Tuesday, March 26, 2013

B/Isteri & Keuarga Dekat Papagomo, Saksi Husam

KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi. Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.

Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur. Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa. Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.

“Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.
“Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.
“Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja,” katanya.

Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut. Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’.

Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang. Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.

Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay. Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti.

Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos. Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan  meminda peryataan pembelaan. Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog “parpukari.blogspot.com”. Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012.

Sementara itu, memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula. Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.

Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi. Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan. Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo.

“Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien,” kata Husam.

Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua. Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan.

Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru. Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini.

“Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene.
“Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini,” katanya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini.(IH)

Konflik Agama Myanmar Merebak Ke Bandar Lain

PASUKAN tentera berehat seketika selepas berkawal di bandar Meikhtila yang menyaksikan 32 maut akibat konflik agama. Keganasan itu dikatakan merebak ke tiga bandar di wilayah selatan iaitu Napytaw, Yamethin dan Lewei. 

YANGON - Samseng-samseng anti penganut agama Islam menimbulkan kekecohan di tiga lagi bandar di Myanmar pada hujung minggu lalu. Mereka membakar masjid dan berpuluh-puluh buah rumah, ketika kerajaan cuba untuk menghalang keganasan agama daripada terus merebak.

Presiden Myanmar, Thein Sein mengumumkan perintah darurat pada Jumaat dan menghantar tentera ke bandar Meikhtila yang terjejas teruk dan menyaksikan 32 orang maut serta 10,000 penduduk yang kebanyakan orang Islam hilang tempat tinggal. Biarpun dengan kehadiran tentera, kekacauan terus merebak ke wilayah selatan Naypyitaw.

Seorang penduduk Islam di Tatkone, 80 kilometer dari Meikhtila memberitahu sekumpulan 20 lelaki menggeledah sebuah masjid pada malam Ahad, membaling batu dan memecahkan tingkap sebelum polis menghalau mereka dengan melepaskan tembakan. Pada Sabtu pula, sekumpulan samseng lain membakar sebuah masjid dan 50 buah rumah di bandar Yamethin. Sebuah lagi masjid dan beberapa buah bangunan turut dimusnahkan di Lewei.

Masih tidak jelas siapakah yang menjadi dalang kepada keganasan tersebut. Tiada pertempuran atau kematian dilaporkan di tiga bandar terbabit. Akhbar Myanma Ahlin, menyiarkan kenyataan daripada pemimpin agama Buddha, Islam, Kristian dan Hindu yang sedih atas kehilangan nyawa dan harta benda. Mereka juga menyeru golongan sami Buddha agar membantu mengurangkan ketegangan tersebut.
Penganut Islam mewakili kira-kira empat peratus daripada 60 juta penduduk Myanmar. - AP

Tonjol Buah Dada, Masuk Percuma. Ada Di M'sia?

Ajak perempuan tonjolkan payudaranya, kelab malam ini dikecamSEBUAH kelab malam menerima kecaman hebat kerana memberi tiket masuk percuma bagi perempuan yang menunjukkan belahan buah dadanya, sedangkan tiket masuk itu berharga hanya kira-kira RM15 sahaja.

Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Sabtu (23/3), Kelab Malam Bilik Kasino di Kota Rochester, Inggeris ini tengah berkempen Minggu Belahan Dada lengkap dengan selebaran memuat foto tujuh belahan dada perempuan yang sangat menonjol.

Selebaran itu juga menuliskan 'Bukan soal ukuran, yang penting penampilan. Masuk percuma bagi yang menunjukkan belahan dada sebelum tengah malam'. Selain itu laman kelab malam tersebut di jejaring sosial Facebook perlihatkan ramai perempuan berpakaian nipis sedang  berpesta.  

Hadiah kira-kira RM1,200 diberi kepada mereka yang menari di tiang hingga menanggalkan pakaiannya. Masyarakat mengatakan hal itu menjijikkan dan tidak menghargai perempuan. Salah seorang penduduk bernama Sharon Abbeywell mengatakan, hal itu amat memalukan. 

"Hanya jimat RM15, tetapi nampak payudara. He, jijik." ujarnya.

Sementara James Hartwell mengatakan sebenarnya mudah saja  nak tengok gadis berpakaian seksi, "Tapi ini terlalu jauh. Demi tiket percuma, mereka rela keluarkan dadanya," kata dia.

Penasihat tenaga kerja Vince Maple mengatakan acara itu tidak diterima masyarakat dan ini bukan yang ingin dilihat di sebuah kelab malam abad-21. "Seluruh pesan dalam acara merupakan kesalahan," ujarnya.

Pemimpin kelab malam Aaron Stone mengatakan acara ini hanya untuk santai  dan merayakan keindahan seorang perempuan. "Ini tidak ditujukan untuk membuat malu seseorang atau melecehkan perempuan," ujarnya. 

Akan wujudkah pengimportan budaya ini di Maaysia, dalam negara umat Islam? (IH)

Monday, March 25, 2013

Saya Bom Kg Tandao.. Mati 12 Militan -Zaid Hamidi.

Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zaid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zaid Hamidi (REUTERS/Stringer )

BERITA DARI INDONESIA
Menhan Malaysia Ahmad Zaid Hamidi: "Saya Bom Kampung Tanduo. Di Situ Mati 12 Militan"
"Ada kemungkinan oposisi di Filipina yang membiayai militan."
Senin, 25 Maret 2013, 00:09 Denny Armandhanu, Daru Waskita (Yogyakarta)
 

JAKARTA: Sudah lebih dari 60 orang dari pihak Kesultanan Sulu yang tewas di Sabah dalam gempuran tentara Malaysia. Jumlah militan asal Sulu berkurang drastis hingga ke angka puluhan, namun pasukan Malaysia tidak akan berhenti sampai mereka semua musnah.

Kepada VIVAnews Rabu, 20 Maret 2013, Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zaid Hamidi mengatakan bahwa orang-orang Sulu itu tidak layak diusir, melainkan harus ditembak mati. Hamidi lebih memilih menyebut mereka sebagai pengacau ketimbang orang-orang yang menuntut haknya.

Dalam wawancara lainnya dengan VIVAnews, Sabtu 23 Maret 2013, Hamidi mengatakan bahwa mereka telah memberikan waktu hampir tiga minggu untuk para gerombolan pengacau itu hengkang dari Sabah. Namun, tenggat waktu tidak dipenuhi, Malaysia terpaksa bertindak tegas.

"Pertama saya bom Kampung Tanduo. Di situ mati 12 militan dan langsung dikubur," kata Hamidi yang ditemui saat berkunjung ke Yogyakarta.

Menteri Malaysia keturunan Jawa ini juga mencurigai adanya pihak ketiga yang membiayai pengiriman pasukan ke Sabah. Dia mengatakan, pasukan-pasukan Sulu adalah tentara bayaran yang dulunya bekerja untuk MNLF pimpinan Nur Misuari.

Klaim Sulu atas Sabah, kata dia, tidak lebih dari klaim kosong yang didasarkan pada sejarah belaka. Padahal, menurutnya, Sabah telah lama lepas dari tangan Sulu sejak penjajahan Spanyol dan Inggris. Abad modern, Sabah dimiliki oleh Malaysia berdasarkan pengakuan PBB dan masyarakat internasional.

Berikut kutipan lengkap wawancara VIVAnews dengan Ahmad Zaid Hamid yang fasih berbahasa Jawa karena kakeknya asli dari Serang, Kecamatan Wates, Kabupaten Kulonprogo:

Bisa diceritakan awal mula klaim Sulu?Kesultanan Sulu bermula pada tahun 1521. Saat itu ada dua kesultanan yang besar, yaitu Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Kesultanan Sulu dianggap sebagai pahlawan karena ikut mempertahankan Kesultanan Brunei dari pengacau. Hadiahnya adalah wilayah Borneo Utara yang saat ini dikenal sebagai Sabah.

Spanyol kemudian menaklukkan Filipina, termasuk Kesultanan Sulu. Sejak saat itu, Sulu di bawah pemerintahan Spanyol. Pada tahun 1878 ada perjanjian antara Spanyol dan Inggris, saat itu pihak Spanyol menyerahkan Borneo Utara pada Serikat India-Inggris dengan bayaran 5.300 emas.

Hingga tahun 1963, ada rencana untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia maka diadakan referendum pada rakyat Borneo yang ingin merdeka dari Inggris. Referendum juga digelar di Serawak. Maka dari itu, gugurlah tuntutan dari Kesultanan Sulu secara legal pada tahun 1963, walaupun sebelumnya memang telah gugur setelah dijajah Spanyol dan diserahkan pada Inggris.

Referendum itu diajukan dan diterima oleh Persatuan Bangsa-bangsa (PBB). Dari situ jelas bahwa rakyat Borneo Utara atau Sabah dan Serawak ingin berdiri bersama Semenanjung Malaya untuk membentuk Malaysia. Artinya, tidak ada hubungan langsung antara Kesultanan Sulu dengan Borneo Utara.

Sultan Kiram ke-II itu menikah 100 kali dan tidak punya putra. Sultan Jamalul Kiram sekarang ini bukan putra dari Sultan Kiram II, mungkin ipar-iparnya. Dia ini yang menuntut Sabah.

Sebenarnya sudah tidak ada lagi kepemilikan Sulu atas Sabah, tinggal sejarah. Kalau berdasarkan sejarah, semua negara di Nusantara ini di bawah Mataram, Majapahit, termasuk sampai ke Kamboja.

Apakah Kerajaan Yogya mau menuntut hanya berdasarkan sejarah sampai Kamboja atau Filipina?

Malaysia menuduh ada pihak ketiga, maksudnya bagaimana?Di Malaysia akan diselenggarakan pemilu pemilihan presiden, dan Filipina juga pada bulan Mei ini akan diadakan pemilu. Dikhawatirkan ada pihak ketiga yang membiayai gangguan militer dari Sulu.
Jamalul Kiram yang mengangkat dirinya sebagai Sultan Sulu itu tinggal di kawasan kumuh Manila, dia sedang sakit hemodialisis. Dia tidak punya uang dan dananya berobat dari pemerintah Filipina.

Ada juga saudara-saudaranya yang sebanyak sembilan orang menuntut kepemimpin Kesultanan Sulu. Artinya ini hanyalah kesultanan bayangan saja. Ini berbeda dengan Sultan Hamengkubuwono X di Yogyakarta, karena jelas punya wilayah, yaitu Daerah Istimera Yogyakarta yang juga diakui dalam Undang-undang Dasar 1945.

Di sini tidak. Kepulauan Sulu adalah kepulauan yang sangat miskin. Pengacau atau militan yang datang adalah tentara bayaran yang pernah bergabung dengan Front Pembebasan Nasional Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari. Nur Misuari sudah tidak punya kuasa lagi dan kawasan Mindanao tetap bergolak.

Pemberontak yang paling kuat adalah Front Pembebasan Islam Moro (MILF) yang diketuai oleh Murad Ibrahim. Dalam perjanjian damai antara Filipina dan MILF, Nur Misuari tidak ikut. Jadi ada kemungkinan oposisi di Filipina ini yang menjadi pihak ketiga membiayai para militan.

Dari mana mereka mendapatkan senjata?Orang Sulu yang dikenal sebagai orang Tausug ini keluar masuk Malaysia dengan bebas. Sebanyak 800 ribu dari mereka adalah penduduk Malaysia dan sisanya adalah warga tidak tetap, sebagian jadi pedagang.

Mereka keluar masuk dengan senjata dan tidak tertangkap. Mereka membawa senjata seperti kita membawa handphone. Itu bagian dari hidup mereka. Selama tiga minggu dilakukan negosiasi, mereka tidak mau keluar juga. Mungkin mereka diperintahkan bosnya untuk tidak keluar demi upah.

Secara kebetulan, mereka juga mengklaim diri mereka sebagai tentara jihad. Pada moncong senjata mereka diikat secarik kain putih. Polisi melihat kain itu seolah mereka menyerahkan diri, namun ketika mendekat justru ditembaki dan dua polisi mati. Di Kampung Semporna, berlaku hal yang sama.

Polisi dikepung di dalam rumah dan dijadikan sandera.  Salah seorang diikat dan jarinya dipotong. Mereka disembelih hidup-hidup dan dibelah badannya menjadi dua. Ada bagian tubuh yang dibuang ke laut. Jadi ada delapan polisi yang dibunuh.

Bagaimana sikap tentara Indonesia jika melihat rekan-rekannya dibunuh dengan sadis? Apa berunding? Apa diam? Tentu tidak. Negara kita diserobot, maka penanganannya kita balas.

Bagaimana Malaysia membalasnya?Pertama saya bom Kampung Tanduo. Di situ mati 12 militan dan langsung dikubur. Militan yang lari dari kampung itu adalah adik Sultan Sulu bernama Agbimuddin. Mereka masih dikejar, namun masih melakukan penembakan. Kami balas dengan tembakan. Negara manapun akan melakukan hal yang sama, jika ada musuh masuk, maka akan ada perlawanan.

Mereka ini adalah bagian dari militan pemberontak di Filipina selama 40 tahun dan telah menewaskan 400 ribu jiwa. Mereka juga punya budaya balas dendam. Jika ada masalah pada kakeknya, maka cucunya yang akan membalasnya.

Berapa jumlah pasukan yang Anda turunkan?
Sebanyak lima batalion kami kerahkan untuk mengawasi kawasan pantai sepanjang 1.400 meter. Dulu (pengacau) bisa keluar masuk dengan bebas. Saya katakan 'silakan' tapi jangan bikin kacau.

Berapa orang militan Kesultanan Sulu yang masih hidup?Mungkin masih sekitar 50 orang. Hari ini (Sabtu, 23 Maret 2013) satu orang mati, satu ditangkap. Sejauh ini, yang ditangkap sebanyak 108 orang. Menurut laporan intelijen Malaysia, tentara bayaran dari Sulu berjumlah 234 orang. Militan yang tertangkap di Malaysia akan diproses dengan hukum Malaysia, sementara yang tertangkap di Filipina akan diadili di sana.

Solusi apa yang paling tepat menyelesaikan konflik di Sabah?Ya kita tangkap mereka semua. Tapi jumlahnya juga semakin banyak, tidak hanya 234 orang. Karena mereka sudah menyatu dengan warga.

Target Anda, kapan konflik ini akan usai?Maunya kemarin. Tapi ya mau bagaimana. Maune Wingi [Maunya kemarin]

Anda fasih berbahasa Jawa, leluhur Anda dari Jawa?
Di Malaysia saya menetap di Bagan Datu, Negara Perak. Di daerah itu, 90 persen warganya keturunan Jawa seperti dari Wates, Ponorogo, dan Tegal. Maka saya juga pandai bahasa Jawa.

Kakek saya merantau dari Wates ke Malaysia pada tahun 1932. Tujuannya untuk kehidupan yang lebih baik.

Di Malaysia, kakek membuka perkebunan dan berhasil sehingga menjadi orang yang kaya. Kekayaan yang dimiliki sebagian untuk membangun masjid, sarana pendidikan atau pesantren. Jadi saya yang sekarang meneruskan.

Kakek saya satu bapak dengan kakek Wali Kota Yogyakarta, Haryadi Suyuti. Yo podo Mbah Buyut. (VIVAnews)

Ini, Tarian Lucah Lentok Kekal Kerana UMNO/BN..

Foto Kelab malam yang menghidangkan tarian berahi.

HALAMAN HIBURAN

Tarian liuk lentok.
KL: Dua kelab malam berlainan lokasi di ibu kota dikesan menawarkan tarian sangkar dengan aksi separuh bogel membabitkan sekumpulan penari seksi, termasuk gadis tempatan, sebagai pelaris terbaru kepada pengunjungnya.
 
Taktik itu bagi memastikan kelab malam terbabit sentiasa dipenuhi pengunjung, terutama pada hari bekerja, selain mengatasi saingan premis lain. 

Bertindak hasil aduan pembaca, wartawan Metro Ahad mendapati suasana di kelab malam terbabit tidak ubah seperti suasana di Patpong, Thailand dengan aksi penari berpakaian dalam menari secara terbuka ketika tinjauan, awal pagi kelmarin.

Dalam tinjauan jam 12.30 tengah malam, aksi tarian ghairah itu boleh dilihat dengan jelas walaupun dari luar kelab malam melalui pintu kelab yang terbuka.


Sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Danny, 36, berkata, kegiatan tidak bermoral di kelab malam terbabit dikesan sejak tahun lalu, namun ia hanya diadakan pada hari tertentu.(myMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tarian liuk lentok atau tarian lucah bogel masih ada di pusat-pusat hiburan secara bebas dan terbuka. Adalah mustahil kalau ada yang mengnggap pihak baerkuasa, tidak kuasa mengusainya. Yang ada ialah mungkin kerana..
  • Kerajaan BN/UMNO tidak memperincikan konsep hiburan sebenar sesuai dengan konsep 'negara Islam' menurut perlembagaan Maiaysia.
  • Jentera pelaksana kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan penyakit rasuah atau lain-lain.
  • Kepimpinan termasuk menteri, wakil Rakyat atau YB-YB berkaitan tidak bertanggung jawab secara betul atau jahil dibidang agama rasmi negara.
Jadi, apa solusinya? Dalam PRU 13, esok lusa ini, UNDILAH PAS  dan rakan PR.

Sunday, March 24, 2013

Lagi 118 Penduduk Batu Caves Terima Geran Tanah.

 
KUALA LUMPUR: Penantian penduduk Kampung Nahkoda dan Kampung Melayu Batu Caves Selatan untuk memiliki tanah sejak berpuluh tahun lalu berakhir apabila ia ditunaikan kerajaan negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

118 orang dari kampung itu semalam menarik nafas lega apabila mereka akhienya mendapat geran tanah dan 18 lagi menerima dokumen tawaran hak milik tanah atau dikenali sebagai Borang 5A. Penyerahan geran dan borang tawaran hak milik itu disempurnakan Menteri Besar  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di majlis Penyerahan Hak Milik Kampung Bendahara dan Penyampaian Notis Borang 5A Kampung Melayu Batu Caves Selatan semalam.

Turut hadir, Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari. Pemberian geran itu antara 104,000 kes tanah rakyat Selangor yang dapat diselesaikan oleh Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.

Muhammad Razali Abdullah (kiri) dari Kampung Bendahara nyata gembira dengan harga premium RM 1,000 yang dikenakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“Alhamdulillah kami akhirnya dapat hak milik tanah yang selama 20 tahun kami tunggu. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Menteri Besar.

“Kita telah lama menunggu tetapi prosesnya kami tidak mendapat apa-apa berita. Dahulunya kami berjuang untuk mendapat harga premium yang rendah tetapi menunggu lama,” katanya dipetik Selangorku.

Bagi Talib Shaari (kanan) yang juga dari Kampung Bendahara, pelbagai alasan diberikan oleh pentadbiran Umno-BN selain diskriminasi politik yang perlu dihadapi dahulu ketika memohon hakmilik.

“Alasan mungkin politik. Dekat pilihan raya janji, tidak diselesaikan. Setelah Pakatan Rakyat selama lima tahun (mentadbir) perkara ini akhirnya berjaya diselesaikan. Terima kasih banyak-banyak,” katanya dengan nada gembira. (Hrkh)

Trend Tak Pakai Bra Serang M'sia? Lihat Gambar...


 
 
TAK pakai baju dalam, kini menjadi trend selebriti Korea.  Budaya inikah yang ingin dibawa masuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO, mentarbiah remaja Malaysia melalui pengimportan artis-artis lucah Korea dengan menggunakan wang rakyat?

Inilah akibatnya bila pemimpin tak tahu dan tidak mahu menghormati agama diangkat jadi pemimpin? Tangan yang mengundi dan menaikkan  mereka juga bertanggung jawab di akhirat, ditanya di hadapan Allah SWT peranan yang  mereka lakukan di atas dunia. Takkanlah orang Islam Malaysia tidak percaya kepada pembalasan akhirat?

Cepat-cepatlah jatuhkan UMNO sekarang, jangan buang masa! UNDILAH PAS..bersama PR. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails