Sunday, November 10, 2013

Pemergian Suhaimi Said: -Belasungkawa Dr Syed Husin Ali

 SEORANG pejuang tulen yang gigih untuk keadilan rakyat sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya pada 5hb November 2013. Haji Suhaimi @ Sulaiman bin Said menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) kira-kira jam 6.08 petang, dengan disaksikan oleh isterinya Hajah Hendon Jaafar, anak-anak dan keluarga terdekat.

Pada hari itu saya mendapat mesej menyatakan keadaan Suhaimi tenat. Saya telefon Hendon dan apabila ditanya keadaan Suhami dia menangis dan hanya mengeluarkan perkataan “Teruk”. Dalam tiga kali saya melawatnya di HUKM dan HSAS saya lihat keadaannya semakin membimbangkan. Jadi kali ini saya terus bertolak dari rumah bersama empat orang kawan ke Temerloh.

Kami sampai di HSAS kira-kira jam 4.15. Walaupun belum waktu melawat lagi, kami dibenarkan ke wadnya di tingkat 7. Saya lihat matanya pejam dan nafasnya kuat; pada hidungnya terletak alat membekal oksigen. Saya membisikkan nama pada telinganya, mengucap beberapa kali dan mengingatkannya supaya terus mengucap. Saya percaya dia mendengar.

Setengah jam kemudian kami turun untuk melapangkan tempat bagi keluarga dan sahabat yang menunggu hendak naik. Lepas jam 5 kami beredar dari hospital untuk pulang. Semasa berhenti di Lancang untuk menunaikan solat Asar, kami ditelefon Suhaimi tiada lagi. Saya merasa pilu sekali.

Suhaimi dilahirkan di kampung Lubuk Kawah, Temerloh pada 8 Disember 1944. Beliau membesar dalam keluarga dan masyarakat yang kuat berjuang untuk kemerdekaan dari penjajah. Ayahnya seorang aktivis Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Bahkan boleh dikatakan seluruh kampung itu kuat dipengaruhi PKMM. Hampir semua anggota keluarganya terlibat dengan perjuangan parti kebangsaan itu.

Semasa dewasanya Suhaimi belajar di Koleh MARA dan ketika itulah saya sebagai pensyarah di UM mulai berkenalan dengannya. Kemudian Suhaimi bekerja di pejabat Menteri Besar Pahang, di bawah Datuk Razak Hussein. Beliau dapat memberitahu kami tentang banyak laporan bertulis SB (Cawangan Khas) kepada MB. Masa itu pengaruh Parti Rakyat (PRM) di Temerloh sangat kuat.

Suhaimi berhenti dari bekerja untuk melanjutkan pelajaran undang-undang di London. Semasa itu saya selalu berjumpa dengannya sebab saya juga berada di sana untuk membuat ijazah Ph.D. Di London beliau bergerak dalam PRM Ranting London dan cergas dalam gerakan pelajar. Beliau mengikuti juga pergerakan sosialis di sana.

Selepas dianugerah seorang anak perempuan dan berjaya mendapat ijazah, Suhaimi pulang ke tanah air dan tidak lama kemudian menceburkan diri dalam PRM. Dari masa itulah beliau mula bergerak di kalangan peneroka Felda. Di samping itu beliau cergas mendirikan atau menguatkan ranting-ranting PRM. Beliau seorang aktivis yang tidak kenal penat lelah.

Berikutan krisis dalam PRM Suhaimi meninggalkannya dan memasuki PAS. Beliau menghadapi masalah dalam parti itu dan berhenti pula untuk pindah sekejap ke dalam Umno, yang sentiasa dianggapnya sebagai kesilapan besar. Walaupun berpindah-pindah parti, beliau sentiasa berpegang kuat kepada asas perjuangan yang pro-rakyat. Beliau “bersara” dari politik seketika. Hanya pada 27 November 2007 Suhaimi memasuki Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), setelah diminta oleh Syed Husin, Anwar Ibrahim dan Nizam.

Beliau begerak dengan gigih hampir seorang diri mula-mulanya untuk terus membela nasib peneroka Felda dan menggerakkan jentera parti di Pahang. Beliau membuka Ranting Kuala Krau, yang ramai dianggotai oleh peneroka Felda dan Orang Asal. Selaku pemimpin Ranting itu, beliau tidur baring di rumah Orang Asal dan mempelajari bahasa mereka. Mereka sayangkannya, dan tidak peliklah ramai antara mereka hadir pada hari pengebumiannya.

Di dalam KEADILAN Suhaimi memegang beberapa jawatan penting di peringkat Negeri dan Pusat. Beliau dipilih menjadi Naib Pengerusi KEADILAN Pahang dan diangkat sebagai anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP) dan Ketua Biro Peneroka Felda dan Orang Asal. Di bawah Biro ini beliau dan beberapa orang peguam, seperti Sivarasa, Kumar dan Latheefa telah memenangi beberapa kes saman mahkamah terhadap Felda untuk membela peneroka.

Suhaimi boleh dikatakan pekerja sepenuh masa parti tanpa bayaran daripadanya. Baginya perjuangan dalam politik bukan untuk kepentingan diri. Kerana perjuangan beliau ditahan dua kali di bawah ISA pada 1985 dan 1987. Beliau mempunyai sebuah syarikat guaman dan tidak pernah menggunakannya untuk mengumpul kekayaan. Oleh kerana bergerak cergas, beliau menyerahkan syarikat untuk diuruskan oleh anak perempuannya yang lahir di London dulu. Beliau bertanding dalam pilihanraya ke-13 akan tetapi gagal.

Semasa berkempen dalam pilihan raya itu Suhami sudah mula mengalami sakit yang bertambah tenat selepasnya. Beliau kembali ke RahmatulLah tanpa meninggalkan harta benda. Sebagai harimau mati meninggalkan belang, beliau meninggalkan nama yang harum. Nama itu berkaitan dengan kegigihan dan keikhlasannya dalam perjuangan demi rakyat. Suhami harus dijadikan teladan dan ikutan paling baik bagi semua anggota KEADILAN dan pejuang rakyat.

Alfatihah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Takziah kepada keluarga beliau.

Lagi Artis Hijrah, Pulang Haji Pakai Tudung..

Noh teruja penghijrahan Mizz Nina

HALAMAN HIBURAN
PENGHIJRAHAN Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman sekembalinya dari menunaikan haji baru-baru ini mengejutkan ramai peminatnya.

Ternyata penampilannya yang 'urban' sebelum ini tidak menjadi penghalang untuknya berhijrah ke arah lebih baik. Suaminya, Noh atau nama sebenarnya Mohd Noh Salleh, mengakui dialah orang pertama yang teruja dan gembira dengan perubahan isterinya itu.

“Pilihan ini atas kemahuan dia sendiri bukan dipaksa atau terpaksa.
“Saya bersyukur dan gembira dengan perubahan itu,” katanya yang turut berkongsi gambar Mizz Nina yang sudah bertudung di laman Twitternya.

Menurut vokalis Hujan ini,  isterinya itu kini turut menghadiri kelas mengaji untuk menambah ilmu agama. Malah sebagai suami, dia sedaya upaya memberikan sokongan dan dorongan. Ditanya apakah selepas ini, mereka akan memilih muzik ketuhanan dalam lagu-lagu mereka, Noh berkata, itulah yang paling tepat dan sesuai dengan imej isterinya itu.

“Insya-ALLAH sebenarnya kami memang dah perlahan-lahan ke arah itu (muzik ketuhanan). Mungkin ada yang terlepas pandang kerana sudah biasa dengan genre muzik urban yang kami bawakan sebelum ini. Apa pun, kami mengharapkan peminat akan terus sentiasa menyokong ” katanya.

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Noh memberitahu, selain sibuk menguruskan studio baru miliknya, dia sedang menyiapkan ‘band project’ terbaru Da Vagabonds bersama Herri Hamid (gitaris bittersweet), Irfan Iskandar(drummer ACAB) dan Alea(bekas ahli kumpulan Velvet).

“Bagi sesiapa yang berminat, boleh mengunjungi www.reverbnation.com/davagabonds untuk mengetahui perkembangan terbaru bagi EP ini.
“Pada 16 November ini adalah pelancaran EP Da Vagabonds yang pertama di AltHQ Bukit Bintang,” katanya dalam rangka menyiapkan EP tersebut.

Dalam pada itu, Noh berkata, kumpulannya, Hujan, bakal mengadakan konsert orkestra di Dewan Filharmonik Petronas pada 2 Disember ini. (SH)

HMH STEVIA HERBA
Daun Stevia, Ganti Gula Baik Untuk Diabetes..

7 Juta Remaja Hamil -Lapor PBB.



London: “Jumlah remaja hamil di negara membangun semakin menurun tetapi lebih tujuh juta gadis bawah umur 18 tahun masih melahirkan bayi setiap tahun,” menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Dana Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Aktiviti Kependudukan (UNFPA) menegaskan remaja hamil bawah usia 14 tahun menghadapi masalah sosial dan kesihatan berbanding wanita berumur bawah 18 tahun di negara membangun. Laporan berkenaan meliputi kajian mengenai kelahiran wanita bawah 18 tahun di seluruh negara, menggariskan punca remaja hamil dan tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah itu.

“Realitinya kehamilan remaja biasanya bukan secara sengaja tetapi kerana tiada pilihan dan di luar kawalan seseorang gadis,” kata pengarah eksekutif UNFPA, Dr. Babatunde Osotimehin.
“Ia berlaku kerana sedikit atau tiada langsung akses ke sekolah, pekerjaan, maklumat bermutu dan penjagaan kesihatan.” katanya.

Laporan itu turut menegaskan kadar tinggi remaja hamil berkaitan dengan masalah sosial lain:

“Kehamilan awal menggambarkan kelemahan, kemiskinan dan tekanan” daripada pasangan, rakan, keluarga dan komuniti. Dalam kebanyakan situasi, ia kesan hubungan seksual ganas.

Bukti isu itu ketara di negara maju dengan 95 peratus kelahiran remaja bawah 18 tahun berlaku di sana. Sebanyak 10 peratus wanita berusia 20-24 tahun di Timur Tengah dilaporkan melahirkan seorang bayi sebelum berusia 18 tahun, sementara 22 peratus lagi di Selatan Asia dan 28 peratus di Barat dan Tengah Afrika, kata laporan itu.

Menurut laporan itu beberapa negara menunjukkan kadar kelahiran wanita sebelum 15 tahun mula menurun seabad lalu.

“Aliran berkahwin awal dan dirancang semakin menurun tetapi secara keseluruhan ia memerlukan tindakan segera,” menurut laporan berkenaan

Menurut Osotimehin, kelahiran atau kehamilan remaja tidak boleh diterima.

“Sama ada naik atau turun bukan isunya. Bilangan 7.3 juta itu sangat tinggi,” katanya. - AP

Amaran J/kuasa Pemilihan, Hentikan Majlis Jatuhkan Calon..

Pemilihan PAS: 'Hentikan majlis hentam calon'




Jawatankuasa Pemilihan PAS memberi amaran kepada semua pihak yang terlibat dengan pemilihan termasuk lajnah di peringkat negeri supaya menghentikan penganjuran majlis yang diadakan dan kemudiannya bertukar untuk menjatuhkan calon yang bertanding.

NONEPengerusi jawatankuasa itu, Asmuni Awi berkata pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain".

"Kita tidak akan berkompromi kalau ada penganjuran majlis tertentu yang dibuat untuk mempromosi diri, dan pada yang sama untuk menjatuhkan orang lain.

"Bagi badan perhubungan negeri dan lajnah-lajnah negeri, jangan menggunakan majlis rasmi dan ditukar untuk mempromosi seorang calon dan menjatuhkan calon lain.  Ini sudah berlaku, saya terima aduan, dan saya beri peringatan supaya  tidak mengulanginya. Perbuatan ini amat dikesalkan.

"Kita telah mengeluarkan garis panduan, berdasarkan kaedah 6 tatacara pemilihan baru-baru ini. Saya berharap semua calon, ahli, penyokong dan lajnah negeri, atas nama apa sekalipun supaya mematuhi aturan ini," katanya dalam sidang media pagi ini.

NONEAsmuni berkata pihaknya sedang meneliti pihak penganjur majlis yang terbabit berhubung aduan yang diterimanya.

Beliau yang juga seorang peguam berkata sekiranya terdapat pihak yang tersinggung dengan dakwaan kepadanya, maka dia boleh membuat aduan kepada jawatankuasa PAS Pusat atau jawatankuasa displin parti.

Katanya, antara risiko tindakan displin yang bakal diterima sekiranya didapati melakukan kesalahan adalah kemungkinan kemenangan calon itu digugurkan selepas muktamar berakhir.

Lapor pada j'kuasa displin
"Kecuali kalau tindakan itu dilihat terlalu memburukkan parti,  maka PAS pusat ada hak untuk mengambil tindakan tanpa merujuk kepada jawatankuasa displin parti," katanya.

NONETurut hadir dalam sidang media itu, timbalannya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat sekiranya penganjur itu mempunyai kaitan dengan calon yang bertanding dan pada yang sama program itu menyerang calon lain.

"Kalau tidak ada kaitan (dengan calon), kita tak boleh buat apa," kata Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu.

Bagaimanapun, Asmuni berkata pihaknya tidak memantau berhubung perkara itu dengan harapan kempen berjalan dengan berhemah dan aduan terus dibuat kepada jawatankuasa PAS pusat atau jawatankuasa displin parti.

NONE"Setakat ini tidak masalah dengan calon-calon, tapi biasalah, para penyokong, orang lain yang tidak bertanding yang emosi," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Asmuni turut mengesahkan calon-calon yang bertanding bagi peringkat jawatankuasa PAS Pusat dan sayap-sayap parti seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Katanya, berlaku pertembungan dua penjuru bagi jawatan timbalan presiden antara Mohamad Sabu dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
2 penjuru jawatan tertinggi Muslimat
Manakala, bagi jawatan naib presiden pertembungan lima penjuru antara Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

NONEAsmuni juga mengesahkan laporan media berlaku pertembungan tiga penjuru bagi jawatan ketua pemuda dan masing-masing dua penjuru bagi jawatan timbalan dan naib ketua seperti yang dilapor media.

Bagi jawatan tertinggi Dewan Muslimat, Asmuni mengesahkan jawatan ketua, timbalan dan naib masing-masing menyaksikan  pertembungan dua penjuru.

Siti Zailah Mohd Yusof akan mempertahankan jawatan ketua apabila berdepan dengan Nuridah Salleh.

Manakala Dr Siti Mariah Mahmud akan berdepan dengan Dr Najihatussalehah Ahmad bagi jawatan naib ketua, manakala Mumtaz Mat Nawi akan berdepan dengan Dr Rosni Adam.

Mengulas mengenai senarai calon itu, Asmuni berkata senarai calon itu adalah muktamad dan mereka akan disemak dengan Jabatan Insolvensi berhubung status sama ada bankrap atau tidak.

Katanya, jika terlibat nama mereka akan dibuang dan tidak layak bertanding. (MK)

Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Masjid Bawah Tanah Untuk Ketenangan & Solat.


TURKI kini sedang membina sebuah Masjid di bawah tanah yang pertama di dunia di daerah Buyukcekmece di Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival Dunia untuk kategori tempat ibadah.

"Masjid adalah tempat untuk ketenangan dan Solat," kata Mehmet Narin, Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada World Buletin pada Isnin, 4 November.

"Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah ," tambahnya.

Penggabungan intipati Islam dan sandaran reka bentuk dengan sentuhan moden, Masjid Sancaklar yang diilhamkan oleh Gua Hira iaitu tempat Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyu.

Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina oleh arkitek Turki saudara Emre Arolat.

Masjid dibina dengan keluasan 1200 meter persegi di bawah tanah, diterangi oleh beberapa jalur lampu dan cahaya matahari untuk menampakkan kesan persekitaran jiwa.

Berdasarkan dari reka bentuk masjid standard, Masjid Sancaklar mempunyai ruang ibadah yang luas dengan kapasiti lebih dari 650 jamaah.

Menjadi Masjid di bawah tanah pertama di dunia jadi Masjid Sancaklar direka tanpa menara atau sabit.

http://detikislam.blogspot.com

Dialog Cinta Presiden Mursi-Dr.Najla Di Penjara



Dr. Najla Mahmud baru saja kunjungi suaminya, Presiden Muhammad Mursi, di penjara Burj Arab, Alexandria, Kamis (7/11). Najla tidak dapat menutupi kebahagiaannya dapat bertemu suami kali pertama sejak kudeta 3 Julai lalu.

Pertemuan itu laksana hadiah tahun baru hijriyah.Namun, jiwa besar sepasang negarawan itu membuat pertemuan mereka bukan sekelas pertemuan pelepas rindu. Luapan cinta Presiden Mursi yang sangat besar kepada rakyatnya membuat pertemuan mereka didominasi dialog cinta untuk rakyat Mesir.

“Aku pergi untuk memberikan sokonganngan kepada beliau. Tapi yang aku dapati tetaplah Presiden Mursi, seorang yang gagah dan tidak mengenal kalah,” kata Najla bercerita kepada televisyen Aljazeera, Khamis (7/11) sore, mengenai pertemuan dengan suaminya.

Presiden Mursi, lanjut Najla, menyampaikan pesan kepada rakyatnya agar tetap kuat dalam mempertahankan Revolusi 25 Januari. Rakyat jangan mahu mengorbankan hasil-hasil revolusi itu. Presiden Mursi menegaskan bahawa ia akan tetap mempertahankan revolusi hingga akhir nafasnya.

“Presiden Mursi bertanya tentang khabar rakyat. Beliau tidak berubah. Sama seperti yang dilakukannya saat memimpin negara. Bahkan beliau bertanya tentang harga sayuran. Pertanyaan pertama beliau adalah ‘Bagaimana khabar rakyat Mesir?’” tambah Najla. Dari sekian banyak dialog cinta rakyat itu, Mursi tidak lupa menyelipkan dialog cinta keluarga.

"Presiden Mursi juga memintaku agar sabar, kuat, dan tidak menyerah. Beliau tidak mengakui keabsahan pengadilan dilakukan atas dirinya." [IH]

Najis Zina/Prostitusi: Terlibat Sejak Usia 14..


Praktik prostitusi dibongkar polisi. Praktik prostitusi dibongkar polis. Nov2013. (VIVAnews/Anhar Rizki Affandi) (VIVAnews/Anhar Rizki Affandi)

Media Asing Soroti Fenomena Prostitusi Anak Indonesia
Ada yang sudah terjun ke dalam bisnis itu sejak berusia 14 tahun, di negara umat Islam terbesar di dunia. 

Fenomena prostitusi kanak-kanak  di Indonesia semakin mencengangkan publik. Apabila dua tahun lalu, tidak pernah ada laporan mengenai kanak-kanak yang menjadi 'mucikari'atau ibu inang (pelacur), maka fakta semacam itu sudah tak lagi asing diIndonesia.

"Laman Inggeris, Dailymail, bahkan menurunkan artikel khusus berjudul 'Mucikari Cilik Asuh PSK Umur 11 Tahun'pada Khamis, 31 Oktober 2013. Judul itu bukan sekadar isapan jempol belaka.
"Data dari Komisi Nasional Perlindungan Anak mengungkap 21 gadis remaja yang berusia antara 14 hingga 16 tahun tertangkap tahun ini bekerja sebagai mucikari atau ibu inang bagi PSK. Jumlahnya di lapangan, diprediksi lebih besar lagi." Lapor berita di Indonesia.

Salah satu pengalaman itu dijalani seorang gadis muda berusia 17 tahun, Chimoy. Kepada Dailymail, dia mengaku sudah terjun ke dalam bisnis itu sejak berusia 14 tahun. Dia berkisah, awalnya kekasih kakak perempuannya meminta dia untuk melacurkan dia. Namun, Chimoy menolak dan malah menawarkan supaya lelaki separuh baya itu tidur dengan temannya sendiri. 

Dari sana, Chimoy mulai terjun ke dunia bisnis esek-esek ini. Gadis muda itu putus sekolah saat duduk di bangku SMP (sekolah peringkat menengah) untuk konsentrasi mengurus bisnis prostitusinya. 

Awalnya, Chimoy bekerja dengan tiga gadis PSK, lalu lama kelamaan, anak asuhnya kian bertambah dan kini telah mencapai 30 anak asuh. Dari penghasilannya sebagai mami prostitusi, Chimoy bisa mengantongi wang senilai 1,800 pound sterling atau Rp32 juta. (RM11,00).

Satu nilai yang tidak dapat dia raih, apabila masih tetap bekerja di bar karaoke atau melacurkan dirinya sendiri kepada lelaki penzinz hidung belang. Harga yang diperolehi oleh Chimoy untuk masing-masing anak asuhnya berbeda. Sebagai gambaran, apabila meminta gadis remaja yang masih perawan, maka tarif yang harus dibayar si pelanggan yakni 1,200 pound sterling atau Rp21 juta (RM3,00) ditambah telefon bimbit BlackBerry dan sebuah motor.

Kendati menurut anak asuhnya, Chimoy tidak pernah meminta tip, namun dia selalu kebagian jatah minimal 300 pound sterling atau Rp5.4 juta. (Kira-kira RM1,00). Pelanggan tinggal menelepon atau mengirimkan SMS untuk meminta secara spesifik jenis gadis yang mereka inginkan. Apakah ingin yang berkulit putih mulus atau tinggi semampai. 

Para gadis PSK tidak lagi perlu untuk berdiri di pojok yang gelap dengan mengenakan rok pendek dan sepatu hak tinggi. Chimoy mengaku tergoda bisnis haram ini, kerana tergiur nominal rupiah yang berhasil diraup. 

"Besarnya jumlah uang yang dihasilkan terlalu sulit untuk ditolak. Kini, saya merasa bangga, karena dapat menghasilkan uang sendiri," ungkap dia.

Lain lagi dengan penuturan Juru Bicara Polis di Surabaya, bernama Maj. Suparti yang mengatakan baru-baru ini berhasil menangkap seorang mucikari berusia 15 tahun usai mendampingi tiga anak asuhnya untuk bertemu seorang pelanggan di hotel. Menurut Suparti, mucikari remaja itu, mempekerjakan 10 PSK, bahkan termasuk teman satu kelas dan teman di jejaring sosial Facebook. 

Dari hasil bisnis itu, si mucikari remaja, lanjut Suparti, sukses meraup 250 pound sterling atau Rp4.5 juta per bulannya. "Mereka bertindak layaknya seorang mucikari profesional," imbuhnya. 

Menurut LSM Terre des Hommes Netherlands, yang berbasis di Jakarta, fakta itu membuat dahi berkernyit. 

"Yang paling membuat Anda muak iaitu mereka yang terlibat dalam bisnis ini masih berusia 11 atau 12 tahun," ujar Direktur LSM tersebut, Leonarda Kling. 

Data dari badan PBB yang mengurus soal buruh, ILO, ada sekitar 40 ribu hingga 70 ribu anak yang menjadi korban eksploitasi seksual di Indonesia setiap tahunnya. Kebanyakan dari mereka dipicu kemiskinan dan konsumerisme yang tinggi. 

Menuju Hidup Mewah

Kaum menengah ke bawah, disebut Dailymail, berusaha terlihat seperti kalangan menengah yang terobsesi memiliki ponsel terbaru, pakaian bermerek, dan mobil mewah dalam waktu instan. Selain kerana materi, kurangnya perhatian dari orangtua, turut menjadi faktor pendukung.

"Mereka hanya mencari apa yang tidak diperoleh dari keluarganya, sehingga para gadis itu membuat keluarga sendiri," ujar Manajer Program dari sebuah LSM di Bandung, Faisal Cakrabuana. 

Alasan itu juga lah yang menyebabkan Chimoy memilih melacur, najis zina dan menjadi mami atau 'ibu ayam' bagi puluhan PSK. Sementara itu, menurut LSM ECPAT Internasional, aksi prostitusi yang masat ini banyak dikelolai remaja di banyak negara, kerana mereka sudah tahu bagaimana memperoleh wang banyak dengan seks. 

"Saat ini, ada gadis remaja dari Republik Dominika yang dapat meraih penghasilan lebih besar ketimbang gurunya, kerana dia menukar seks dengan mobil gratis (kereta percuma) atau ponsel (telefon bimbit) baru," ujar perwakilan ECPAT Internasional, Anjan Bose. 

Namun, Bose tetap mengingatkan dalam kasus ini, anak-anak yang setuju dijadikan PSK tetap harus dilihat sebagai mangsa. "Ini merupakan situasi eksploitatif ketika mereka melayani nafsu birahi pelanggannya. Kami tetap harus melihat mereka sebagai seorang korban," ujar Bose. 

Namun, kini Chimoy mengaku mulai lelah dengan pekerjaan ini. Dia mengaku ingin bertaubat dan mencari pekerjaan halal. Sebagai langkah awal, kini Chimoy turut bekerja untuk sebuah LSM bernama Cakrabuana. 

"Saya mencuba membuang masa lalu dan menjelaskan kepada gadis-gadis mengenai hal tersebut. Saya katakan kepada mereka, lebih baik mencari pekerjaan lain, kerana profesyen kini terlalu berisiko," kata dia. (IH/art)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Gambar di bawah ini lain, tiada kena mengena dengan berita di atas. Cuma diangkat dari blog tempatan.. Najis Zina dan minum arak dalam negara umat Islam (bukan negara Islam)? Aditor tidak menjamin kesahihan gambar di bawah ini...

Saturday, May 9, 2009
Gambar-Gambar Sosial Artis Malaysia Minum Arak!


(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails