Wednesday, March 27, 2013

Artis Masuk Politik, Sebuah Polemik.

BERIKUT petikan-petikan menarik Wacana Sinar Siri ke-18 bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi. Ahli panel terdiri daripada Bob Lokman dan Hairie Othman yang masing-masing merupakan ahli Pas, Presiden Seniman, Zed Zaidi dan Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

Wacana kali ini, yang berlangsung pada Selasa ini, dikendalikan oleh Dekan Fakulti Teater dan Animasi UiTM, Prof Madya A Razak Mohaideen. Wacana Sinar bermula dengan moderator Prof Madya Razak kemukakan soalan "di Malaysia, artis melukut di tepi gantang. Adakah benar?"

Shuhaimi Baba
Shuhaimi Baba mengemukakan hujah beliau. Di kiri beliau ialah Hairie Othman. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO

Hairie Othman jawab moderator Wacana Sinar: "artis perlu lebih faham dan hak untuk mengundi. Tidak timbul artis digunakan untuk pancing". Malah kata Hairie, "... jika artis tidak undi, ini adalah tidak wajar kerana seolah-olah tidak diberi tanggungjawab"

Shuhaimi Baba pula kata, "artis dalam politik telah lama berlaku, tak boleh dipisahkan, hari ini semuanya politik."
Shuhaimi Baba juga berkata, "... tidak ada apa yang luar biasa, kita boleh bersuara juga dalam politik, seperti kita buat filem."
Shuhaimi Baba tambah kata, "kita buat filem dengan kasih sayang, bukan cakap semasa dekat PRU sahaja tapi sepanjang masa."

Shuhaimi Baba juga kata, "apa yang saya tengok politik sekarang lebih kepada kebencian." Kata Shuhaimi Baba lagi, "oleh itu artis boleh mainkan peranan untuk seimbangkan balik kebencian yang wujud tanpa mengira ideologi."


Zed Zaidi
Zed Zaidi menjawab soalan Razak Mohaideen pada Wacana Sinar Siri ke-18 hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
Oleh itu, kata Shuhaimi Baba, "kita perlu hormat. Itulah integriti, integriti perlu ada. Artis perlu untuk meredakan kebencian."
Bob Lokman: "Seorang artis masuk politik tak perlu nak tunjuk pandai."
Malah kata Bob Lokman, "kredibiliti saya terbukti kerana saya berjaya pancing undi."
Zed Zaidi: "Artis bukan untuk pancing undi. Artis sekarang dah mula bijak berhujah."
Kata Zed Zaidi: "Ia satu anjakan paradigma dalam industri seni. Maaf cakap, ahli politik kurang popular."
Zed Zaidi: "Mereka popular kena cipta kontroversi. Artis nak politik kena atas landasan betul. Biar jadi artis berpolitik yang berkualiti."
Zed Zaidi: "Saya anggapan mereka (artis) berhak menyertai politik."
Kata Zed Zaidi, "artis bukan lagi sekadar penghibur tetapi layak untuk jadi pemimpin."
Zed Zaidi juga kata, "kredibiliti perlu dengan pengetahuan yang tinggi dan kriteria tertentu seperti diploma atau ijazah."

Wacana 18
Bob Lokman (dua, kanan) ketika menjawab pertanyaan moderator, A Razak semasa Wacana Sinar, semalam.
Hairie berkata, "PKR dan PAS khususnya, kita diraikan dan diberikan peluang untuk dedahkan apa yang perlu."
Hairie berkata, "kita diberi peluang, walaupun tak menang, harus diberi peluang diri atas pentas bagi kongsi pendapat."
Hairie: "Tidak tepat untuk tuduh artis tidak laku baru mahu terlibat dengan politik. Saya bangga dengan pencapaian saya."
Hairie Othman: "Tidak tepat bahawa artis itu tidak laku, saya rasa bertuah kerana saya boleh berdiri sebaris dengan pemimpin PR."
Hairie Othman: "Kalau kita nak masuk politik untuk ditawar jawatan, perjuangan kita akan kecewa, lepas itu tidak join dah."

Moderator Wacana Sinar: "Artis sering dilihat takut untuk menyatakan pendirian politik mereka. Adakah kerana takut tak dapat cari makan? Apa pandangan?"

Shuhaimi Baba: "Kalau kita kata artis itu haram, ramai pemimpin di Parlimen juga haram."
Malah kata Shuhaimi Baba: "Ahli politik memang perlu berlakon, lagi banyak lakonannya lagi banyak nilainya."

Zed jawab: "Saya kurang setuju. Apabila artis masuk pembangkang sebab nak perjuangkan Islam, buatlah tapi sekarang sudah jadi lain."
Zed tambah, "Rakan artis pergi Gaza pun kena hentam. Pada saya, artis kena tahu hujah dan fakta supaya org makin sayang."
Malah kata Zed, "orang memang dah pandang negatif pada golongan artis ini, jangan ditambah."

Moderator: "Apakah artis ada satu sifat yang benar-benar bukan berlakon?"

Zed jawab: "Kalau untuk pelakon, cuma berlakon dalam teater atau layar perak saja.
Kata Zed lagi: "Kalau di luar, mereka real. Kalau anda kata YB itu berlakon, suruh dia berdaftar dengan Seniman sebab itu syarat wajib."

Shuhaimi Baba: "Artis digunakan untuk pancing undi, lazimnya dari dulu Hollywood, Bollywood, bezanya artis negara lain kaya."
Shuhaimi Baba: "Artis main peranan kalau pilih artis ada kebolehan, tidak mustahil masuk parlimen."

Soalan kepada panelis: "Kenapa Kelantan tiada pawagam, macam mana jika pembangkang ambil alih?"

Hairie: "Mungkin di Kelantan, rakyat nampak ada pawagam benda yang tidak elok."
Hairie: "Tidak mustahil kalau nanti ada sistem lebih baik, mereka akan terima pawagam di Kelantan."

Moderator: "Adakah Bob kesal menjadi artis?"

Bob Lokman jawab: "Saya tak kata saya menyesal jadi artis."

Moderator soal lagi: "Kenapa tak duduk sebagai artis dan bersihkan dalam industri?"

Jawab Bob Lokman, "saya tak kata jadi artis ini makan duit haram tetapi pinggan yang kita gunakan itu kotor."

Soalan kepada panelis: "Kenapa kita tidak mencipta lebih banyak filem kenegaraan?"

Shuhaimi Baba: "Filem saya tak boleh ditayangkan, ramai hentam apabila saya buat tak boleh ditayangkan pula.
Shuhaimi Baba: "Jadi masyarakat perlu terbuka. Contohnya parti pembangkang telah menghantar e-mel dan sebagainya."
Shuhaimi Baba: "... hakimi filem saya akan beri kesan buruk pada saya dan rakyat terutama pembangkang yang tak melihat tapi kutuk filem saya." (SH)

K'jaan Sementara NS Bermula Tengah Malam Ini


KUALA LUMPUR: Bermula tengah malam ini Negeri Sembilan akan ditadbir oleh kerajaan sementara dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah berkata beliau tidak perlu mendapat perkenan Tuanku Yang Dipertuan Besar untuk mengetuai kerajaan sementara itu.

Bagi penulis Aspan Alias, kata-kata Mohamad itu tidak disenangi oleh banyak pihak kerana Negeri Sembilan adalah ahli kepada Persekutuan Malaysia dan kedaulatan kerajaan negeri itu tidak boleh wujud tanpa adanya Raja Melayu bersama.

“Kita mesti ingat perlantikan seorang Menteri Besar bagi satu-satu penggal itu adalah di atas perkenan Kebawah Duli Tuanku dan perlantikan itu hanya untuk penggal itu sahaja.

“Jika penggal itu tamat maka Kebawah Duli Tuanku wajar memberikan perkenan untuk perlantikan seorang Menteri Besar kerajaan sementara negeri yang dinaungi oleh kebawah Duli Tuanku,” tulis beliau di dalam blognya.

Justeru, ujarnya, bagaimana pula Mohamad Hasan memberikan kenyataan terbuka yang dia tidak payah mendapatkan perkenan Tuanku untuk menjadi Menteri Besar Kerajaan Sementara itu sedangkan hakikatnya rakyat belum lagi memilih kerajaan yang baru.

“Segala tanggungan ini wajar diberikan kembali kepada Tuanku bagi baginda melantik sesiapa yang baginda perkenan untuk mengetuai kerajaan sementara itu,” ulasnya lagi. (Hrkh))

Call Girl Takkan Habis Selagi P/Hiburan Jadi P/Maksiat..

Antara wanita warga China yang ditahan dalam operasi awal pagi semalam.

PUCHONG – Menjadi teman sosial lelaki hidung belang menikmati minuman keras dan boleh diangkut pulang sekiranya bayaran ekstra dibuat. Itu khidmat ditawarkan wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di dua pusat hiburan di sini.

Aktiviti tidak bermoral gadis genit yang dipercayai turut menjalankan khidmat ‘call girl’ itu tumpas, apabila kedua-dua premis tempat mereka bekerja di Pusat Bandar Puchong, diserbu, awal pagi semalam. Ketika serbuan, kesemua GRO terbabit cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis namun berjaya dikepung anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, operasi bermula jam 12.45 pagi di premis pertama terletak di Jalan Bandar 18. Hasil pemeriksaan mendapati premis hiburan terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan sah dari MPSJ. Beliau berkata, lapan wanita warga China tidak mempunyai permit kerja sah dan seorang penjaga premis yang cuba melarikan diri dicekup.

Di premis kedua di Jalan Bandar 19 pula, lima warga China tidak mempunyai permit sah untuk bekerja di negara ini berjaya diberkas.

“Tindakan sitaan peralatan hiburan dan penutupan premis dikenakan di kedua-dua pusat hiburan terbabit. Operasi berjaya dijalankan setelah menerima hasil maklumat orang awam,” katanya.

Menurutnya, tindakan diambil di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Selangor 1995 (2001) kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM25,000.

“Warga asing yang ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi seperti ini  akan dijalankan berterusan bagi mengekang kegiatan tidak bermoral,” katanya.

Operasi diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd semalam dijalankan secara bersepadu bersama pihak polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Aktiviti tidak bermoral takkan selesai selagi BN/UMNO memerintah Malaysia yang mengekalkan perlembagaan penjajah Lord Ried dengan akta hiburan menjadi tempat penyuburan maksiat. Bagaimana mengatsinya? Itulah dengan berdakwah menoak BN UNDILAH PAS dalam PRU 13 ini.

Lebih Banyak Masjid Dibakar Di Myanmar



(AP Photo) 
 

YANGON - Keganasan agama di Myanmar yang telah meragut 40 nyawa kini merebak menghampiri kota raya utama negara itu, Yangon, kata polis semalam. Keganasan baharu melibatkan penduduk Islam dan penganut Buddha tercetus kelmarin dan sekali lagi semalam di beberapa buah kampung di rantau Bago, sekitar 150 ki lometer ke utara Yangon.

Beberapa buah masjid dan berpuluh-puluh kediaman telah dimusnahkan dalam kekacauan yang berlaku.
“Polis dan askar terpaksa mengawal pertempuran yang tercetus hampir sepanjang malam,” kata seorang anggota polis kepada agensi berita AFP.

Menurutnya, sebuah lagi masjid dimusnahkan di bandar Oakpho semalam. Keganasan agama tersebut bermula pada 20 Mac lalu di Meiktila, sekitar 130 kilometer ke utara ibu kota Myanmar, Naypyidaw yang berpunca daripada pertengkaran di sebuah kedai emas. - AFP

Tuesday, March 26, 2013

Rombongan Artis 'Usrah Fitrah' Sertai Misi Ke Gaza

Sebahagian daripada artis dan rombongan yang menyertai misi ke Gaza.

 
HALAMAN HIBURAN
 SEPANG: Kumpulan artis yang menggelar diri mereka kumpulan Usrah Fitrah menyifatkan peluang menyertai misi kedua ke kawasan bergolak, Semenanjung Gaza, Palestin adalah rezeki daripada Allah.

Pengasas dan Ketua Penasihat Usrah Fitrah, Rusydi Ramli Al-Jauhari (Gambar kanan) berkata, perancangan awal kumpulan itu hanya mahu mengadakan lawatan sejarah ke Kaherah, Mesir sebagai salah satu aktiviti kumpulan itu namun pihak Aman Palestin telah menawarkan misi ke Gaza.

"Kami secara dasarnya tidak merancang untuk ke Gaza kerana kekurangan kos tetapi pelawaan Aman Palestin yang ingin menaja pemergian kami ke sana adalah satu rahmat yang cukup besar.

"Selain mengadakan lawatan untuk mendalami sejarah Islam di Mesir, kami turut berpeluang untuk menjalankan misi ke Gaza bagi melihat keadaan terbaharu di sana dan menyampaikan sumbangan," jelasnya ketika ditemui di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Isnin.

Seramai 28 ahli rombongan menyertai misi itu termasuk beberapa orang artis seperti Diana Amir, Yatt Hamzah, Siti Nordiana, Zoey Rahman, Heliza, Sufian (Saujana) dan Eenaz Mokhtar. Kumpulan itu akan berada di Gaza selama dua hari pada lawatan yang bermula pada 25 Mac hingga 2 April.

Dalam pada itu, Rusydi berkata, selain menyampaikan wang sumbangan Fellena Kosmetik bernilai RM20,000 kepada masyarakat Gaza, pihaknya dan Aman Palestin turut menghantar enam orang doktor pakar dari Malaysia bagi mengawal selia doktor-doktor muda di sana untuk memantapkan kemahiran mereka.

"Selain membuat sumbangan kepada masyarakat di sana, Fellena Kosmetik juga berbesar hati untuk menaja lawatan Usrah Fitrah ke sana bagi tujuan tersebut.
"Kami juga akan melihat keadaan terbaharu di sana selain menyenaraikan perkara yang boleh kami bantu untuk lawatan seterusnya," katanya.

Sementara itu, Rusydi berkata, lawatan ke Mesir lebih kepada pengenalan sejarah awal Islam dengan melawat tempat-tempat yang mempunyai pelbagai kisah menarik. Melalui cara katanya, kesemua peserta akan dapat memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah Islam dan tidak hanya tertumpu kepada ceramah di dalam kelas.

"Banyak tempat-tempat yang akan kami lawati yang mempunyai nilai sejarah tinggi supaya pengetahuan tentang Islam lebih luas," ujarnya. (mStar)

S/Sulu: M'sia Munafik, Sekolahkan Putera Ke Indo


Sultan Sulu pilih sekolahkan putranya ke Indonesia 
SULTAN Sulu Muizul Lail Kiram akan menyekolahkan putranya, Muhammad Ihsan (13 tahun), ke sebuah pesantren di Jawa Timur. Pesantren ini bagian dari jaringan jamaah tablig internasional. Dia meminta nama dan lokasi pesantren dirahasiakan demi keamanan putra mahkotanya itu. Dia mengungkapkan dia bakal mengantar putranya itu ke Indonesia, September tahun ini.

"Saya ingin dia menjadi orang alim. Saya juga anggota jamaah tablig," kata Sultan Muizul saat dihubungi merdeka.com melalui telepon selulernya, Jumat (22/3). Dia menambahkan di sana Ihsan bakal belajar menghafal Alquran dan ilmu tafsir soal kita suci umat Islam itu.  Ayah tujuh anak ini menegaskan ilmu agama sangat penting buat keselamatan dunia dan akhirat. "Dia akan menjadi sultan nanti. Tidak ada yang bisa menolong kecuali Allah," ujar lelaki 46 tahun ini.

Menurut dia, pilihan menyekolahkan di Indonesia lantaran sebagian besar kaum muslim Indonesia bermazhab Syafii, persis umat Islam di Sulu. Dari segi bahasa dan budaya juga tidak terlalu berbeda.  Alasan ini pula yang membuat dia tidak mau menyekolahkan putranya ke Malaysia dan Arab Saudi. "Malaysia munafik dan saya tidak suka rezim wahabi di Saudi," Sultan Muizul menegaskan. (M.id)

1,000 Motosikal, Jom Kempen Kekal Kelantan!


konvoi bermotor Pemuda Kelantan

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK) telah melancarkan Kempen Kekal Kelantan (K) hari ini bertempat di Tapak Ekspo Machang, Jalan Machang - Tanah Merah bagi menyemarakkan momentum semangat mempertahankan kerajaan Kelantan daripada dirampas oleh Umno/Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menangkis fitnah yang disebarkan oleh media massa milik Umno/ Barisan Nasional yang semakin menjadi-jadi dalam usaha untuk mencalarkan kredibiliti kerajaan Kelantan di mata rakyat. Pelancaran kempen ini dimulakan dengan perarakan lebih 1000 buah motosikal daripada seluruh pelusuk negeri Kelantan ke tapak program.

Mereka datang dari empat arah berbeza (Kota Bharu, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Puteh) dengan semangat membara untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi golongan muda kepada kepimpinan  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Di tapak program, majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, Bendahari DPPNK.

Solat Isyak berjemaah dan solat hajat turut diadakan kemudiannya diimami oleh Ustaz Asri Daud, Penolong Setiausaha DPPNK.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah umum yang disampaikan di hadapan belasan ribu hadirin oleh Ketua DPPNK,  Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Dato Nasuruddin Daud dan Naib Presiden PAS Dato Haji Husam bin Musa.

Kemuncak majlis pelancaran kempen ialah pelepasan belon dan sepanduk pelancaran oleh Husam sebagai simbolik permulaan gerak kerja kempen 'K'. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails