Monday, September 09, 2013

Kuza: 40 Tahun Baru Dekatkan Diri Kepada Allah? Pun Alhamdulillah!

 
Kuza

HALAMAN HIBURAN

"SEBENARNYA sudah lama saya memasang niat untuk berhijab. Alhamdulillah, saya mula berhijab pada bulan Ramadan lalu. Lagipun, umur saya sudah memasuki 40 tahun. Lebih elok saya mendekatkan diri kepada Allah." 

Kata pelakon drama, Kuza atau Tengku Sariza Tengku Muzani, kakak kepada pelakon Kuna, yang tampil manis dengan hijab atau bertudung ketika ditemui pada majlis Mesra Raya Aidilfitri Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Saya tidak mahu ada yang beranggapan saya berhijab kerana fesyen dan trend. Niat saya adalah untuk melaksanakan tuntutan Allah. Pada mulanya, saya menyampaikan niat untuk berhijab kepada keluarga. Alhamdulillah, keluarga menyokong niat saya."

Bila ditanya apakah perasaan Kuza selepas mengenakan hijab, katanya,  "Alhamdulillah, sampai saat ini Allah mempermudahkan urusan dan saya tenang menjalani kehidupan dalam imej baharu ini. Saya sangat selesa selepas memakai tudung" 

Al-hamdulillah, moga-moga bertambah seorang lagi wanita solihah di bumi Malaysia ini. (IH/Sumber Kosmo).

Keganasan Di Mesir: Imam Ditangkap Di Mimbar Masjid


KALI pertama dalam sejarah Mesir, imam ditangkap dari atas mimbar sewaktu menyampaikan khutbah Jumaat. Kejadian terbabit seperti yang dimaklumkan, imam Masjid Al-Rahman di Abu Hamad, wilayah As-Syarqiyah telah ditangkap dari atas mimbar sewaktu menyampaikan khutbah Jumaat pada 06 September.

Demikian itu, selepas seorang individu yang berada di Masjid berkenaan melaporkan kepada pihak keamanan mengenai isi kandungan khutbah. Isi-isi khutbah membantah perlanggaran yang dilakukan oleh pemerintah Kudeta malah mengandungi ungkapan hujuman ke atas Jeneral As-Sisi.

Sumber: Fan page Rabitatul Ikhwan Fil 'Alam

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

'Seks Maraton' Wanita Tiduri 100,000 Lelaki. 20 Minit 1 Orang..


Anna Lisewska
Anna Lisewska 
UMAT Muslimin di Mesir menolak rencana kehadiran Ania Lisewska (21), seorang wanita Poland. Lisewska ditolak masuk Mesir kerana rencananya ingin memecahkan rekor "tidur" dengan 100,000 lelaki di dunia. Penolakan itu menjadi topik hangat di sosial media di Mesir.

Ania Lisewska pertama kali mengumumkan rencana  itu melalui akun facebooknya dan mendapat 60,000 likes.

"Saya ingin lelaki dari Poland, Eropah dan dari seluruh dunia. Saya cinta seks, senang-senang dan lelaki," ujar Lisewska di akun Facebooknya, seperti dikutip dari al-arabiya, Khamis (5/9).

Lisewska menjelaskan, ia mulai menjalankan misinya bulan lalu dari Warsaw. Ia akan melanjutkan misinya ke negara lain setelah selesai di Poland.

"Saya akan mengunjungi setiap kota di Poland dan ketika saya selesai melakukannya saya akan mulai bepergian ke luar negera," tulisnya.

Ia menyatakan akan menghabiskan 20 menit pada tiap orang yang ia pilih. Di kawasan timur tengah dan Afrika Utara, Lisewska akan menjadikan Mesir sebagai tujuan pertama. Hal ini yang menimbulkan penolakan umat muslim di Mesir. Umat muslim di Mesir mengecam dan menolak rencana Lisewska dengan mengatakan hal tersebut sebagai perilaku kotor dan tidak akan diterima di negera itu.

Salah satu pengguna Facebook di Mesir mengatakan Mesir tidak terbuka untuk pelacur. Beberapa pengguna facebook lainnya juga meminta Menteri Pelancomgan Mesir menolak rencana ini kerana dapat mengganggu keamanan nasional Mesir. (IH)

Sunday, September 08, 2013

Australia Tukar Kerajaan 'Boleh Dipercayai, Berwibawa'

Perdana Menteri baru Australia yang dipilih, Tony Abbott memberi ucapan di Sydney pada Sabtu. Pemimpin daripada kerajaan campuran Liberal-Nasional itu memenangi pilihan raya Australia menewaskan parti Buruh yang dipimpin oleh Kevin Rudd, sekali gus membawa parti konservatif ke puncak pemerintahan buat pertama kali dalam enam tahun. Foto AFP 

 
Tony Abbott. Foto AFP
SYDNEY: Pemimpin baru Australia, Tony Abbott pada Sabtu berjanji untuk membentuk kerajaan yang "boleh dipercayai, berwibawa" selepas memperoleh kemenangan dalam pilihan raya negara sekali gus mengakhiri enam tahun pemerintahan kerajaan parti Buruh.

"Saya boleh memberitahu anda bahawa kerajaan Australia telah berubah," kata Abbott kepada para penyokongnya di sebuah hotel di Sydney.
"Untuk hanya kali ketujuh dalam tempoh 60 tahun, kerajaan Australia telah berubah.
"Dan sejak dari hari ini, saya mengaku bahawa Australia adalah di bawah pengurusan baru dan Australia sekali lagi terbuka untuk perniagaan."

Walaupun kiraan kerusi belum dimuktamadkan tetapi Perdana Menteri dari parti Buruh, Kevin Rudd mengakui kekalahan awal pada Sabtu dan Abbott berkata gabungan Liberal / Nasional secara jelas memberi kemenangan menerusi tambahan 13 kerusi yang memperlihatkan sebuah kerajaan majoriti.

"Saya kini tidak sabar-sabar untuk membentuk kerajaan yang cekap, yang boleh dipercayai, tetap dan teratur dalam menyampaikan komitmen kami," katanya.

Abbott berkata, kerajaan beliau akan menjadi sebuah kerajaan yang "mengatakan apa yang dimaknakan dan bermaksud apa yang dikatakannya, sebuah kerajaan yang tiada kejutan atau alasan, sebuah kerajaan yang memahami batas-batas kuasa serta potensi". - AFP

Blogger Omak Kau Dirompak 4 Gang Penyamun




King Jason melalui status updatenya melaporkan bahawa seorang blogger pro PR iaitu blogger Omak Kau @hanisya Hamid telah dirompak Malam tadi sekutar jam 2 pagi di rumahnya.

Segala gadgets. .barang kemas..dompet beliau telah dibawa lari 4 geng penyamun. Admin baru hubungi telefon beliau yang baru (ambil simcard baru) dan telah berbincang untuk mengumpul derma kilat.

Admin memintak kebenarannya untuk dapatkan acc bank..namun beliau mengalami kesukaran disebabkan buku bank..kad pengenalan juga hilang.. Untuk sementara..sesiapa yang ingin menderma.sila bank in ke acc maybank 1121-0119-3663 Mohd Bustam Omar.

Beliau kini masih dalam trauma diacu parang di leher. Sekian..sama sama kita membantu rakan yang dalam kesusahan.
sumber - king jason

Laila Ali Peninju AS. Mengenai Aurat, Apa Kata Ayahnya..

LAILA Ali (lahir 30 Disember 1977 di Miami Beach, Florida) merupakan anak kepada bekas peninju profesional, Muhammad Ali. Dia adalah puteri dari isteri ketiga Muhammad Ali, Veronica Ali Porsche. Laila, anak kedua mereka dan yang paling terkenal dari sembilan anaknya.

Laila Ali terkenal dalam perniagaan dari Santa Monica College dan sebelumnya memiliki kedai Halloween Belon dan masker di California, sebelum menjadi peninju. Ketinggian, adalah 5 ’10 “(1,78 m), dengan jangkauan 70,4″, dan berat sekitar 160 lbs (72,5 kg).




Dalam pertarungan pertama, pada tarikh 8 Disember 1999, Laila Ali knocked out April Fowler pada pusingan pertama. Dia hilang lapan kemenangan berturut-turut dan banyak penggemar tinju mula berbicara tentang keinginan untuk melihat sebuah putaran tinju dengan puteri George Foreman, Freeda Foreman. Atau puteri Joe Frazier, Jackie Frazier-Lyde. Pada malam tarikh 8 Jun, 2001 Laila Ali dan puteri Frazier akhirnya bertemu. Pertarungan 'Ali / Frazier IV'. Laila Ali menang dengan keputusan hakim majoriti dalam lapan pusingan. 

Begitulah seterusnya dengan aktiviti lasak pertandingan demi pertandingan. Bahkan pernah pihak lawan berlumuran darah. Pernah untuk pertama kalinya dalam kerjaya tinju Laila Ali, dia menderita luka parah di kelopak mata kanan dan hidung berdarah, sesuatu yang tidak pernah berlaku peninju wanita lain.







Muhammad Ali Menasihati Anak-anak Perempuannya Agar Bertudung..




Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya:

Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah. Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah. Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu.

"Hana, segala-galanya yang dicpta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat. Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi. Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangerang yang indah. Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "
 
Di manakah kita boleh dapat mutiara? 


Dia memandang saya dengan mata yang serius. 
"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga. "

Petikan daripada buku : More Than A hero (Muhamad Ali's Life  Lesson Through His Daughter's Eyes (IH)

Lihat sebelum ini...

Rakyat Diutamakan, Jual Pesawat Presiden & Kereta Mewah. Kita?

 
 foto: The Nation
Lilongwe, Wow! Pemerintah Malawi menjual pesawat kepresidenan untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan. Dana yang diperoleh dari penjualan pesawat itu sebesar US$15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.

Presiden Joyce Banda menjadikan penjualan pesawat tersebut sebagai prioriti  pemerintahannya.

"Dana US$ 15 juta yang kami dapat dari penjualan jet kepresidenan akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebagian lagi digunakan untuk produksi kacang-kacangan," kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilansir The Nation, Jumaat (6/9/2013).

Penjualan pesawat ke perusahaan Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu memang cukup menguras kas negara. Sebabnya, biaya pemeliharaan dan asuransinya mencapai US$ 300 ribu se tahun.

Pemerintah Malawi sempat membuat geram negara-negara bantuan  Barat, yang biasanya menyumbang 40 persen dari anggaran, ketika presiden terdahulu, mendiang Bingu wan Mutharika membeli 14 pesawat penumpang Dassault Falcon 900EX pada tahun 2009.

England, penderma bilateral utama Malawi mengkritik pembelian pesawat tersebut. England bahkan memangkas bantuan untuk pemerintahan Mutharika hingga 3 juta pounds. Kondisi ini menimbulkan goncangan ekonomi di tengah kelaparan yang melanda negeri itu.

Namun Banda yang menggantikan Mutharika yang meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma Barat atas langkah-langkah penghematan yang dilakukannya.

Wanita itu bahkan telah menurunkan gajinya sebesar 30 persen dan berjanji akan menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ini baru 'rakyat diutamakan', sanggup jual pesawat presiden  dan kereta mewah menteri-menteri kerana membantu kesusahan dan kemiskinan rakyart. Bagaimana sikap pemimpin-pemimpin negara kita?

Mari kita lihat dari sudut Islam..


Dalam surat Al Maa’uun disebut bahawa orang yang enggan menolong anak yatim dan fakir miskin dianggap sebagai pendusta agama meski dia sholat:
  • ”Tahukah kamu orang yang mendustakan agama?  Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang berbuat ria. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” [Al Maa’uun:1-7] 
  • ”Dan orang-orang yang di atas A’raaf memanggil beberapa orang (pemuka-pemuka orang kafir) yang mereka mengenalnya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan: “Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu.” [Al A’raaf:48]
Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan:
  • ”Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” [Al An’aam:141]
  • ”Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” [Al Israa’:26-27]
Nabi Muhammad SAW sendiri selaku Nabi dan pimpinan negara di mana kerajaan Romawi dan Persia yang kaya sudah hampir jatuh di tangannya, namun beliau tetap menolak hidup mewah. Pada zaman Sahabat kedua kerajaan besar itu sudah dikuasai di Islam, namun kerajaan mereka juga tetap tidak seperti Raja Romawi dan Persia yang hidup mewah bergelimang harta.

Beliau SAW memang hidup sederhana. Nabi tidur hanya beralaskan pelepah kurma sementara perabot rumahnya sedikit sekali sehingga membuat Umar RA menangis terharu..

Umar RA mengisahkan: 

Aku (Umar) lalu segera masuk menemui Rasulullah saw. yang sedang berbaring di atas sebuah tikar. Aku duduk di dekatnya lalu beliau menurunkan kain sarungnya dan tidak ada sesuatu lain yang menutupi beliau selain kain itu. Hingga nampak kesan tikar berbekas di tubuh beliau. Kemudian aku melayangkan pandangan ke sekitar bilik beliau. 

Tiba-tiba aku melihat segenggam gandum kira-kira seberat satu sha‘ dan daun penyamak kulit di salah satu sudut bilik serta sehelai kulit binatang yang belum sempurna disamak. Seketika itu kedua mataku menitiskan air mata tanpa dapat kutahan. 

Rasulullah bertanya: Apakah yang membuatmu menangis, wahai putera Khathab? 

Aku menjawab: Wahai Rasulullah, bagaimana aku tidak menangis, tikar itu telah membekas di pinggangmu dan tempat ini aku tidak melihat yang lain dari apa yang telah aku lihat. Sementara kaisar (raja Romawi) dan kisra (raja Persia) bergelimang buah-buahan dan sungai-sungai sedangkan engkau adalah utusan Allah dan hamba pilihan-Nya hanya berada dalam sebuah bilik pengasingan seperti ini. 

Rasulullah saw. lalu bersabda: Wahai putera Khathab, apakah kamu tidak rela, jika akhirat menjadi bahagian kita dan dunia menjadi bahagian mereka? [Muslim]
Keluarga Nabi tidak pernah 3 hari berturut-turut makan dengan kenyang. Selalu ada saat kelaparan setiap 3 hari. 
  • ‘Aisyah melaporkan: Tidak pernah keluarga Muhammad (SAW) makan sampai kenyang dengan roti gandum untuk tiga malam berturut-turut sejak kedatangan mereka di Medinah hingga wafatnya” [Muslim]
Inilah sunnah Nabi kita. Kaya, tapi memilih menyumbangkan kekayaannya untuk kejayaan Islam. Bukan menumpuk-numpuk kekayaannya untuk bermegah-megah seperti dalam surat At Takatsuur. Para sahabat seperti Usman bin Affan menyumbang sepertiga hartanya untuk jihad di jalan Allah. Umar bin Khothob menyumbang separuh hartanya. Dan Abu Bakar menyumbang seluruh hartanya. 

Sempat para sahabat dalam 7 peperangan sampai makan belalang kerana lapar. Pernah juga mereka makan seekor kambing beramai-ramai. Meski hidup prihatin, namun Nabi dan para sahabat dalam berjihad  luar biasa hebatnya sehingga dua super power dunia waktu itu, Romawi dan Persia tidak dapat menaklukkan pasukan Islam. Merekalah yang tunduk. 

Harta yang ada digunakan bukan untuk kepentingan pribadi atau hidup mewah, tapi digunakan untuk melengkapi kendaraan, senjata, dan juga logistik untuk jihad. Bayangkan perbandingan dengan kemewhan kebanyakan pemimpin negara kita masakini. Seluruh orang Arab yang lebih 200 juta tidak mampu mengalahkan, negara haram Israel yang tidak sanpai 10 juta itu.

Isteri Nabi, ’Aisyah berkata bahawa pernah Nabi pagi-pagi mendapat hadiah yang banyak. Namun sebelum petang tiba harta tersebut sudah habis dibahagikan untuk fakir miskin. Itulah akhlak Nabi sesuai ayat Al Qur’an di bawah:
  • Allah SWT berkata, ”Engkau tak akan mendapatkan kebaikan apa pun hingga kamu sedekahkan sebahagian harta yang paling kamu cintai. Ketahuilah, apa pun yang kamu infakkan, Allah pasti mengetahuinya.” (Ali ‘Imran: 92).
  • ”Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” [Al Baqarah:195]
Akhirnya..
  • ”Tidak beriman kepadaku orang yang tidur dengan kenyang sementara tetangganya lapar padahal dia mengetahui hal itu.” (HR. Al Bazzaar)
Ingat kata-kata 'Tidak beriman' atau tidak sempurna iman itu bukan perkara main-main, bukan perkara kecil dan bukan perkara mudah!! Amaran
'Tidak beriman'itu ditujukan kepada mereka yang tidak mengutamakan rakyat, boleh tidur lena dengan kenyang di tengah-tengah jiran-jiran atau kawan yang kelaparan. 
Allahu 'akalm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails