Monday, August 05, 2013

Menantu A/Hadi Jawab, Sedia Buktikan Sabotaj Dalam PAS




NONEMENANTU presiden PAS Zaharudin Muhammad menegaskan beliau sedia tampil dan menyerahkan bukti kepada Jawatankuasa Displin parti berhubung dakwaaan wujudnya usaha sabotaj dalaman parti secara terbuka pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi respon berhubung aduan displin yang dibuat oleh anggota PAS seumur hidup Zulhazmi Shariff baru-baru ini kerana didakwanya tidak menepati prosedur.

"Dua hari ini gajet saya meriah dengan para wartawan. Mereka ingin mendapatkan maklum balas berhubung status seorang lawyer (peguam) bernama Zulhazmi yang kononnya membuat laporan disiplin. Laporan itu tidak menepati prosedur dan tidak perlu saya respon.

"Namun jika ada laporan disiplin yang sah dan saya dirujuk kepadanya, Insya-Allah saya sedia tampil bersama bukti yang telah saya nyatakan sebelum ini dan saya menegaskan bahawa syaratnya mestilah tindakan diambil," kata Zaharudin (kanan).

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya tengah malam tadi. Pada Jumaat lalu, Zulhazmi (bawah) membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan Zaharuddin kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.
Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti. Katanya, jawatankuasa displin perlu menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin itu dan jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat.

Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi bapa mertuanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR. Malaysiakini telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk mendapatkan reaksi mengenai status aduan tersebut tetapi setakat ini belum mendapat maklum balas. (MK)

Berita sebelum ini.. 
JK disiplin perlu ambil tindakan terhadap menantu Hadi

KUALA LUMPUR: Seorang anggota seumur hidup PAS membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad, yang juga menantu presiden, kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.

Dalam surat yang dihantar hari ini yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, Zulhazmi Shariff menggesa jawatankuasa displin menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin yang dikatakan berlaku semasa pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat, kata Zulhazmi.

Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.

Beliau merujuk tulisan Zaharuddin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.

"Berdasarkan tulisan tersebut sangat jelas, terang dan nyata bahawa Saudara Zaharudin Muhammad menyebut dan membuat tuduhan terbuka bahawa ada unsur-unsur sabotaj dalaman semasa Pilihan Raya Umum ke-13, malah usaha sabotaj tersebut bertujuan menjatuhkan presiden dan timbalan mursyidul am (Datuk Haron Din).

"Ini adalah suatu tuduhan yang berat secara terbuka yang boleh menyebabkan pelbagai spekulasi buruk terhadap mana-mana pimpinan PAS mahupun ahli-ahli biasa PAS dan secara tidak langsung memberikan imej negatif terhadap PAS sendiri," surat itu dipetik.

Malaysiakini sudah menghubungi Zaharuddin (atas) bagaimanapun belum terdapat reaksi diberikan setakat ini. - Malaysiakini

Lihat sebelum ini... 
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Sunday, August 04, 2013

Dicekup Atas Katil, Masa Orang Lain Ibadat Malam. Hina Agama?

Pasangan kekasih dicekup berpelukan atas katil  
Pasangan yang dicekup penguat kuasa ketika berdua-duaan dalam bilik.

DUNGUN - Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.

Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam. Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.

Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan. Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.

Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim. Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya. Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.

Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga. Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.'... Apakah ini juga hina Islam?

Ikhwan Tolak Tawaran Al-Qaidah Tinggalkan Demokrasi..



MESIR: Ikhwan Muslimin dengan tegas menolak seruan Pemimpin Al-Qaidah Ayman Al-Zawahiri agar gerakan Islam Mesir itu segera meninggalkan demokrasi.

Sebaliknya, pemimpin Ikhwan yang juga bekas Timbalan Gabenor Alexandria Hasan Al-Berens berkata, Ikhwan Mesir tetap memilih jalan damai dan yakin jalan demokrasi juga boleh menyelesaikan kemelut di Mesir.

Menurut Hasan, apa yang berlaku di Mesir ketika ini adalah "demokrasi telah diculik" oleh pihak tentera yang melakukan rampasan kuasa.

“Ikhwan yakin bahawa demokrasi layak mendapatkan pengorbanan, dan kami akan membuat pengorbanan ‘damai’ untuk mengembalikannya.
"Kami tidak akan meninggalkan jalan demokrasi dan akan menggunakan segala cara demokrasi dan damai untuk memulihkan demokrasi," katanya kepada agensi Anadolu.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada seruan pemimpin al-Qaeda kelmarin agar Ikhwan meninggalkan demokrasi di Mesir dan dilihatnya tidak membawa kepada kebaikan. Al-Qaedah sebelum ini juga sependapat bahawa Amerika Syarikat dalang kepada penggulingkan Muhamed Morsi.

Menurut al-Zawahiri, Morsi telah disasarkan oleh konspirasi yang dipimpin oleh kaum sekular, Kristian Koptik dan tentera yang merupakan tangan-tangan Amerika. Sejak awal himpunan menyokong legitimasi diadakan penyokong Morsi, Ikhwan secara tegas menyatakan pendirian bahawa himpunan ini adalah damai dan menolak sebarang keganasan.

Namun, pihak tentera Mesir melalui media dikawal mereka telah memberi gambaran bahawa himpunan tersebut adalah bersifat keganasan. Tuduhan tersebut dibuat dipercayai sebagai alasan untuk bertindak keras menyuraikan penyokong Morsi yang berhimpun sudah lebih sebulan sejak Morsi digulingkan tentera.

Dalam beberapa siri cubaan meleraikan himpunan, pihak polis dan tentera Mesir telah menembak ratusan penyokong Morsi khususnya di Medan Raba'ah. Sehingga kini dianggarkan sejumlah 500 telah terkorban dan ribuan lagi cedera sejak rampasan kuasa 3 Julai lalu. (Hrkh)
 Ayman Al-Zawahiri(kiri) dan As-Syahid Osama Laden (kanan)

Lihat ini..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Himpunan Lailatul Qadar Malam Ini Di Mesir..


MESIR: Para penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi malam ini akan mengadakan himpunan di seluruh Mesir yang dinamakan sebagai himpunan "Jutaan Lailatul Qadar". Himpunan malam ini sebagai usaha berterusan mereka memanjat doa kepada Allah SWT atas kezaliman yang dilakukan pihak tentera dan pemerintah sementara terhadap mereka.

Ianya dinamakan Jutaan Lailatul Qadar sempena malam ini adalah malam ke 27 Ramadan iaitu salah satu malam ganjil di 10 malam terakhir yang sabdakan oleh Rasulullah antara berlakunya malam al-Qadar. Bagi penyokong Morsi, malam al-Qadar antara kemuncak untuk memnjatkan doa kepada Allah agar menamatkan kezaliman yang berlaku.

Pada Jumaat lalu, mereka juga telah mengadakan himpunan besar-besaran seluruh Mesir menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh tentera. Sekurang-kurangnya 31 buah masjid dijadikan tempat berkumpul sebelum mengadakan perarakan di dataran dan jalanan sambil melaungkan slogan anti kudeta.

Semalam genap sebulan rampasan kuasa oleh tentera Mesir yang dibuat pada 3 Julai lalu, dan hari ke ke 33 bagi penyokong Morsi berkampung di medan khususnya di Raba'ah. Sehingga hari ini, lebih 500 angka korban direkodkan sejak rampasan kuasa berlaku manakala ribuan lagi cedera selepas diserang beberapa kali oleh pasukan polis Mesir yang cuba menyuraikan himpunan.

Para Penyokong Morsi juga bertekad untuk tidak berganjak dari medan-medan himpunan sehingga pihak tentera berundur dan mengembalikan semula kuasa kepada presiden sah Mohammad Morsi. (Hrkh)

Lihat ini..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Beribu-ribu Bogel Untuk Jadi Tentera..

 Agensi SEORANG pegawai perubatan tentera sedang memeriksa tubuh sekumpulan pemuda yang mahu menyertai pasukan tentera kelmarin.

BEIJING - Pasukan tentera China melancarkan kempen tahunan pengambilan anggota baharu pada bulan ini yang mewajibkan mereka berbogel ketika melakukan ujian fizikal, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Pengambilan itu melibatkan beribu-ribu pemuda yang baru menamatkan pengajian dan berminat menyertai pasukan tentera.

Menurut akhbar Global Times, tarikh pengambilan rekrut tahun ini diubah dari Oktober kepada awal Ogos dengan harapan untuk mendapat lebih banyak penyertaan belia berbakat. Mereka yang menghadiri sesi temu duga perlu melucutkan pakaian sebelum melakukan ujian fizikal sebagai syarat untuk menjadi anggota pasukan bersenjata China.  Aktiviti fizikal itu termasuk tekan tubi dan ketuk-ketampi. - Agensi

Sebelum ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

Anjing Berwuduk? Siapa Hina, Siapa Fitnah?


Kenyataan Muhyiddin Mengenai Video Pelatih Anjing Disalah Petik

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak merujuk secara khusus kepada sebuah klip video dalam laman YouTube bertajuk '1 Hari d1 Hari Di Hari Raya. Lagi Video Hina Islam Di YouT...i Hari Raya' ketika membuat peringatan supaya tidak ada mana-mana pihak terus menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataannya Selasa lepas hanya membuat kenyataan secara umum.

Bernama dalam laporan sebelum ini mengatakan bahawa peringatan Muhyiddin itu merujuk kepada klip video yang memaparkan seorang individu membasuh tangan dan kakinya seperti mengambil wuduk dan kemudian melakukan perkara yang sama kepada tiga ekor anjing.

Muhyiddin juga dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di Putrajaya tidak menyebut secara khusus bahawa orang bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam seperti dipetik laporan yang sama.

Beliau menggunakan perkataan "sesetengah pihak telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita" sejak akhir-akhir ini dan berharap ia tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain. -BERNAMA

Video menghina Islam . 1 hari di hari raya. 

Lihat sebelum ini..

Sambut Puasa Pembisnes Najis Zina, Di Negara Umat Islam.



Jelang Lebaran, PSK masih 'jualan' di kawasan Blok M

MENJELANG Ramadan di mana tempat-tempat maksiat ditutup di Indonrsia, ternyata hal ini tidak berlaku di kawasan Blok M, Jakarta Selatan. Tetapi hingga kini masih ramai wanita pekerja seks komersil (PSK) atau penajis zina menjajakan dirinya. Demikian pantauan merdeka.com, laporan Sabtu (3/8).

Menurutnya, PSK atau penajis zina itu masih mangkal di sekitaran Melawai hingga dekat Mabes Polri. Dengan menggunakan pakaian seksi mereka melambaikan tangan dan tersenyum manis guna menarik pemaksiat -pemaksiat. Tak sedikit dari mereka yang mencuba merayu dan menggoda..

"Hai main yuk," ucap salah satu penajis zina itu cuba merayu.

Dengan ditemani oleh tukang ojek yang siap hantar jemput PSK, mereka berharap ada pelanggan yang mengajaknya kencan. Namun, tempat yang biasa banyak kereta-motor merapat untuk ngajak 'tempur' tampak terlihat sepi.

Sepatutnya petugas melarang dan memperingati PSK tersebut agar menghormati bulan Ramadan. Namun, difahamkan, pihak polis atau penguasa tidak berupaya menjaring mereka. Begitulah kisah menyambut puasa di negara yang umat Islam teramai di dunia. Agak-agak di Malaysia ada ke macam tu? (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
 

  E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails