BENARKAN HUSAM DITOLAK ISTANA ATAU DIA DI "CAS KETING" OLEH KUMPULAN TERTENTU DLM PAS?
Persoalan ini wajar anda fikirkan secara serius jika anda sayangkan jemaah Pas Kelantan yg sudah 23 tahun memerintah Negeri.
■□
KES 1; Husam Tidak Dilantik Sebagai Exco
* Seminggu sebelum Pilihanraya, kononnya dikhabarkan satu surat sudah
dikeluarkan dari Pejabat PAS Pusat mohon TGNA berundur menjadi MB
Kelantan
* TGNA hanya dimaklumkan pagi 6 Mei 2013 bahawa PAS Pusat berbuat
demikian, dan terima dengan hati hiba terus tidak mahu pergi perlantikan
Exco Baru Kelantan di Istana Kelantan petang itu.
* Husam tidak dipanggil mesyuarat Dewan Harian di rumah TGNA pada 6 Mei
2013 oleh Su Perhubungan, YB Zulkifli Mamat hatta dgn satu SMS pun
* Selepas riuh rakyat bangkit bertanya kenapa Husam tidak dilantik sebagai Exco maka
* Dikhabarkan Majoriti Exco bahawa Husam tidak diperkenan oleh Istana.
* Siap mengeluarkan Surat berstatus OSA bagi meng"HALAL"kan cara.
selesai kes 1, rakyat "redho" dengan hujah yang kononnya sebab Istana Husam tidak naik sebagai exco.
■□
Kes 2; Khier Zahari, Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali tidak disambung kontrak.
* Khier adalah kawan rapat Husam, dan banyak membantu PAS Kelantan dan
Kerajaan Negeri sewaktu beliau menjadi Setiausaha Jabatan Pilihanraya
(JPN) PAS Kelantan dan Ketika di TATK.
* Dikhabarkan beliau "dibuang" sebab Dato Mohd Amar, selaku BOD dlm TATK tidak setuju dengan Khier Zahari yg Pro Husam.
* Diganti pula dgn seorg yg berstatus Senator yg sudah banyak kerja lain
yg perlu beliau, tapi kononnya diletakkan di pos tersebut sebagai
"buffer" sementara cari calon yg sesuai.
■□
KES 2; Husam Dinafikan Jadi Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (Chairman) Anak Sykt Yg Beliau Tubuhkan sendiri.
* 1. Dinafikan chairman sykt PMBK SAWIT - dimana beliau yg bertungkus
lumus mengambil alih tanah yg digunakan FELCRA seluas 10,500 ekar
kembali kpd Kerajaan negeri.
* 2. Dinafikan Chairman Baldah Toyyibah Sdn Bhd yg menguruskan projek
LEBUHRAYA Rakyat- Dimana satu sykt dr Korea sudah berminat utk melabur
bagi membina Lebuhraya dr Kota Bharu-Kuala Krai dgn kos RM1.8billion dgn
cagaran tanah seluas 3000ha di Sg Tuang, Gua Musang yg mempunyai nilai
mineral sebagai RM2.5billion. Bagi lebihnya boleh dibuat stadium.
* 3. Dinafikan Chairman Sykt Takaful Kifalah (Warga Emas) Sdn Bhd - Drpd
idea beliau, sykt ini banyak membantu Pas Kelantan menang pd PRU12
(sewaktu pas Kelantan tinggal 1 kerusi majoriti)
* 4. Dinafikan dr menjadi Chairman sykt Tunjong Development Corporation -
dimana sykt ini akan berkerjasama dgn Pelabur (sudah ada) utk
membangunkan STADIUM Baru di Bukit Merbau bernilai lebih RM230 juta yg
diusahakan oleh Husam utk mendapat pelabur.
** Hujah Utama Menafikan beliau tidak boleh menjadi chairman sykt
terbabit ialah, Adun tidak boleh memegang lebih drpd 2 sykt Glc, yg
tidak pernah ada zaman TGNA jd MB.
Tetapi sebaliknya Dato Che Abdullah Mat Nawi (contoh shja tanpa sebarang
niat tidak baik, dan ada lagi cth2 lain) pula boleh memegang lebih drpd
3 buah anak sykt Glc, bergitu juga dgn Adun dan Exco Lain.
Akhirnya Husam ditawarkan 2 sykt iaitu Kelantan Golden Trade (Dinar Emas) dan Az Zahab Sdn Bhd.
- Kelantan Golden Trade - adalah sykt yg ditubuhkan Husam untuk pengeluaran Dinar Emas dan Dirham drpd hasrat TGNA.
- Az Zahab Sdn Bhd - Adalah anak sykt PMBK Sawit, cucu kpd PMBK yg juga
ditubuhkan Husam. Adalah sykt carigali Mineral pertama ditubuhkan di
Kelantan selepas 23 tahun Pas memerintah, selepas melihat kepentingan
perlunya anak sykt Kerajaan Negeri menguruskan hasil masul mineral
Negeri yg sememangnya KAYA dgn Mineral kurniaan Allah. Lihat sahaja
Bijih Besi dan Emas yg dikeluarkan.
-- Husam menolak dgn baik tawaran berikut dan memohon jasa baik Kerajaan
Negeri berikan peluang utk gerakan Baldah Toyibbah kerana cintanya pd
Projek Lebuhraya Rakyat, kerana disitulah TULANG BELAKANG EKONOMI
KELANTAN dan projek lebuhraya ini diideakan oleh TGNA dan digerakan
sepenuhnya oleh Husam pd sesi Exco yg lepas.
Episod mendukacitakan bermula bila Husam bukan shja tidak dapat menjadi
pengerusi sykt TDC dan Az Zahab tetapi tidak juga Baldah Toyyibah drpd
sykt yg ditubuhkannya sendiri dan semua berjaya.
Husam kini dinafikan utk menjadi chairman 6 sykt yg ditubuhkannya demi menjana Ekonomi Kerajaan Negeri.
■□
KES 3: Pengurus Besar PMBK Sawit Letak Jawatan dan beberapa kakitangan lain juga turut ingin letak jawatan.
* Ianya bermula pada pertemuan BOD Baru PMBKS dengan Pengurusan Kanan PMBKS di Hotel Perdana.
* PMBKS dipengerusi oleh Pengerusi baru, YB Dato Che Abdullah Mat Nawi
jd pihak syarikat berusaha utk menjernihkan keadaan dan berbincang
halatuju sykt selepas ini.
* Yang dihajat tidak tercapai, apabila YB Dr Izani Hussin, Ahli Parlimen
Pengkalan Chepa dgn YB Hj Zulkifli Mamat, ADUN Pulai Chondong
menyatakan dgn nada sindiran akan bersihkan sampai ke dalam usus mrka yg
pro Husam dlm PMBKS.
* Rentetan drpd peristiwa tersebut, GM PMBKS terus mohon meletak jawatan
dengan beri notis 3 bulan. Tapi dukacitanya pd msyrt BOD yg terakhir
beliau pd 30 September 2013, perletakkan jawatan beliau diminta oleh BOD
berkuatkuasa sertamerta (besoknya xleh masuk pejabat terus) dan dibayar
gaji dlm tempoh 3 bulan tersebut.
* Terkejut dgn situasi panas tersebut, Pengurus Kanan Operasi PMBKS juga
menghantar notis perletakkan jawatan sehari selepas itu iaitu 1/10/2013
pd PMBK.
Bersama Pengurus Kanan tersebut driver turut sama hantar notis berhenti
kerja. Sebelum pada itu 2 org penolong pegawai kewangan tlh meletak
jawatan jg dgn 3 bln notis.
Dengarnya akan disusuli lagi dan lagi, semuanya risau akibat sikap tidak
profesional BOD PMBKS baru yang lebih mengutamakan politiking daripada
survivor sykt.
* Beliau adalah salah seorang yg membantu Kerajaan Negeri Kelantan
mendapat semula tanah yg digunakan Felcra seluas 10,500 ekar. Yg kini
menjadi milik penuh Kerajaan Negeri.
* Fikirkan bagaimana seorang Pengurus Besar paling berkaliber dan sykt
paling kaya di kalangan anak anak sykt PMBK boleh meletak jawatan
bergitu sahaja? Jika tiada asas yg kukuh.
Masa perlukan org dihulur jambatan emas, masa tidak mahu 'di tendang' dari pintu jendela!
** Andaikata RUGI dijadikan indikator "gagal (yg sbnrnya tidak)",
bagaimana sykt Ladang Tapis Sdn Bhd, anak sykt Ladang Sg Terah, cucu kpd
PKINK yg juga Rugi dibenarkan beri BONUS 11.5 bulan gaji kepada
kakitangannya. Lihat Laporan Ketua Audit Negara.
■□
KES 4: Terkini PMBKS ditomah pula, katanya disebabkan beri "KERUGIAN" pada sykt pd tahun 2012 maka wajar GM letak jawatan.
* Hujah ini banyak dimainkan oleh pihak yang dilihat sebagai "Anti
Husam" utk menghalalkan tindakan Hj Fauzi, Pengurus Besar PMBKS letak
jawatan sebab "rugi".
* Realitinya TIDAK, kerana;
i. Kerajaan Negeri memutuskan PMBKS memberikan 50% daripada keuntungan
kasar (jualan-kos) kepada Kerajaan Negeri. 25% lagi kepada PMBK dan
hanya 25% sahaja untuk PMBKS bagi mengurus sykt, ladang, beli ladang
baru dan jana keuntungan.
Daripada sebelum ini (2008-2011), Kerajaan Negeri cuma diberi 25%, PMBK 25% dan PMBKS 50%.
* Faktanya sytk UNTUNG dan berikut adalah Sumbangan PMBK Sawit Sdn Bhd kepada Kerajaan Negeri, PMBK, GLC dan CSR;
Sumbangan sejak 2008-2012:
■KNegeri ~$23.1j
■PMBK ~$26.1j
■beli lad yik ~$17.5j
■bgn lad baru ~$13.0j
■csr ~$2.77j
KES 5: Nudin Awang dihantar untuk lawan Husam Musa sebagai YDP PAS Kubang Kerian harini (5/10/2013).
Nudin atau lebih dikenali sebagai "Din Balak", "Din Mardi(bekas kerani
mardi", "Din 100(kerana kereta mewah semua no plat 100". Salah seorg
owner sykt Abroad yg menguruskan papan tanda gergasi di lokasi strategik
PBT di Kelantan dgn bantuan bekas Exco sesi dulu. Rapat dgn Exco skrg,
krna banyak dpt projek Balak.
Merupakan seorang yang pro kem "anti husam" ditaja untuk melawan Husam
sebagai YDP harini. Tetapi tewas dengan hanya mendapat 19 undi berbalas
243.
Akhirnya, sama-sama kita fikirkan, adakah Istana yg tolak Husam Musa,
ataupun memang wujud kumpulan-kumpulan tertentu yg ingin "menghapuskan"
karier politik Husam Musa di Kelantan? Ia seperti pembersihan etnik.
Jika ia benar dari Istana shja utk kerusi Exco, kita sebagai rakyat boleh lagi terima.
Tetapi bagaimana dgn GLC2, pemecatan rakan2 yg pro Husam dan peletakan jwtn pengurus besar serta kakitangan bagaimana pula?
Ia seperti ada percaturan tertentu yg terancang.
InsyaAllah Allah SWT bersama mereka yg benar, kebenaran akan timbul akhirnya.
Moga kita semua dapat memikirkan secara rasional. Dan saya berada bersama mereka yang benar.
Sempena Sidang DUN yang bakal berlansung, AYUH KITA BERTANYA kepada YB2 secara terus.
Adakah tindakan segelintir segelintir "hati gelap" dikalangan ADUN
Kelantan ini selari dengan dasar Membangun Bersama Islam yg
diperjuangkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mantan MB sebelum ini?
Jika tidak ayuh kita perbetulkan segera sebelum tumbang seperti Negeri Kedah.
" Ibnu Nikmar Al-Kelantani, Seorang pemerhati politik Kelantan dan yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan "
(I
H/GP/sumber - RAMM)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
Mereka akan sholat dan beristirahat di Mina sebelum pindah ke Bukit Arafah hari Senin (14/10/2013) siang ini, untuk kemudian menjalani puncak dari ibadah haji, wuquf di Arafah tahun 1434 H, bertepatan Nabi Muhammad menyampaikan khotbah terakhirnya.
Pemerintah Saudi telah mengerahkan puluhan ribu tentara untuk menjamin keamanan jamaah haji yang tahun ini jumlahnya mencapai 2 juta.
Menteri Dalam Negeri Saudi Pangeran Muhammad bin Nayif mengatakan, rincian jamaah haji dari luar negeri tahun ini mencapai 1.37 juta orang, atau turun 21 persen dari tahun sebelumnya yang mencapai 1.75 juta orang. Sekitar 1.29 juta orang datang ke Saudi dari 188 negara di dunia.
Pengurangan jumlah itu berkait dengan pemotongan kuota sebesar 20% atas setiap negara, disebabkan masih berlangsungnya projek perluasan Masjidil Haram, Makkah. Jamaah haji asal dalam negeri Saudi juga dipotong sekitar separuh dari tahun lalu. (IH/Hidayatullah)