dalam kebangsaan tidak ada dosa pahala, tidak ada syurga neraka. Bila kebangsaan sebut dosa pahala, dia meniru untuk mengelirukan rakyat,' katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Tuan Guru berkata, amalan meniru ini pernah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah SAW, apabila seorang munafik bernama Abdullah Bin Ubai yang sanggup membina masjid dirar semata-mata ingin menyaingi masjid Nabi.

"Dia tengok masjid Nabi ramai orang, dia pun buat masjid jugak yang dipanggil masjid dirar," katanya. (IH)

Gabungan Arts Hijrah Jayakan Teater Sejarah..

 
HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU: Buat julung kalinya artis-artis hijrah bergabung menjayakan teater berkisar sejarah menantu sulung baginda Rasulullah SAW bertajuk ‘Pengisytiharan Abul ‘As', malam kelmarin.

Teater tersebut dipersembahkan sempena majlis Malam Penghargaan Karyawan Kelantan 2013 dan Pementasan Teater disebuah hotel. Teater yang diilhamkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat julungkalinya dipentaskan di hadapan pimpinan, karyawan dan dramatis pada satu majlis sebelum ianya dipentaskan kepada umum.


Zek Zakaria sebagai watak utama dalam teater tersebut yang memegang peranan Abul ‘As, Abby Abady watak Zainab isteri Abul ‘As. Pelakon terkenal Abu Bakar Juah berjaya menghidupkan watak Abu Lahab sebagai watak hitam dalam teater itu bersama Aishah sebagai Ummu Jamil isterinya.

Kedua-duanya berjaya menghidupkan teater tersebut, bersesuaian dengan peranan yang dipegang mereka. Abul ‘As anak saudara Abu Lahab pada mulanya tidak beriman pada Allah dan Rasulullah walaupun dalam kesempitan dengan barangan niaganya dirompak.

Menurut Tuan Guru, Abul ‘As memeluk Islam bukan ketika terdesak, bukan ketika ditawan oleh tentera Islam sebaliknya menerima Islam secara ‘gentelman’, yakin dengan keimanannya sendiri terhadap Islam yang dibawa Nabi Muhammad. Setelah semua barangan dagangan yang dirompak dikembalikan padanya, Abul ‘As membawa balik semua barangan tersebut ke Makkah dan mengembalikannya kepada para pemodal yang berkongsi dengannya sebelum itu.

Selepas itu beliau mengisytiharkan dirinya beriman dengan Allah dan mengakui Muhammad itu sebagai pesuruh Allah. Tuan Guru bagaimanapun tidak menolak teater itu ada sedikit kelemahannya, di mana apabila Abul ‘As menyeru adakah lagi barangan yang dirompak belum diserahkan semula berulangkali pada pemiliknya, namun tiada yang menyahutnya.

“Sepatutnya kena ada suara latar yang menyahut dengan ramai, "sudah tidak ada lagi",”ujarnya.

Menurutnya, kisah-kisah sedemikian perlu dipersembahkan pada umum agar mereka mengenali golongan itu, jika tidak nama-nama itu tidak akan dikenali. Teater tersebut diarah Dinsman, pementasan Sani Sudin dan pencerita Bob Lokman.

Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Dr Mohamed Fadzli Hassan. Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan lain-lain jemputan.

Sementara itu, Norhisham Mustafa dianugerahkan Tokoh Persuratan Kelantan, allahyarham Ustaz Buniyamin Yaacob sebagai Tokoh Pemidato. Sementara itu, seramai 27 orang lagi para karyawan dan penulis Kelantan menerima penghargaan dari kerajaan negeri Kelantan. Antaranya, Mohd Sayuti Omar, Rosidi Semail (Rossem), Wan Aisyah Wan Nawang, Wadi Leta SA, Rosli K Matari, Abham TR, Abdul Hadi Yusof, Meriam Awang Lah, Mohd Ubaidillah Alias dan lain-lain lagi.(Hrkh)

Bersila Makan Laksa Bersama Tok Guru Nik Aziz


PENGKALAN CHEPA:
Perkara biasa bagi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersila menikmati juadah pada satu-satu majlis keraian. Tidak perlu hamparan permaidani sebagaimana lazimnya seorang Menteri Besar, Tuan Guru ‘bersedia’ bila dijemput.

Gambar ini dirakamkan pada majlis jamuan laksa bagi memungut derma untuk PAS Cawangan Pohon Kandis, dalam Dun Chempaka dekat sini. Sumbangan diperlukan untuk persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Tuan Guru turut menghulurkan sumbangan derma peribadinya untuk tujuan itu. (Hrkh)

AID Menyerang Pulau Sebatik Indo/M'sia/Sulu...

Di pulau terluar Indonesia ada juga komplek pelacuran
PULAU Sebatik, terletak di kawasan terpencil dalam negara Indonesia, bersempadanan dengan Malaysia, juga berhampiran dalam kepulauan Sulu. Rupanya di situ tidak bebas dari prostitusi atau pelacuran. Pergaulan di sana pun cukup bebas sehingga membuat pemerintah Indonesia geleng-geleng kepala.

Dinas Kesehatan bekerja sama dengan Komisi Penanggulangan AIDS Daerah (KPAD) Kabupaten Nunukan Kaltim menemui satu keluarga di Pulau Sebatik menderita penyakit AIDS. Staf pada Bidang Penanggulangan Masalah Penyakit dan Bencana Dinkes Nunukan, Suriani, Jumaat, mengatakan selama 2013 ini terdapat tujuh orang penderita AIDS baru ditemui.

Ketujuh orang itu, lanjut dia, empat orang berada di Pulau Sebatik yang merupakan satu keluarga terdiri orangtua dan dua anaknya, dan tiga orang di Kecamatan Nunukan.

"Temuan itu pada bulan Januari dan Februari (2013) melalui laporan dari Puskesmas Nunukan dan Sei Nyamuk Pulau Sebatik," ujar Suriani yang juga team konselor KPAD Nunukan. Demikian dikutip Antara.

Sebenarnya, ketujuh orang ini telah lama mengalami penyakit yang mematikan tersebut tetapi baru diketahui setelah memeriksakan diri di puskesmas (Pusat Kesihatan Masyarakat). Suriani menjelaskan, alasan penderita enggan memeriksa diri ke puskesmas atau rumah sakit adalah malu kepada sanak keluarga dan masyarakat sekitarnya jangan sampai dikucilkan atau dipulau.

"Jadi ini persoalan stigma, takut dikucilkan sehingga tidak mahu memeriksa diri selama ini," bebernya.
"Mereka ini penderita lama tapi baru terdeteksi karena baru memeriksakan diri di puskesmas," ujarnya.

Kepada ketujuh penderita AIDS ini, dia mengatakan telah dilakukan pengubatan intensif dan merujuk ke RSUD Nunukan yang dianggap sudah parah. Kedua orangtuanya telah dirujuk ke rumah sakit di Tawau Malaysia atas permintaan keluarganya sementara anaknya hanya diubati intensif.

Sedangkan tiga orang lainnya yang berada di Kecamatan Nunukan sendiri, kata dia, satu orang masih menunggu hasil pemeriksaan spesial penyakit dalam, satu orang dirujuk ke rumah sakit di Tawau Malaysia atas permintaan keluarganya dan satu orang lagi yang telah dipastikan menderita AIDS dalam pengawasan Dinkes Nunukan.

Suriani menegaskan, ketujuh penderita AIDS yang ditemukan pada 2013 ini semuanya disebabkan oleh pergaulan seks bebas dimana pada kedua pulau (Nunukan dan Sebatik) pergaulan sangat bebas.

"Di Pulau Nunukan ini kan ada lokalisasi seks yang di Jalan Persemaian. Begitu juga di Pulau Sebatik terdapat kompleks minum minuman keras yang tentunya tidak terbebas dari pergaulan seks," jelasnya.

Menurut Suriani, dari tujuh penderita AIDS yang terdeteksi tersebut lima orang dinyatakan telah stadium dua dan tiga sedang dua orang yang masih usia balita di Pulau Sebatik masih stadium satu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hati-hati pergaulan bebas dan pelacuran, ianya sebuah malapaetaka menyerang masyarakat. Berpegang teguhlah kepada peraturan Islam 'janganlah dekati zina (yakni belum berzina lagi)', seperti pergaualan bebas, buka aurat dan lain-lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails