Tuesday, September 03, 2013

Sambut Merdeka Dengan Maksiat..

Tukang urut dan pelanggan terkejut apabila premis diserbu pihak berkuasa.

Satu: 

SUBANG JAYA – Pelanggan lelaki dan seorang tukang urut wanita dicekup ketika asyik beraksi di atas katil di sebuah pusat urut di SS15 di sini. Kedua-duanya yang terkejut apabila langsir memisahkan antara ruang pusat urut itu diselak anggota penguat kuasa bingkas mengenakan pakaian lengkap selepas itu.

Ketika dicekup, pelanggan lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek manakala tukang urut wanita separuh bogel dan hanya memakai baju. Mereka antara tujuh yang ditahan dan diserahkan kepada polis kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral di tiga rumah urut di sini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pihaknya menyerbu tiga premis pusat kecantikan dan pusat urut di kawasan SS15.

Dua
Penguat kuasa Jawi menyita minuman keras sebagai bukti kes.

KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan. Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.
 
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Tiga

Haslinda bersama pasangan bukan Islam diperiksa oleh penguatkuasa agama.

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin. 

Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.  Setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun. 

Juga, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.

Empat
 Penguatkuasa Jaij Batu Pahat sedang memeriksa pasangan berkenaan

BATU PAHAT - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Lima:

Di Padang Serai, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak. Pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan.

Di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.
Dalam serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam. Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.

Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang. Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.

Enam: 
Serbuan di rumah pangsa di Bachang menahan ramai Pati.

TAMAN MELAKA RAYA – Cubaan GRO melarikan diri dari ditangkap dengan menggunakan laluan tikus tidak berhasil apabila mereka ditahan dalam Ops Bersepadu 6P semalam. Serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya itu berjaya menahan 11 GRO dan 415 pendatang tanpa izin (Pati) yang ditahan dalam operasi berkenaan. Operasi dijalankan selama lebih enam jam bermula jam 12 malam.


Dan segala macam maksiat lagi, ini baru secebis darinya. 

Kesimpulan: Hukum Amar Ma’ruf Nahi Munkar


Firman Allah ,

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةُُ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

  • Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan Ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104).
Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat ini,”Maksud dari ayat ini, hendaklah ada sebagian Ummat ini yang menegakkan perkara ini“. (Lihat tafsir Al Quran Al Karim karya Ibnu Katsir 1/339-405).


Dan firman-Nya,

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ

  • Kamu adalah Ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Al-Imran :110).



Umar bin Khathab berkata ketika memahami ayat ini,”Wahai sekalian manusia, barang siapa yang ingin termasuk Ummat tersebut, hendaklah menunaikan syarat Allah darinya“. (Lihat Asy-Syaukaniy, Fathul Qadir, 1/453).



Sabda Rasulullah ,

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ

  • Barang siapa yang melihat satu kemunkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya dan jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemahnya iman (Riwayat Muslim).

Sedangkan Ijma’ kaum muslimin, telah dijelaskan oleh para ulama, diantaranya:
  1. Ibnu Hazm Adz Dzahiriy, beliau berkata, “Seluruh Ummat telah bersepakat mengenai kewajiban amar ma’ruf nahi munkar, tidak ada perselisihan diantara mereka sedikitpun”. (Ibnu Hazm, Al-Fashl Fil Milal Wan Nihal, 5/19).
  2. Abu Bakr al- Jashshash, beliau berkata,”Allah telah menegaskan kewajiban amar ma’ruf nahi munkar melalui beberapa ayat dalam Al Qur’an, lalu dijelaskan Rasulullah dalam hadits yang mutawatir. Dan para salaf serta ahli fiqih Islam telah berkonsensus atas kewajibannya“. (Al-Jashash, Ahkamul Qur’an , 2/486)
  3. An-Nawawi berkata,”telah banyak dalil-dalil Al Qur’an dan Sunnah serta Ijma’ yang menunjukkan kewajiban amar ma’ruf nahi munkar“. (An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 2/22).
  4. 4. Asy-Syaukaniy berkata,”Amar ma’ruf nahi munkar termasuk kewajiban, pokok serta rukun syari’at terbesar dalam syari’at. Dengannya sempurna aturan Islam dan tegak kejayaannya“. (Asy-Syaukaniy, Fathul Qadir, 1/450).


Jelaslah kewajiban mmmat ini untuk beramar ma’ruf nahi munkar. Cuma kerajaan Malaysia sahaja yang tidak bersungguh-sungguh. Antaranyanya kerana pemimpin atau kutu kerabat adalah termasuk pemaksiat-pemaksiat..

(IH/SH/Dll)

Monday, September 02, 2013

Menteri Bantah Ratu Dunia, Tapi Ini Bukan Negara Islam.

 Vania Larissa kontestan Indonesia di Miss World 2013
Vania Larissa kontestan Indonesia di Miss World 2013

Jakarta: Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia semalam menyeru supaya pertandingan Ratu Dunia dibatalkan. Gesaan itu dibuat ketika bantahan semakin meningkat menjelang perasmian pertandingan itu di Bali.

Suryadharma Ali berkata, penganjur perlu patuh kepada nasihat badan tertinggi ulama Islam negara itu yang minggu lalu mendesak supaya dibatalkan walaupun selepas penganjur bersetuju untuk menggugurkan pusingan berbikini.

FPI Siap Bubarkan Miss World 2013

“Majlis Ulama Indonesia (MUI) sudah menyuarakan bantahan keras kerana ia tidak sesuai dengan ajaran Islam yang menetapkan supaya wanita perlu menutup aurat mereka,” kata Suryadharma dalam satu kenyataan.

Beliau ialah pegawai kanan kerajaan pertama menyuarakan bantahan terhadap pertandingan itu, sekali gus memberi tamparan baru kepada penganjur yang berpusat di Britain. Kenyataan Suryadharma itu dibuat selepas ketua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia negara itu menyuarakan tentangan terhadap acara yang mempamerkan tubuh wanita.

Penganjur tempatan bagaimanapun berkata, acara itu akan tetap diteruskan. “Ini bukan negara Islam dan pertandingan ini berkait dengan budaya, bukan agama,” kata Adjie S Soeratmadjie, setiausaha korporat RCTI, penganjur tempatan yang juga penyiar rasmi pertandingan.

Penampilan para wanita ini selalu membuat kaum lelaki terpukau.
Alessandra Ambrosio, wanita kelahiran tahun 1981 ini merupakan salah satu model paling seksi yang dimiliki Victoria Secret. Wanita cantik berkebangsaan Brazil ini pernah terpilih sebagai spokesmodel pertama untuk perusahaan "PINK". 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Ini bukan negara Islam dan pertandingan ini berkait dengan budaya, bukan agama,” Inilah pemikiran sesat masakini, berfikir sekularisme, di luar kotak fikiran Islam. Macam sesetengan Menteri Malaysia, atau  negara-negara se kandang dengannya juga.

Menteri Pusat Indo ini, kalah dengan penganjur tempatan? (IH)

Sunday, September 01, 2013

Merdeka! Tapi Panik, Berduaan Di Hotel Penyebab Maut..


FotoMAYAT lelaki selepas terjun dari hotel.

FotoPENGUAT kuasa JAWI mengumpul bukti di kelab dangdut.

Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.

Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.

“Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya.

Ini, Pelawak Wanita, Bagaimana Dari Sudut Agama?

HALAMAN HIBURAN

INI antara pelawak-pelawak wanita di Malaysia. Pelawak Noorkhiriah kini sudah mencecah usia 36 tahun. Dia memenangi sebanyak tiga kali anugerah artis komedi wanita popular. Sebaliknya, pelakon Almy Nadia  27 tahun, masih lagi hijau dalam dunia komedi. Kehadirannya dalam dunia komedi bermula selepas membintangi siri komedi Edisi Khas. Paling menonjol ialah Didie Alias. (Sila lihat Pelakon Didie Alias, Semoga Kesedaran Bertambah, A...)

Bagaimana pelawak dalam pandangan agama Islam?

Secara ringkas, fenomenanya begini..

Setiap kalimat yang meluncur dari lisan kita pasti akan dihisab Allah SWT dengan mudah dan tercatat secara akurat dalam catatan malaikat, seperti firman Allah SWT

  • Ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. (QS. 50: 17-18)
Imam Ibnu Rajab berkata:
  • Para ulama salaf sepakat berpendapat bahawa malaikat yang sebelah kanannya mencatat semua kebaikan dan malaikat yang sebelah kirinya mencatat semua keburukan. [1]
Lisan adalah anggota tubuh sangat mungil tapi paling menentukan syurga dan nerakanya seseorang. Bahkan keperibadian siapapun dapat ditangkap dari mimik lisannya, maka lisan lebih tajam dari pisau dan lebih bahaya berbanding semua aksi kejahatan, kerana kebanyakan aksi kejahatan bermuara dari mulut, atau kurang kontrol terhadap mulut. Sehingga Islam sangat perhatian terhadap bahaya mulut dan menyuruh untuk menjaga lisan.

Dari Sahl bin Saad berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  • Barangsiapa yang menjaminku mampu menjaga dua bibirnya dan di antara kakinya maka aku akan jamin syurga.[2]
Dari Abu Hurairah dari Nabi bersabda:
  • Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat tentang sesuatu yang diridhai Allah Subhanahu Wata’ala , yang tidak ia sadari, maka Allah Subhanahu Wata’ala  mengangkat dengannya beberapa darjat. Dan sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat tentang suatu yang dimurka Allah Subhanahu Wata’ala , yang ia tidak sedar ternyata menghempaskan dirinya dengannya ke dalam Jahannam.[3]
Ketika seorang muslim bercakap, hanya ada dua pilihan, bercakap tentang suatu kebaikan yang mendatangkan ridha Allah SWT S atau diam kerana takut terhadap murka Allah SWT. Sebab bercakap tentang apapun perlu berdasarkan ilmu, kerana setiap kalimat yang keluar dari mulut kita pasti diminta tanggung jawab seperti firman Allah SWT:  
  • Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta tanggung jawab. (QS. 17:36)
Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  • Barangsiapa yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala  dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.[4]
Hina Simbol Islam Di Pentas Lawak

Tema cakap pelawak pada umumnya kurang berfaedah dan sia-sia belaka, padahal tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan suatu yang kurang berguna dan tidak bermanfaat, sebagaimana sabda Nabi:
  • Di antara tanda kebaikan Islam seseorang ialah, meninggalkan apa yang tidak penting baginya.[5]
Apalagi berbicara dusta dan bohong untuk mengundang gelak tawa penonton, maka itu suatu perkataan yang melebihi kesia-siaan bahkan kalau mereka tahu akibatnya, sungguh mereka akan banyak menangis daripada tertawa.
Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  • Jika kamu tahu apa yang aku tahu, maka kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis. [6]
Adakalanya pelawak ambil mudah bergurau dengan cara melecehkan simbol dan syiar Islam, contohnya,  seorang pelawak membuat lucu dengan ucapan 'Syukur al-Hamdulillah' kepada perkara yang tak betul.
"Kalau aku dapat pakai pakaian macam ratu cantik itu, Al-hamdulillah!"  Sedangkan pakaian itu tidak menutup aurat dan bercanggah dengan Islam.

Mengolok-olok agama dan menggunakan ayat-ayat al-Qur’an buat lawak adalah haram, kerana mengolok-olok Allah SWT atau asul-Nya atau Sunnah adalah suatu kekufuran dan riddah (keluar dari Islam) mengeluarkan pelakunya dari Islam, sebagaimana firman Allah:  
  • Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: ”Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah:”Apakah dengan Allah Subhanahu Wata’ala , ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami mema’afkan segolongan dari kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) di sebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. (QS. 9:65-66)
Dan Allah SWT menjelaskan bahawa Dia akan memaafkan segolongan di antara mereka hanya dengan bertaubat kepada Allah SWT dari kekufuran mereka yang disebabkan oleh sikap mengolok-olok mereka terhadap Allah SWT, ayatNya dan Rasul-Nya.

Olok-olok Simbol Agama Supaya Orang Tertawa.


Syaikh Ustaimin ditanya: Ada sebahagian orang yang buat lawak dengan perkataan yang mengandung ejekan dan hinaan terhadap Allah SWT, RasulNya atau AgamaNya.

Jawaban: Perbuatan mengolok-ngolok Allah SWT, Rasul-Nya dan Agama Islam untuk membuat orang lain tertawa walaupun hanya sekadar berlawak, merupakan kekufuran dan kemunafikan. Perbuatan ini seperti pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW, mereka mengatakan,”Kami belum penah melihat seperti pembaca (Al Qur’an) di antara kami, yang lebih buncit perutnya, lebih berdusta lisannya dan pengecut saat berhadapan dengan musuh. Maksudnya adalah Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

Lalu turunlah ayat tentang mereka:
  • Jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab:”Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja”.( At Taubah 65)
Lantas mereka datang kepada nabi dan berkata: Sesungguhnya kami bercakap tentang itu ketika kami dalam perjalanan, hanya bertujuan untuk menghilangkan jemu perjalanan. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada mereka seperti yang diperintahkan Allah SWT  
  • Katakan”Apakah dengan Allah Subhanahu Wata’ala , ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?”Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. (QS. 9:65-66)
Jadi, bahasan materi Rububiyah, kerasulan, wahyu dan agama adalah materi agama yang terhormat. Tidak boleh seorangpun bermain-main dengannya, tidak menjadikan sebagai bahan ejekan dan bayolan, agar membuat orang lain tertawa ataupun menghina. Barangsiapa bertindak demikian maka ia telah kafir, kerana tindakan tersebut sebagai bukti penghinaan terhadap Allah SWT, Rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan syariat-syariat-Nya.

Maka sesiapa melakukan perbuatan tersebut, hendaklah bertaubat kepada Allah SWT kerana perbuaan itu termasuk kemunafikan dan hendaknya hendaklah bertaubat kepada Allah SWT, memohon ampunan dan memperbaiki perbuatannya serta menumbuhkan di dalam hatinya rasa takut, pengagungan dan cinta terhadap-Nya. Hanya Allah SWTlah yang kuasa memberi taufik.[7]

Hina Orang Sholih Dalam Lawak

Terkadang pelawak berlagak menjadi sosok seorang tokoh agama atau ustaz, namun sosok tersebut menjadi bahan ledekan dan guyonan. Bahkan mereka menirukan gaya, gerakan dan mimik ustaz itu, tetapi cakap-cakap dan perkataannya jauh dari norma sepatutnya sehingga menjatuhkan kredibilti sosok dan figur agama.

Syaikh Utsaimin ditanya: Apa hukum mengolok-olok orang-orang yang konsisten dalam menjalankan perintah-perintah Allah SWT?

Jawaban: Mengolok-olok orang-orang yang konsisten dan istiqamah dalam menjalankan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya kerana konsisten mereka, merupakan perbuatan haram dan sangat membahayakan pelakunya. Dibimbangkan ejekan tersebut berangkat dari sikap tidaksuka terhadap keistiqamahan mereka dalam menjalankan agama Allah, serupa dengan yang disebutkan Allah dalam firanNya:  
  • Jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab:”Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakan:”Apakah dengan Allah Subhanahu Wata’ala , ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman.  (QS. 9:65-66)
Kami belum penah melihat seperti para pembaca (Al Qur’an) di antara kami, yang lebih buncit perutnya, lebih berdusta lisannya dan pengecut saat berhadapan dengan musuh, yakni mereka Rasulullah SAW  dan para sahabatnya.

Lalu turunlah ayat tentang mereka:  
  • Jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab:”Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja”.( At Taubah 65)
Oleh karena itu, hendaklah berhati-hati orang yang suka mengolok-olok komuniti atau kelompok yang menyebarkan kebenaran, kerana mereka yang diejek dan diolok-olok adalah termasuk ahli agama seperti yang dimaksudkan dalam firman Allah SWT:  
  • Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia) menertawakan orang-orang yang beriman.) Dan apabila orang-orang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. Dan apabila orang-orang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang mu’min, mereka mengatakan: “Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat”, padahal orang-orang yang berdosa itu tidak dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mu’min. Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir, mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang. Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (QS. 83:29-36)[8]
 Rujukan:
[1] . Lihat Jamiul Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab, 1/336[2] . Shahih diriwayatkan Imam Bukhari dalam Shahihnya (6474) dan Imam Muhammad at-Tibrizi dalam Miskatul Masabih, bab Mizah (4889), 3/ 1370. [3] . Shahih diriwayatkan Imam Bukhari dalam Shahihnya (6478) dan Imam Ibnu Majah dalam Sunannya (3970)
[4] . Shahih diriwayatian Imam Ahmad dalam Musnadnya, 2/ 267, Imam Bukhari dalam Shahihnya (6018), (6136) dan (6475), Imam Muslim dalam Shahihnya ((47), Abu Daud dalam Sunannya (5154) dan Imam Tirmidzi dalam Sunannya (2500) serta Ibnu Hibban dalam Shahihnya (506)
[5] . Shahih diriwayatkan Imam at-Timrmidzi dalam Sunannya (2317) dan Imam Ibnu Majah dalam Sunannya (3976) dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya (229).
[6] . Shahih diriwayatkan Imam at-Tirmidzi dalam Sunannya (2313) dan dishahihkan Syaikh al-Albani.
[7] . Majmu’ Fatawa wa Rasail Syaikh Utsaimin, 2/ 156-157.
[8] . Majmu’ Fatawa wa Rasail Syaikh Utsaimin, 2/ 157-158.
sumber : http://www.zainalabidin.org/?p=91

Penutup:
Bukan sahaja isi perbualan seperti di atas sahaja, yang penting dalam suasana sekarang, ramai aksi pelawak-pelawak wanita bukan sahaja ditonton di pentas, bahkan dipancarkan terus lawak mereka ke tv, video atau media eletronik dan lain-lain. Jadi aurat mereka perlu dijaga, termasuk
  • pakaian, 
  • aksi, 
  • suara, 
  • pergaulan campur baur lelaki perempuan 
  • dan lain-lain.
Sila lihat contoh apa yang disifatkan sebagai lawak Muslim  begini..
Lawak, lawak sikit.. Pinjam gambar dibawah ini dari blog..
http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

Ai? Gelak macam ni boleh menakutkan..

Ini bukan gelak, menguap! Lagi luas mulut.. Tutup sikit dengan tangan.

Sabda Rasulullah,' gelak yang terlalu banyak dan melampau akan mematikan hati kita.'

Artis Kilafairy Telanjang...








HALAMAN HIBURAN

PERTENGAHAN bulan Ramadan lalu pelakon dan penyanyi muda, Kilafairy (gambar) berdepan cemuhan dan cacian daripada peminat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara memuat naik sepotong video yang memaparkan aksi seolah-olah tidak memakai seluar.

Video berdurasi 30 saat itu telah dimuat naik di Instagram miliknya, @kilafairyofficial. Dia hanya memakai sehelai baju putih bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaian miliknya, Rack. Setelah mendapat kritikan panas daripada peminat, Kilafairy, 21, atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khanakhirnya mengeluarkan gambar tersebut beberapa hari selepas itu.

"Ramadan lalu, Kilafairy telah memuat naik sepotong video belakang tabir promosi butik Rack dalam aksi seolah-olah tidak memakai seluar. Apakah penjelasan anda?" Tanya wartawan Kosmo kepadanya.

"Benar." Jawab Kilafairy." Video itu adalah penggambaran belakang tabir untuk butik Rack yang diusahakan saya bersama kakak. Saya menafikan bahawa saya tidak pakai seluar, sebaliknya saya memakai legging berwarna coklat. Jika ada pihak yang tersinggung atau sakit hati atas tindakan saya yang tidak disengajakan itu saya minta maaf."

Walau begitu, beliau bergelar simbol seks?! Kerana bertelanjang.. Mengapa dianggap begitu? Mari fikir sejenak!

Oh, benarlah Sabda Nabi SAW.. 

Dari Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkata, shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
  • Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat:  [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan  [2] wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk bunggul  yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekiandan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)
Hadits ini merupakan tanda mukjizat kenabian. Kedua golongan ini sudah ada di zaman kita masa kini. Hadits ini sangat mencela dua golongan semacam ini. Kerosakan seperti ini tidak muncul di zaman Nabi SAW kerana  sucinya zaman beliau, namun baru terjadi selepas beliau hidup (Lihat Syarh Muslim, 9/240 dan Faidul Qodir, 4/275). 

Makna Ber'Pakaian Telanjang'(kasiyatun ‘ariyatun’)

An Nawawi dalam Syarh Muslim ketika menjelaskan hadits di atas mengatakan bahawa ada beberapa makna kasiyatun ‘ariyatun (berpakaian tetapi telanjang):
  1. Wanita yang mendapat nikmat Allah, namun enggan bersyukur kepada-Nya.
  2. Wanita yang mengenakan pakaian, namun kosong dari amalan kebaikan dan tidak mahu mengutamakan akhiratnya serta enggan melakukan ketaatan kepada Allah.
  3. Wanita yang menyingkap sebahagian anggota tubuhnya, sengaja menampakkan keindahan tubuhnya. Inilah yang dimaksud wanita yang berpakaian tetapi telanjang.
  4. Wanita yang memakai pakaian tipis sehingga nampak bagian dalam tubuhnya. Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang. (Lihat Syarh Muslim, 9/240).
Pengertian yang disampaikan An Nawawi di atas, ada yang bermakna konkrit dan ada yang bermakna maknawi (abstrak). Begitu pula dijelaskan oleh ulama lainnya sebagai berikut. Ibnu ‘Abdil Barr Rarahimahullah mengatakan,
  • “Makna kasiyatun ‘ariyatun adalah wanita pakai pakaian nipis yang menggambarkan bentuk tubuhnya, pakaian tersebut belum menutupi (anggota tubuh yang wajib ditutupi dengan sempurna). Mereka memang berpakaian, namun pada hakikatnya mereka telanjang.” (Jilbab Al Mar’ah Muslimah, 125-126)
Al Munawi dalam Faidul Qodir mengatakan mengenai makna kasiyatun ‘ariyatun,
  • “Senyatanya memang wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya dia telanjang. Kerana wanita tersebut mengenakan pakaian yang tipis sehingga dapat menampakkan kulitnya. Makna lainnya adalah dia menampakkan perhiasannya, namun tidak mahu mengenakan pakaian takwa. Makna lainnya adalah dia mendapatkan nikmat, namun enggan untuk bersyukur pada Allah. Makna lainnya lagi adalah dia berpakaian, namun kosong dari amalan kebaikan. Makna lainnya lagi adalah dia menutup sebahagian badannya, namun dia membuka sebahagian anggota tubuhnya (yang wajib ditutupi) untuk menampakkan keindahan dirinya.” (Faidul Qodir, 4/275)
Hal yang sama juga dikatakan oleh Ibnul Jauziy. Beliau mengatakan bahawa makna kasiyatun ‘ariyatun ada tiga makna. 
  1. Wanita yang memakai pakaian tipis, sehingga nampak bahagian dalam tubuhnya. Wanita seperti ini memang memakai jilbab, namun sebenarnya dia telanjang.
  2. Wanita yang membuka sebagian anggota tubuhnya (yang wajib ditutup). Wanita ini sebenarnya telanjang.
  3. Wanita yang mendapatkan nikmat Allah, namun kosong dari syukur kepada-Nya. (Kasyful Musykil min Haditsi Ash Shohihain, 1/1031) 
Kesimpulannya:  

'kasiyatun ‘ariyat' dapat kita maknakan: wanita yang memakai pakaian tipis sehingga nampak bahagian dalam tubuhnya dan wanita yang membuka sebahagian aurat yang wajib dia tutup. Marilah kita sama-sama berfikir, merenung dan laksanakan yang terbaik. Insya Allah! (IH)

Filem Tanda Putera: Habiskan RM4.5J, Termasuk Wang Rakyat...

Gambar di laman Facebook promosi filem  
Gambar di laman Facebook promosi filem 

HALAMAN HIBURAN

FILEM Tanda Putera telah pun saya tonton di pawagam. Selain mahu melihat sendiri gembar-gembur tentang filem ini, ia juga saya anggap sebagai sumbangan peribadi saya kepada penerbit filem tersebut demi menyokong kemajuan filem tempatan. Mudah-mudahan dengan wang tiket yang saya bayar itu, sedikit sebanyak akan dapat membantu memajukan lagi filem tempatan.

Saya sebagai penonton mempunyai pandangan sendiri, saya akan cuba berlaku adil menilai filem ini.

Menurut laporan media, kos filem ini sekitar RM4.5 juta, ia dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebanyak RM2.5 juta dan RM2 juta lagi daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC). Tidak termasuk penajaan dari syarikat kerajaan seperti syarikat penerbangan Malaysia (MAS).

Dengan kos tersebut, saya fikir hasil dari aspek teknikalnya tidaklah begitu memuaskan. Penggunaan teknik CGI atau Computer Generated Image yang digunakan tidak sempurna dan tidak kemas malah jika difikir-fikirkan, ianya tidak perlu bagi filem sebegini. Namun terpulanglah kepada pengarah kerana itu haknya.

Begitu juga dalam dalam aspek rekabentuk produksi, props dan costume. Ia tidak cukup sempurna untuk menggambarkan suasana di zaman tersebut sedangkan filem ini berlatarkan suasana di era 60/70-an. Jauh bezanya dengan props dan costume filem Bukit Kepong atau Leftenan Adnan. Adakah kerana penerbitnya ingin berjimat, kita tidak pasti.

Selepas menonton, saya tertanya-tanya adakah filem ini mahu bercerita tentang sejarah 13 Mei atau apa?

Babak kencing tiang bendera Selangor ada dipaparkan. Tetapi tidak jelas adakah adegan ini benar-benar wujud dan bersumberkan dari fakta sejarah. Jika benar-benar bersumberkan dari sejarah, di mana dan apakah sumbernya? Sama ada dari laporan polis atau catatan sejarawan, saya ingin tahu.

Jika ia fiksyen, bendera Selangor itu bukan fiksyen. Malah, tiang bendera dalam babak tersebut tidak jelas berada di mana, di dalam kawasan rumah Datuk Harunkah (Menteri Besar Selangor ketika itu) atau di tepi longkang pejabat kerajaankah atau di sebelah warungkah?

Kita tak pasti sama sekali. Jika ada yang mengaitkan ianya di kawasan kediaman Menteri Besar Selangor, mungkin itu hanya tanggapan saja kerana bendera di tiang itu bendera Selangor atau banyak babak 13 Mei dalam filem itu berlaku di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Atau, adakah babak kencing tiang bendera itu sebenarnya adalah imaginasi pengarah berdasarkan dengar cakap dari sumber yang tidak jelas?

Jika kita rujuk penjelasan Sdr. Ahmad Habib dalam temubual oleh Roketkini di sini (http://www.roketkini.com/2012/09/14/kencing-tiang-bendera-kit-siang-difitnah-saksi-13-mei/) yang berada di lokasi rusuhan (Kampung Baru) pada ketika itu, jelas sekali bahawa hampir mustahil peristiwa kencing tiang bendera Selangor itu dilakukan di kediaman Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Jadi, jika bukan berlaku di kediaman Menteri Besar, maka ia berlaku di mana? Adegan ini bukan adegan lagak ngeri (stunt) yang boleh difiksyen-fiksyen sesuka hati. Adegan ini berkaitan langsung dengan sejarah 13 Mei.

Bagi saya, peristiwa 13 Mei yang digempakkan di awal babak dalam filem ini kelihatan hanya digunakan untuk memancing sentimen kemarahan dengan menggambarkan seolah-olah pembangkang dan komunis itu sama atau bekerjasama. Pembangkang dan komunis itu cuba digambarkan dengan imej satu kaum sahaja iaitu Cina di samping logo DAP terpampang di sana-sini dalam babak tersebut.

Sedikit selingan buat pengarahnya – DAP bukan komunis apatah lagi menyokongnya, malah penubuhan DAP adalah bukti penolakan DAP akan perjuangan komunis yang menggunakan senjata.

Bertolak dari imej-imej ini, maka pada awalnya saya menyangka filem ini ingin menceritakan kembali peristiwa 13 Mei mengikut kronologi dan laporan saksi-saksi secara jelas. Ketika menontonnya saya cuba bersangka baik dan mencari lojik tentang paparan imej tersebut yang mungkin dapat memberi gambaran jelas kepada penonton tentang apa sebenarnya yang telah berlaku dalam peristiwa 13 Mei ini.

Tetapi ia tidak berlaku begitu. Pengarah mematikan peristiwa 13 Mei ini setengah jalan (tak sampai separuh sebenarnya). Tinggalah imej-imej logo DAP, Cina dan Komunis melekat dimemori penonton tanpa apa-apa penjelasan dan pertanggungjawaban. Permulaan yang mendebarkan tiba-tiba hilang lenyap tak berkesudahan.

Yang lain hanya drama hubungan keluarga dan persahabatan Tun Razak dengan Tun Dr. Ismail dan beberapa babak pendek tentang usaha beliau mewujudkan Felda, usaha Tun dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kisah komunis yang diselitkan serba-sedikit.

Watak dan pemilihan pelakon (casting) Tun Razak dan Tun Dr Ismail agak berjaya, ia dilakonkan dengan baik dan berkesan, tahniah buat pelakonnya, Rusdi Ramli dan Zizan Nin.

Namun akhir semua ini, babak 13 Mei yang digempakkan itu terhenti, tergantung dan ghaib entah ke mana. Filem sejarah apakah ini? Saya tidak nampak atau memahami signifikan antara babak-babak 13 Mei dengan sejarah ketokohan Tun Razak dalam filem ini.

Jika ini bukan filem sejarah 13 Mei, adakah ia filem sejarah mengenai ketokohan Tun Razak dan rakannya Tun Dr. Ismail? Jika benar, pasti sumbangan terpenting Tun seperti penubuhan Felda digarap dengan lebih jitu lagi berbanding garapan peristiwa 13 Mei. Tetapi tidak begitu.

Filem ini tidak mengangkat dengan jelas sumbangan Tun dalam penubuhan Felda atau pun usaha Tun dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Maka kita keliru arah cerita ini.

Atau, adakah filem ini memang bukan filem sejarah langsung. Hanya filem fiksyen yang mencedok sedikit fakta sejarah dan ditempelkan ke atas susuk Tun Razak hingga menjadi filem fiksyen agar pengarah atau penerbitnya tidak perlu dipertanggungjawabkan oleh penghayat atau sesiapa.

Memang kita memahami bahawa adaptasi dari sumber pertama (asal) kepada medium lain akan diolah kembali dengan elemen-elemen fiksyen sebagai penyedap atau penarik. Ini kita bersetuju.

Namun demikian, nuansa antara fakta dan fiksyen seharusnya jelas. Dalam filem Tanda Putera ini, fiksyen dan fakta bercampur-baur dan berkecamuk, bagi yang tidak membaca atau menyelidiki sejarah 13 Mei ini, pasti akan menganggap semua babak dalam filem ini adalah seratus peratus berdasarkan fakta.

Akhirnya kita ingin sekali bertanya kepada pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba, filem ini filem apa? Filem sejarah atau fiksyen?

Saya fikir saya berhak mendapat penjelasan daripadanya kerana filem beliau ini dibiayai dari wang cukai rakyat, bukan sedikit tetapi banyak. Wang cukai rakyat ini dikutip oleh kerajaan dari semua kaum, Melayu, Cina India, ahli DAP, ahli Umno, PKR, orang Islam, bukan Islam, orang miskin dan kaya malah semuanya. Jika ia filem sejarah, maka ia milik rakyat dan rakyat berhak menuntut penjelasan. Jika fiksyen, maka penerbit harus bersedia bertanggungjawab atas paparan imej atau babak-babak dalam karyanya.

Saya mendukung prinsip kebebasan berkarya, berekspresi dan berkreativiti. Saya akan pertahankan hak saudari Shuhaimi Baba jika dia benar.

Di sebalik semua ini, saya juga tertanya-tanya, bagaimana Finas menjustifikasikan filem ini hingga sanggup melabur jutaan ringgit dengan mempertaruhkan prinsip keharmonian kaum. Untuk apa? Kebenaran?

by Mahdzir Ibrahim Roketkini,

Filem Tanda Putera: Kisah Kencing Tiang..




HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Seorang saksi kejadian 13 Mei 1969 hari ini tampil menempelak tomahan keji terhadap Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang yang difitnah kononnya telah “kencing di tiang bendera kediaman Menteri Besar Selangor” yang mana didakwa telah mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Menurut Ahmad Habib, 64, “Semasa saya berada di rumah Menteri Besar (Haron Idris), rumahnya penuh dengan orang, ia berpagar dan dikawal, jika dia (Lim Kit Siang) berada disitu, dia mungkin ditangkap atau terbunuh!”

Demikian kenyataan beliau yang merupakan salah seorang pelajar MARA ketika itu dalam sidang medianya di ibupejabat DAP hari ini. Katanya, beliau terpanggil untuk tampil kehadapan menempelak fitnah serta penipuan tersebut atas prinsip demi menyelamatkan Malaysia dari pembohongan keji yang berbahaya.
Bagi Kit Siang, kesanggupan dan beberanian Ahmad Habib menceritakan kebenaran wajar dicontohi sebagai rakyat Malaysia yang patriotik.

“Persoalannya, bagaimanakah isu “kencing” di rumah Menteri Besar Selangor ini menyebabkan rusuhan 13 Mei timbul?
“Adakah filem Tanda Putra bertanggungjawab terhadap penipuan ini?” soal beliau.

Malah dalam satu laporan Malaysian Insider bertarikh 20 Ogos lalu memetik bahawa anak kepada Menteri Besar Selangor ketika itu Mazlan Harun juga beliau tidak dapat membuktikan kebenaran peristiwa tersebut.
 
Kata Mazlan, “Saya tidak mahu katakan bahawa peristiwa tersebut benar ataupun tidak tetapi saya dimaklumkan oleh bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang tak perlu disebutkan namanya.”
“Jika beliau berbohong, saya juga berbohong..” ujar Mazlan kepada portal berita itu.

Ditanya bagaimana beliau boleh berada disini untuk mengadakan sidang media, Ahmad Habib berkata bahawa beliau dan peguamnya telah menghubungi Kit Siang sendiri menyatakan kesediaan beliau  untuk memberi keterangan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Timor tersebut tidak kencing di tiang bendera rumah Menteri Besar Selangor.

Fitnah “Lim Kit siang kencing di tiang bendera rumah Menteri besar Selangor” tidak pernah kedengaran sebelum ini sehinggalah gambar beliau dimuatkan ke dalam laman rasmi facebook filem Tanda Putera walhal gambar tersebut diambil pada tahun 1984.
“Samada dalam Kertas Putih yang dikeluarkan oleh Majlis Tindakan Nasional bertarikh 9 Oktober 1969 mahupun buku Tunku Abdul Rahman berjudul “Mei 13-Sebelum dan Selepas” tidak pernah menyebut pun mengenai insiden kencing tersebut.
“Malah saya pada ketika itu berada di Sabah bermula 11, 12 dan 13 Mei  1969.” Jelas Kit siang. – Roketkini.com (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails