MOHAMED KHALED (dua dari kanan)
diiringi Agos (kanan) bertanyakan sesuatu kepada pengunjung di pejabat
PTPTN Selangor di Shah Alam semalam.
SHAH ALAM - Janji pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya
Umum ke-13 untuk memberi pendidikan percuma dan pemansuhan pembiayaan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sesuatu
mustahil untuk dilaksanakan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,
sebanyak RM10.1 bilion lagi perlu ditambah oleh kerajaan daripada RM13.7
bilion yang telah diperuntukkan dalam bajet tahunan sektor pengajian
tinggi jika pendidikan percuma mahu dilaksanakan.
Menurutnya, daripada jumlah itu, RM3.71 bilion bagi menampung
keperluan yuran dan elaun sara hidup pelajar di institusi pengajian
tinggi awam (IPTA), manakala bakinya untuk menampung yuran penuntut
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
"Janji pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN ini sebenarnya tidak
lebih janji kosong tanpa mengambil kira pelbagai implikasi yang bakal
timbul sama ada dari aspek kemampuan kewangan dan keadilan sosial,"
katanya. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam perkara-perkara membangun dan membela kepentingan dan kebajikan rakyat, nampaknya menteri BN ini berjiwa kerdil, tentu berslogankan 'Malaysia Tak Boleh! Menteri pengecut!
Ajar dia, dalam PRU 13 kali ini.. Rudumkan BN!!
Wednesday, March 20, 2013
Rosmah Bakal PM Wanita M'sia? E-Buku, Percuma!
KL - Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tujuh tahun lalu. Beliau berkata demikian dalam biografinya yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini.
Dalam biografi setebal 180 muka surat itu, Rosmah berkata, beliau
menghadiri sesi berbuka puasa bersama Persatuan Kebajikan Anak-Anak
Yatim Islam di Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006 iaitu hari Altantuya
dibunuh.
"Saya berada di bangunan Tabung Haji dari petang hingga tengah malam.
Ada ramai saksi di sana," kata beliau di muka surat 140 dalam
biografinya yang dijual dengan harga RM150.
"Saya takut jika cicak jatuh ke atas saya. Saya juga takut gelap.
Kenapa pula saya nak panjat bukit di tempat pembunuhan?" kata Rosmah
dalam buku tersebut.
Dipetik The Malaysian Insider, Rosmah menambah, beliau "disoal siasat"
selama enam jam di Bukit Aman sebagai respons dari "tuduhan" ke atasnya. Biografi tersebut menceritakan perjalanan hidup Rosmah dari remaja hingga menjadi isteri Najib.
Weblog Ibnu Hasyim ada juga mencatat kisah Rosmah dalam 'E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?' Anda boleh baca secara percuma.. klik gambar ini..
(IH)
Cubaan Rogol Di India, Lari Terjun Hotel.
GAMBAR menunjukkan hotel yang
didiami seorang pelancong wanita Britain yang bertindak terjun dari
tingkap tingkat dua bagi mengelak dia dirogol di Agra, India semalam.AP
Pelancong wanita terjun hotel takut dirogol
NEW DELHI - Seorang pelancong wanita Britain bertindak nekad melompat keluar dari tingkap tingkat tiga bilik hotelnya kerana takut diperkosa pemilik hotel tersebut.
Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke biliknya selepas menawarkan untuk mengurutnya. Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu terus mengetuk pintunya dan cuba untuk membukanya selepas dia enggan menerima tawaran mengurut secara percuma daripada pemilik hotel berkenaan.
Seorang pegawai polis, Sushant Gaur berkata, mangsa cedera di kaki selepas dia bertindak terjun dari hotel tersebut. Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan pemilik hotel tersebut di Agra yang menempatkan Taj Mahal, antara lokasi pelancongan popular di India.
Menurutnya, setakat ini tiada dakwaan dikenakan terhadap pemilik hotel tersebut. Insiden itu berlaku selepas seorang pelancong Switzerland dirogol bergilir-gilir pada Jumaat lalu. Enam lelaki telah ditangkap berhubung serangan itu.
Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India

Pengganas Wanita Tawan Rumah -Kosmo
PEMANDANGAN di sekitar Kampung
Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu yang menjadi tempat
pengganas Sulu berkubu sekarang. Kedua-dua kampung tersebut
berlatarbelakangkan Laut Sulu yang memisahkan Sabah dengan selatan
Filipina.
LAHAD DATU - Kosmo melaporkan.. Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita bersenjatakan senjata api dan parang pada 4 Mac lalu.
Peristiwa mendebarkan yang menentukan hidup atau mati Hamzah Arsan, 52, itu berlaku pada pukul 8 pagi apabila dua pengganas wanita memasuki rumahnya ketika insiden pencerobohan di sini yang bermula pada 12 Februari lalu sampai ke kemuncaknya.
Ini kerana, beberapa hari sebelum itu, seramai lapan anggota pasukan keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Kampung Tanduo di sini dan Kampung Srijaya, Semporna manakala musuh yang mati pula seramai 18 orang.
Difahamkan, pengganas wanita itu digambarkan sebagai berbadan sederhana, kusut masai, kelaparan, sentiasa menundukkan muka dan hanya bercakap untuk meminta makanan. Mereka menggunakan bahasa Suluk.
Menceritakan semula kejadian itu, Hamzah berkata, sebaik sampai, dua pengganas wanita bersenjatakan parang tersebut terus naik ke rumahnya mengatakan mereka mahu tidur. (Sumber Kosmo)

Karnival Bersama Artis, Motosikal Bersama Ulama.
Tuan Ibrahim mengetuai konvoi bermotosikal bersama anak muda di Jengka
HALAMAN HIBURAN
JENGKA: Tanggal 17 Mac yang lalu, Karnival Anak Muda Bersama Artis anjuran Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kuala Krau dengan kerjasama Alternatif Riding Club (ARC) Pahang, telah berlangsung dengan jayanya.
Konvoi disertai oleh kira-kira 250 buah motosikal dan 30 buah kereta turut disertai oleh Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Shahril Azman Al Haffiz, Ketua Pemuda PAS Pahang dan Tuan Haji Nazri Bin Hussin, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau serta kepimpinannya.
Karnival bermula dengan Konvoi Anak Muda untuk Perubahan dari Pekan Kerdau melalui Pekan Jenderak. Kemudian, konvoi berhenti solat Zohor di Masjid Lama Bandar Jengka sebelum memulakan aktiviti sukan bermotor di Dataran Nadi Kota, Bandar Jengka. Sambutan dan penyertaan daripada masyarakat setempat serta penduduk di sekitar Kawasan Kuala Krau untuk karnival dan konvoi ini adalah di luar jangkaan.
Di sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan Sembang Santai Anak Muda bersama Artis yang menampilkan Farah Asyikin Zulkifli (One in the Million) dan Nurul Suhadah Shuib (Ameerah Malaysia). Kehadiran orang ramai yang terdiri daripada beliawanis dan kaum wanita adalah melebihi 300 orang. Keadaan hujan panas sedikitpun tidak mengganggu perjalanan program tersebut.
Kemudiannya, Munajat Anak Muda diadakan di Masjid Lama Jengka sebelum Pogram Bicara Selebriti berlansung pada malam harinya. Program yang membawa penampilan Iwan yang bergandingan Farah Asyikin di samping Tuan Ibrahim bersama panelis lain telah menyebabkan orang ramai membanjiri Dataran Nadi Kota Jengka. Iwan bersama Farah turut mempersembahkan beberapa buah lagu secara live kepada para hadirin.
Dalam ucapannya Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat bahawa perubahan bermula dari diri sendiri.
"Jangan harap perkara akan berubah sekiranya sendiri tidak berubah dulu. Nak berubah ke arah yang lebih baik, sendiri harus berubahlah dulu," katanya.
Kehadiran anak muda menggalakkan ini menandakan satu arus perubahan bakal berlalu di pilihanraya umum ke 13 akan datang.
Sumber berita: Helmy Harun
Hentikan Tekanan Kpd Sulu & BangsaMoro..
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
Mengapa Tidak Perlunya Kesultanan Sulu Dan Bangsa Moro Ditekan Kekerasan?
Kesultanan Sulu,menurut Wikipedia bebas, adalah sebuah kerajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah.
Sejarah.. Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini. (Rujuk ↑ Naim, Mochtar. Merantau: Causes and Effects of Minangkabau Voluntary Migration, 1971.) Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu. (Rujuk ↑ Cecilio D. Duka, Struggle for Freedom : A Textbook in Philippine History, 2008)
Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei memberikan Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Begitulah kira-kira sejarahnya. Jom kita lihat pula sejarah awal perjuangan Islam Bangsa Moro di Selatan Filipina.
Sulu dan Bangsamoro
Penindasan Bangsamoro, boleh dilihat dari kisah seorang penjejah besar, iaitu Ferdinand Magellan (1480-1521). yang mengelilingi dunia. Dikatakan mereka mengharungi dunia dengan membawa lima kapal, 265 awak-awak/anak kapal selama hampir tiga tahun. Tetapi yang kembali selamat hanya satu kapal, dan 18 anak buah kapal. Ferdinand Magellan sendiri terkorban di tengah perjalanan.
Pada tahun 1509, ekspedisi Ferdinand Magellan sampai di wilayah Nusantara. Ternyata tidak hanya ekspedisi, Ferdinand Magellan juga membawa misi lain, iaitu kolonialisasi Sepanyol dan misi Kristinisasi. Terjadi pertempuran di wilayah Malaka, kerana rakyat menolak kedatangannya. Pada tahun 1521, ekspedisi ini diteruskan dan mereka berjaya menjejakkan kaki di kepulauan Filipina. Proses Kristianisasi dan kolonialisasi langsung terjadi di negara tersebut.

Mujahidin Bangsamoro

Raja Humabon, bersama rakyat Cebu berjaya dimurtadkan dari agama Islam dan dikristiankan. Bahkan Ferdinand Magellan menggelar rakyat Cebu adalah warga Tuhan Spanyol. Di wilayah Utara proses Kristianisasi terus berlangsung dengan lancarnya. Tapi ketika sampai di wilayah Selatan Kepulauan Filipina, terutama di Mindanao dan Sulu, rakyat yang sebahagian besar telah menjadi Muslim sejak lama memberikan perlawanan sengit meski dengan senjata sederhana.
Program Gold, Glory and Gospel terhenti di wilayah selatan Filipina, seperti Mindanao dan pulau-pulau sekitarnya. Kaum Muslimin melakukan perlawanan dengan gigih dan berani. Jauh sebelum Ferdinand dan penjajah Sepanyol membawa agama Kristian ke negeri ini, hampir sebagian besar penduduk kepulauan Filipina telah mengucapkan dua kalimat syahadat. Jejak keIslaman mereka, hingga kini masih ada dan tidak mampu dihapuskan oleh penjajah.
Nama ibukota Filipina misalnya, Manila diambil dari kata bahasa Arab, Amanullah yang bererti 'negeri Allah yang aman'. Bahkan di wilayah ini pernah berdiri kerajaan Islam yang bernama Kerajaan Tondo.
Filipina adalah sebuah negara kepulauan dengan jumlah yang sangat besar. Tidak kurang 7107 pulau berada di dalam teritorial Filipina. Islam telah berkembang di wilayah ini sejak abad ke-14. Ertinya, jauh sebelum masa itu Islam telah sampai dan memberikan sentuhan dakwah pada penduduk setempat.
Sampai pada satu titik, seorang raja yang sangat ternama di Manguindanao bersyadahat dan memeluk Islam. Kekuasaan raja itu membesar sampai ke Davao, Tenggara Mindanao dan Islam pun kian menyebar sampai ke Pulau Lanao, Zamboanga dan hampir ke seluruh daerah garis pantai kepulauan Filipina.
Ada juga legenda yang menyebutkan, Islam pertama kali dibawa oleh seorang sufi bernama Karim al-Makdum yang berlayar dengan mangkuk besi, boleh berjalan di atas air dan boleh terbang kerana karomahnya. Sejarah juga mencatat, ulama-ulama Indonesia berperanan besar dalam penyebaran Islam di Filipina. Bahkan disebutkan, seorang pangeran dari Menangkabaw atau Minangkabau bernama Baguinda adalah salah satu pendakwah Islam di wilayah ini, terutama di Sulu, Zamboanga dan Basilan.
Jadi, tidak hairan jika sampai hari ini kita boleh dapatkan banyak kemiripan antara Indonesia dan Filipina, terutama di wilayah Selatan. Wajah dan postur tubuh, tidak jauh berbeza. Bahasa dan kata, banyak yang sama. Contohnya, untuk hidung, mereka menyebutnya hidung. Telinga bergeser sedikit menjadi inga. Bahkan menggunakan kata yang sama untuk pintu, kanan, murah, mahal, gunting, balai, aku, kita dan masih banyak kata sama lainnya.
Islam pernah menjelma sebagai kekuatan besar di wilayah Filipina, dan diwakili oleh Kesultanan Sulu. Wilayah kekuasaan Sulu membentang dari Mindanao hingga Sabah di Malaysia. Kesultanan Sulu dipimpin oleh Sharif al-Hasyim Syed Abu Bakar yang menikahi putri Raja Baguinda dan kemudian mendapat gelar Paduka Maulana Mahasari. Sejarah Kesultanan Sulu menerangkan, Sharif al-Hasyim masih memiliki darah keturunan Rasulullah dari Bani Hasyim.
Dari wilayah inilah perlawanan berlangsung dengan sengit ketika penjajah Sepanyol menunjukkan kuku dan taringnya. Tidak jauh berbeza dengan yang terjadi di Malaysia dan Indonesia, penjajah Sepanyol memecah belah persatuan umat Islam dan memberikan stigmatisasi yang buruk. Mereka menyebut orang-orang Islam di Filipina Selatan dengan sebutan Moro yang diambil dari kata 'Moor' yang merujuk kaum Muslimin dalam sejarah Perang Salib.
Itu Adalah Islam
Tentera Islam BangsaMoro
Suku-suku diadu domba dengan pengaruh dan kekuasaan. Para Datuk yang menjadi penguasa dirasuah dengan pelbagai keuntungan serta hasutan perang suku. Tetapi ada satu kekuatan yang ternyata mampu menyatukan mereka, dan itu adalah Islam.
Agama Islam datang ke Filipina bukan dengan alasan penguasaan dan perampasan kekayaan, tetapi dibawa dengan damai oleh pedagang dan pendakwah. Berbeza dengan Katholik yang disebarkan sebagai tulang punggung penjajahan Sepanyol.
Bahkan ketika Philip II berkuasa, dalam suratnya yang dikirim untuk Conquisatador Legazpi, Raja Philip II mengizinkan penduduk Muslim diperhamba dan dirampas hartanya. Tindakan ini hampir merata pada seluruh kepemimpinan Sepanyol di Filipina. Mereka menyebarkan khabar bahwa Islam ini adalah agama bid’ah, Islam adalah ajaran syaitan, kaum Muslimin adalah pembawa wabah penyakit dan lain sebagainya.
Pendeta Jesuit Pio Pi menggambarkan kaum Muslimin sebagai lanun laut. Bahkan Pendeta Francisco Ducos pendakwah kristian di Illagan mengetuai pasukan tentera dan selama tujuh tahun memerangi penduduk Muslim. Tetapi kekuatan bersenjata Sepanyol yang demikian besar dan motivasi agama yang dikobar-kobarkan serta dicanangkan pemimpin Katholik, tidak mampu menaklukkan wilayah Selatan.
Pertembungan kaum Muslimin yang diketuai oleh Sultan Sulu mampu mempertahankan wilayah ini selama peperangan yang berlangsung hampir tiga abad. Dalam peperangan panjang ini, terjadi solidariti tinggi antara kaum Muslimin di seluruh wilayah Nusantara yang meliputi Indonesia, Malaysia, dan juga Brunei. Bahkan pada era 1638, Kesultanan Makassar dan Ternate berperanan sangat besar dalam memberikan bantuannya kepada kaum Muslimin di Filipina.
Pada tahun 1638, ketika Gabernor Sepanyol, Corcuera menyerbu Sulu, Sultan Sulu yang bernama Raja Bongsu mendapat bantuan kiriman pasukan perajurit-perajurit Makassar yang gagah berani. Raja Bongsu memerintah sejak tahun 1612 dengan gelar Mawallil Wasit, dan sejak awal dia telah mendapat serangan dari Spaniard. Pada tahun 1628 misalnya, 200 perwira Sepanyol dengan 1,600 penduduk setempat yang berhasil dikristiankan menyerang Sulu dengan hebat.
Tahun 1629, wilayah Sulu direbut antara Camarines, Samar, Leyte, dan Bohol. Pada tahun 1630, kembali Manila Spaniard menyerang, kali ini Jolo menjadi sasaran. Tapi Raja Bongsu berhasil memukul mundur bahkan melukai Lorenzo de Olaso, komandan pasukan dan mereka menarik mundur serangan. Di masa pemerintahan Raja Bongsu inilah terjadi paling banyak peperangan besar antara penjajah Kristian Sepanyol dan Kesultanan Islam Sulu.
Perang Sabil, begitu rakyat Sulu menyebut zaman perang melawan kaum kafir Sepanyol. Hampir sama dengan penyebutan di Aceh, Prang Sabi. Tidak jauh berbeza kerana sesungguhnya bangsa serumpun, satu ikatan, bahkan lebih besar lagi, satu akidah, iaitu Islam. Tetapi nampaknya perjuangan belum selesai setelah Sepanyol berundur dari tanah Filipina. Sepanyol berjaya dikalahkan Amerika dan Sekutunya.
Dalam Perjanjian Paris yang ditandatangani 10 Desember 1898, Sepanyol menyeranhkan Filipina kepada Amerika dengan $20 juta dolar. Sebenarnya, kelompok-kelompok perlawanan di Filipina pernah mengesahkan kemerdekaan pada 12 Juni 1898, tetapi Amerika menolak dan tidak mengakuinya. Maka sejak 10 Desember 1898, Filipina berganti penjajah baru, iaitu Amerika Syarikat (AS). AS dikecam banyak negara Barat, kerana melanggar Doktrin Monroe yang menentang kolonialisme dan imperalisme.
Tetapi seperti biasa, AS tidak ambil pusing dengan semua gugatan dunia. Pada tahun 1919, sebuah delegasi pergi ke AS menuntut kemerdekaan untuk Filipina. Namun dengan sombongnya AS mengirimkan The Wood Forbes Mission pada tahun 1922 yang mengatakan, “Filipina belum mampu merdeka.” Pada period berikutnya, Amerika mengalami kekalahan di wilayah Pasifik oleh negara Jepun. Pada tahun 2 Januari 1942, Manila jatuh ke tangan Jepun.
Seperti yang diketahui, kekuasaan Jepun hanya setahun jagung. Akhirnya Jepun telah berjya dikalahkan dan AS masuk kembali ke Filipina. Pada 4 Julai 1946, AS melepaskan Filipina sebagai negeri jajahannya. Meskipun demikian, sampai hari ini AS masih meletakkan penjajahan secara halus dengan cara membangun fasiliti ketenteraan di Filipina. Manuel Quezson menjadi presiden pertama Filipina.
Hari itu tercatat sebagai hari kemerdekaan Filipina. Tetapi tidak dengan kaum Muslimin di wilayah Selatan, mereka masih terjajah hingga hari ini. Ertinya, kaum Muslimin di Mindanao dan wilayah Selatan Filipina mengalami penjajahan dalam proses yang panjang. Mereka dijajah Sepanyol, lalu AS, setelah itu Jepun dan kembali lagi pada AS. Kini Bangsa Moro dijajah oleh pemerintah Filipina sendiri. Mereka dianiaya, dizalimi, dirampas dan ditindas.
Apakah Malaysia masih mahu meneruskan penekanan kepada BangsaMoro dan perjuangan Islamnya, tidak mahu memiih jalan diplomasi dan perdamaian? Berunding sebelum berlaku isu sekarang dan selepasnya? Ingat jasa-jasa mereka sebagai benteng pertahanan Islam di nusantara. Masih belum lewat.. Kalau dengan bangsa Israel, AS dan jiran bukan Islam masih boleh bertoleransi, mengapa dengan sesama Islam perlu memilih jalan keras?
Bendera Moro Islamic Liberation Front (MILF)
Mujahidin Moro di kem tentera mereka..
Sekian, Wassalam.
Tuesday, March 19, 2013
'Syahid Akhirat Shj' PM Rendahkan Wira Negara.
KL: Dewan Ulamak PAS Pusat ingin menegaskan bahawa para perajurit kita adalah wira negara yang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
“Mereka adalah syahid di atas dunia lagi, dan diberikan penghormatan seperti syahid. Najib hanya memanggil mereka sebagai syahid akhirat sahaja!” tegas Ketuanya, Datuk Harun Taib dalam satu kenyataan ringkas.
Menurut beliau, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno telah merendahkan martabat para perajurit dengan menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya seperti yang dijelaskan oleh para ulama.
Demikian menurut Harakah.
Ustaz Harun
Sementara di Kuala Terengganu, menurut Sinar Harian, Ketua Dewan Ulama tersebut
menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden
pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai 'syahid dunia'.
Kenyataan dibuat Ustaz Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah.
“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, Terengganu. (IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)