Monday, November 04, 2013

PRK S/Limau Penentu “Mahathirisme” -Kit Siang



Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bakal menjadi penentu kepada kelangsungan "Mahathirisme" kata Lim Kit Siang, yang mana akan menyaksikan sama ada ia akan menemui kegagalan atau kejayaan esok.

"Pilihanraya kecil Sungai Limau esok akan menjawab persoalan: Apakah Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau terakhir sejak enam bulan lalu?" kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Veteran DAP itu menegaskan kemunculan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kempen Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau turut bakal menyaksikan sama ada Mahathirisme akan kekal atau tewas selepas "kekalahan ketiga untuk tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya 2013."

"Inilah yang akan terjadi jika calon PAS dan Pakatan Rakyat Mohd Azam Samat mampu mempertahankan kawasan itu, terutama dengan perbezaan undi lebih besar.

"Kemenangan calon Pakatan Rakyat itu akan menjadi berita terbaik bagi negara ini," katanya.
Dr Mahathir sendiri jelas ahli Parlimen Gelang Patah boleh dianggap mewakili puak pelampau yang menjadikan “kumpulan majoriti yang moderat” sebagai tebusan dengan segala pembohongan mereka sehingga menjejaskan usaha pembinaan dan pembangunan negara serta penyatuan warga.

"Dr Mahathir berkata kumpulan pelampau sedang menguasai Malaysia pada ketika Barisan Nasional sedang bergelut untuk menangani masalah kemerosotan sokongan orang ramai terhadap pakatan parti pemerintah itu walaupun ia masih menguasai kerajaan.

"Benar dakwaan Mahathir bahawa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lemah dan ia merasa perlu untuk melayan 'tuntutan-tuntutan tidak munasabah' daripada puak pelampau untuk mengekalkan sokongan orang ramai," katanya.

Dr Mahathir dan Mahathirisme dakwa Kit Siang (gambar) menanggung kegagalan sejak enam bulan lalu dalam Pilihanraya Umum ke-13 apabila para pengundi Melayu tidak termakan dengan pembohongan dan dusta. - 3 November, 2013. (TMI)

Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

SPR dan SPRM Jadi Kayu Mati -Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekesalan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi 'kayu mati' yang gagal menghalang rasuah pilihan raya yang berlaku secara berleluasa dalam PRK N20 Sungai Limau.

“Pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit, dan barangan atas pelbagai nama,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan. Tambahnya, SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.

“Alasan bodoh yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau lagi, kegagalan Malaysia untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar telah jadi bahan ketawa pemerhati asing.  Kini, ujarnya  ia telah menjadi budaya yang diterima oleh umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihanraya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka.

Beliau menambah, bila mana kekuasaan diperolehi melalui rasuah dan salah guna kuasa, bagaimana pemimpin tersebut akan tampil menentang rasuah.

Mustahil  berlaku

Akibatnya, kata Tuan Ibrahim rasuah semakin membesar dan kini menjadi barah dalam setiap sektor.

Tambah beliau lagi, ternyata perubahan nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM hanyalah sekadar penukaran botol tapi isinya masih sama, kerana pemimpin yang rasuah tidak akan menggubal peraturan dan undang-undang bagi mencegah rasuah, dan agensi yang diamanah pula terikat dengan peraturan yang ada.

Ada yang berkata rakyat akan berubah apabila pemimpin berubah. Tapi bagi PAS, pemimpin akan berubah kalau rakyat berubah.
“Budaya salah guna jentera kerajaan untuk kempen BN akan berhenti jika rakyat ambil pendekatan tidak menyokong penyalahgunaan sebegini,” ujar beliau lagi.

Justeru, beliau berharap para pengundi Dun Sungai Limau dapat menghantar isyarat jelas menolak calon BN bagi menyatakan tentangan mereka kepada amalan rasuah. (Hrkh)

Sunday, November 03, 2013

Kisah Ahli PAS Masuk UMNO.. Begini..




JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.

"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya.

Tambahnya, Umno perlu berasa malu apabila terpaksa menipu rakyat apabila berada dalam keadaan yang terdesak.

Jelas beliau lagi, Jamil Khir mungkin terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk memulihkan imej beliau bila ditekan Umno yang mengetahui kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS.

 Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

SMS Palsu: Jangan Mengundi & Ambil Bayaran Di Markas, Esok.



JERAI: PAS menyeru para pengundi di Dun Sungai Limau agar tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang sedang disebar kononnya tidak perlu keluar mengundi esok kerana calon PAS sudah menang.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, para pengundi diminta tidak mengendahkan sms itu dan perlu keluar beramai-ramai mengundi esok.

"Saya merayu dan menyeru, agar semua pengundi keluar mengundi esok. Ketepikan dakyah sms yang disebarkan itu," katanya pada sidang media PAS di Markaz Induk hari ini.

Beliau mengulas sms yang sedang tersebar yang meminta pengundi agar tidak keluar mengundi kononnya kerana calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sudah menang. Sms itu juga turut menawarkan bayaran RM200 hingga RM300 kepada pengundi supaya mereka tidak keluar mengundi.

Selain itu kata Mahfuz, sms tersebut juga dikesan disebar kepada pengundi luar agar tidak pulang mengundi esok dengan alasan sama iaitu kononnya Ustaz Azam sudah menang.

"Bagi saya ini satu tindakan terdesak. Balik mengundi Ustaz Azam untuk Ustaz Azizan, kita kekalkan keharmonian yang ada sebelum ini bersama wakil yang baru dengan perwatakan yang menarik.
"Masih ada masa lagi untuk merancang pulang untuk mengundi esok. Kemenangan PAS bergantung kepada anda semua," katanya.

Firdaus mangsa terbaru

Sementara itu, satu lagi sms fitnah menggunakan nama bekas Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar turut tersebar. Sms itu antara lain meminta para pengundi mengambil bayaran RM120 seorang di markaz PAS sebelum pengundian esok.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya sms berkenaan. Ia bukan dari saya," katanya sambil menambah akan membuat laporan polis selepas ini. (Hrkh)

Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

Replika Kaki Dipotong, Konspirasi Semai Kebencian?


Sg Limau: Replika kaki dipotong, BN lapor polis

SG LIMAU Kempen pilihan raya kecil Sungai Limau dicemari insiden penemuan dua replika kaki yang dipotong yang digantung berhampiran tempat BN berkempen di tengah-tengah pekan Sungai Limau.

sg limau by election fake amputated leg 021113 khir jamilMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom  dalam sidang media segeranya menyifatkan insiden itu sebagai "aneh dan menjijikkan".

"Ini konspirasi untuk menyemai kebencian penduduk tempatan terhadap BN," katanya sambil menafikan insiden itu mempunyai kaitan dengan BN.

Menurutnya, dua replika itu ditemui di kawasan Bukit Besar dan Simpang Tiga sebelum tengahari tadi.

Replika itu juga tertera perkataan 'kaki ustaz' padanya dengan tulisan berdakwat merah. Menurutnya, petugas parti telah menurunkan replika itu dengan bantuan polis dan satu laporan polis juga telah dibuat tentang insiden berkenaan.

kedah defection ceramah 220510 mb azizanPilihan raya kecil N20 Sungai Limau diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, bekas menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.

Azizan meninggal dunia akibat komplikasi kegagalan organ dan beliau yang sebelum itu menderita penyakit kencing manis juga terpaksa dipotong kedua-dua kakiknya akibat penyakit tersebut. (MK)


Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

Undi Cina Beralih Kepada BN?

PRK Dun Sg. Limau
YAN - Undi pengundi Cina akan beralih semula kepada BN? Itulah yang menjadi perbincangan ramai orang di sini setelah berlaku tsunami undi Cina kepada BN dalam PRU13.

Berdasarkan sambutan kepada program anjuran BN di kawasan pengundi Cina beberapa hari lalu menunjukkan mereka sudah bersama BN walaupun petunjuk yang sama juga dapat dilihat pada PRU13. Walaupun nampak bersama BN ketika itu tetapi undi mereka tetap diberikan kepada PR.

Tetapi adakah keadaan sudah berubah atau dilakukan demi survival dan ekonomi setempat. Seorang rakan singgah di kedai runcit di pekan Sungai Limau Dalam untuk membeli sesuatu sambil bertanya kepada pemiliknya seorang Cina mahu undi siapa dalam PRK Dun Sungai Limau.

“Undi orang kita lah,” katanya. Rakan saya bertanya: “orang kita siapa?" Lalu dijawab  pemilik kedai itu: “itulah ... BN”.

Seorang lagi rakan ketika singgah di sebuah kedai di Dulang Besar turut mengajukan soalan sama kepada seorang pemilik kedai Cina.

Jawapannya sama: “Kita undi orang kita, BN”. Tengah hari semalam, saya sempat berbual dengan seorang rakan media Cina dan bertanya mengenai ke mana undi Cina kali ini.

Secara sinis, beliau berkata berdasarkan perbualan dengan beberapa penduduk Cina mereka memaklumkan akan memberi undi kepada BN kali ini atas faktor pembangunan.

Menurutnya, setiap kali PRK, peruntukan lebih mudah disalurkan dan inilah masa untuk mereka mengambil peluang berbanding dalam pilihan raya umum. “Kalau dalam PRK, mudah dapat peruntukan sama ada RM100,000 hingga RM1 juta. Dalam PRU, nak dapat RM10,000 pun susah.

Jadi inilah peluang untuk minta kerajaan baiki dewan, longkang atau turap jalan,” katanya. Saya juga berkesempatan berbual dengan beberapa pengundi Cina veteran mengenai corak pengundian mereka selama ini.

Seorang daripadanya berkata, selama ini mereka tidak mengundi Pas tetapi mengundi “Tok Jan” (panggilan mesra dirujukkan kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak). “Selama ini, kami beri undi hanya untuk Tok Jan. Kami terhutang budi dan menghormatinya selama ini.

“Setiap kali balik ke sini, dia akan datang berjumpa kami. Kalau nampak kami, dia akan turun kereta dan berjabat tangan dengan kami. Inilah pemimpin yang kami cari,” katanya.
Bagaimanapun, kali ini undi mereka tidak lagi dapat diberikan kepada 'Tok Jan' walaupun calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat mendakwa bekas anak didiknya.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini pernah menyebut bahawa undi pengundi Cina amat penting untuk menjamin kemenangan BN setelah undi Melayu berpecah.

Beliau berkata, jika lebih 50 peratus undi Cina beralih kepada BN, peluang komponen itu untuk merampas kerusi berkenaan yang dikuasai Pas sejak lima penggal lalu adalah cerah.

Sungguhpun begitu, seorang kenalan di pekan Yan memberitahu, mungkin kali ini sahaja mereka akan beri undi kepada BN. “Mereka dalam keadaan tertekan dan terpaksa setelah tsunami pada PRU13.

Mereka pun tahu orang Melayu dah mula tak yakin dengan keikhlasan mereka. “Jadi kali ini mereka kononnya sudah kembali kepada BN,” katanya.

Tetapi beliau berkata, BN tidak boleh gembira kerana keadaan akan kembali seperti biasa dalam PRU14 kelak. (SH)

Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

Subsidi Gula, Diabetes & Ketentuan Allah

Danial Razali,
 
Saya masih lagi tidak mendengar kenyataan rasmi daripada sohibul fadhilah ustaz-ustaz daripada Ulama Muda Umno tentang isu pengurangan subsidi gula (kalimat berhantu menggantikan kenaikan harga gula). Mungkin isu ini tidak sehebat pengurangan subsidi petrol RON95 yang mana mendapat respons cepat daripada ILMU lantaran perlunya meredakan kemarahan marhaen terhadap pimpinan tertinggi negara.

Atau mungkin juga boleh saya keluhkan bahawa bingkisan "kenaikan harga ketetapan Allah" itu sebagai kuih penganan sahaja untuk melariskan populariti dalam Pemilihan Pemuda Umno 2013 yang lalu. Oh, berdosakah saya kerana syak wasangka ini?

Saya terkejut apabila mendengar perkara 161 Ucapan Bajet 2013. Benarkah itu yang termaktub atau saja-saja memanda perdana menteri menokok?  Oleh kerana tidak berpuas hati, saya menyemak semula teks ucapan bajet 2014. Memang benar, ada nas ditulis bahawa 2.6 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun keatas mengidap penyakit diabetes lantas langkah pengurangan subsidi (menaikkan harga) gula akan dilaksanakan serta merta selepas lapan jam pengumuman itu dibuat. Sungguh hebat. Saya tidak menyangka perkara ini tertulis dalam ucapan bajet. Pasti Perdana Menteri UK David Cameron terpaksa di-nyah-penyakit sindrom Angelman selepas mendengar ucapan tersebut sebelum benar-benar bersedia menerima lawatan DS Najib yang dijadualkan berlangsung dua hari selepas Ucapan Bajet 2014.

Menurut International Diabetes Federation (IDF), jumlah pesakit diabetes di Malaysia pada tahun 2012 adalah seramai 2.1 juta orang daripada 371 juta orang pesakit dari seluruh dunia. Sebelum menulis artikel ini, saya telah mendapatkan khidmat nasihat tentang diabetes daripada sahabat-sahabat yang berlatar pendidikan perubatan. Menurut mereka, diabetes berlaku bukan hanya disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan tetapi boleh juga disebabkan oleh faktor keturunan dan gaya hidup individu. Saya tidak mahu membahaskan tentang diabetes kerana tidak mempunyai kelayakan yang cukup tentangnya. Biarlah para cerdik pandai perubatan yang menerangkan punca-punca berlakukanya diabetes agar masyarakat awam faham dan mengambil pengajaran awal tentang kesannya yang sangat mengerikan.

Saya tidak kesali akan penyataan gula penyebab diabetes kerana memang jelas terdapat kaitan yang signifikan antara keduanya berdasarkan pandangan sahabat-sahabat yang berkelayakan dalam bidang perubatan. Namun saya berasa sangat kecewa kerana hal itu menjadi alasan ampuh kerajaan dalam menghalalkan tindakan mereka mengurangkan subsidi (menaikkan harga) gula. Jika kita menggunakan saluran tidak berhikmah, kita sebagai warga negara Malaysia yang cintakan kesihatan dan anti-ketirisan boleh sahaja menyoal kerajaan kenapa perlu menggunakan kereta baru Honda Accord 2.4L dan 2.0L sebagai kereta rasmi di saat harga minyak melambung tinggi dan bebanan hutang negara meningkat?

Walhal bukankah dengan menaiki kenderaan awam lebih menjimatkan kos jika dibandingkan dengan alasan kerajaan bahawa kereta honda Accord tersebut lebih murah kos petrol dan servisnya? Ataupun bukankah dengan berjalan kaki atau berbasikal boleh menyihatkan badan berbanding hanya duduk di dalam kereta? Namun kita tidak se'kelakar' kerajaan dalam membangkitkan persoalan dan alasan. Walaupun kita dididik dengan 'hanya duduk diam' dan 'kalau tidak setuju keluar sahaja dari Malaysia', kita masih berhikmah dalam menyoal. Apakah alasan ini wajar?

Kembali kepada isu gula, perlu difahami oleh semua warga Malaysia bahawa proses pengeluaran gula di Malaysia adalah bermula daripada peringkat mengimport gula mentah adripada luar negara. Gula mentah ini ditapis oleh syarikat-syarikat gula seperti MSM dan beberapa syarikat yang dibenarkan kerajaan. Bunyinya seperti oligopoli tetapi ada logiknya kerana kos pengeluaran mampu dikurangkan. Selepas ditapis, gula ini akan dipasarkan di pasaran domestik melalui peruncit dan pengedar ataupun pemain industri.

Pengguna biasa (baca marhaen) pula akan mendapatkan gula yang ditapis secara langsung melalui peruncit dan pengedar ataupun menggunakan gula yang ditapis secara tidak langsung melalui produk industri seperti minuman dan makanan ringan yang ada dalam pasaran. Tahun 2012 menyaksikan permintaan gula di Malaysia adalah dipelopori oleh sektor perindustrian iaitu sebanyak 60 peratus manakala isi rumah menggunakan 40 peratus.

Menurut statistik data Bank Dunia, harga gula global pada Januari 2011 adalah sebanyak USD0.297 bagi setiap paun. Harga ini kemudian turun kepada USD0.24 bagi setiap paun pada Januari 2012 seterusnya turun lagi kepada USD0.189 bagi setiap paun pada Januari 2013. Namun begitu, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Januari 2012 telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian jangka panjang (LTC) bersama pengeksport dunia selama tiga tahun bagi mengimport gula mentah dengan harga tetap USD0.26 bagi setiap paun yang bermula pada tahun 2012 sehingga tahun 2014.

Keyakinan ini adalah disebabkan oleh kejayaan kerajaan menjimatkan RM2 bilion hasil perjanjian harga gula mentah sebanyak USD0.175 bagi setiap paun yang memeterai melalui perjanjian jangka panjang (LTC) 2009-2011 dengan pengeksport dunia. Sekali imbas, ketidaktentuan harga pasaran gula mentah dunia telah menyebabkan kerajaan bertindak memeterai perjanjian jangka panjang (LTC) 2012-2014 dengan kadar pembelian tetap sebanyak USD0.26 per paun. Hal ini kerana kerajaan bimbang sekiranya harga gula mentah dunia naik secara mendadak melebihi paras USD0.26 per paun dan sekiranya hal ini berlaku, maka kerajaan akan mendapat manfaat kerana telah membuat perjanjian harga yang tetap dengan pengeksport dunia.

Akan tetapi, hakikatnya kerajaan telah pun diingatkan tentang pengeluaran gula mentah melebihi permintaan yang menyebabkan harga gula mentah turun ke satu paras sangat kurang daripada USD0.26 per paun. Bahkan pada tahun 2012, Ahli Parlimen DAP Tony Pua telah membangkitkan rasa tidak puas hati dan bertanyakan apakah rasionalnya penetapan USD0.26 per paun sedangkan harga gula mentah dunia pada waktu itu hanyalah USD0.24 bagi setiap paun dan menunjukkan trend menurun. Telahan Tony Pua itu ternyata benar apabila harga gula mentah dunia turun menurut data Bank Dunia sehinggalah mencapai USD0.176 pada bulan September 2013.

Sebagai memudahkan kefahaman, saya senaraikan harga gula yang telah ditapis/diproses (yang ada dalam pasaran tempatan) dalam dua keadaan iaitu mengikut harga gula mentah menerusi perjanjian LTC 2012-2014 dan mengikut harga sebenar gula mentah. Andaikan kos pengeluaran menjadi gula yang ditapis adalah konstan iaitu sebanyak USD0.18 per paun (merujuk kepada kos pengeluaran MSM - 2012). Oleh itu, harga satu paun gula yang telah ditapis (mengikut harga  mentah LTC) adalah USD0.44 per paun manakala harga gula yang telah ditapis jika menurut harga gula mentah semasa pada bulan September 2013 hanyalah sebanyak USD0.356 per paun.

Jika ditukar mengikut unit mata wang Ringgit Malaysia (katakan USD1 = RM3.06) dan unit kilogram (100 paun = 45.3592 kg), maka kita akan mendapati harga gula yang telah ditapis menurut LTC 2012-2014  adalah RM2.96 sekilo atau sekitarnya kerana perubahan USD ke RM yang tidak konstan sepanjang masa. Manakala harga gula yang telah ditapis mengikut harga gula mentah September 2013 pula hanyalah sebanyak RM2.40 sekilo.

Bayangkan betapa besarnya negara kita mengalami kerugian dek kerana ramalan kerajaan yang tidak tepat berkenaan harga gula mentah dunia. Adakah kita tidak boleh menyalahkan kerajaan walhal kerajaan (dengan adanya cerdik pandai ekonomi dan industri) sangat mampu menggerakkan satu jabatan didalam yang berfungsi membuat kajian dan pembangunan (R&D) dalam memastikan harga yang paling sesuai sebelum ianya digazetkan dalam perjanjian?

Tambahan lagi, menurut laporan tahunan MSM 2012, MSM sebagai pemain terbesar industri gula di Malaysia telah berjaya mencapai jumlah pendapatan sebanyak RM2.3 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM202 juta. MSM telah mengeluarkan kira-kira 900,620 tan metrik gula halus pada 2012 yang merupakan 57 peratus daripada jumlah pengeluaran gula di Malaysia. Apakah kerajaan akan mengarahkan MSM mengurangkan pengeluaran (yang mengakibatkan keuntungan pada tahun berikutnya berkurangan) sebagai langkah sokongan kepada kempen anti-diabetes dan kempen pengurangan pengambilan gula seperti yang dihikayatkan dalam Bajet 2014? Sudah tentu tidak.

Bahkan MSM sendiri meletakkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pengeluaran gula sehingga 36 peratus kepada 1.5 juta tan menjelang 2016. Jadi apakah maksud perdana menteri menyatakan penyakit diabetes perlu dibendung dan sehubungan dengan itu kerajaan memansuhkan subsidi gula dalam perutusannya? Tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar satu penghinaan kepada intelektualisme kami rakyat marhaen Malaysia. Apakah kerajaan berasa sangat mudah menipu kami rakyat jelata? Mungkin pada pandangan kerajaan,kami  rakyat yang telah lama ditindas tidak pandai mengira harta berjuta-juta kerana hanya ada syiling-syiling lama dan habuk debu sahaja dalam poket seluar kami.

Namun, kami warga marhaen mengingatkan kerajaan, kami mungkin boleh ditindas, tetapi kami tidak sesekali boleh ditipu dan dipermainkan! Sangat jelas di sini bahawa punca utama yang menyebabkan pengurangan subsidi (kenaikan harga) gula bukanlah disebabkan kebimbangan serius kerajaan terhadap peningkatan jumlah pengidap diabetes di Malaysia. Apa yang sebenarnya berlaku adalah lebih kepada mengambil kesempatan ke atas alasan tersebut bagi menutup segala kebodohan dalam mentadbir urus harta kekayaan negara.

Mungkinkah selepas ini harga kereta akan dinaikkan dengan alasan bagi mengurangkan kesesakan yang melimpah di jalan raya?  Tidak mustahil ini akan berlaku kerana kerajaan langsung tidak menyebut tentang janjinya mengurangkan harga kereta dalam Bajet 2014. Ya, semuanya boleh berlaku di Malaysia. Andai marhean tidak suka, wajarlah mengambil buku merah dan terbang ke benua lain sebagai penutup segala cerita.

Bagi saya, alasan diabetes adalah satu pembodohan dan kelakar. Tetapi lebih kelakar lagi, saya tidak dapat melihat taring ulama muda Umno yang pada sangkaan saya sentiasa berjiwa kental dalam memberikan komen. Saban hari selepas ucapan 25 Oktober 2013, saya menanti respons mereka di hadapan TV3 dengan harapan ada berita yang bertajuk "kenaikan gula ketentuan Allah (baca Tuhan bagi non-muslim Semenanjung)".

Di manakah mereka tatkala pemimpin mereka mengatakan diabetes disebabkan gula dan penawarnya adalah menaikkan harga? Sikap berdiam diri ini menyebabkan saya tertanya-tanya, apakah kemenangan dalam pemilihan telah menggadaikan segala prinsip yang selama ini dipegang? Maafkan saya wahai ILMU, bukan niat ingin menyindir, hanya sekadar terkenangkan "harga naik ketentuan Tuhan".

Penulis merupakan calon ijazah doktor falsafah dalam bidang Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia.
(Hrkh) 

HMH STEVIA HERBA

STEVIA 
DAUN PEMANIS
Tanpa Kelori - Ganti Gula
Stevia asli, tanpa campuran

 
Baik untuk: 
  • Merawat penyakit berkaitan kencing manis, 
  • obesiti, 
  • menurunkan tekanan darah tinggi, 
  • melawaskan kencing 
  • merawat luka terbakar. 
Aturan Pakai:
1. Masukkan 1 uncang Stevia Daun Pemanis dalam cawan.
2. Tuangkan air panas hingga gelas berisi penuh (150 ml)
3. Tunggu hingga air berubah warna, walaupun sedikit. 
4. Jadikan sebagai minuman harian tiap hari sepanjang masa.  
5.  Bagi yang sudah berpenyakit, gunakan 3x sehari selama 2 bulan berturut-turut.

50 uncang sebungkus, cuma RM29 
Termasuk pos di Malaysia.

Untuk dapatkan sila hubungi:
HMH RESOURCES 
NO 63,AU3/31
54200 KUALA LUMPUR
MALAYSIA.
TEL 6014 222 5865 / 6011 2302 8768

Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails