Monday, June 10, 2013

Artis Ditangkap Khalwat, Tapi Bina Rumahtangga Baru, Tak Malukah?


HALAMAN HIBURAN
KL: WALAUPUN kes khalwat terhadapnya masih berjalan di mahkamah, namun ianya tidak menjejaskan hubungan rumah tangga yang baru dibina. Hal ini berlaku kepada pelakon Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego,33.

Katanya, kes khalwat yang masih berjalan di mahkamah tidak menjejaskan hubungan rumah tangga yang baru dibinanya bersama Linda Hashim, 29, pada Jumaat lalu. Malah, Beego berkata, Linda dan keluarga mertuanya sentiasa memberi semangat untuk dia berhadapan dan menyelesaikan kes ini.

"Kes itu masih lagi berjalan, saya akan naik mahkamah lagi dan saya sedang cari peguam yang terbaik untuk selesaikan kes ini dengan segera.
"Bagaimanapun, Alhamdulillah keluarga sebelah Linda faham dengan situasi saya dan tahu cerita sebenar, malah memberi sokongan moral kepada saya," katanya ketika diminta mengulas tentang perkembangan kes khalwat terhadap dirinya.

Pada 23 Februari 2011, kira-kira pukul 6 pagi, Beego dan empat lagi rakannya ditahan oleh sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang.
Tambahnya, kes tersebut terjadi sebelum dia mengenali dan bercinta dengan isterinya lagi.

"Linda faham dan terima saya seadanya, sebelum bercinta lagi dia tahu saya seorang artis bermasalah.
"Saya harap selepas berkahwin ini saya akan jadi suami yang terbaik untuk dia," katanya.

Sementara itu, Linda berkata selepas mengenali Beego, lelaki tersebut bukan seperti yang digambarkan sebelum ini.
"Sebelum kenal dia, saya tahu pasal kes itu tapi saya tidak ambil kisah sangat sebab kami kenal hanya sebagai rakan artis, jadi kesihan dekat dia sahaja.
"Namun selepas bercinta, dia jelaskan keadaan sebenar dan bagaimana perkara itu terjadi, dan saya tahu masalah yang datang kepada dia bukan dia yang cari masalah," katanya.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 7 Jun lalu dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, di sini.

Tak malukah? (IH)

Khalid Samad Nak Jatuhkan Ulama & Presiden PAS?

Khalid Abdul Samad

KL: Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad dikaitkan dengan usaha untuk menjatuhkan ulama dan Presiden Pas. Namun beliau menafikan tuduhan tersebut di Shah Alam semalam.

“Itu satu kenyataan rambang dan tidak bertanggungjawab. Tulisan saya tidak pernah menyalahkan sesiapa tetapi saya ingin akui tindakan berkenaan silap dan tidak sepatutnya berlaku dan jangan sekali-kali diulangi."


Beliau juga menegaskan beliau tidak kisah sekiranya tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti pada pemilihan Pas, dijadualkan hujung tahun ini. Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor berkata, beliau tidak berhasrat menggunakan isu insiden hitam di Kota Damansara pada PRU13 lalu sebagai kempen pemilihan itu.

“Kalau berhasrat untuk kempen pemilihan, maka adalah jauh lagi mudah untuk saya puji dan sokong sahaja apa yang di lakukan pimpinan. Tetapi saya tidak ambil peduli soal pemilihan parti dalam muktamar akan datang.
“Kerja saya sebagai pimpinan ialah membetulkan parti sekiranya tersilap dan memimpin ke arah yang menguntungkan parti. Bukan sibuk jaga jawatan dan kedudukan. Kalau tidak dipilih kali ini pun tidak mengapa. Saya tidak kebulur jawatan pun.

Tapi sekurang-kurangnya saya sudah cuba tunaikan tanggung jawab saya sebagai salah seorang pimpinan,” katanya dipetik menerusi blognya http://www.khalidsamad.com/ kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan pelbagai pihak yang dilemparkan terhadapnya susulan kenyataan beliau mengenai isu tersebut sebelum ini. Dalam pada itu, Khalid menegaskan, semua kenyataan beliau mengenai insiden di Kota Damansara itu adalah berdasarkan kepada hujah dan ia sepatutnya perlu dijawab dengan cara itu juga sekiranya ada pihak tidak bersetuju terhadap pendiriannya.

“Yang ingin dibincangkan adalah berkenaan strategi yang silap, yang mendatangkan natijah yang buruk serta imej Pas yang terpalit hasil tindakan bertanding di KD (Kota Damansara), bukan soal wala’ dan thiqah, pro PKR atau sebaliknya. Sebenarnya saya sangat pro Pas bersama PR (Pakatan Rakyat).

“Tulisan saya tidak langsung dituju kepada mana-mana individu. Saya lebih minat bincang apa yang silap dari siapa yang silap,” katanya. (IH)

Lihat sebelm ini...

Abby Abady, Bukan Kali Pertama Dapat Jodoh..



KL: Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby Abadi, “hai abby... betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran” dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.

Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat ‘jodoh’ hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.

Di Shah Alam, menurut Sinar Harian, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali. Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana  isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.
“Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil  langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan  Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai. (IH)

Ahli PAS Dikerah Sertai Black 505 15 Jun -Mohamad Sabu


 
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.

Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505. (Hrkh)

Sunday, June 09, 2013

Mangsa Curi Redha Dg Kecurian Itu, Bolehkah? -Nik Aziz


 

KUALA LUMPUR: “Jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya?” tanya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu menulis demikian di Facebooknya sebagai respons kepada seorang pemimpin Umno Kelantan yang mengajak Pakatan Rakyat menerima sahaja keputusan pilihan raya baru-baru ini.

“Saya membaca Sinar Harian hari ini yang memuatkan kenyataan seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mengajak Pakatan Rakyat menerima sahaja keputusan pilihan raya, usahlah dipersoalkan lagi ketelusannya.

“Saya terfikir, jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya, bolehkah mangsa tersebut redha?” tulis beliau.

Suami B/Presiden Megawati Indonesia Meninggal Dunia Di S'pura







JAKARTA: Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia Taufiq Kiemas (gambar), yang juga suami bekas presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri, meninggal dunia di Singapura malam Sabtu akibat serangan jantung.

Agensi berita Antara memetik Ketua Bidang Undang-undang Jawatankuasa Pusat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) Trimedya Pandjaitan sebagai berkata tokoh politik PDIP itu meninggal dunia pada pukul 7 malam waktu Singapura, pada usia 70 tahun.

Allahyarham sebelum itu dirawat di Singapore General Hospital selepas mengadu tidak sihat sejurus selesai menghadiri majlis peringatan kelahiran Pancasila di Ende, Nusa Tenggara Timur pada 1 Jun lepas. Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang menerima berita sedih itu berkongsi rasa kesedihan terhadap pemergian seorang tokoh negara.

"Presiden berasa duka yang mendalam atas nama peribadi dan negara," kata jurucakap Presiden, Julian Aldrin Pasha kepada agensi berita Antara.

Jenazah Allahyarham Taufiq akan dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata di sini pada pukul 11 pagi esok sejurus tiba di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma dari Singapura. - BERNAMA

IKLAN:
Kontrak Ambil Sawit -Warga Indo.

Kontrak Ambil Sawit -Warga Indo.  
Hubungi: Mail (M'sia) O14 2225865 & 011 23028768
Khidmat Pembantu Rumah
  Khidmat Pembantu Rumah 
Hubungi En. Affan 011 23028768

Bina Masjid Di Kutub Utara, Sebelumnya Menumpang Di Gereja..

   

SELEPAS berjaya mendirikan masjid pertama di Kutub Utara, Muslim Kanada berjaya menambah menara di masjid yang berwarna kuning yang terletak di bandar Winnipeg-Inuvik itu.


"Inilah menara masjid yang dibina di Kutub Utara. Menara itu sangat indah ketika kami nyalakan lampu-lampunya di tengah kegelapan, "kata Amier Suliman, ahli jawatankuasa masjid dengan bangga.

Menara itu dengan ketinggian kira-kira 10 meter, menambah kemegahan masjid. Komuniti Muslim di Inuvik-bandar yang terletak 200 kilometer dari Kutub Utara sudah lama mahukan sebuah tempat yang selesa untuk menjalankan ibadah mereka. Tapi impian itu ditangguhkan kerana harga bahan binaan dan kos  pembinaan yang sangat mahal.

Sebuah syarikat pembekal bahan bangunan di Manitoba bersetuju untuk membina struktur masjid itu di kilangnya. Setelah siap dibina, struktur binaan tersebut ditarik dengan kapal ke Inuvik. Syarikat itu hanya mengenakan bayaran separuh daripada harga yang sepatutnya dibayar.

Setelah melalui proses dan perjalanan panjang melalui daratan dan sungai di sepanjang wilayah Barat Kanada, masjid kecil berukuran 140 meter persegi yang diperbuat daripada bahan kayu itu akhirnya tiba di Inuvik. Di bandar itu komuniti Muslim berkembang pesat dan jumlahnya bertambah ramai. 

Oleh demikian mereka merasa perlu memiiki sebuah masjid. Komuniti Muslim di Inuvik yang berpenduduk kira-kira 4000 orang itu, sebahagian besar berasal dari Sudan, Lebanon dan Mesir.
Penambahan menara masjid disambut gembira oleh komuniti Musim di Inuvik. 

"Sesetengah orang akan berkata ini adalah sebuah titik permulaan terbaru bagi Islam. Tapi bagi kami, yang penting adalah kaum Muslimin di sini biasanya melaksanakan solat Jumaat dengan menumpang di sebuah gereja Katolik, sekarang sudah mempunyai tempat selesa untuk beribadah, lengkap dengan menaranya".

Terang Amier Suliman ahli jawatankuasa masjid kutub utara. (IH)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails