Monday, July 22, 2013

You don't know my father... Sambut Ramadhan Dg Arak, Tarian Tiang.....

Tarian tiang cemari Ramadan
Kesemua wanita yang juga disyaki GRO dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.
Tarian tiang cemari Ramadan
Kesemua mereka beragama Islam dan sanggup melayan pelanggan tanpa malu.
Tarian tiang cemari Ramadan
Penguatkuasa membuat pemeriksaan terhadap semua lelaki beragama Islam yang disyaki minum minuman beralkohol.
Tarian tiang cemari Ramadan
Tidak tahu malu, ke

GEORGETOWN - Seorang janda dicekup Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) ketika sedang asyik mempamerkan aksi ghairah menari tarian tiang di sebuah pusat hiburan awal pagi semalam.

Wanita berusia 27 tahun itu pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguatkuasa JAINPP, namun kemudiannya dia serta merta terjun dari pentas tarian setelah melihat penguatkuasa menyerbu masuk premis berkenaan.

Ibu beranak satu itu pada mulanya mengaku namanya Alvy dan menggunakan loghat Cina untuk bercakap Melayu. Ia bagi mengelakkan penguatkuasa mengecamnya Melayu yang beragama Islam. Ketika diminta memberikan kerjasama menyerahkan kad pengenalan, wanita yang menggelar dirinya Alvy itu cuba menengking anggota penguatkuasa JAINPP.

“You don't know my father (awak tidak kenal ayah saya), why you don't respect me (kenapa tidak hormat saya), saya datang untuk seronok-seronok saja,” katanya.

Namun setelah hampir 15 minit barulah dia dalam keadaan ketakutan meminta JAINPP tidak memberitahu perkara sebenar kepada ayahnya.

“Saya beritahu dia datang ke majlis harijadi, bukannya ke sini, tolonglah, tolonglah,” katanya dalam keadaan ketakutan.

Pusat hiburan di Seberang Jaya itu diserbu pada jam 12.30 malam  dan turut menahan GRO beragama Islam dan juga lelaki Melayu yang sedang leka minum arak. Sementara itu, pada jam 2 pagi, JAINPP bersama dengan tujuh anggota unit cawangan khas berjaya mencekup sekumpulan lelaki yang berpesta arak dalam sebuah premis.

Kesemua lelaki berkenaan tanpa segan silu menikmati arak dengan meja yang penuh dengan bekas-bekas arak. Bukan itu sahaja, lima wanita Islam ditahan dalam premis yang sama dipercayai menjadi GRO. Salah seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang bekerja di situ mengakui menerima gaji bulanan sebanyak RM3,000 sebulan walaupun hanya bekerja dari jam 10 malam hingga 3 pagi.

Rata-rata mereka juga sudah mempunyai anak, namun bergelar ibu tunggal kerana ada yang bercerai dan juga yang masih belum berkahwin namun mempunyai anak.

“Kami akan layan mereka yang datang minum (arak) sekiranya mereka bayar lebih saja pada kami, kalau RM7 cuma dalam masa lima minit saja mereka boleh bercakap dengan kami.
“Biasanya pelanggan tanya kami siapa nama, tinggal mana, kami bukan bagi mereka pegang-pegang,” katanya.

Operasi bersepadu antara JAINPP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula dari jam 11 malam hingga jam 3 pagi. Seramai 13 lelaki dan 9 wanita yang semuanya beragama Islam disaman mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang.

Ia adalah atas kesalahan minum apa-apa minuman yang memabukkan, sekiranya disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Sembilan wanita yang bekerja sebagai GRO itu juga dikeluarkan notis oleh JAINPP atas kesalahan mengikut Seksyen 47 bersangkutan Seksyen 35.

Ia melibatkan percubaan seseorang individu yang menganjur, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat dan ia adalah melakukan suatu kesalahan. Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan.

Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, kesemua yang ditahan berusia dari 22 tahun hingga 44 tahun. Menurutnya, ada antaranya yang bekerja sebagai pensyarah, pekerja kilang, kontraktor, dan juga tukang paip.

“JAINPP sudah pun beberapa kali memberikan amaran, namun mereka tetap berdegil dan kami sebagai penguatkuasa telah mengambil tindakan tegas dan mahu mengingatkan kepada mereka yang masih berdegil, operasi maksiat ini akan diteruskan sepanjang masa,” katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sambut Ramadhan dengan arak, tarian tiang, GRO dan kegiatan-kegiatan  maksiat lain. Syabas kepada Operasi bersepadu antara JAINPP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kejayaan besar membanteras gejala maksiat itu.

Ada tambahan lagi, boleh siasat siapa 'my father' dalam dialog “You don't know my father (awak tidak kenal ayah saya), why you don't respect me (kenapa tidak hormat saya), saya datang untuk seronok-seronok saja,” itu?

Ada campur tangan politik ke di belakangnya? Kita tunggu berita lanjut!

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

Mu Bangga Miss World M'sia Melayu-(Islam?) Peragakan Bikini?

 

  LIHAT berita ini diangkat dari Blog Gendang Perang..

Peserta Miss World Malaysia 2013 berketurunan melayu duduki ranking 1, 2 dan 9 memang cunn!!!


Jika tiada halangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, rakyat Malaysia pastinya akan mel;ihat salah seorang daripada gadis berketurunan melayu ini memperaga bikini di Pertandingan Ratu Cantik Miss World 2013.

Setelah melihat gambar-grambar mereka barulah kita tahu bahawa mereka adalah melayu kacukan. Tetapi bukanlah kacukan mamak. Tiga orang daripada mereka memiliki wajah eurasian.

Tidak hairanlah ketiga-tiga gadis berwajah eurasian itu menduduki tangga 1, 2 dan 9. Kathrina Rizuan berada diranking pertama, Wafa Johanna De Korte ranking kedua dan Sara Amelia Bernard berada diranking ke sembilan.

Mujurlah Penganjur Miss Malaysia World 2013 Datuk Anna Lim menggugurkan empat gadis Muslim tersebut daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik itu selepas ditegur Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh. (GP)

IMG_5607
Difahamkan kini 4 finalis beragama Islam telah dibatalkan penyertaan setelah Dato’Anna Lim, penganjur Miss Malaysia World 2013 memutuskan untuk mematuhi garis panduan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, “Perempuan Islam tidak dibenarkan berada di dalam pertandingan ratu cantik”.
Wafa Johanna De Korte 
4 gadis Islam merupakan antara 20 peserta yang  finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.


Miera Sheikh

















Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini jadahnya bila negara umat Islam tidak melaksanakan isi kandungan perlembagaan negaranya fasal 3 'Islam Agama bagi Persekutuan'. Banggakah rakyat Islam Malaysia begini? Puak-puak jahiliah UMNO tentu bersorak gembira bangga!! Hidup Melayu! Hidup Melayu!! Hidup bangsa yang 'melayu'kan Islam,agamanya sendiri..
(IH)

Mesir: Perwira Pembunuhan Subuh Berdarah Bunuh Diri

Mesir.  Media-media Mesir sedang ramai membicarakan tentang kes bunuh diri sniper Garda Republik yang bertanggung jawab membantai atau membunuh beramai-ramai para demonstran saat mereka sedang shalat subuh.

Dalam reportase disebutkan kesaksian ‘Alya Muhammad Ali (26 tahun) isteri Kapten Samih Adli Mahmud memberikan laporan ke kantor polisi Nasr City. 

‘Alya menyebutkan, Selasa pagi dirinya terbangunkan oleh suara letusan senjata api. Dia mengira suara itu berasal dari perumahan perwira dekat rumahnya di Distrik 10. 

Namun alangkah kagetnya, kerana suara itu bersumber dari dalam rumahnya. Didapati suaminya sudah bersimbah darah, dan terlihat luka tembakan di kepalanya.

‘Alya menerangkan bahwa suaminya tergabung dalam kesatuan Sha’iqah. Suaminya tidak pulang rumah selama dua minggu. Melalui telefon suaminya mengkhabarkan bahawa dia sedang dalam tugas khusus. Ketika pulang, terjadi perubahan perangai yang sangat menjolok, selain tidak memakai seragam militer seperti biasanya.

Baru kali ini, ‘Alya melihat suaminya dalam keadaan bercelaru dan merokok. Padahal dia seorang yang atletis dan tidak merokok. Dia tidak berbicara atau sekadar menjawab pertanyaan ‘Alya. Bahkan ingin ditinggalkan sendirian sementara waktu. Ketika ditanya lagi, dia membentak dan hampir memukul ‘Alya. 

Saat sahur pun hanya menyiapkan sahur untuknya, lalu ditinggal tidur. Baru ketika subuh, ‘Alya dikagetkan dengan suara letusan senjata api. Lebih lanjut ‘Alya tidak menuduh siapa pun telah membunuh suaminya. Kerana suaminya meninggal dengan memegang senjatanya sendiri, dan tidak ada seorang pun di rumah.

Hal yang sama disampaikan oleh Dr. Isham Iryan dari FJP bahawa dirinya memperoleh informasi yang valid bahawa pelaku subuh berdarah itu telah bunuh diri. (IH/msa/sbb/dkw)

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

2 Peristiwa Menarik, Loo Jo Yee Pilih Islam

 

MUNGKIN ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini. 

Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam. Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah. Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga, beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah. Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. 

Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Melayukini.net: Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri. Alhamdulillah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.

(Diangkat dari Melayukini.net)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Muslimah India Dilarang Solat Tarawih

Komite Wakaf Kota Hassan di Negara Bahagian Karnataka, India, menyatakan keberatan jika perempuan ikut solat tarawih di masjid selama Ramadan. Komite itu menyarankan Dewan Wakaf di Karnataka mengambil tindakan terhadap dewan masjid, seperti dilapor surat khabar the Hindu, Jumaat (19/7).

Namun pihak dewan masjid di kota itu mengatakan Dewan Wakaf tidak berkuasa untuk menentukan siapa yang boleh atau tidak solat di masjid. Syed Umar Farooq, sekretaris dewan masjid mengatakan Dewan Wakaf itu tidak berhak menentukan siapa yang boleh atau tidak salat di masjid.

"Selama lapan hingga sepuluh tahun ini perempuan selalu ikut solat tarawih di masjid selama Ramadan. Kami telah membangun ruang khusus jamaah perempuan di masjid. Dewan Wakaf tidak berhak menentukan siapa yang boleh saoat di sana."

Rabu lalu rapat pertemuan pun diadakan setelah dewan masjid menerima pernyataan keberatan dari kelompok yang tidak ingin perempuan solat di masjid. Syed Khasim, ketua Dewan Wakaf di Hassan menyatakan keberatannya berdasarkan aturan syariat yang melarang perempuan salat tarawih di masjid. Dia mengatakan dewan masjid tidak mengindahkan keberatan mereka.

"Saya telah menyarankan dewan untuk menunjuk koordinator guna membekukan dewan masjid yang seharusnya sudah habis masa kerjanya sejak dua tahun lalu. Saya juga minta pembiaran perempuan yang solat di masjid dihentikan," kata dia.
(IH/fas)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

Muslim Kristian, Buka Puasa Bersama..

Berbuka puasa Muslim Bulgaria (inet)

Kerukunan Umat Beragama, Muslim dan Kristian Bulgaria Buka Puasa Bersama.

Bulgaria. Ini salah satu contoh kehidupan umat beragama yang hidup berdampingan dengan damai. Di saat Ramadhan, warga Muslim dan Kristain bersama-sama menikmati makanan berbuka puasa.

“Kami warga Muslim dan Kristian berkumpul bersama dan menciptakan suasana yang indah sambil menikmati makanan-makanan yang lezat,” kata Akif Mehmet Akif, datukbandar provinsi Mestan, Bulgaria.

“Warga muslim dan Kristian tiada masalah di kota ini,” ujarnya.
Seperti umat Islam lainnya di seluruh dunia, Muslim Bulgaria mulai berpuasa pada Rabu (10/7).  Menurut Mufti Kardzhali Beyhan Mehmed masjid-masjid dipenuhi jamaah yang ingin bertadarus Quran dan menunaikan shalat tarawih.

Ramadhan tahun ini menjadi lebih spesial kerana warga Muslim mengajak umat Kristiani untuk berbuka puasa bersama. Warga Kristiani, Stanka Miteva yang hadir dalam acara buka puasa bersama mengatakan bahawa acara seperti ini memberikan pencerahan baginya tentang tradisi umat Islam.

“Kami hidup berdampingan dengan damai,” kata Miteva

Muslim di Bulgaria kebanyakan berasal dari Turki, yang sudah menetap di negeri itu sejak masa Kekhilafan Ustmaniyah yang wilayah kekuasaannya sampai ke Eropah. Jumlah Muslim Bulgaria sekitar 12 persen dari 7.8 juta penduduk negeri itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya pendekatan Islam beginilah yang agak sesuai dengan iklim politik dan agama-agama di Malaysia. (IH/tjk)

Detailnya, lihat ini..
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Sunday, July 21, 2013

Langgan Wanita Guna Laman Web. Teruskan Tangkapan.

Wanita yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas.

JOHOR BAHRU - Sekumpulan wanita yang dipercayai menawarkan perkhidmatan dalam talian ditahan anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri menerusi serbuan di sebuah hotel, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, sembilan wanita warga Thailand yang ditahan turut didapati mengambil dadah.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen, Khairulanuar Abu Bakar berkata, semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 31 tahun dan didapati mula tinggal di hotel berkenaan sejak seminggu lalu, bagi menjalankan kegiatan pelacuran mereka.

“Hasil siasatan mendapati, wanita terbabit dilanggan melalui laman web yang disediakan sindiket sebelum pelanggan dibenarkan memilih gadis yang mereka ingini dan berhubung melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Pelanggan juga didapati membayar sebanyak RM168 bagi setiap sesi dan ada yang turut menempah dua  pelacur dalam satu masa dengan bayaran dua kali ganda,” katanya.

Menurutnya, penemuan sejumlah kondom yang masih belum digunakan di lokasi serbuan mengukuhkan bukti kewujudan kegiatan sindiket  pelacuran di situ.

Dalam pada itu katanya, hasil serbuan berkenaan pihaknya turut menemui dadah dipercayai jenis syabu yang disimpan di dalam bekas gula-gula milik salah seorang pelacur yang ditahan dalam keadaan separuh sedar.

“Wanita yang ditahan didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Khairul Anuar berkata, semua yang ditahan disiasat mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selagi bisnes ini masih perlu pelanggan , masih bisa dikesan. Teruskan penangkapan.

 Tiada kena mengena, gambar siapa ni??

Ada kaitan..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet 
  E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails