Tuesday, August 20, 2013

Ibubapa Kecewa, Zakat Ditukar Kepada ‘Pinjaman’




K/T'GANU: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu buat hal lagi apabila didakwa bertindak menghentikan pemberian Dermasiswa Zakat para pelajar yang mendapat pembiayaannya.

Harakahdaily dimaklumkan, hampir 50 orang pelajar cemerlang ke Timur Tengah yang sebelum ini menerima tawaran itu dihentikan secara tiba-tiba serta ditukar kepada ‘pinjaman’. Tawaran pinjaman tersebut dibuat oleh pihak Yayasan Terengganu (YT) melalui Tawaran Pinjaman Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu.

Justeru itu, ibu bapa dan penjaga pelajar berkenaan melahirkan rasa kecewa, dukacita serta terkilan dengan keputusan Maidam tersebut. Seorang bapa pelajar yang enggan disebut namanya menyifatkan tindakan Maidam menghentikan Dermasiswa Zakat kepada para pelajar berkenaan tidak wajar sekaligus membebankan ibu bapa.

Ini kerana, katanya proses mendapatkan dermasiswa tersebut melalui temuduga serta kaji selidik berdasarkan polisi yang diterima pakai pihak Maidam sebelum ini.

“Saya rasa ini cukup membebankan ibu bapa dan pelajar yang sebelum ini menerima Dermasiswa Zakat dari Maidam. Sebab, kami bukan orang kaya atau terlalu senang untuk membiayai anak belajar.
“Kebanyakan pelajar pula sebelum ini pernah menerima tawaran dari pinjaman Mara dan JPA tetapi ditolak kerana ingin berkhidmat di Terengganu selepas tamat pengajian,” jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pembatalan dermasiswa Maidam tersebut berlaku pada 23 Julai lalu melalui surat pembatalan serta surat tawaran pinjaman YT. Difahamkan, ibu bapa para pelajar terbabit telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Mohd Rozali Salleh bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Katanya, tindakan Maidam itu seolah-olah mahu melepaskan tanggungjawab kebajikan kepada rakyat Terengganu serta membantu pelajar di Timur Tengah. Sehubungan itu, PAS Terengganu turut kesal serta kecewa dengan langkah terbaru Maidam itu yang seolah-olah berlepas tangan untuk tidak memberikan bantuan zakat lagi kepada sesetengah pelajar di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat (gambar) berkata sedangkan sebelum ini polisi Maidam adalah membantu pengajian pelajar sebagai alternatif bagi pelajar yang tidak mendapat apa-apa sumber kewangan.

“Pelajar secara khususnya yang belajar pengajian Islam berhak menerima zakat sebagai seorang ‘penuntut ilmu agama fi sabilillah’, bermusafir keluar negara bahkan dikecualikan berperang ‘sabilillah’ ke atas mereka,” ujarnya.

Beliau memetik dalil dari al-Quran yang menegaskan perkara tersebut dengan maksudnya, “Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan (ilmu) mereka tentang agama dan dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”. (Surah at-Taubah: 122)

Bahkan katanya, dalam soal pemberian zakat kepada golongan pelajar, ulamak terkemuka dunia, Dr Yusuf Al-Qaradhawi dengan jelas menyokong keperluan zakat kepada mereka.

Katanya, ulama tersohor itu menyebut bahawa, “pelajar yang menghambakan dirinya dengan belajar, dibenarkan baginya menerima zakat. Sekiranya dia tidak mempunyai masa untuk menghimpunkan di antara mencari harta dan menuntut ilmu, maka ia diberikan zakat mengikut kadar yang dapat membantunya menyempurnakan keperluan hajatnya. Termasuknya adalah kesibukannya menulis ilmu yang perlu untuk perkembangan dunia dan agama”.

“Ini (zakat) merupakan hak pelajar itu sendiri dan bukannya hak ibu bapa mereka. Apatah lagi pihak Maidam sudah membuat pilihan (memilih) pelajar tersebut dan amalan ini telah dilaksanakan sekian lama,” tegasnya.

Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka mendesak agar pihak Maidam bersikap bebas dan bertindak telus serta kembali kepada polisi lama yang lebih memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhan.

Tambahnya lagi, dengan bantuan zakat juga dapat membantu segelintir para pelajar  merasai nikmat hasil zakat yang banyak daripada yang dibayar oleh) rakyat Terengganu. Tindakan yang diambil oleh Kerajaan BN negeri terutama selepas PRU13 lalu ternyata berbeza dengan apa yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS.

Sewaktu PAS memerintah negeri pada 1999-2004 lalu, pihak kerajaan negeri mencari para pelajar pengajian Islam di Timur Tengah untuk diberikan bantuan zakat kepada mereka yang tidak mendapat tajaan atau pinjaman daripada mana-mana pihak tanpa mengira status ibu bapa. (Hrkh)

Terbaru! Kerajaan Perpaduan Najib/Anwar Capai 80%...


(Diangkat dari Ameno World)

Rahsia Dalaman PAS Terdedah - Sebarkan.

MOGA ALLAH RUNGKAIKAN KEKUKUSUTAN INI
Apabila El-Haraki mendedahkan secebis kebenaran berkenaan tindakan 'nakal' beberapa orang individu di dalam PAS, ramai yang menuduh kami ajen UMNO, pemecah belah dan sebagainya. Biasalah, itu adalah lumrah. Kebenaran sememangnya pahit benar untuk ditelan, ya ia memerlukan masa untuk ditelan.

Tetapi apabila perkara-perkara ini berlaku, tidak pula ia dikatakanpemecah belah kepada gerakan Islam yang kita cintai ini. Antaranya :

1) Dr Dzulkifli Ahmad pernah mencadangkan agar Timbalan Presiden PAS daripada kalangan non-Muslim.

2) Pernah wujud cadangan agar menggugurkan perkataan 'ulama' daripada Majlis Syura Ulama pada tahun 2007.

3) Wan Ji menggelarkan Tuan Guru Harun Din sebagai ulama' kepala lutut.

4) Wan Ji juga menyamakan Majlis Syura Ulama' dengan Wilayatul Faqeh (Syiah). Bertujuan untuk menjatuhkan kredebiliti Majlis Syura.

5) Memfitnah TGHH ingin membawa PAS bergabung dengan UMNO sedangkan UG hanya diperingkat cadangan. Tetapi apabila Anwar ditawarkan Kerajaan Perpaduan oleh Najib sekarang, mereka pula diam membisu.

6) Husam menggelar pengkhianat kepada pemimpin PAS yang tidak menyertai Blackout 505.

7) Mereka juga menggerakkan gerakan "Maraghbar Haji Hadi" (Pergi Mampus Haji Hadi) yang juga disertai oleh anak muda Sosialis dan sebagainya dengan tujuan menjatuhkan TGHH.

 Khalid Samad mengatakan TGHH sebagai pengkhianat kepada PR dalam isu Kota Damansara.

Ini baru secebis, terlalu banyak tindakan 'nakal' yang dilakukan oleh mereka untuk mengkucar-kacirkan gerakan Islam yang kita cintai ini. Maka El-Haraki mengambil methode sebagaimana hadis yang disebutkan di dalam Arba'in Nawawi :

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: “Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya"

Izinkan kami menzahirkan kebenaran yang terlindung selama ini dan memperbetulkan keadaan. Seterusnya mempertahankan para ulama' yang menjadi pewaris para anbiya'.


Amboi. Serangan secara terbuka oleh satu page neh. Siap serang2 DSAI lagi. Awatnya? Kenapa nak tikam kawan2 sendiri ek? Dah takmo kawan ka? Atau ini cara terbaik untuk raih sokongan bagi mempertahankan kedudukan dalam proses pemilihan untuk muktamar? <-- span="" style="color: red;">TANYA.

Aku nak ulas. Ringkas jek. Ingatkan PAS dah selesai. Rupanya krisis muktamar tak habis lagi. Elokla aku tepuk guna kaki pula tengok korang bergaduh sesama sendiri. Cantik.

1. Cadangan oleh Dr. Dzul tue bukan nak menjatuhkan PAS. Tolong fahami betul2. Tak setuju sekalipun bagi hujah. Apa jadah nak terasa sangat dengan cadangan tersebut sampai perlu buat posting begini?

2. Aku ada baca blog Wanji. Wanji bagitau dia memang emosi masa tulis benda tue. Tapi personally dah minta maaf. So perlu kah isu seperti ini jadi topic perbahasan lagi?

3. Tengok tue, tengok tue. Kaitkan dengan DSAI dan PKR pula. PAS berbalah sesama mereka jangan babitkan parti komponen lain. Macam mana la parti lain tak terasa.. UG tue benda dah lepas. AKu setuju bab tue. Tapi sedarkah anda kes UG neh jadi teruk sebab apa? Penipuan demi penipuan dibuat untuk melindungi mereka2 yang terbabit dalam UG. Bahkan mulut Paklah sendiri yang dedahkan. Sepatutnya PAS la dedahkan. Macam yang DSAI buat. Dia dedahkan Najib nak UG dengan dia, tapi dia tolak. So orang faham le. Situasi UG neh akan berbeza jika PAS yang dedahkan, bukan UMNO sebab bila UMNO dedahkan orang akan anggap apa? Orang anggap PAS sedang mempertimbangkan cadangan tersebut. So bagi mereka yang benar2 seriyus melawan kezaliman BN akan terasa apa? Akan terasa dipermainkan dan diperdaya. Masih tak faham2 lagi sentimen yang wujud.

Contoh. Tengokla Hasan Ali. Tengok la Nasruddin Mat Isa. Ini semua kes UG. Sudah2la tue.

Bab buku 'Pergi Mampos Hadi' tue aku cadangkan korang baca dulu. Berani baca? Dah baca, kritik ikut suka le der.

Hehe..

Apa pun serangan sesama sendiri secara terbuka di laman internet sememangnya tidak akan menyelesaikan konflik. Siyes. Ia semakin lama semakin teruk dan kritikal dari hari ke hari. Aku dah berbuih2 mulut bagi cadangan. Elokla korang buat perjumpaan secara tertutup dan selesaikan konflik secara berdepan. Sampai bila nak berpuak2 padahal perjuangan nak dekat2 sama dah.. sama2 nak menjatuhkan yang zalim, ye tak?

Meskipun tidak dinafikan kita memang berbeza dalam banyak perkara, tetapi kalau boleh jangan terlalu highlightkan bab perbezaan sebab persamaan antara kita sebenarnya lebih banyak lagi..

Fikir2kan la ek.

Posting asal : https://www.facebook.com/pages/El-Haraki/108823549239406
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/08/rahsia-dalaman-pas-terdedah-sebarkan.html#ixzz2cTaILQFj
(Diangkat dari Ameno World)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Awas! 6 Lagu Porno & Lucah. Ini (Video) ...

 

Berita dari Indonesia: 

Lirik Dianggap Porno, 6 Lagu Ini Dicekal (Dilarang)

Surabaya: Komisi Penyiaran Indonesia Daerah (KPID) Jawa Timur mencekal enam buah lagu berirama dangdut koplo karena liriknya dianggap porno. Keenam lagu itu ialah..
  • Kebelet 1, 
  • Kebelet 2, 
  • Roti Kempit, 
  • Njaluk Dikeloni, 
  • Jhancuk dan 
  • Durian Pecah Tengah.
"Kami melarang lagu-lagu itu ditayangkan di semua radio dan televisi se-Jawa Timur," kata Kepala Bidang Kelembagaan KPID Jawa Timur, Surya Aka Syahnagra, Ahad, 20 Januari 2013. Surat pencekalan itu, kata Surya, telah ditembuskan ke KPI Pusat agar larangan itu berlaku secara nasional.

Bila masih ada radion ataupun televisi yang menayangkan lagu-lagu tersebut, kata Aka, KPID akan menjatuhkan sanksi. "Sesuai Undang-Undang No. 32 Pasal 36 Tahun 2002 tentang Penyiaran, lembaga penyiaran yang melanggar didenda antara Rp 1 sampai 10 miliar," kata Surya.

Lirik keenam lagu yang dicekal tadi, kata Surya, tidak pantas bila didengar anak-anak karena mengandung unsur sensualitas. Misalnya dalam lagu Kebelet yang dibawakan duet penyanyi Deviana dan Denny Sonata terdapat kata-kata: "Dhik aku wis nafsu, engko bengi njaluk iku. Balung karo ototku podho kaku. Lek gak ngunu ora iso turu."

Lirik berbau porno lainnya ditemukan juga pada lagu Njaluk Kelon yang dibawakan Ratna Antika dan Sodikin. Liriknya yakni: Telung taun ngethekur manuk perkututku nganggur. Kepengin manggung, sayang wedokane mboten purun.

"Meski tidak jorok, tapi bila dikaji secara pragmatis, kata-kata 'iku' dan 'perkututku' sudah mengarah pada sensualitas," kata Surya.

Sebelumnya, tahun lalu KPID Jawa Timur juga mencekal enam lagu dengan alasan serupa. Keenam lagu tersebut ialah..
  •  Iwak Peyek, 
  • Hamil Duluan, 
  • Lubang Buaya, 
  • Watu Cilik, 
  • Pengin Dibolongi dan 
  • Mobil Bergoyang.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagu-lagu lucah atau porno di Indonesia dilarang di bawah akta KPID, Undang-Undang No. 32 Pasal 36 Tahun 2002 tentang Penyiaran, lembaga penyiaran yang melanggar didenda antara Rp 1 sampai 10 miliar.

Malaysia juga perlu berhati-berhati. Ramai rakyat keturunan Indonesia di Malaysia, apa lagi pendatang berizin atau tampa izin. Bahkan banyak lagu-lagu Indonesia diminati oleh rakyat Malaysia, atau sebaliknya.

Ini video di antaranya..


NEW SANATA JHANCUK RAMBUT JAGUNG 2012 

Monday, August 19, 2013

Pemimpin Ikhwan Ditahan, Syahid & Medan Berdarah



KUALA LUMPUR: Para pimpinan Ikhwanul Muslimin berada di dalam tahanan, manakala orang-orang kesayangan mereka berada di senarai teratas dalam senarai syuhada revolusi Mesir.

Facebook Mesir Kini menyiarkan gambar (atas) empat anggota keluarga pemimpin Ikhwanul Muslimin yang terkorban syahid di bumi anbiya’ itu.

Dari kanan:
- Asy Syahid Ammar Muhammad Badie
(anak Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Muhammad Badie),

- Asy Syahidah Asmaa' Muhammad Baltaji
(anak pemimpin atasan Ikhwan Muslimin Muhammad Baltaji)

- Asy Syahidah Habibah Ahmad Abdul Aziz
(anak penasihat Presiden Muhammad Mursi)

- Asy Syahid Khalid Firnas Al-Banna
(cucu pengasas Ikhwan Muslimin Hassan Al-Banna)

  • "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. 
  • Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. 
  • (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. 
  • Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". 
  • [At Taubah: 111]
Raba'ah, Ramsis jadi medan berdarah  
Samseng bersenjata, dan polis mengepung Masjid Al-Fath, Ramsis

MESIR: Selepas berjaya "membersihkan" Medan Raba'ah, yang menyaksikan ribuan rakyat Mesir terkorban digempur tentera Rabu, 14 Ogos lalu, pihak tentera terus memburu rakyat yang berkumpul dan berlindung di Medan Ramsis.

Pada Jumaat lalu, Medan Ramsis menjadi pusat himpunan "Jumaat Kemaraan" oleh penyokong legitimasi bagi membantah pembunuhan beramai-ramai rakan mereka oleh tentera di Medan Raba'ah sebelum ini.

Himpunan itu bagaimanapun juga turut berdepan serangan peluru hidup pihak keselamatan Mesir yang kononnya atas alasan mahu "menyuraikan himpunan" yang mengakibatkan ratusan penyokong Morsi terkorban dan ribuan lagi cedera.

Masjid Al Fath, yang menjadi tempat berlindung dan tempat pengumpulan jenazah yang terkorban juga di kepung dan diserang oleh samseng upahan dan pihak polis.

Kepulan asap gas pemedih mata yang ditembak ke dalam masjid Al-Fath

Mereka memaksa penyokong Morsi termasuk wanita dan kanak-kanak yang berlindung didalamnya keluar, dengan melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.

Tidak cukup dengan itu, penyokong Morsi yang bertindak keluar dari masjid itu akibat kelemasan asap gas pemedih mata, dupukul pula oleh pihak samseng upahan serta polis sebelum ditahan. Pasukan tentera dan polis menempatkan penembak tepat di atas bangunan-bagunan termasuk di menara masjid bagi memudahkan "operasi pembunuhan" tersebut.

Pihak Hospital Lapangan Ramsis menyebut, lebih 150 korban dicatatkan dan ratusan lagi cedera akibat serangan terbaru di Ramsis itu.

Cucu Hassan Al-Banna antara terkorban

Dalam pada itu, serangan di Ramsis itu menyaksikan cucu kepada Imam Hassan Al-Banna (pengasas Ikhwanul Muslimin), Khaled Al Banna, 30, terkorban.

Turut menjadi mangsa kekejaman tentera termasuk Ammar Muhammad Badie' iaitu anak lelaki kepada Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Muhammad Badie'.

Kedua-dua mereka terkorban selepas terkena tembakan peluru hidup. Selain mereka, turut menjadi mangsa korban adalah penyanyi terkenal Mesir Mohamed Bayomi dan ahli gusti Abdul Rahman Al Tarabilee (gambar).

Operasi tangkapan

Sementara itu, pasukan tentera dan polis mesir kini menjalankan operasi tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin Ikhwan Muslimin dan parti Islam lain. Dilaporkan ribuan telah ditahan oleh tentera atas tuduhan kononnya mencetuskan keganasan dan memiliki bom dan senjata api. Tindakan kerajaan sementara itu juga dipercayai bertujuan melemahkan Ikhwan Muslimin di mana mereka kini sedang berusaha untuk mengharamkan gerakan Islam itu.

 (IH/Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

Mengapa Suasana Sunway Mentari Seperti Pekan Pattaya?

Foto  
WARGA asing yang dipercayai menjadi tukang urut menunggu pelanggan di kaki lima sejak tengah hari.
Foto 
SIKAP warga Afrika yang suka berkumpul dan membuat bising menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan.

Bagai suasana pekan Pattaya Thailand.

Petaling Jaya: Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di sini, tidak seluas mana tetapi kini umpama ‘neraka’ dunia bagi masyarakat setempat berikutan kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah.

Lebih membimbangkan, jumlah warga asing yang bekerja dan menetap di situ dikatakan melebihi penduduk tempatan. Jika satu ketika dulu kawasan itu dipenuhi warga Afrika, kini keadaan bertambah teruk apabila turut menjadi tumpuan pendatang dari Indonesia, Thailand, China, Vietnam dan Filipina hingga terasa seolah-olah berada di luar negara.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan warga asing terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti menjadi pekerja seks, tukang urut batin, pelayan pelanggan di kelab malam, aktiviti perjudian dan dadah, selain bekerja tanpa permit dengan menyalahgunakan pas pelancong.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, kawasan berkenaan sentiasa dipenuhi pendatang dengan rata-ratanya warga Afrika, China dan Indonesia yang berkeliaran di kawasan terbabit. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di PJ yang tidak seluas mana itu, disifatkan sebagai suasana di pekan Pattaya di negara Thai, kerana kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah. Mengapa disalahkan kepada kepada pendatang dari luar negara sahaja?

Kan negara ini negara kita, kita yang menentukan semua paeraturan dan perlaksanaan? Kenapa tidak salahkan diri kita sendiri yang menentukan undang-undangnya? Kita ada polis kita sendiri pelaksana undang-undang? Kenapa baling batu sembunyi tangan?

Jawapan sebenarnya ialah kerana perundangan negara ini tidak Islamik. Undang-undang yang tidak mampu membongkar dan melumatkan seluruh maksiat hingga ke akar umbinya! Sila kaji balik.

Filem Ini Ditangguh Tayangan 22 Ogos Ini, Mengapa?

 

HALAMAN HIBURAN
Tayangan filem 'The New Village' ditangguh bagi membolehkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri meneliti semula kandungannya.
   
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata filem yang dijadual ditayang pada Ogos itu perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya.
   
Beliau berkata LPF memberi kelulusan kepada filem itu sejak tahun lepas namun ada media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan tentang unsur komunisme dalam filem berkenaan. Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jabatan Penjara  di ibunegara malam tadi.
   
Akhbar hari ini melaporkan pendedahan sebuah blog mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem 'Tanda Putera', yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali.

The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis, ditetapkan untuk tayangan umum pada 22 Ogos.

Sedutan filem itu memaparkan kisah cinta di antara seorang wanita Cina dan seorang pendukung fahaman komunis dan perbezaan di antara dua dunia mereka. Penayangan filem itu dibantah oleh Pemuda Umno di mana exconya, Lokman Noor Adam mengkritik sebuah filem bertajuk ‘The New Village’ yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme.

Beliau ingin tahu bagaimana filem itu begitu mudah diluluskan untuk tayangan sewaktu filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969 sudah berulang kali ditangguhkan tayangannya. Ia juga turut dibantah oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan menangguhkan sebarang tayangan filem 'The New Village' yang dilihat seolah-olah, cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini.
  
Timbalan Presiden GPMS Ezaruddin Abd Rahman berkata pihaknya turut meragui fakta yang terdapat dalam filem itu selain ia mungkin mempunyai agenda tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada generasi muda.
   
- Bernama


Jangan hukum 'The New Village' gara - gara kerana trailer   

Guan Eng: 'Tanda Putera filem rasis'

 

Sunday, August 18, 2013

Solat Di Tandas: RM200,000 Peruntukan.. Sabotaj?


KUALA KANGSAR: Selepas berita umat Islam terpaksa solat di depan tandas di sebuah pusat perniagaan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengeluarkan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau baru di situ.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad berkata, selepas perbincangan dibuat, peruntukan  itu akan dikeluarkan, lapor Sinar Harian. Katanya, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila sebut harga pembinaan surau dikeluarkan pada minggu hadapan.

Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan bagaimana pelanggan dan peniaga di sebuah pusat perniagaan itu terpaksa solat di depan tandas. Ini kerana, tiada kemudahan surau di kawasan terdekat. Walaupun ada Masjid Ubudiah namun ia agak jauh untuk pelanggan dan peniaga pergi ke sana.

"Kita akan buat penelitian terhadap isu ini kerana kemungkinan sabotaj juga ada. Mungkin mereka sengaja solat di kawasan itu dan memuat naik gambar tersebut dalam laman sosial untuk beri tanggapan tertentu.
"Sebuah bilik solat ada disediakan di atas pentas dan paip air untuk berwuduk juga disediakan," katanya.

Menurut wakil rakyat itu, pihaknya akan melihat secara menyeluruh dan perancangan rapi akan dibuat bagi memastikan pembangunan di Kuala Kangsar berjalan lancar selepas ini. "Saya harap Yang Dipertua MPKK melihat isu ini secara menyeluruh kerana kawasan ini merupakan tempat tumpuan umum," katanya.

Sabotaj?


Dalam pada itu, pihak yang membuat laporan hal ini, Mohd Farhan Madzlan menolak andaian wakil rakyat BN ini bahawa ia ada unsur sabotaj.

"Unsur sabotaj ke atau unsur RM200,000. Tiba-tiba baru nak buat surau.. orang dah start solat mengadap tandas tu dah bertahun.. siapa yang pergi ke arena square semua tahu ceritanya.. kecuali yang tak solat la," tulis beliau dalam Facebooknya.

Beliau mengulas dakwaan wakil rakyat ini yang mendakwa liputan solat depan tandas ini mungkin ada unsur sabotaj.

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails