Tuesday, June 11, 2013

‘Political liaison', Tahniah Dr Dzulkefly, Teresa Kok; Saifuddin Nasution.

 Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM – Pelantikan Pegawai Perhubungan Politik di Selangor disifatkan sebagai kekuatan PR Selangor bukannya kelemahan pentadbiran seperti didakwa. Bakal Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar yang mewakili Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kewujudan jawatan ini merupakan keunikan pentadbiran Selangor yang mencerminkan keserasian.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, pelantikan jawatan baru daripada ketiga-tiga parti komponen PR bukanlah melambangkan kelemahan tetapi kekuatan PR Selangor.

“Gandingan yang dipilih pimpinan tertinggi parti iaitu Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan diri saya sendiri yakin dapat memperkasa kepimpinan PR Selangor.

“Selangor cuba jadi perintis kepada keunikan pentadbiran PR. Jika di Pulau Pinang ia hanya dikuasai DAP, Kelantan hanya ditadbir Pas. Tetapi berbeza dengan PR Selangor yang melibatkan ketiga-tiga parti komponen,” katanya semalam.

Menurut Dzulkefly, dalam penggal kedua pentadbiran PR Selangor mereka akan bekerja keras untuk melaksana janji manifesto seperti yang diharapkan oleh rakyat. Dalam perkembangan sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Pas Selangor terutamanya, Pesuruhjaya Pas, Dr Abdul Rani Osman di atas pemilihannya.

“Saya tahu ini tugasan berat bagaimanapun sebagai Pegawai Perhubungan Politik yang baru dilantik masih belum jelas dengan portfolio dan bidang tugas yang bakal dilaksanakan.
“Saya tak mudah kerja ini kerana mandat besar yang diberikan rakyat dengan kemenangan dua per tiga. Amanah besar ini akan  dipikul dengan akauntabiliti,” katanya. (SH)

Tilawah Al-Quran K'saan: MB K'tan Baru, PAS Menuju Era Baru?


 
Kelantan tuan rumah tilawah al-Quran selepas 23 tahun

KOTA BHARU: Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Tilawah kali ke-56 diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini. Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Besar; Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Kerajaan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri serta pusat.

Perdana Menteri merakam ucapan terima masih kepada Kerajaan Kelantan kerana setuju menjadi tuan rumah pada tilawah kali ini.

"Ini mencatat sejarah sebagai menyambung penyatuan ummah," katanya pada ucapan perasmian.

Sebelum itu, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana Kelantan dipilih julung kali sebagai tuan rumah. Ini selaras dengan minat yang mendalam rakyat Kelantan terhadap al-Quran sejak dahulu lagi. Seramai 29 qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan pada tilawah yang bermula malam ini.(Hrkh)

Komen  Weblog Ibnu Hasyim: Menonton Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan malam tadi, Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di sama. Tilawah kali ke-56 diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini. Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang mengucapkan syabas kepada RTM atas liputan langsung ucapan Menteri Besar Kelantan ketika perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-56 di Dewan Balai Besar, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di Kota Bharu, malam tadi. (Syabas RTM siar langsung ucapan MB Kelantan)

Sehngga ada kawan-kawan kita berbisik, "Apakah ini pendekatan MB Kelantan Baru dalam  menuju  PAS era baru?

Gadis 13 Tahun Lari Ikut Kekasih. Dimana Salahya?

SITI RAHAYU (kiri) dan suaminya, Zamri bersama anak kedua mereka, Siti Nur Ratna Sari menunjukkan gambar dan poster Siti Nur Nilam Sari di Melaka semalam. 

MELAKA - Sepasang suami isteri kini bingung memikirkan nasib anak gadis mereka yang menghilangkan diri dari rumah neneknya sejak lima hari lalu. Zamri Ajid, 39, dan Siti Rahayu Amat, 35, berkata, Siti Nur Nilam Sari, 13, dipercayai mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Riduan.

Menurut Siti Rahayu, ketika hilang pada 4 Jun lalu anak gadisnya yang berkulit hitam manis memakai baju-T berwarna putih dan baju sejuk kelabu serta berseluar jean sambil membawa beg tangan berwarna hitam.
Katanya, pada malam sebelum kejadian, dia dan suami sempat makan malam bersama Siti Nur Nilam Sari sebelum menghantar gadis itu ke rumah ibunya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai pada pukul 11 malam.

"Bagaimanapun, pada pukul 1 petang esoknya, saya dimaklumkan oleh adik saya bahawa Siti Nur Nilam Sari sudah tiada di rumah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah kerajaan tidak merasa bertanggungjawab atau bersalah?

Apa Rahsia Lelaki-lelaki Ini Pakai Skirt?


PEMANDU kereta api, Martin Akersten memakai skirt sebagai tanda membantah polisi seragam syarikat yang melarang mereka memakai seluar pendek ketika musim panas.- AP


STOCKHOLM - Para pengguna kereta api di wilayah utara Stockholm akan bertemu dengan pemandu serta konduktor kereta api lelaki yang memakai skirt di tempat kerja mereka.
Seorang pemandu kereta api, Martin Akersten memberitahu dia dan rakan-rakannya yang bekerja di stesen Roslagsbanan mula memakai skirt pada musim panas ini untuk membantah polisi syarikat yang menghalang mereka memakai seluar pendek.

Akersten, 30, memberitahu maklum balas daripada orang ramai terhadap tindakannya itu adalah positif. Syarikat pengendali kereta api terbabit, Arriva bagaimanapun tidak menghalang perbuatan tersebut.
Jurucakap Arriva, Tomas Hedenius menyatakan syarikat mahu kakitangannya untuk kelihatan kemas, tetapi tidak boleh menghalang pekerja lelaki daripada memakai skirt sekiranya itu yang mereka mahu.
Hedenius bagaimanapun tidak menyatakan bahawa polisi uniform syarikat akan berubah. - AP

Hina Nabi: Mereka Bantah Facebook Calvin Gani & Rakyat Anarki..

SEBAHAGIAN daripada gabungan 15 NGO Melayu Islam menunjukkan salinan laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW di Kuala Lumpur semalam. 


KL - Perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW terutamanya melalui media sosial adalah perbuatan biadap dan individu terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perbuatan itu perlu segera dibendung kerana ia boleh mencetuskan kemarahan umat Islam selain boleh menggugat keharmonian antara agama.

Menurut beliau, para penulis media sosial baharu perlu bertanggungjawab atas setiap apa yang ditulis apabila ia menimbulkan ketegangan serta menyinggung agama yang dianuti masyarakat dalam negara.

"Penulis media sosial yang sewenang-wenangnya menggunakan medium itu untuk tidak menghormati agama lain perlu menerima risiko tindakan undang-undang yang bakal dikenakan," katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2013 di Wangsa Walk di sini semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Zainal Abidin Jaffar.

Jamil Khir berkata demikian sebagai mengulas isu dua akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang menghina Allah SWT, Rasul SWT dan Islam, tidak boleh dimaafkan. Orang Islam yang mengatakan Islam dan perundangannya  tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, adakah tidak menghinakan  Islam, Allah dan Rasul?  Boleh pula luah perasaan melalui demontrasi jalanan?

Gambar Aksi Polis Wanita Bertudung, Tetap Cantik & Dihormati.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Malaysia: Polis Wanita sedang  bertindak ke atas aktivis yang sedang berdemonstrasi di Kuala Lumpur, 1 Ogos 2010
polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Aceh: Polis Syariah sedang soal siasat perempuan yang tidak berjilbab di Banda Aceh, Indonesia 19 Desember 2012.
polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Aceh: Polis Wanita bertudung sedang  mengatur jalan di Banda Aceh, Indonesiam 30 Oktober 2009.
  
polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Iran: Seorang remaja melintas di samping Polis Wanita bertudung yang sedang berbaris memegang senjata di Akademi Polisi di Tehran, Iran, 4 Oktober 2003.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Iran: Polis Wanita sedang di dalam kereta Polis di jalan Tehran, 22 April 2006.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Bahrain: Polis Wanita di Manama, Bahrain. 28 Oktober 2010.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Libya: Polis Wanita dengan pakaian seragamnya di Tripoli, 4 September 2011.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Kuwait:  Polis Wanita di TPSdi Jahra, Kuwait. 2 Februari 2012.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Dubai: Seorang Pos Wanita berdiri di depan kereta polis di Dubai, 7 Mei 2013.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Jordan: Seorang Polis Wanita sedang memeriksan wajah perempuan yang menggunakan cadar di tempat pilihan raya Amman, 9 November 2010.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Palestin: Pois Wanita Hamas sedang melaksanakan suatu upacara di Gaza.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
India: Seorang Pos Wanita memakai helmet semasa mengamankan aksi unjuk perasaan di New Delhi, 9 Desember 2012.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Afghanistan: Pois Wanita sedang dilatih cara penggunaan senjata di Gozarah, Herat, Afghanistan, 22 Desember 2012.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
England: Dua orang Polis Wanita bertudung polisi sedang berjaga di sebuah jalan di London.

Sweden: Aduh manisnya Donna Eljammal  yang berusia 26 tahun ini (gambar)! Dia merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang pakai tudung. Lapor metro.se (05/12/11), media lokal dalam bahasa Sweden.. (IH)

Lihat sebelum ini..

Monday, June 10, 2013

PRU 13, Zahid Hamidi Belanja Lebih RM200,000 Langgar Akta..


PKR: Zahid belanja lebih RM200,000 masa kempen

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR.

Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000.

Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini. Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini. PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen. (Sumber MK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails