Tuesday, June 04, 2013

Pertunjukan 1/2 Ini Yang PAS Bantah. Ini Bukti UMNO Suka!

Penari yang terlibat dalam penganjuran majlis tarian separuh bogel di sebuah pusat beli belah Sabtu lalu.

SEGAMAT - Pas Segamat membantah penganjuran tarian separuh bogel yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di daerah ini, malam Sabtu lalu. Yang Dipertuanya, Firdaus Masod dalam satu kenyataan semalam melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia. ..Lihat.. Bantah Tarian 1/2 Bogel, Contohi PAS Segamat -IH...


Gambar ini bukti UMNO suka lucah

Lihat sebeum ini..

Ditahan Kerana Tunjuk Isyarat Lucah, Bawah Takpe..

FotoWANITA warga China (dua dari kanan) menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar dan anggota penguat kuasa.

Nilai: Seorang pelajar wanita warga China di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu kota yang diberkas Jabatan Imigresen Negeri Sembilan kerana disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri, bertindak biadab apabila menunjukkan isyarat lucah terhadap penguat kuasa dan jurugambar bertugas.

Dalam operasi enam jam bermula jam 11 pagi di sebuah penempatan kolej swasta di Mantin, di sini, semalam, pelajar terbabit dipercayai cuba menimbulkan provokasi dan suasana tegang.
Difahamkan, dia bersama teman lelakinya warga Iran dikatakan sanggup datang dari ibu kota semata-mata memadu kasih sebelum dicekup dalam sekatan jalan raya.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman berkata, operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan itu menahan 27 warga asing membabitkan pelbagai kesalahan.

“Pasangan kekasih berusia 20-an itu berang apabila ditahan penguat kuasa dan mempersoalkan kenapa gambar mereka dirakam. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang ini Takpa.. (Video)


M'sia Pusat Edar Steroid?

Steroid Raid Polis siasat dakwaan Malaysia pusat edar steroid

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat laporan sebuah portal berita antarabangsa yang mendakwa Malaysia antara negara yang dijadikan pusat pengedaran steroid oleh sindiket dadah antarabangsa yang menjalankan operasi secara atas talian.
  
Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Haris Wong Abdullah berkata dakwaan portal berita berkenaan akan diteliti serta disiasat sebelum sebarang tindakan diambil.
  
"Polis kini sedang memantau mana-mana sindiket dadah antarabangsa yang cuba menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran dadah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Portal berita berkenaan mendedahkan Malaysia turut dijadikan pusat pengiklanan steroid itu melalui penubuhan ratusan laman web yang dikendalikan sebuah syarikat tempatan.
  
Haris berkata pihaknya kini sedang meneliti beberapa maklumat yang didedahkan portal berita berkenaan dan tidak menolak kemungkinan akan melakukan kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) selepas dakwaan tersebut dapat dibuktikan kesahihannya.
  
Beliau menjelaskan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan termasuk dari sudut risikan dan operasi terhadap mana-mana sindiket dadah antarabangsa yang cuba menjadikan negara ini sebagai pusat pengoperasian mereka. - Bernama

Suami Rogol Isteri? Rasuah..


RIDUAN (kiri) bersama peguamnya Loretto meninggalkan Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu semalam. 


Cuba suap keluarga mangsa rogol
KOTA KINABALU – Seorang pengurus restoran yang sebelum ini berhadapan tuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini semalam atas tiga pertuduhan memberi rasuah kepada keluarga mangsa.

Rasuah berkenaan didakwa bertujuan sebagai ganjaran bagi melepaskan tertuduh, Riduan Masmud daripada kesalahan merogol setelah laporan polis dibuat ke atasnya oleh keluarga mangsa. Riduan, 40, yang kini beristeri dua, termasuk mangsa kes rogol itu serta mempunyai empat orang anak bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Di hadapan Hakim Caroline Bee Majamil, Riduan didakwa memberi suapan masing-masing RM5,000 dan RM2,000 kepada bapa mangsa sebagai dorongan supaya kanak-kanak itu menarik balik laporan polis bahawa tertuduh telah merogolnya. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 18 April lalu di luar pondok pengawal, Institut Sinaran, Jalan Tuaran Bypass di sini antara pukul 9 malam hingga 10 malam.

Tertuduh juga didakwa memberi suapan RM3,000 antara pukul 11 malam hingga 12 tengah malam pada tarikh tersebut di Kantin Naga Emas, Jalan Tuaran Lama atas tujuan sama.

Bagi semua pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. (Kosmo)

Bantah Tarian 1/2 Bogel, Contohi PAS Segamat -IH

Foto Kelab malam yang menghidangkan tarian berahi.Lihat    Tarian Lucah Lentok Kekal Kerana UMNO/BN..

KL: Sepatutnya, semua pihak perlu membantah sekeras-kerasnya penganjuran  tarian separuh bogel di tempat-tempat awam. Ianya melanggar hak-hak tabii masyarakat  bertamaddun,  berakhlak, dan mencemar  kemurnian kepelbagaian agama. Kata editor Webog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

"Inilah yang terjadi apabila negara tidak diperintah menurut dasar perlembagaan megara, Fasal 3 Islam aalah agama bagi Persekutuan".

Katanya, berikutan PAS Kawasan Segamat membantah keras penganjuran  tarian separuh bogel oleh wanita-wanita yang dipercayai di bawa dari luar negara di sebuah pasaraya One Segamat pada 1 jun 2013 jam 8.30pm. Tarian separuh bogel tersebut telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung yang membawa bersama mereka anak-anak kecil dan diadakan pula pada waktu puncak dan malam minggu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," kata Haji Firdaus Masod, Yang Di Pertua PAS Kawasan Segamat dalam kenyataannya.

Rata-rata yang menyaksikan tarian separuh bogel tersebut merasa agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut. Mereka lantas mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh terlepas pandang membenarkan suatu penganjuran yang menampilkan aksi lucah di pertontonkan kepada umum di daerah Segamat ini.

Pihak peniaga juga merasa kurang selesa dengan penganjuran tersebut kerana bunyi lagu yang diperdengarkan terlalu kuat hingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan. Dari sudut agama pula, PAS Kawasan Segamat kesal dengan apa yang berlaku pada malam tersebut kerana ianya secara terang-terangan adalah persembahan yang haram di sisi agama kerana pendedahan aurat yg melampau dan disaksikan pula oleh orang awam.

"Peristiwa ini jelas telah menghina agama Islam dan menghina institusi Islam di negeri Johor itu sendiri," kata beliau kesal.

Bagi beliau, tarian separuh bogel ala padang pasir yang menggayakan aksi lucah ternyata tidak boleh diterima di negara ini kerana ianya bertentangan dengan norma-norma masyarakat serta berdosa oleh semua yang terlibat samada penonton maupun penganjur itu sendiri.

"Justeru kami PAS Kawasan Segamat mendesak pihak berkuasa sama ada Majlis Daerah Segamat atau pun Pejabat Agama Daerah Segamat segera mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan wanita-wanita yang membuat persembahan lucah di khalayak ramai dengan menggunakan segala peruntukan undang-undang yg sedia ada.

"Kami percaya hanya dengan tindakan tegas daripada pihak berkuasa sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.

"Kami berdoa semoga daerah Segamat ini dijauhkan dari bala bencana kerana jika Allah ingin menurunkan balanya ianya tidak memilih hanya kepada pelaku maksiat sahaja tetapi keseluruhan penduduk Segamat akan menerima musibahnya," katanya.(IH)

Monday, June 03, 2013

SPR Bawah Parlimen? Matahari Tegak UMNO Baru Jaga -N/Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri mahu meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen adalah bukti SPR sangat pincang sebelum ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Mursyidul Am PAS.
Matahari Tegak dan UMNO Baru Terjaga

Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara.

Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.

Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang.

Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu.

Jika sebelum ini, ada pemimpin Umno yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden Umno itu sendiri?

Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen.

Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut.

Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?

Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan.

Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul.

Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional.

Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang.

Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak!

Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya.

Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya.

Sayangnya, Umno lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin Umno masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah.

Jika umpama orang yang tidur, Umno hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Mereka Di Periksa! Usia 16 Jadi Pelaris.. Lagi Masalah P/Hiburan,

FotoPEGAWAI imigresen memeriksa wanita warga asing disyaki pelayan dalam operasi Ops Sayang.

Johor Bahru: Seorang remaja perempuan warga Vietnam berusia 16 tahun dikatakan antara pelaris sebuah pusat hiburan di Stulang Laut, di sini, memerangkap lelaki hidung belang berbelanja lebih di premis itu.
Malah, semua 19 gadis pelayan termasuk seorang dari Indonesia dikatakan akan merayu pelanggan membelikan mereka ‘ladies drink’ untuk mendapat pendapatan lebih, sekali gus memberikan keuntungan berganda kepada majikan mereka.

Bagaimanapun, helah pengusaha pusat itu akhirnya terbongkar apabila sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor menyerbu premis itu, malam kelmarin. Dalam ops Sayang bermula jam 11.50 malam itu, seramai 18 wanita Vietnam dan seorang warga Indonesia berusia 16 hingga 43 tahun ditahan kerana disyaki bekerja sebagai gadis pelayan.

Ketua Operasi Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, pemeriksaan mendapati wanita warga asing itu memasuki negara ini sejak tiga bulan lalu menggunakan pas lawatan sosial. (myMetro)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails