Monday, June 03, 2013

Ternak Labah-labah Sumber Pendapatan..

LABAH-LABAH Grammostola mollicoma yang diternak di ladang itu.- AFP  

Klik sini..Ternak Labah-labah Sumber Pendapatan..

Antara siri-siri JOM KREATIF.. 


E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)




E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
  E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Oh, Indahnya Lintah Merah Jambu, Tanda Indahnya Maha Pencipta..



GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan seekor lintah berwarna merah jambu di kawasan sekitar Gunung Kaputar, New South Wales, Australia.- AFP

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
 
Lintah merah jambu terdapat di Australia
SYDNEY - Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.

Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun. Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang. Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun. Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi. - Agensi

Merenung ciptaaNya akan nampak Penciptanya.

Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Syurga Pusat Maksiat Judi Degil Haram Diserbu..

Foto“Malah, premis ini sudah diserbu empat hari lepas namun masih berdegil dan meneruskan kegiatan haram mereka.

ANTARA banyak pusat-pusat judi di negaa ini.. syurga pusat-pusat maksiat..

Pusat judi degil diserbu lagi
Petaling Jaya: Kedegilan pemilik sebuah pusat judi Internet di Jalan Masjid PJU 6A, di sini menutup operasi walaupun sudah diserbu empat hari lalu menyebabkan polis menyerbu lagi premis itu tengah malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, sepasukan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya turut menahan enam lelaki yang sedang leka berjudi Internet.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Fadil Marsus berkata, serbuan yang diketuai seorang pegawai dan enam anggotanya berjaya merampas 33 unit komputer yang digunakan untuk perjudian Internet serta turut merampas peralatan snuker.

Menurutnya, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas wang tunai RM280 dan hasil pemeriksaan premis yang beroperasi sejak empat bulan lalu turut tidak mempunyai lesen.

Kasino mini pusat servis kenderaan
Maran: Di bahagian luar terpampang papan tanda Pusat Servis Kenderaan, tetapi hakikatnya sebuah premis di Jalan Chendor Baru 2, dekat sini, sebenarnya adalah kasino mini yang menyediakan pelbagai bentuk perjudian.

Kegiatan yang dipercayai bermula sejak tiga bulan lalu itu bagaimanapun berjaya dikesan polis selepas serbuan jam 5.30 petang kelmarin sekali gus merungkai persoalan sering diajukan orang ramai yang hairan melihat pintu depan premis itu tidak pernah dibuka dan pengunjung hanya masuk melalui tirai besar yang dijadikan penutup pintu utama.

Sumber polis berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan haram berkenaan.

“Polis membuat intipan setengah jam sebelum menyerbu. Dalam serbuan itu, lapan kaki judi berusia 20 hingga 25 tahun serta seorang penjaga premis itu ditahan.

“Polis turut merampas 24 komputer dipercayai digunakan dalam kegiatan perjudian serta wang tunai RM1,300. Siasatan awal mendapati premis terbabit mula beroperasi jam 9 pagi hingga lewat malam,” katanya.

Sumber itu berkata, kesemua barang rampasan termasuk individu ditahan dibawa ke Balai Polis Maran untuk siasatan lanjut. (IH/myMetro dll)

Lagi Premis Pelacuran Diserbu, Tapi Bukan Kerana Zina..

ANGGOTA penguat kuasa Imigresen memeriksa dokumen sembilan wanita warga asing yang diperalatkan sebagai pekerja pembersihan di Segamat, kira-kira 2 tahun lalu..

KL: Berselindung di sebalik perniagaan kafe, sebuah premis pelacuran diserbu polis ketika sibuk menjalankan perniagaannya di Jalan Kaskas 3, di sini, semalam. Dalam serbuan dijalankan pasukan D7 Bukit Aman jam 12 malam, seramai 17 wanita warga China berusia 25 hingga 30-an ditahan bersama seorang lelaki tempatan bekerja sebagai pembuat minuman di premis itu.

Ketua Operasi Inspektor Y Rajendran berkata, premis itu didapati beroperasi sejak setengah bulan lalu dan waktu operasinya dari jam 7 petang sehingga awal pagi.

“Semua wanita yang ditahan dipercayai melakukan aktiviti pelacuran dan ketika serbuan, mereka sibuk melayan pelanggan daripada warga tempatan.
“Sepuluh daripada mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas ‘isteri’ manakala selebihnya menggunakan pas pelajar dan pengunjung. Namun, kita akan siasat dokumen digunakan mereka,” katanya.

Menurut Rajendran, premis itu didapati melanggar syarat lesen perniagaan yang didaftarkan sebagai kafe, sebaliknya menjalankan kegiatan hiburan dan menawarkan perkhidmatan GRO. Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sebuah premis pelacuran diserbu polis ketika sibuk menjalankan perniagaannya di Jalan Kaskas 3, di sini, semalam. Tetapi penahanan tersebut bukan kerana .kes 'najis zina', tetapi kerana premis itu didapati melanggar syarat lesen perniagaan yang didaftarkan sebagai kafe, sebaliknya menjalankan kegiatan hiburan dan menawarkan perkhidmatan GRO.

Ertinya tiada undang-undang kesalahan 'najis zina' Bagaimana maalah zina nak selesai atau boleh dikurangkan?

Sunday, June 02, 2013

PRU 13: Tanding K/Damansara, PAS Langgar Janji? -Khalid Samad

Oleh Khalid Samad


BEBERAPA hari yang lalu telah saya bahas dari sudut ijtihad atau keputusan strategi. Hari ini saya ingin bahas dari sudut yang lebih berat iaitu akhlak jamaah Islam.

Untuk membahas dari sudut akhlak jamaah Islam, satu persoalan utama perlu dijawab terlebih dahulu. Persoalan ini ialah samada wakil rasmi PAS dalam mesyuarat perundingan kerusi di peringkat PR Pusat telah memberi persetujuan untuk menerima Dr. Nasir sekiranya beliau diturunkan sebagai calon PKR atau sebaliknya? Sekiranya persetujuan telah diberi oleh wakil rasmi PAS di mesyuarat tersebut, maka walau apa pun alasan yang diberi oleh kawasan dan cawangan-cawangan, tindakan PAS bertanding adalah salah dari segi akhlak jamaah Islam.

Sekiranya ianya tidak dibincang dan wakil PAS di mesyuarat perundingan kerusi PR Pusat telah dengan jelas menyatakan bahawa walau apa pun, calon PSM tidak boleh diterima, maka tindakan PKR meletak Dr. Nasir sememangnya menempah masalah.

Sememangnya setiap kerusi dibincang dan diputuskan di mesyuarat PR Pusat. Bukan untuk Kota Damansara sahaja tetapi untuk semua kerusi yang ditandingi. Setiap kerusi dibincang dan diagihkan di antara parti yang terlibat berdasarkan maklumat dari Negeri yang telah diambil dari kawasan. Oleh kerana PAS tiada pertindihan kerusi dengan DAP maka biasanya PAS akan berunding dengan PKR sambil PKR pula akan berunding dengan DAP berhubung kerusi majoriti bukan Melayu.

Dalam soal KD ianya telah ditandingi oleh PKR pada tahun 2008 dan Dr. Nasir jugalah calon yang diturunkan oleh PKR. PKR menurunkan Dr. Nasir sebagai calonnya di Kota Damansara pada 2008 dengan persetujuan mesyuarat PR dan beliau telah menang. Semua yang terlibat dengan mesyuarat PR mengetahui bahawa Dr. Nasir adalah dari parti PSRM pada asalnya tetapi keluar PSRM apabila PSRM disatukan dengan PKR. Dr. Nasir dan beberapa rakannya kemudiannya berusaha untuk mendaftarkan ‘PSM’ sejak sebelum 2008 lagi. Tanpa adanya parti sendiri maka mereka bersetuju untuk bertanding dengan menggunakan lambang PKR. PKR pun bersetuju untuk mengelak berlakunya 3 penjuru dan mesyuarat PR meluluskannya.

Pada 2013 PSM telah didaftarkan. Maka pada ketika itu mereka ingin bertanding atas lambang PSM. Perkara ini, sefaham saya, telah dibawa ke mesyuarat PR. Keputusan mesyuarat PR pada ketika itu ialah sekiranya mereka bertanding atas lambang PKR maka status quo akan kekal dan mereka akan diterima sebagai calon PKR dan dengan itu calon PR. Dan ini dipersetujui oleh wakil PAS di dalam mesyuarat tersebut yang turut menegaskan supaya elak pertandingan 3 penjuru.

Sebaliknya, sekiranya mereka bertanding atas lambang PSM maka mereka tidak mewakili PR. Dalam keadaan itu PKR akan bertanding juga walaupun berlaku 3 penjuru! Yang akan bertanding melawan PSM pada ketika itu adalah PKR bukan PAS! PAS tiada kena-mengena dengan kerusi tersebut kerana ianya kerusi PKR. Itu yang dipersetujui oleh wakil rasmi PAS.

Berbekalkan keputusan ini maka PKR berusaha memujuk ahli PSM untuk bertanding atas lambang PKR seperti pada 2008. Ini adalah untuk mengelak dari berlakunya 3 penjuru yang mungkin akan menyebabkan PKR dan PR kehilangan kerusi berkenaan. Calon PSM untuk DUN Semenyih yang bertanding atas lambang PKR pada tahun 2008 telah menolak tawaran tersebut. Maka PSM turun sebagai calon PSM dan oleh itu berlakulah 3 penjuru di antara PKR, PSM dan BN di Semenyih. PKR bertanding walaupun 3 penjuru adalah sepertimana yang diputuskan dan dipersetujui dalam mesyuarat PR. Hasilnya BN menang di Semenyih dan PSM dianggap membantu BN untuk mencapai kemenangan.

Di Kota Damansara, PKR berjaya memujuk Dr. Nasir untuk bertanding dengan lambang PKR. PKR mengarahkan bakal calon PKR sendiri, iaitu Sdr Razlan Jalaluddin seorang peguam untuk menarik diri dan beri laluan kepada Dr. Nasir. Sdr Razlan akur dengan keputusan tersebut dan menarik diri. Dr. Nasir seterusnya diturunkan sebagai calon PKR. PKR yakin keadaan 3 penjuru telah dielak dan terkejut apabila didapati PAS menurunkan calonnya untuk Kota Damansara pada pagi penamaan calon! Pada ketika itu, dan biarlah kita bercakap ikhlas dalam soal ini, jangan berputar-belit macam Yahudi, PAS turunkan calon menentang calon PKR bukan calon PSM!

Wakil rasmi PAS dalam mesyuarat PR Pusat telah dihubungi. Beliau berada di Sabah dan tidak ketahuan apa dan mengapa perkara tersebut berlaku. Setelah dimaklumkan, beberapa hari kemudian, beliau telah turun dari Sabah ke Kota Damansara untuk mengisytiharkan Dr. Nasir sebagai calon rasmi PR! Malangnya ahli PAS Kota Damansara menolak pendirian beliau sedangkan beliau adalah wakil rasmi PAS dalam soal perundingan kerusi!

Apa yang ditulis di atas adalah apa yang saya dimaklumkan oleh wakil rasmi PAS ke mesyuarat perundingan kerusi PR Pusat, iaitu Setiausaha Agung PAS, Dato Mustaffa Ali. Sekiranya apa yang diceritakan adalah benar, maka amat jelas PAS telah mungkiri janji.

Sekiranya begitu maka amat sangat malanglah keadaannya, lebih lebih lagi sekiranya PAS ingin terus menafikan bahawa PAS telah melakukan kesalahan dengan melanggar apa yang telah dipersetujui bersama. Soal perjanjian dan berpegang kepadanya adalah sesuatu yang amat dipentingkan oleh Islam. Oleh itu tindakan melanggar janji adalah satu tindakan yang tidak boleh dibenarkan dan didiamkan. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

“Dan janganlah kamu jadikan perjanjian yang kamu sertai di antara kamu (sebagai bahan mainan). Akan tergelincir kaki setelah berdiri teguh. Dan akan kamu dilemparkan dengan kehinaan kerana kamu menjadi penghalang kepada jalan Allah (dengan perangai buruk kamu) dan di akhirat akan kamu menerima azab yang dahsyat.”
(An-Nahl 94)

Tindakan langgar perjanjian di dalam ayat ini di samakan Allah dengan tindakan menghalang manusia dari jalan Allah! Kerana dilihat oleh mereka bahawa orang Islam tidak berpegang pada janji. Maka mereka memandang hina terhadap orang Islam dan dengan itu menjadi punca mereka menjauhkan diri dari jalan Allah. Fikir-fikirkanlah. Tindakan tersebut sebagai sebuah ‘Parti Islam’ mempunyai implikasi luas dan terus terhadap tanggapan manusia mengenai Islam itu sendiri.

Untuk makluman, di peringkat Negeri Selangor, soal PAS bertanding di kerusi Kota Damansara tidak pernah timbul walau dalam apa-apa perbincangan. PAS Negeri dan Kawasan telah bersetuju bahawa kerusi itu adalah milik PKR dan PAS tidak akan bertanding di situ! PAS Kawasan Subang, iaitu kawasan di mana terdapat DUN Kota Damansara, bertemu berkali-kali dengan PAS Negeri tetapi hanya untuk berbincang persoalan calon Paya Jaras SAHAJA! Pendirian Negeri inilah yang diulangi di peringkat Pusat.

Adalah merupakan kebiasaan bahawa janji dan persetujuan yang dibuat oleh wakil rasmi sesebuah pertubuhan adalah merupakan janji dan persetujuan pertubuhan tersebut. Sekiranya PAS mempunyai tanggapan berbeza, di mana janji dan persetujuan wakil rasmi yang diberi mandat untuk mewakili PAS di dalam sesuatu perbincangan tidak mengikat PAS, maka perlu diberitahu pada semua dari awal. Dalam ertikata lain, PAS perlu beritahu bahawa wakil PAS boleh berjanji tetapi janji dan persetujuan itu boleh dibatalkan dan dilanggar pada bila-bila masa mengikut keseuaian tempat dan keadaan semasa.

Saya minta pendirian jelas dikeluarkan yang mengatakan begitu sekiranya benar itulah sikap PAS terhadap janji dan persetujuan yang diberi. TETAPI ketahuilah, sekiranya itulah sikap PAS maka tiada siapa akan membuat perjanjian dengan PAS kerana janji tersebut tidak bermakna!

Dalam soal ini hujjah ‘ijtihad pemimpin’ tidak boleh diguna-pakai. Kerana pemimpin tidak boleh berijtihad untuk melanggar perjanjian dan persetujuan yang telah dicapai sebelumnya dengan begitu sahaja. Untuk makluman di antara matlamat utama PR ialah untuk menentukan satu lawan satu menentang BN. PAS telah beri komitmennya untuk mengukuhkan PR. Tindakan bertanding di Kota Damansara bercanggah dengan apa yang dijanji dan dipersetujui.
عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :
" إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالأَمِيرِ خَيْراً ، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ ، إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ ، وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ ، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ ، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ "
[ رواه أبو داود والنسائي ] .


Dari Ayesyah (RA): Telah berkata Rasulullah (SAW):-
Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi seseorang pemimpin, akan diadakan untuknya wazir yang bersifat benar. Sekiranya dia lupa akan diingatkannya dan sekiranya dia ingat akan dibantunya. Sekiranya diinginkan Allah sebaliknya, maka diadakan untuknya wazir yang jahat. Sekiranya dia lupa tidak diingatkannya dan sekiranya dia ingat, tidak dibantunya.
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasaii)

Biarlah ahli PAS menjadi sebagai wazir yang Siddiq yang membantu kearah pengukuhan PR sepertimana yang diinginkan PAS. Maka apabila pimpinan lupa, sama-sama kita ingatkan dan apabila pimpinan ingat dan berusaha keras untuknya, sama-sama kita bantu.

Maka sekali lagi saya nyatakan, sekiranya persetujuan telah diberi oleh wakil rasmi PAS dalam mesyuarat PR bahawa PAS tidak akan bertanding di Kota Damansara apabila PKR menurunkan calon, walaupun calon itu adalah Dr. Nasir, maka tindakan PAS bertanding di Kota Damansara adalah salah, bercanggah dengan akhlak jamaah Islam dan menjatuhkan imej PAS dan Islam dikhalayak ramai.

Saksikan ya Allah bahawa saya telah tunaikan tanggung jawab saya kepada pimpinan saya!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Siapa N/Presiden PAS Pemantau Di S'ngor? Datu Husam?

Ir Iskandar Abdul Samad


Datuk Husam Musa
SHAH ALAM – Seorang Naib Presiden Pas perlu ditugaskan memantau urusan harian Selangor sekiranya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail benar-benar dilantik sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana, Selangor juga merupakan ‘negeri Pas’ memandangkan jumlah kerusi parti Islam itu di Dewan Negeri yang dimenangi adalah hampir sama dengan rakan komponennya, PKR dan DAP.

“Selangor adalah unik kerana selain menjadi ‘negeri Pas’ ia juga ‘negeri DAP’ dan ‘negeri PKR’. Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini ‘negeri mereka’ kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ia adalah ‘negeri Pakatan Rakyat (PR) ’ yang sebenar.

“Pas di Selangor pada PRU13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi Pas di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor berkata, ahli dan pimpinan Pas seluruh negara juga mesti menganggap Selangor sebagai sebuah ‘negeri Pas’ sebagaimana di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Oleh yang demikian, pimpinan Pas terutama pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincangkan dan dibahaskan secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP,” katanya.

Menurutnya, ahli parti sudah bekerja keras mengukuh dan mengembangkan pengaruh Pas di Selangor dan mereka mengharapkan lebih perhatian dari pimpinan tertinggi.  (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang Naib Presiden Pas perlu ditugaskan memantau urusan harian Selangor sekiranya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail benar-benar dilantik sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kata Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan, Ir Iskandar Abdul Samad.

Kalau hal ini berlaku, siapa yang layak dipilih duduk di tempat itu? Setakat ini Naib Preesiden PAS yang masih belum diberi peranan penting dengan tugas-tugas khas,(pada pandangan weblog ini) ialah Datuk Husam Musa... Banyak sebab mengapa dikatakan beliau layak...

Ini Juga, Wanita Ditangkap Tak Berpakaian, Bukan Kerana Zina..

Guru wanita sekolah menengah setapak ditangkap tanpa pakaian ??
GARA-GARA tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah rumah di Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.

Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.

“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama.

“Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.

Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.

Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak.

Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh. – biswardihasbi (Diangkat dari
ZAKRI ALI RANGKUTI)


Komen Weblg Ibnu Hasyim: Mengapa perlakuan najis zina begitu menjadi-jadi? Kerana penajis-penajis zina itu ditahan bukan sebab zina.. tapi sebab 'berkhalwat', rogol kalau di bawah umur walau suka sama suka, dan lain-lain... 

Jadi semata-mata 'zina' tiada peruntukan menurut undang-undang Islam untuknya.. Apalagi mahkamah sivil.
Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails