Monday, April 15, 2013

E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.


E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
Bab 1 
Bab 2  
Bab 3 
Bab 4
Bab 5
Bab 6 
Tambahan:
Ikuti selanjutnya..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-26: Isu PRU 12 (2008)
E-Buku IH-26: Isu PRU 12 (2008) E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas
E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas

Masalah Rumah Putrajaya, Husam Selesaikan Segera..


 

PUTRAJAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga calon PAS bagi Parlimen Putrajaya hari ini, mencadangkan beberapa tawaran kepada kakitangan awam, bagi membantu menyelesaikan masalah perumahan yang berlarutan sekian lama di kawasan pusat pusat pentadbiran kerajaan itu.

Antara tawaran yang dicadangkan ialah, untuk menukar status sewa bulanan mereka kepada sewa beli.

“Sewa beli ini dikira dari mula mereka bayar sewa rumah tersebut dan akhirnya mereka akan dapat memiliki rumah yang mereka diami untuk sekian lama itu. Ini adalah salah satu langkah yang saya akan tangani segera,” ujar beliau dalam sidang akhbarnya di Kelab Tasik Precint 8, di sini.

Tegas Husam, untuk tujuan itu beliau akan menulis surat, untuk mendapatkan temujanji dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Mohd Ali Hamsa bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah perumahan yang semakin menekan kakitangan awam. Beliau membuat cadangan itu selepas menjelajah beberapa kawasan perumahan di Putrajaya dan bersuai kenal serta berdialog dengan penduduk setempat.

Dalam beberapa siri lawatan yang dilakukan, calon PAS Putrajaya itu berkata, beliau telah mengenal pasti beberapa masalah kritikal yang dihadapi kakitangan awam di Putrajaya, khususnya berkaitan soal perumahan.

“Saiz rumah yang disediakan adalah tidak sesuai untuk sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai. Kebanyakan rumah tersebut bersaiz 750 kaki persegi hingga 800 kaki persegi,” ujarnya.

Apa yang penting bagi beliau, kerajaan gagal menyediakan kemudahan perumahan kepada kakitangan awam, kerana hanya mampu menyediakan 1/3 daripada jumlah 16,000 pemohon. Berdasarkan tinjauan, untuk membeli rumah di Putrajaya, ianya merupakan suatu perkara yang mustahil bagi penjawat awam, yang bukan sahaja dari kakitangan sokongan, malah sehingga ke peringkat atasan, ianya menjadi kesukaran.

Ini disebabkan harga sebuah pangsapuri atau apartment mencecah di antara RM120,000 hingga RM150,000. Harga untuk rumah teres dua tingkatyang ditawarkan kerajaan BN di Putrajaya ialah antara RM500,000 hingga RM 750,000, manakala harga untuk sebuah semi D pula antara RM900,000 hingga RM1.8 juta.

“Harga ini semangnya membebankan kakitangan awam, apatah lagi jika kakitangan atasan hendak membeli banglo, harganya mencecah RM2.5 juta ke atas.
“Jadi pada saya harga-harga tersebut tidak memungkinkan kakitangan awam untuk memiliki rumah di Putra jaya walaupun mereka bekerja di sini,” ujarnya. (Hrkh)

Sunday, April 14, 2013

Kes Tampar K/Cawangan UMNO Putrajaya, Husam Perlu Tangani?

 
KL: Perlukah Datuk Husam tangani kes tampar ketua cawangan UMNO Putrajaya ini? Ini ekoran satu laporan polis dibuat ke atas Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor (gambar ) kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Presint 7, 5 April lepas, di mana seorang lelaki mendakwa dirinya seorang kakitangan di Jabatan Perdana Menteri telah dibelasah oleh seorang pemimpin kanan Umno. Lelaki tersebut yang juga berstatus ketua cawangan Umno itu mendakwa, kejadian itu berlaku di Putrajaya pada 5 April lalu pada sekitar jam 11.30 pagi.

Ekoran itu juga mangsa telah membuat satu laporan polis terhadap pemimpin kanan Umno itu di IPD Putrajaya pada hari sama. Dalam salinan laporan polis yang dihantar kepada media, pengadu mendakwa telah pergi ke pejabat pemimpin Umno itu pada hari tersebut untuk mengadu masalah yang dihadapinya.

"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.

"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.

"Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.

"Tujuah saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.

"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Mangsa juga mendakwa sedang menimbang untuk membawa kes itu kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Perlukah Datuk Husam ikut campur membantu? (IH/sumber Hrkh)

Putrajaya: Husam Masuk, Tengku Adnan Mundur.. Mengapa?

KL: Hasrat Datuk Husam Musa untuk bertembung dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor di Putrajaya dalam pilihan raya umum kali ini mungkin tidak akan kesampaian. Ini kerana, angin semakin kencang bertiup kononnya Tengku Adnan tidak akan diletakkan sebagai calon di Putrajaya kali ini.

Ini ekoran satu laporan polis dibuat ke atas beliau kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau. Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Presint 7, 5 April lepas itu dipercayai menjadi pukulan terakhir untuk mengenepikan beliau sebagai calon Putrajaya. Sebelum ini, media mula memainkan berita kononnya Tun Dr Mahathir sendiri akan bertanding di Putrajaya.

Nama rakan Khairy Jamaludin, Zaki Zahid (gambar kanan) juga disebut-sebut bakal bertanding di Putrajaya. Namun hubungan beliau dengan Khairy dipercayai menjadi penghalang utama kepada pemilihan beliau sebagai calon. Zaki Zahid sebelum ini adalah Ketua Unit Dasar Pejabat Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Di sebalik itu, sebuah akhbar melaporkan Dr Mahathir yang sibuk berkempen seluruh negara sekarang berminat untuk bertanding di sana. "Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini," lapor akhbar itu.

Ekoran itu, NGO yang berpusat di Kelantan, 'R' menyatakan kesediaan mereka untuk bertemu dengan jentera Mahathir di Putrajaya.

"Nampaknya Tun Mahathir risau bandar kebanggaannya iaitu Putrajaya tumbang ke tangan "Sultan Muhammad Al Fateh Melenium" aka  Dato Husam Musa," tulis Presiden R5, Nazri Deraman kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, kerisauan Tun Mahathir ada sebabnya, kerana Tengku Adnan Mansor dilihat tidak berupaya langsung untuk melawan tokoh besar itu. Bagi beliau, pengunduran Tengku Adnan akan dilihat memberi kemenangkan moral yang besar kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Dilihat juga kenyataan arwah Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS yang mendoakan Mahathir lanjut usia bagi Tun melihat kemusnahan yang pernah dilakukan sewaktu memegang jawatan PM dulu menjadi REALITI dgn Kekalahan Tun Mahathir di tangan Husam Musa dalam bandar rekaannya, tulis Nazri lagi.

"InsyaAllah kami yakin dan percaya, rakyat Putrajaya dan Malaysia tidak sabar untuk melihat pertempuran paling sengit di Malaysia dalam PRU13 nanti di Putrajaya dan tumbangnya BN di Malaysia," kata Nazri.

Bagi beliau, kerusi Putrajaya akan dinilai oleh masyarakat dunia, kerana ia merupakan pusat pentadbiran Malaysia.

"R menyokong penuh kesediaan Dato Husam Musa untuk bertanding di Parlimen PUTRAJAYA, dan akan mengerahkan seluruh jentera dan aktivis R seluruh negara bagi membantu jentera kempen di Putrajaya.
"Ayuh jadilah Sukarelawan R untuk menumbangkan Tun Mahathir dan mana-mana calon BN di Putrajaya, untuk Malaysia BARU," ajak Nazri kepada semua penyokong Pakatan Rakyat. (Hrkh)

Gagal Lucahkan Aishah Bekas Artis, Calon PAS Rembau..


Oleh TULAG BESI

Peristiwa ini diceritakan kepada saya oleh seorang yang rapat dengan Aisyah (nama sebenar Wan Aishah bt Wan Ariffin- GAMBAR)). Maka, oleh kerana saya kenal sumbernya dan kalau saya sebut nama sumber saya ini nescaya tuan2 dan puan2 pembaca kenal siapa sumber saya ini.

Pada satu hari Aisyah telah menelfon sumber saya ini. Beliau berkata tiba-tiba dengan tidak semena-mena bumbung rumah beliau telah bocor. Kebetulan hari itu hari hujan yang sangat lebat. Air hujan telah masuk ke dalam rumah Aisyah melalui bumbung.

Lantas, sumber saya ini meminta bantuan beberapa orang unit Amal di sebelah Ampang sana untuk menengok-nengok apa yang telah berlaku kepada bumbung rumah Aisyah itu. Manalah tahu, mungkin bumbung rumah Aisyah itu telah rosak akibat hujan yang sangat lebat itu.

Apabila beberapa orang Unit Amal Ampang memeriksa bumbung rumah Aisyah, didapati kebocoran itu berpunca dari lubang yang ditebuk di bumbung rumah Aisyah.

Lubang2 itu kemudiannya akan diletak kamera bagi mengintip Aisyah di kamar mandi atau di kamar tidur atau di tempat2 lain. Tujuannya supaya gambar2 yang tidak elok itu boleh digunakan bagi memalukan atau meengugut Aisyah.

Cumanya belum sempat kamera dipasang, tiba-tiba hujan dan air masuk melalui lubang2 yang ditebuk itu. Allah SWT menyelamatkan hamba Nya.

Kejadian ini membuktikan bahawa ada skuad khas yang ditubuhkan UMNO untuk mengintip serta merekod tindakan2 pemimpin pembangkang bagi tujuan menguntungkan UMNO dan BArisan Nasional.

Usaha2 sebegini sudah tentulah memakan wang yang banyak serta sumber yang besar dan tidak mungkin dijalankan oleh parti2 politik yang bukan memerintah seperti PAS, PKR dan DAP.

Usaha2 ini juga membuktikan UMNO telah bangkrap idea dan terpaksa bergantung kepada mendedahkan aib dan keburukan orang hatta gambar2 bogel dalam bilik mamdi dan bilik tidur pun mereka mahu gunakan. (IH/M'siaWaves)

Info, Kebanjiran Pelacur Atas Keizinan Kerajaan BN..


Sebahagian GRO yang pernah ditahan dalam operasi di Jalan Thambypillay, Brickfields, Kuala Lumpur


KL: Kebanjiran pelacur asing ke Malaysia yang berselindung di sebalik pekerja hotel, spa dan rumah urut refleksologi adalah atas keizinan kerajaan BN.


Menurut minit mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang diketuai Ng Yen Yen sebagaimana didedahkan oleh blogger King of Goblok, kabinet memang bersetuju dengan kemasukan mereka.

Melalui mesyuarat itu, pekerja asing yang diperlukan oleh industri pelancungan negara bagi sektor Perkhidmatan Pelancongan (Spa, Hotel, Refleksologi dan Kedi) sehingga 2016 adalah dianggarkan seramai 20,000 orang mengikut pecahan berikut:

i) Hotel: 10,000 orang
ii) Spa Refleksologi: 7,500 orang
iii) Golf (Kedi): 2,500 orang

Kementerian Pelancungan Malaysia pula menjadi agensi kawal selia bagi subsektor berkenaan. Perkara ini berlaku ketika kerajaan negeri Selangor diserang kononnya memberikan kebenaran kepada pembukaan rumah-rumah urut di negeri itu.

Padahal menurut kerajaan negeri, sejak 2008 lagi, tidak ada satu pun lesen di keluarkan untuk rumah urut di negeri itu. Ia diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tampa Izin (JKKPA-PATI) kali ke - 8 pada 9 Ogos 2012.(Hrkh)

Jangan undi BN, UNDILAH PAS

Klik untuk melihat laporan penuh oleh blog ini.

Di Sini Ada Batu Lucah Mirip Kemaluan ....

Batu mirip kemaluan wanita tarik perhatian dunia
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

JAUH di dalam belantara hutan di Filipina, terdapat sebuah batu karang yang mirip kemaluan wanita.

Baru-baru ini, reporter rocketnews24.com melakukan perjalanan panjang menuju sebuah gua yang katanya mirip alat genital wanita di Filipina. Setelah menempuh tujuh jam perjalanan dari Manila dengan bas, mereka pun akhirnya tiba di sebuah desa terpencil.


photo by rocketnews24.com 


Seorang pemandu jalan kemudian mengantarkan mereka menuju ke sebuah gua di dekat desa. Sembari membawa lampu untuk menerangi jalan, lelaki itu mengingatkan agar reporter berhati-hati saat berjalan kerana mulut gua dipenuhi oleh kotoran kelelawar.

Para reporter diajak untuk masuk lebih dalam. Namun, tidak ada yang tahu apa sebetulnya hal menarik yang ingin ditunjukkan oleh lelaki tersebut pada mereka. Semua masih terasa begitu misterius.


 photo by rocketnews24.com

Akhirnya, setelah masuk agak ke dalam, pemandu jalan itu menunjukkan sebuah batu yang memiliki bentuk luar biasa. Yaps! Batu karang berukuran raksasa itu mempunyai bentuk persis kemaluan wanita.Oooh! Itu rupanya. (IH/M)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails