Monday, May 13, 2013

Kedah: Saya Tak Kecewa, Walau Saya Timbalan -Ir Phahrolrazi


Phahrolrazi Mohd Zawawi.

ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak kecewa meskipun tidak menerajui parti itu di Kedah, sebaliknya Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dilantik Pusat sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.

Ini kerana katanya, pihaknya percaya Pas Kedah kini memerlukan seorang pemimpin yang hebat dan mampu mengukuhkan semula parti selepas kekalahan teruk dalam PRU13 lalu.

“Saya tidak kecewa, walaupun saya timbalan, namun Pusat berhak lantik sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai dan layak terajui Kedah. Saya terima pelantikan Mahfuz atau sesiapa sahaja pilihan Pusat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tiada masalah dan akan memberi kerjasama terbaik kepada pesuruhjaya baru, dalam usaha mengukuhkan kembali parti itu di Kedah.

“Memang benar ada juga timbalan yang dilantik pesuruhjaya, tetapi tidak semestinya. Ia bergantung pada keupayaan dan keputusan pusat,” katanya, yang lebih 30 tahun bersama Pas Kedah.

Menurutnya, tugas sebagai pesuruhjaya amat berat dan memerlukan kepimpinan terbaik untuk memimpin parti, terutama selepas kuasa pentadbiran terlepas kepada parti lawan.

“Jawatan pesuruhjaya hak mutlak pusat, mereka yang tentukan. Tidak seperti jawatan presiden, timbalan presiden atau naib yang dibuat menerusi pemilihan parti. Manakala jawatan timbalan pesuruhjaya dicadangkan oleh pesuruhjaya dan mendapat sokongan jawatankuasa perhubungan negeri,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Phahrolrazi berkata, pihaknya menjangkakan Mesyuarat Agung Pas kawasan di setiap negeri akan diadakan Julai ini bagi membolehkan diadakan mesyuarat Agung Pas Pusat Ogos ini.

Phahrolrazi yang juga Adun Pengkalan Kundor berkata, pihaknya berharap dengan kepimpinan baru ini, Pas Kedah tidak lagi berpuak-puak seperti sebelum ini, ketika diterajui Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Saya harap semua ahli dan pemimpin Pas bersatu, sebab kita pun sudah kalah PRU13. Kena bersatu untuk kuatkan semula parti,” katanya. (SH)


Lagi Akhbar Luar Negara Kutuk Malaysia


Sudah banyak kali saya siar mengenai berita penipuan pilihan raya di Malaysia. Orang luar Malaysia pun tahu, takkan rakyat Malaysia nak duduk diam aje!! Sebelum ini akhbar New Zealand, Akhbar Taiwan kata Najib main magic... Media CNN.. Singapore, Indonasi jangan katalah...




Taiwan

 

New Zealand
 

Lagi, Selebrriti Mahu Berubah. Al-hamduillah! Mai sama-sama Doakan..

LISDAWATI mengakui dia mengubah penampilan dirinya secara perlahan-lahan tetapi sepenuhnya berhijab bermula Sabtu kelmarin.

HALAMAN HIBURAN

Lisdawati berubah untuk kebaikan diri

SETIAP manusia boleh berubah, sama ada seseorang itu menjadi lebih baik atau sebaliknya. Ramai dalam kalangan selebriti wanita berubah ke arah kebaikan, khususnya dengan berhijab. 

Terbaharu, tidak ketinggalan aktres dan isteri kepada aktor Fauzi Nawawi iaitu Lisdawati. Pada satu majlis pelancaran produk Selebriti Cosway di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam, Lisdawati kelihatan anggun mengenakan hijab berwarna jingga. 
 
Kosmo! segera mendapatkan pelakon filem KL Menjerit ini. Ikuti temu bual bersama Lisdawati yang bercerita tentang perubahan penampilan dirinya ini.
Kosmo!: Sejak bilakah Lisdawati berubah (dengan berhijab)?

LISDAWATI:  Sebenarnya niat untuk berubah sudah lama. Jadi, saya lakukan ia secara perlahan-lahan dan tidak mahu ia (dilakukan) dengan tergesa-gesa.
Apa kata Fauzi Nawawi apabila Lisdawati kini berubah penampilan?

Dia terkejut dan tak sangka bahawa saya akan berubah (penampilan ) secepat ini. Bagaimanapun, dia sentiasa beri saya semangat dan dorongan untuk berubah menjadi lebih baik.

Kenapakah Lisdawati tiba-tiba ingin berubah penampilan?

Saya berubah ini bukanlah kerana siapa-siapa. Saya berubah atas dasar niat saya adalah kerana Allah. Saya tidak mahu masyarakat pandang serong dengan perubahan yang dilakukan oleh saya sendiri. Mulut orang kita tak boleh tutup. Jadi, saya berubah dengan pelahan-lahan. 

Pada mulanya, saya ubah dari segi pemakaian. Saya tidak lagi pakai pakaian yang seksi dengan semua pakaian saya bertutup dan longgar. Sebab itu saya cakap, niat memang ada tetapi saya buat semuanya perlahan-lahan. Saya suka untuk menjadi diri sendiri dan bukan orang lain.

Bagaimanakah pula dengan karier Lisdawati sebagai seorang pelakon selepas sudah mula berubah penampilan ini?

Saya tetap berlakon kerana ia adalah punca rezeki saya selama ini untuk saya sekeluarga. Jadi, tidak menjadi satu masalah apabila berubah penampilan dan meneruskan karier lakonan. Malah, kebanyakan watak-watak yang saya raih adalah watak ibu dan yang seumpama dengannya. 

Saya hanya fikir positif, saya cari rezeki untuk anak-anak dan nawaitu saya adalah untuk mencari rezeki. Jadi, saya tak kisah sebab itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepada saya.

Apakah perancangan Lisdawati selepas ini?

Saya teringin sangat mahu buka perniagaan sendiri.
Perkembangan terbaharu Lisdawati?

Saya sudah berehat daripada aktiviti seni selama dua bulan dan mulai minggu hadapan saya akan mula sibuk dengan penggambaran sebuah telemovie. Selama dua bulan ini, saya sibuk jaga anak-anak, suami dan uruskan rumah.(Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Marilah kita sama-sama berdoa kejayaan untuk usaha suci mereka! Alhamdulullah! (IH/SUMBR kOSMO.

Hari Ibu: Wanita Mengandung Anak Haram Bertambah.. Risau Buat Apa?



FATIMAH (tengah) menyampaikan cenderahati kepada seorang ibu tunggal pada sambutan Hari Ibu di Kuching semalam.

KUCHING: Jumlah wanita mengandung tanpa berkahwin atau anak harm hasil dari najis zina semakin membimbangkan di Sarawak apabila mencatatkan peningkatan sebanyak 35 peratus atau 1,658 kes tahun lalu berbanding 1,223 kes pada 2009.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, pihaknya risau dengan trend tersebut memandangkan ia boleh mendatangkan implikasi negatif terhadap perhubungan mereka dengan masyarakat umum.

Berusia 13 tahun sudah lahirkan anak haram

Misalnya, ujar Fatimah, ada dalam kalangan mereka yang berusia 13 tahun sudah melahirkan anak luar nikah tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

“Hal ini akan menyumbangkan terhadap stigma sosial, sekali gus menyebabkan mereka (ibu muda) hidup tertekan.
“Sepatutnya mereka melihat ikatan perkahwinan adalah satu kontrak suci antara suami dan isteri. Ia adalah kontrak yang dipenuhi dengan unsur-unsur agama, moral dan rohani,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bimbang buat apa, selagi hukum dan peraturan negara tidak diIslamiasikan? Pura-pura.. Double standart? Itulah BN/UMNO! (IH/sumber Kosmo)

Gambar Himpunan "blackout" Peringkat Negeri Perak



Himpunan "Blackout" Negeri Perak, Di Hadapan Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat Perak, Medan Istana, Ipoh, Perak malam ini 12hb Mei 2013....Lihat sambutanya.

 























(IH/OK)

Sia-sia Balik Mengundi Dari Luar Negara...


Ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara pulang pada 5 Mei untuk mengundi. Ada dari Australia,Qatar,Saudi,New Zealand ,Taiwan dan negara lain. Diberitakan hampir 10,000 pekerja Malaysia di Taiwan pulang untuk mengundi.

Fenomena ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah PRU negara kita. Mereka pulang dengan mengorbankan masa dan wang demi untuk bersama rakyat lain untuk satu matlamat untuk tumbangkan UMNO dan BN. Tiba-tiba kepulangan mereka seolah-olah sia-sia kerana ditipu oleh SPR.

Bermula dengan kereta bawa kertas undi kosong berkeliaran, karung undi jatuh dari heli, blackout semasa mengira undi hinggalah kertas undi dijumpai. Itu belum campur dengan pengundi hantu dan import. Seperti biasa juak-juak SPR seperti Aziz dan Wan Ahmad ketawa besar sambil berikan jawapan bodoh dan menyakitkan hati. (IH/TKO)

Sunday, May 12, 2013

UMNO Bodoh Tulisan Jawi?

Hari ini sekali lagi saya tergolek kerana terlalu suka apabila mendapat massage daripada blogger pencacai UMNO @ BN (kononnya cybertropper hebat..)

Masej ada seperti berikut: "Admin Nak Tanya Sikit La Untuk Macai-Macai Paktan Yang Beragama Islam... Apa Ayat Yang Dipakai Dikepala Cina Ini...???
Kenapa Cina Ini Pakai...???
Dan..........
Lepas Cina Nie Pakai... Kemanakah Cina Ini Akan Buang Kain Tersebut...???
Tolong Jawab Sat Wahai Macai Pakatan Haprak Yang Bijaksana...!!!
Cina ni mandi junud atau belum untuk pakai kain tu??
~santau menyantau~

Rasanya tak payah jawab, pembaca sudah pun gelak!!
Ini akibat daripada Khir Johari Menteri UMNO yang hapus tulisan jawi di sekolah. Akhir Melayu UMNO bodoh dengan tulisan bangsanya sendiri!!


  
Apabila BN ambil pemerintahan pada tahun 2004 dia tukar papan tanda kerajaan PAS dengan papan tanda biru. Oleh kerana bahalul dalam tulisan jawi.. lihat apa terjadi.
 

Oii UMNO, bacaan jawi pada banner tu adalah “Undurlah Barisan Nasional. Rakyat Dihulukan”.. Kalau saya cakap UMNO banggang, tak tahu jawi nanti ramai yang marah, tapi ni hampas!! 

Patutlah ulama dari UMNO tak berani nak berdebat ngan ustaz dari DAP dalam bahasa arab, rupanya tulisan jawi pun gagal. 



(IH/TKO)

Tulisan jawi di negar China? Lihat Tulisan Jawi Meluas Di Urumqi China.


Hampir keseluruhan bangunan dan kedai-kedai di Bandar Urumqi terdapat tulisan ‘Jawi Urumqi’.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails