Sunday, July 21, 2013

Saintis Australia Cipta Baju Selam Anti Jerung

SAM turut menghasilkan pelekat papan luncur kepada peluncur yang berani beraksi di perairan dihuni jerung. 

JOM KREATIF

SAINTIS Australia berjaya menghasilkan sepasang baju selam anti jerung yang mampu membuatkan si pemakainya menjadi halimunan dari mata kasar jerung sewaktu berenang di dalam laut. Sepasukan pakar dari Universiti Australia Barat, bergabung mereka pakaian selam itu menggunakan Sistem Tebatan Serangan Jerung (SAM).

"Baju selam yang dinamakan, Elude berjaya menghasilkan satu ilusi halimunan pada pandangan mata jerung kerana ikan tersebut bersifat buta warna. Baju ini juga mampu menyelamatkan nyawa," kata salah seorang pereka kepada MailOnline.

Baju selam anti jerung itu turut dilengkapi corak jalur mirip warna ikan beracun berfungsi sebagai amaran kepada pemangsa akuatik itu agar menjauhi penyelam. Saintis menjelaskan, walaupun jerung amat sensitif pada deria bau, ia turut bergantung pada penglihatan ketika hendak menyerang mangsanya.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Mesir Gadis 17 Tahun Syahid Diserang Tentera.

Mesir.  Kekejaman Militer Mesir dan kelompok jahat pengganas yang menentang presiden Mursi kembali memakan korban. Dalam sebuah konvoi demonstran di kota Mansurah, para pengganas tersebut menyerang kerumunan massa dan menyebabkan jatuhnya beberapa korban jiwa.

Salah satunya adalah Haalah Muhammad Abu Syu’aisyi’ (17 tahun), seorang gadis yang mendapatkan syahadah. Beliau meninggal dunia dalam serangan kelompok jahat itu terhadap konvoi penyokong Presiden Mursi, Jumat 10 Ramadhan 1434 H kemarin. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un!

Berikut adalah kutipan dari Status Facebook terakhirnya sebelum menjemput syahadah:
“Cinta kami kepada mati syahid jauh lebih kuat daripada cinta kami kepada hidup. Janganlah kalian menantang kami; mati syahid adalah cita-cita tertinggi kami.”  

(IH/msa/sbb/dkw)

 Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Mesir: Keganasan & Keganjilan Berlaku Dalam Demontrasi.

Mesir.  Militer Mesir kembali bertindak terhadap gelombang kebangkitan rakyat yang menyokong presiden sah Muhammad Mursi. Jumaat (19/7). Militer menyebarkan sekeping kertas ancaman dengan bahasa keras kepada penyokong Mursi, dan dibuktikan denggan jatuh gugurnya beberapa korban jiwa dibeberapa tempat seperti di kota Mansurah.

Namun berbeda pula dengan yang terjadi di bundaran kota Tahrir. Agak ganjil, militer membagi-bagikan kupon tawaran hadiah pula kepada para demonstran di situ bagi menyokong kudeta. Tetapi yang berlaku sebaliknya, penyokong kudeta semakin berkurangan. Padahal gerakan Tamarrud atau pembangkang kudeta telah menyatakan akan mengadakan demonstrasi menyokong Mursi secara besar-besaran.

Bukan hanya membagi-bagikan kupon saja, para penyokong pemerintahan jahat hasil kudeta itu juga melakukan propaganda media. Salah satu televisyen terus melakukan penipuan. Tayangan demonstrasi penyokong Presiden Mursi ditampilkan tetapi dilapor sebagai demonstrasi yang menentang Presiden Mursi.
(IH/msa/sbb/dkw)

PENYOKONG Presiden Mesir yang digulingkan secara haram, Mohammed Morsi, berarak di Kaherah kelmarin. 

 Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Tunggu! Kini Mujahiddin Rohinya Akan Bangkit Pertahan Diri..


Mujahiddin Rohinya dilatih saudara Islam Indonesia

Apakah sudah terlambat untuk membela diri, agama dan harta yang diwajibkan ke atas umat islam menjaganya? Dalam keadaan umat Islam hampir pupus di Myanmar baru kedengaran suara penentangan dari anak tumpah darah Myanmar sendiri, suku Rohinya.

Menurut sebuah page FB sekumpulan kecil Muslim rohingya kini sedang dilatih oleh saudara seagama dari Indonesi namun lokasi latihan masih belum didedahkan.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar mereka di pusat latihan.


Rasanya cuma 100-200 orang dengan senjata yang terhad. 

Lagi mengenai Mujahidin Rohingya..

Presiden Myanmar Nafi Pembersihan Etnis Rohingya


Presiden Myanmar Thein Sein hari ini membantah tuduhan adanya pembersihan etnis terhadap Muslim Rohingya. Dia mengatakan klaim itu adalah sebahagian dari sebuah kempen kotor terhadap pemerintahannya.

Saat kunjungannya ke Ibukota Paris, Perancis, Thein mengatakan kepada televisyen France 24, pemerintahannya tidak bersalah atas tuduhan itu, seperti dilapor situs asiaone.com, Jumaat (19/7).

"Semua itu hanya melebih-lebihkan saja, pemalsuan pemberitaan, tidak ada pembersihan etnis apapun," kata Thein.
"Ini adalah kempen kotor buat melawan pemerintah. Apa yang terjadi di Negara Bahagian Rakhine bukanlah pembersihan etnis."

Pada April lalu, Pengawas Hak Asasi Manusia (HRW), menuding Myanmar melakukan sebuah kempen pembersihan etnis terhadap Muslim Rohingya. Pernyataan itu muncul setelah adanya bukti kuburan massal dan pemindahan paksa terhadap puluhan ribu warga Rohingya.

Lembaga sawadaya masyarakat yang berbasis di New York, Amerika Syarikat, itu mengatakan para pejabat Myanmar, pemimpin masyarakat, dan biksu Buddha, telah mengatur dan mendorong massa, yang disokonng pasukan keamanan, melakukan serangan terkoordinir terhadap desa-desa warga Muslim di sebelah barat Rakhinepada Oktober lalu.

Kerusuhan terjadi tahun lalu di Rakhine menyebabkan sekitar 200 orang terkorban dan 140 ribu warga lainnya terlantar, terutama dari Muslim Rohingya, yang ditolak kewarganegaraan oleh pemerintah Myanmar.  Puluhan orang terkorban lagi dalam pergaduhan antara kelompok Buddha dan warga Muslim di Kota Meiktila, pusat Myanmar pada Mac lalu.

Thein mengatakan kerusuhan yang terjadi telah terkandung berbagai kepentingan. Dia berkeras agar pihak berwenang mencari cara untuk mencegah kekerasan. Thein melakukan kunjungannya ke beberapa negara Eropah, seperti Inggeris dan Perancis.

"Pemerintah mampu membendung kekerasan yang terjadi dan semuanya kembali normal," ucap Thein.
"Pemerintahan saya telah mendirikan sebuah komisi independen untuk menyelidiki penyebab terjadinya kekerasan. Kami juga telah melaksanakan rekomendasi yang dikeluarkan oleh komisi itu," tegas presiden 68 tahun itu.
Rohingya_refugees-500x344  Tidak benar muslim Rohingya adalah pendatang di Myamar, muslim Rohingya adalah penduduk asli di Myanmar..
Mujahiddin Rohinya dilatih saudara Islam Indonesia akan bangkit, insya Allah!

Che Long Santuni Pengundi Awal Di Kem TUDM 79.36% Mengundi



BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut, Endot@ Azlan Yusof atau panggilan mesranya Che Long berada di pusat pengundi awal dari pagi hingga petang.

Kehadiran Che Long seawal jam 8.30 pagi menyantuni anggota tentera dan polis yang terlibat dengan pengundian awal yang diadakan di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Gong Kedak Besut, hari ini. Che Long ditemani Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad disambut mesra oleh hampir kesemua pegawai dan kakitangan anggota tentera dan polis yang mengundi awal ketika beliau memperkenalkan dirinya.

Kata Che Long, sambutan anggota tentera yang mengundi hari ini cukup baik dan berharap boleh berlaku perubahannya.

“Kita tahu masalah orang dalam kem ini bukan semuanya sokong kerajaan BN, tapi mungkin ada yang ‘takut-takut’. Insya Allah, kita berdoa semoga Allah SWT beri kekuatan kepada mereka (pengundi) untuk berubah.
“Insya Allah…Che Long harap mereka boleh undi Che Long dan beri kemenangan kepada PAS,” ujarnya.

Harakahdaily dimaklumkan, seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis layak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil ini. Pengundian awal tersebut dijalankan menerusi dua saluran yang dibuka oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di TUDM, Gong Kedak, Besut.

Sementara itu mSar Online melaporkan peratusan jumlah keluar mengundi bagi proses pengundian awal pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ialah sebanyak 79.36 peratus. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata, jumlah anggota tentera dan pasangan serta polis yang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi ialah hanya 911 orang. Angka berkenaan lebih rendah daripada jangkaan SPR sebelum ini yang mensasarkan peratusan keluar mengundi bagi pengundian awal ialah sebanyak 95 peratus.
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

Artis Seksi Bollywood Memeluk Islam





BEKAS pelakon Bollywood Mamta Kulkarni, yang beraksi dalam banyak filem superhit semasa 90-an, dilaporkan memeluk agama Islam.

Menurut buzz, pelakon kontroversi itu telah memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan teman lelakinya Vicky Goswami pada 10 Mei. Pada masa ini, dia dipercayai telah menetap di Nairobi, Kenya, dengan suaminya.

Kulkarni berkahwin dengan Goswami 52 tahun selepas sekian lama menjalin hubungan ketika suaminya berada di penjara di Dubai.

Beliau juga menguruskan perniagaan hotel suaminya. Suaminya, Goswami juga tidak lekang dengan kontroversi. Beliau telah ditangkap oleh polis UAE pada tahun 1997 selepas terlibat dengan penyeludupan dadah. Hukumannya dikurangkan selepas beliau memeluk agama Islam.

Beliau telah dibebaskan pada 15 November tahun lepas. Kontroversi Kulkarni yang pertama dicetuskan pada tahun 1993 apabila dia bergambar tanpa coli  di halaman cover majalah Stardust sehingga menyebabkan dia didakwa di bawah undang-undang kelucahan melampau India.

Mamta Kulkarni telah beraksi dalam filem-filem seperti 'Aashiq Awara', 'Waqt Hamara Hai',  'Krantiveer',  'Karan Arjun',  'Sabse Bada Khiladi', 'Baazi',  'China Gate', dan 'Ghatak: Lethal'.

 Mamta Kulkarni bersara dari showbiz setelah 11 tahun berkecimpung dalam industri filem Bollywood. (IH/GP)

LIhat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails