Sunday, May 12, 2013

Mahfuz Pesuruhjaya PAS Kedah Yang Baru

KL: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak. Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa postmortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 tadi. Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis. Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pendang manakala Ustaz Azizan kekal di DUN Sungai Limau. Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku. (Hrkh)

Pelacur China, Thai, Filipina Pun Jadi Pengundi Hantu?




8 orang pelacur dari negara asing telah di tangkap di sebuah pusat hiburan di Selangor dalam satu serbuan. Yang pelik bin ajaib mereka didapati memiliki kad pengenalan Malaysia palsu..

Kad Pengenalan tersebut mempunyai nombor-nomber berikut:;-

451023-10-3245
550234-07-1123
321109-10-5431

Bila dibuat semakan kali kedua di daftar pemilih SPR di url http://daftarj.spr.gov.my/DaftarjBM.aspx didapati rekodnya sudah tiada... PELIK!!

Lagi pelik kebanyakan mereka mendakwa mereka warga Malaysia.. akan tetapi tiada seorang pun yang fasih berbahasa Malaysia.. kebanyakan mereka betutur broken English. Rupanya bukan BANGLA sahaja, CINA, THAILAND & FILIPINA pun pengundi hantu!! (TKO)

Gambar Himpunan BLACK505 Di Batu Kawan, P.Pg


Photo: 8 15pm at Batu Kawan
Photo: 8:45pm Batu Kawan
Photo: Batu Kawan P.Pinang..8.00pm
Photo




Gambar diperoleh daripada FB. Kredit kepada empunya gambar.

Rahsia Artis Bertudung Ini, mengatakan 'Saya Tidak Bertudung..'

HALAMAN HIBURAN

MANIS bertudung, walaupun ini masih belum penampilan tetap Adira.



FIGURA Siti Adira Suhaimi yang lebih dikenali sebagai Adira berterusan dihimpit cerita sensasi. Tidak habis dengan kes percintaannya dengan penyanyi Alif Aziz, kini nama penyanyi itu terpalit satu lagi kisah kontroversi.

KL: Cerita terbaharu yang menjadi topik perbualan peminat sejak beberapa hari lalu ialah mengenai perubahan penampilan penyanyi lagu Ombak Rindu itu yang didakwa sudah mula berhijab.
Beberapa keping gambar Adira yang mengenakan tudung sudah mula tersebar di internet sejak minggu lepas. Contohnya seperti gambar di atas.

Di sebalik cakap-cakap peminat itu kononnya, ada yang mengesahkan bahawa Adira sudah mula menutup aurat. Tidak mahu mereka terus berteka-teki, Adira lantas bersuara, menurut sebuah berita tempatan:

"Saya masih belum bertudung sebenarnya. Gambar yang tersebar itu adalah ketika saya menghadiri kelas agama. Bagi menghormati majlis, saya telah mengenakan tudung." Menurut penyanyi berusia 22 tahun itu.

Isu tersebut mula timbul apabila akaun laman sosial Facebook miliknya digodam sehingga menyebabkan beberapa kenyataan mengelirukan dikeluarkan oleh penggodam.

"Ini kali kedua akaun Facebook saya digodam. Sejak itu macam-macam kenyataan yang keluar di situ termasuklah kononnya saya sudah bertudung.
"Oleh kerana tidak mahu nama saya terjejas dengan posting yang keterlaluan sebegitu, saya sudah membuat laporan polis beberapa hari lepas," katan penyanyi lagu Ilusi itu.

Salah satu kenyataan yang dikeluarkan penggodam dan menjadi topik perbualan berbunyi: "Saya takut mimpi saya masa tidur tiga minggu lalu. Saya terbayang-bayang hingga sekarang. Saya melihat perempuan yang rambutnya panjang diseksa. Mereka menangis terjerit-jerit. Saya panik, lantas saya bangkit daripada tidur dan mulai terfikir-fikir mimpi saya itu. Alhamdulillah saya mulai memakai tudung yang saya tinggalkan sebelum menjadi artis."

Kenyataan itu antara yang panas dan menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat Adira di internet.
Dalam pada itu, gadis kelahiran Ranau, Sabah itu menegaskan bahawa dia belum bersedia untuk berhijrah atau tampil dengan gaya bertudung buat masa ini.

"Insya-Allah, bila tiba masanya nanti saya akan bertudung juga tanpa dipaksa oleh sesiapa. Sekarang biarlah saya mendekatkan diri dengan ilmu agama dahulu. Tetapi karier saya dalam bidang nyanyian tetap diteruskan kerana ia adalah sumber pendapatan saya," katanya.

Adira kini sering menyertai kelas agama Usrah Fitrah setelah dipelawa oleh rakannya yang merupakan peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5). Moga-moga ilmu yang dipelajarinya akan dizahirkan melalui praktikalnya. Amin!

Oleh Cipan.

PRU 13: Indo Jangan Ucap Tahniah, 4 Penipuan BN..

Pesatnews.com
Media Antarabangsa: Kemenangan BN dibantu oleh 4 penipuan utama
"Pakatan memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta. 

MEDIA Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.

Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.


Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan 4 penipuan utama:
  • Isu dakwat kekal yang luntur,   
  • Pengundi hantu, 
  • Pengundian berulang kali, dan  
  • Warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.
Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta sahaja.


“Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk pemerintahan.
“Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi,” kata laporan itu dipetik.
Sementara itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang ditemubual akhbar tersebut menyarankan kepada kerajaan Indonesia, supaya tidak mengirimkan ucapan tahniah kepada Malaysia ekoran kemenangan BN yang penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah negara.
Katanya, pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila mengongkong media dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam pilihan raya lalu. Rahmat berkata, ekoran kemenangan BN itu, Malaysia tidak mampu untuk membendung ketirisan dan rasuah berleluasa kerana Umno BN adalah parti korup. (IH)

Celcum Siasat SMS Sebar Perkauman. Kita Boleh Agak Kerja Siapa?


PENGGUNA

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Berhad memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci mengenai talian pelanggan yang didakwa digunakan untuk menyebarkan SMS berunsur perkauman.

Rohizan Ismail, Ketua Media dan Hubungan Kerajaan dalam kenyataannya berkata, Celcom tidak terlibat atau bersubahat dalam mana-mana kegiatan penyebaran sms yang boleh mencetuskan keamanan negara.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengadu telefon mereka telah diklon untuk menyebarkan sms palsu berunsur perkauman.

Ekoran itu, Salahudin menuntut Celcom memberikan penjelasan mengenainya kerana beliau menggunakan talian Celcom.

"Celcom menegaskan sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan berorientasikan pelanggan, pihak kami  amat menghormati privasi pelanggan," kata Rohizan dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Dalam siasatan awal, mereka mengesyaki ada pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan teknologi penyamaran (masking) dan menyebarkan SMS berunsur hasutan tersebut.

"Pihak kami akan bekerjasama dengan pelanggan bagi mengenalpasti mereka yang terlibat yang telah menyalahgunakan talian beliau kerana tindakan ini bertentangan dengan piagam pelanggan Celcom.
"Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika siasatan kami mendapati ada unsur- unsur tersebut.
"Kami sanggup melakukan apa sahaja bagi melindungi kepentingan para pelanggan kami dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," kata kenyataan itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita boleh agak kerja siapa? Celcom boleh janji saja la..(Hrkh)

SPR Gagal -Pessuruhjajaya PAS Pahang


Tuan Ibrahim (tengah) bersama Setiausaha Perhubungan Pas Pahang, Roslan Zainal (kanan) dan Bendahari Perhubungan Pas Pahang, Musanif Abdul Rahman di Temerloh, semalam.

TEMERLOH – Pas Pahang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik pada PRU13 khususnya ketua tempat mengundi yang tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan cukupnya.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan petugas SPR tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.

Menurutnya, sebagai contoh di Dun Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali Pas memohon daripada mereka.

“Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana ketua tempat mengundi memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang Parlimen bertukar dengan borang Dun,” katanya, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, antara kepincangan lain, berlaku kes pengundi yang namanya telah digunakan pihak lain di Dun Kuala Semantan dan Pas telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, selain itu ada juga laporan mengenai lima pengundi warga emas berusia 80 tahun yang nama mereka didaftarkan untuk undi pos.

Tuan Ibrahim berkata, PR Pahang akan membuat petisyen bantahan kemenangan BN yang hanya menang sekitar empat peratus di Parlimen Bentong, Dun Damak, Jerantut dan Dun Dong, Raub dalam tempoh 21 hari selepas digazetkan.(SH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails