Sunday, August 18, 2013

Jenayah, Samun, Rogol, Apa Patut Buat?



Kota Tinggi: “Saya terkejut apabila dua lelaki bertopi besbol merah, bersarung muka dan bersenjatakan parang tiba-tiba meluru ke dalam rumah sewa kami (rumah kedai) dari pintu belakang.

“Bimbang nyawa kami terancam, kami mengikut arahan mereka dan pada mulanya lega apabila semuanya dibebaskan, namun tidak menyangka seorang daripada kami bernasib malang apabila dilarikan dan dirogol,” kata mangsa samun di Jalan Kijang, Taman Kota Batu 2, di sini, Myat Soe Thu, 25, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, seorang pekerja wanita sebuah kilang elektronik warga Vietnam berusia 20-an dipercayai diculik dan dirogol sekumpulan tiga lelaki selepas memecah masuk dan menyamun sebuah rumah kedai yang dijadikan asrama.

Ketika itu, mangsa bersama 14 rakannya dikejutkan apabila dua suspek bersenjatakan parang meluru masuk selepas memecahkan pintu belakang rumah kedai diduduki mereka. Myat berkata, dua suspek meluru masuk ke dalam rumah sewa sambil mengacukan parang manakala seorang lagi suspek yang berbadan besar menunggu di luar.

“Kami disuruh berkumpul di tengah rumah sambil suspek meminta kami menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit ke dalam baldi.
“Selepas mengambil barangan kami, kami disuruh keluar melalui melalui pintu depan tetapi sebaik suspek beredar, kami mendapati seorang rakan kami hilang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Myat berkata, rakannya dipercayai dibawa menaiki kereta Proton Gen2 berwarna kelabu sebelum dirogol. Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan atas bukit di Jalan Air Terjun, 200 meter dari asrama yang diduduki jam 12.15 tengah malam.

Sementara itu, penolong pengurus operasi syarikat berkenaan Loo Soon Fah berkata, beliau mendapat panggilan telefon daripada seorang pekerja mengenai kejadian pecah rumah teres yang dijadikan asrama membabitkan pekerja lelaki warga Nepal di Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya, di sini, jam 10.10 malam semalam.

Katanya, beliau menghubungi penyelia, Ahmad Pauzi Ikhsan yang tinggal di kawasan berhampiran untuk pergi membantu mangsa membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, pada jam 10.45 malam saya sekali lagi menerima panggilan telefon mengatakan berlaku kejadian sama membabitkan sebuah rumah kedai setingkat yang dijadikan asrama pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam di Taman Kota Batu 2, di sini.
“Walaupun tiada kecederaan, kami kesal apabila seorang mangsa diculik dan dipercayai dirogol suspek,” katanya yang tiba dari Taman Daya, Johor Bahru.

Ahmad Pauzi berkata, selepas membuat laporan polis berkata, jarak antara lokasi kejadian pertama dan lokasi kedua adalah 2.5 kilometer. Katanya, berdasarkan keterangan mangsa pertama (Taman Kota Jaya), pihaknya percaya jenayah dilakukan kumpulan sama.

“Kejadian pertama membabitkan 12 pekerja lelaki warga Nepal. Antara barangan disamun, termasuk lima telefon bimbit; wang tunai RM400 dan satu pemain cakera padat video (DVD).
“Kejadian kedua pula membabitkan 15 pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam dan antara barangan disamun termasuklah tiga kad ATM; lima telefon bimbit dan wang tunai RM400,” katanya.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap suspek secepat mungkin. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Mohd Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.(myMetro)

Komen weblog Ibnu Hasyim:  Nampaknya Malaysia sudah tidak aman lagi dengan kes-kes jenayah. Dikatakan mengenang seratus hari pentadbiran Barisan Nasional (BN) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, menyaksikan peningkatan kadar jenayah yang amat membimbangkan terutamanya melibatkan senjata api. 

Perlu dikaji balik perlaksanaan  sistem perundangan Islam di negara ini, sebelum terlambat jauh, bagi menggantikan sistem perundangan ciptaan manusia barat yang ternyata gagal itu. Orang Islam tentu yakin bahawa undang-undang ciptaan Allah SWT lebih baik dari undang-undang ciptaan manusia kerdil Lord Ried itu.

Lihat kenyataan ini.. ( http://setanaknasibicaradunia.blogspot.com/2011/09/bsk-233-undang-undang-allah-swt-atau.html)

BSK 233. Undang-undang Allah SWT atau Lord Reid


Bismillah.
Assalamualaikum.

Mari kita hayati dengan penuh keinsafan kata-kata pemimpin utama negara kita berkaitan dengan perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Najib Razak"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.


Laporan penuh: PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia.

Terasa semacam ada perasaan sombong bila kita, makhluk Allah Taala mengakui pada hakikatnya kita menerima hukum hudud adalah undang-undang Tuhan tetapi perlaksanaannya dikatakan perlu berpaksikan realti.

Masyarakat majmuk?

Terasa seperti ada perasaan bangga bila kita mengakui undang-undang sedia ada, yang datang dari pemikiran Lord Reid. seorang manusia ciptaan Allah Taala, juga seorang bukan Islam berupaya mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda kita.

Agama Islam? Nyawa umat Islam? Akhlak umat Islam? Harta benda umat Islam?

Kita mengangkat dan memertabatkan undang-undang Lord Reid, seorang manusia bukan Islam lebih tinggi dari undang-undang Allah SWT.

Adakah jauh didalam hati, kita terasa Allah Taala bersifat lemah?

Adakah jauh didalam hati, kita terasa Allah Taala tidak mampu mentadbir hal ehwal dunia dan seluruh isinya?


Cuba kita hayati ayat dibawah ini.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[Surah Al-Fatihah: ayat 1-7]

Fikir-fikirkan…..


So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti Rasul, kerana itu masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi tentang keesaanMu. Kami meridhai Allah sebagai Tuhan, kami meridhai Islam sebagai Agama, dan kami meridhai Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Amin.

Wassalam.

Keganasan Terhadap Rakyat Mesir -Dato' Husam Musa (Video)


Keganasan Terhadap Rakyat Mesir | Dato' Husam Musa | 15 Ogos 2


Wow! Menyusu Sambil Beryoga, Berbogel, Jadi Tersohor.. Kreatif?

 Amy Woodruff tinggal di Kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat, menjadi tersohor lantaran foto dia sedang menyusu ini..

JOM KREATIF
Amy Woodruff tinggal di Kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat, menjadi tersohor lantaran foto dia sedang menyusu ini..  Akhbar the Daily Mail melaporkan, Jumaat (16/8), cara dia menyusui tidak seperti biasanya.

Sambil bogel Woodruff memberikan air susunya pada anak perempuannya bernama Naia sambil melakukan gerakan yoga.  Anak bernama Naia mendekati dan mulai menghisap payudara ibunya. Foto diambil dua tahun lalu ini diunggah Woodruff di blog pribadinya. Dia tidak menyangka banyak orang menyukai gambar tersebut dinilai menyentuh emosional bagi sesiapa pun melihatnya.

Woodrouff bergabung dengan sebuah komuniti alam dan hidup di sana setelah memutuskan keluar dari pekerjaan pada 2008.  Kehidupan moden membuatnya stres, akhirnya dia memutuskan memakai semua wangnya untuk keliling dunia, termasuk pernah sampai ke Bali, Indonesia. Di tengah perjalanannya dia bertemu suaminya, Justin dan mulai belajar yoga.

Kini dia tengah menulis buku mengenai dirinya dan anak yang disebutnya anak matahari (Daughter of the Sun). Kesehariannya dia bertani dan hidup tenang.

"Kami sudah menjelajahi banyak tempat dan mendatangi lokasi terindah di banyak negara. Namun rasanya tetap perlu rumah untuk pulang," ujar Woodruff.
[IH/din]

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Mesir: Ini! Senyuman Sebelum & Selepas Syahid..


Bezakan senyuman semasa hidup dan setelah syahid


















Dr Hisham Saqr

 
Asmaa Ummu Rahmah ibu muda, antara 2 perindu syahid

DIA membenarkan janjinya dengan Tuhannya... maka Tuhannya menyambut janji dengannya. Kita mengharapkan begitu tetapi kita tidak mensucikan sesiapa melebihi kesucian kpd Allah swt..

Puteriku yang cantik Asmaa ummu Rahmah dan Yahya telah trpilih menjadi syahidah semalam dari peluru yang ditembak oleh pembunuh tepat yang kejam, ditembak kepadanya sedangkan sepatutnya ditembak kepada yahudi dan musuh-musuh Mesir.

Aku menjadi saksi bahawa Asmaa' selalu mengharapkan shahadah dan selalu berkata "aku mahu pergi menuju tuhanku"

Asmaa' pernah bermimpi selepas syahidnya mujahid Said Siyam, beliau berkata kepada Asmaa' "mari bersamaku", lalu Asmaa' mahu mengikuti beliau, tetapi dihalang oleh ibunya dan suaminya. Mereka berkata kepada Asmaa' "bukan sekarang Asmaa', lain kali.."

Asmaa' sentiasa mengikati mimpinya sehinggalah ketika ini, Asmaa' berkata  "inilah waktunya!"

Asmaa' menidurkan kedua anaknya sebelum bergerak ke medan raba'ah pada malam hari. Aku berkata padanya..  "berpada-padalah turun ke medan. Kau masih ada anak-anak kecil yang perlukan kau".

Asmaa' lantas membalas "adakah aku patut menyia-nyiakan peluang untuk syahid semata-mata kerana anak-anak?!"

Suaminya, Essam mengetahui bahawa Asmaa' sangat mahukan syahadah. Essam berkata, 

"Apabila Asmaa' terkena tembakan, aku cepat-cepat membawanya ke hospital, dan aku tidak meninggalkannya walau seketika, kerana aku tahu Asmaa' sangat rindukan syahadah. Sampai ditingkat 4 hospital Raba'ah, ketika aku dan Asmaa' terduduk di lantai menunggu rawatan, Asmaa' terkena tembakan di kepala dan syahid serta-merta".

Aku (ayah) menyangka Asmaa' berada berdekatan dengan tingkap, yang memudahkannya terkena peluru yangg ditembak ke arah hospital, tetapi Essam mmberitahu bahawa antara tingkap dan Asmaa' terdapat 3 orang wanita yang sama-sama juga menunggu.

Aku bertanya lagi, adakah peluru datang dari arah atas, Essam menjawab beliau tidak tahu.yang beliau pasti ialah peluru tersebut memang ditujukan khusus kepada Asmaa'.

Semoga Allah merahmatinya dengan rahmatNya yang luas, dan tergolong dalam golongan yang diberikan syafaat di hari qiamat, dan semoga kami dapat mengikuti jejak langkah Asmaa' dan bersama para solihin.

Ya Allah timpakanlah balasanmu kepada musuh-musuhMu dan mereka yang berlaku zalim dan melampaui batas. 

(Diangkat dari http://anakharimau.blogspot.com)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2) 

Himpunan Munajat M'sia Tanda Sokongan Pada Rakyat Mesir



KUALA LUMPUR: Padang Merbok yang menjadi lokasi Himpunan Munajat 100 ribu mula dilimpahi hampir 2000 hadirin, petang semalam bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir yang dizalimi.

Program bermula dengan solat asar diikuti pidato daripada para pemimpin PAS. Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah. Ketika ini, wakil kerajaan negeri Kelantan sedang menyampaikan pidatonya.

Selain rakyat Malaysia, kelihatan juga beberapa rakyat Mesir turut bersama-sama menyertai himpunan ini. Pergolakan di Mesir bermula apabila pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi dan menahan beliau di suatu tempat yang tidak diketahui. Berikutan penggulingan tersebut, ribuan rakyat Mesir, khususnya penyokong Morsi berhimpun di beberapa lokasi bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa tersebut.

Menurut Malaysia Kini pula itu, lebih 4,000 orang berkumpul di Padang Merbok hari ini untuk mengutuk kudeta di Mesir dan pembunuhan kira-kira 600 orang awam. Mereka mendesak supaya Mohamed Morsi dikembalikan semula sebagai presiden kerana beliau telah dipilih secara demokratik.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuTimbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berucap di perhimpunan tersebut menegaskan oleh rakyat Mesir mahu kerajaan Islam. Katanya, sayap politik Ikhwanul Muslimin - Parti Kebebasan dan Keadilan -  telah dipilih untuk berkuasa walaupun dengan sumber-sumber parti yang kecil.

Tegasnya, tidak ada perhimpunan Black 505 (seperti di Malaysia), bermakna beliau telah memenangi pilihan raya yang sah.

Turut hadir dalam bantahan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS ialah Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke, yang mendesak supaya sidang tergempar parlimen diadakan untuk mengutuk keganasan di Mesir.

Beliau juga mengkritik sikap sepi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu, tetapi ada pula masa untuk mengulas mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti DAP, tetapi tiada masa untuk mengutuk kerajaan tentera Mesir.

pas youth protest against egypt coup 1Perhimpunan itu dimulakan dengan solat pada kira-kira jam 5.40 petang oleh kira-kira 300 peserta, diikuti dengan ucapan oleh kira-kira 20 penceramah - terutamanya daripada PAS, serta NGO sehinggalah solat Maghrib pada kira-kira jam 7.30 malam.

Pada masa itu, jumlah hadirin meningkat kepada lebih 4,000 orang  walaupun penganjur mendakwa ia berjumlah sekitar 10,000.

Sementara itu, dalam ucapannya, Presiden PAS Hadi Awang mengutuk Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) kerana berdiam diri terhadap krisis tersebut, serta beberapa pemimpin dunia yang menyokong tindakan keras tentera Mesir.

Bantahan terhadap Morsi
pas youth protest against egypt coup anthony loke 2
Krisis di Mesir tercetus pada 3 Julai dengan ketua kudeta Jeneral Abdul Fattah al-Sisi menggulingkan Morsi, dengan kerajaan sementara yang diketuai oleh ketua hakim negara sehingga pilihan raya diadakan.

Tindakan itu ekoran protes oleh jutaan rakyat terhadap Morsi kerana kononnya mengabaikan masalah ekonomi dan sosial.

pas youth protest against egypt coup 3Penyokong Morsi kemudiannya turun ke jalanan menuntut supaya
beliau dikembalikan ke jawatannya dan berlaku pertempuran ganas dengan pasukan keselamatan.

Keadaan itu mencapai kemuncaknya apabila pasukan keselamatan bertindak membersihkan kem penyokong Morsi dengan kekerasan.

Angka kematian rasmi dalam operasi pada 14 Ogos itu mencecah lebih 600, walaupun Ikhwanul Muslimin mendakwa bahawa jumlah sebenar melebihi 2,000 orang .

Puluhan anggota pasukan anggota keselamatan juga turut terbunuh.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2) 

Warga Riau Solat Ghaib Untuk Muslim Mesir Pula..


Berita Dari Indonia: Ratusan warga Riau salat gaib untuk muslim di Mesir

RATUSAN masyarakat Provinsi Riau yang tergabung dalam Solidaritas Masyarakat Riau untuk Mesir, Jumat (16/8) siang, di bawah sengatan panas matahari, menyuarakan pembelaan kepada Negara Mesir yang saat ini bergejolak.

Aksi solidaritas itu dilakukan di bundaran Tugu Silais, tepatnya depan Kantor Walikota Pekanbaru setelah Shalat Jum'at dilaksanakan. Massa terdiri dari anak-anak dan wanita, serta tampak beberapa anggota DPRD Kota Pekanbaru dan Provinsi Riau dari Fraksi PKS.

Mereka membawa selebaran yang bertuliskan "Save Egypt" serta gambar pembantaian masyarakat di Mesir atas pergolakan pro kontra kudeta militer terhadap presiden terpilih di Mesir. Tampak juga Wakil Walikota Pekanbaru Ayat Cahyadi SSi di kerumunan massa.

"Hari ini, merupakan hari yang mulia untuk kita berjihad. Mari kita doakan, semoga kerajaan pembuat zalim di Mesir dihancurkan," kata Yusri, salah seorang peserta aksi yang berorasi di bawah tengah terik matahari siang itu.

Suara air pancuran yang ada di Tugu Selais ini, sedikit memberikan suasana kesejukan di tengah sengatan terik panas matahari. Demikian juga pekikan suara massa yang berorasi, berharap dapat menyejukkan suasana hiruk pikuk pembantaian oleh golongan militer terhadap masyarakat sipil di negara Islam, Mesir.

"Ini hari baik, kita laksanakan salat ghaib untuk saudara kita di Mesir. Sebagai bentuk kepedulian kita terhadap sesama umat muslim," kata Ayat Cahyadi, Wakil Walikota Pekanbaru, saat ditemui di sela-sela aksi.

Ayat mengatakan prihatin dengan konflik di Mesir dan mengecam aksi kekerasan oleh aparat militer. "Pelaku kudeta sudah keterlaluan, aksi penolakan militer dilakukan secara paksa. Masyarakat demo secara damai dibubarkan dengan senjata," cerita Ayat yang peduli masyarakat Islam ini.

Tokoh masyarakat Riau yang merupakan alumni Al Azhar University Syafruddin Saan, dalam orasinya di Tugu Silais, mengatakan, penindasan terhadap masyarakat Islam dunia bukanlah sejarah baru. Nama baik Islam di mata dunia semakin memburuk.

"Bukan saja sejarah hari ini, apa yang terjadi di Irak, di Iran, berapa lama, terjadi perang saudara. Ada yang bermain di belakang layar. Saya sebagai Ketua Alumni Al Azhar Riau bersama masyarakat Riau mengimbau kepada lembaga dunia terutama lembaga kesatuan keislaman internasional untuk membantu mencarikan langkah untuk umat Islam di Mesir," sebut Syafruddin Saan.

Untuk negara yang presidennya beragama Islam, politisi Partai Keadilan Sejahtera yang menjabat sebagai Sekretaris Komisi A DPRD Provinsi Riau ini, meminta untuk mengambil alih supaya berakhir seluruh kekerasan yang terjadi selama ini di Mesir. "Mesir negara Islam. Kalau berlanjut terus maka yang dirugikan adalah Islam di dunia," serunya.

Syafruddin Saan juga menegaskan, agar hak demokrasi di pemerintahan Mesir untuk dapat dikembalikan. Sebab, pemerintahan militer lebih cenderung mengarah kepada kezaliman terhadap kalangan sipil.

"Suatu kezaliman kalau militer ini terus berlanjut. Militer itu tidak massanya lagi, saat ini pemerintahan sipil yang mementingkan semua pihak. Militer itu sebenarnya hanya melindungi negara. Intinya, sekarang ini di Mesir ada pengangkangan hak asasi," tutur Syafruddin Saan.

Solidaritas Masyarakat Riau untuk Mesir juga akan mengumpulkan dana sebanyak-banyaknya untuk membantu masyarakat Mesir. Selain itu, massa yang juga ada Forn Pembela Islam di dalamnya, akan terus menginformasikan pemerintahan yang tidak benar.

"Pemerintahan ini harus dibubarkan, Mursi harus dikembalikan menjabat presiden. Masi masyarakat Riau kita sumbangkan apa yang kita mampu berikan kepada masyarakat Mesir, agar Mesir cepat selesaikan agar Mesir aman sentosa ke depan," imbuhnya.

Aksi yang digelar selesai salat Jumat dan berakhir saat kumandang azan Ashar bergema, diakhiri dengan aksi longmarch atau berjalan kaki dari Tugu Silais ke Kantor Gubernur dan berakhir di Masjid Ar Rahman Pekanbaru Jalan Jendral Sudirman. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

4 Syahidah lagi, Antara 3,000 Yang Syahid Di Mesir..



Ummu Nidhal ketika menatap wajah anaknya yang syahid, pergi dulu dalam perang lapan hari dengan Israel.

EMPAT orang wanita ini adalah antara 3000 yang syahid dalam serangan ganas tanpa peri kemanusiaan oleh tentera Mesir pimpinan Abdul Fatah Al Sisi.

1) Ummu Nidhal (Palestin).

Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin adalah seorang 'ibu hebat' yang telah menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang tentera Zionis. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi di dalam tahanan Israel.

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal adalah:

"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

Maka bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ali'-Imran ayat 169 yg bermaksud

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"

Mereka 'hidup' di hati kita dengan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat kita demi meneruskan perjuangan ini.

2) Asmaa Mohamed El Beltagi (Mesir)  

 Asmaa Mohamed El Beltagi berusia 17 tahun dan adalah antara yang dibunuh pada Tragedi berdarah di Medan Rab'ah semalam. Beliau juga adalah anak kepada tokoh Ikhwan iaitu El Beltagi.
Jenazah Asmaa El Beltagi didoakan oleh ayahnya (gambar kecil)




  
3) Wajah suci Syahidah Habibah Ahmad Abdul Aziz "nyenyak beradu"setelah terkorban di Medan Rabiatul Adawiyah semalam.




4) Asma' Hisham Saqar.. mahasiswi mujahahidah yang dimasukkan ke hospital Rabi'ah setelah ditembak di betisnya. Kemudian menemui syahid setelah ditembak di kepalanya oleh seorang sniper ketika mendapat rawatan di hospital tersebut.
















Lihat senyumannya dan perhatikan maksud ayat dari surah 'Ya Sin' ini...
قال يا ليت قومي يعلمون بما غفرلي ربي وجعلني من المكرمين...
  • "Dia (yang telah mati sebagai syahid) berkata: "Alangkah bagusnya jika kaum ku mengetahui bahawa Tuhan ku telah mengampun dosa-dosa ku dengan kerana (kesanggupan aku mati demi untuk agamanya ini) dan menjadikan aku (di syurga ini) dari kalangan orang-orang yang mulia.."
Lihat makna syahid..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails