Monday, November 11, 2013

Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia. Takziah Kpd Keluarga Beliau.

Ahmad Busu meninggal dunia akibat penyakit strok.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad. Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.
"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Takziah kepada keluarga beliau.

Diabetes Meningkat Di Kalangan Remaja. 2X Ganda? -Dr Helmi



Diabetes dapat dikawal jika mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang. 
Diabetes dapat dikawal jika mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang.
 
PERUBATAN

Diabetes meningkat di kalangan orang muda  
Diabetes dapat dikawal jika mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang. Semakin ramai golongan muda, termasuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun, menghidap penyakit Kencing Manis Jenis 2 (T2D) dan kini, angka itu semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dianggarkan 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan jumlahnya boleh mencecah dua kali ganda jika diambil kira kes-kes yang tidak dilaporkan.

Beliau berkata, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit diabetes berikutan peningkatan kadar obesiti di kalangan mereka yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan tidak seimbang.

"Hampir setiap seorang daripada tiga rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dikesan sama ada mengalami berat badan berlebihan atau obes, menjadikan mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti diabetes," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Walkathon sambutan Hari Diabetes Sedunia, di sini hari ini.

Beliau berkata kajian juga menunjukkan pesakit diabetes muda biasanya mengalami masalah kegemukan akibat daripada tabiat memakan terlalu banyak makanan tidak sihat dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif.

"Oleh kerana kurangnya kesedaran mengenai penyakit ini, ibu bapa terus memberi makan 'makanan ringan' kepada anak-anak mereka dan saya berharap semua ibu bapa dapat mula membimbing anak mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat, " katanya.

Menurut Dr Hilmi, penyakit diabetes bukan sekadar mempunyai kandungan gula berlebihan dalam sistem darah, malah lebih serius ia boleh menjejaskan organ penting pesakit seperti jantung, buah pinggang, saraf dan mata.

Bagaimanapun, Perunding Endocrinologis dan Ketua Unit Endokrinologi dan Diabetes Hospital Pulau Pinang Dr Nor Azizah Aziz berkata penyakit diabetes kronik boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan permakanan seimbang.

"Bagi mereka yang dijangkiti, komplikasi diabetes boleh dilambat atau dihalang," katanya.

Beliau menambah, selain tabiat permakanan yang tidak betul, waktu makan yang tidak teratur turut menyumbang kepada peningkatan trend T2D di kalangan orang muda.

Justeru, beliau menasihati rakyat Malaysia agar mencegah, mengurus diabetes dan komplikasinya dengan mengekalkan gaya hidup sihat dan membuat pilihan yang lebih baik dalam diet mereka. - Bernama, 10 November, 2013.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Cara mudah untuk mengawal dan mengatasi diabetes.. Antaranya..
  • Tanam sendiri sekitar rumah pokok-pokok perubatan tradisional seperti tanaman stevia, dan lain-lain.
  • Jadi agen sambilan herba-herba berkaitan diabetes (bagi yang kurang mampu dan ingin menambah pendapatan) di samping mendalami ilmu perubatan mengenainya. 
  • Wujudkan kegiatan senaman ringan harian atau amal ibadat yang membantu senaman jasmani dan rohani.
Sebagai contoh, untuk membantu hal-hal tersebut klik...Daun Stevia, Ganti Gula Baik Untuk Diabetes..
Lihat juga komen pembaca artikel  Stevia, Kalau Diusahakan Di Malaysia.. -Mardi
XUMNO said...
Mardi tidak perlu menumpukan penanaman Stevia semata2 untuk industri; yang penting ialah menyebarluaskan penanaman pokok ini di kalangan rakyat negara ni sebagai usaha dua mata iaitu mengurangkan beban kos hidup dan mengurangkan kes penyakit diabetes di negara ini. Herba Stevia boleh ditanam dalam pasu dan tanah2 lapang baik di desa maupun di taman2 perumahan. Disyorkan Mardi menggiatkan usaha pengagihan anak2 pokok Stevia secara percuma atau menjualnya dengan murah ke seluruh pelusuk tanah air melalui persatuan2 peladang dan pasar2 tani.
HMH STEVIA HERBA 
STEVIA 
DAUN PEMANIS
Tanpa Kelori - Ganti Gula
Stevia asli, tanpa campuran

Sunday, November 10, 2013

Nik Amar Bertanding Untuk Suburkan Demokrasi



KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk ‘memilih’.

Katanya, setelah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bertanding jawatan tersebut, beliau menerima tanggung jawab bagi memenuhi hasrat perwakilan yang turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung hasratnya menerima pencalonan jawatan Timbalan Presiden PAS di pejabatnya, di Kota Darulnaim,  tengahari tadi.

Amar berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menentang penyandang, Mohamad Sabu pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, November ini.

“Kebetulan Datuk Tuan Ibrahim menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, jadi saya bersedia menawarkan diri.

“Andainya Tuan Ibrahim masih bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan itu,” ujarnya.

Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, keputusannya untuk bertanding juga bertujuan menyuburkan amalan demokrasi dalam parti.

Beliau juga berhasrat untuk  membantu Presiden dan parti bagi menghadapi cabaran besar pada masa akan datang.

Menurutnya, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU)  lalu, PAS adalah parti gabungan Pakatan Rakyat yang mendapat kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.

“Kita kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu sendiri tentu ada sebab kenapa yang perlu kita cari penyelesaiannya.

“Pada pandangan saya, kita tidak boleh mengambil alih kedudukan Umno dalam negara sekiranya kita tidak menarik sokongan orang Melayu Islam dalam negara ini terlebih dahulu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, isu-isu yang berlaku perlu dinilai semula untuk persiapan pada masa akan datang sebagaimana yang diputuskan dalam Multaqa Ulama’ baru-baru ini.

Bagaimanapun jelasnya, ramai yang tidak memahami keputusan yang dicapai dalam Multaqa Ulama’ sehingga beranggapan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.

“Tetapi kita melihat dari sudut keberkesanan kita bila berada dalam Pakatan Rakyat, kenapa undi orang Melayu kepada PAS merosot walaupun kita memerlukan juga undi kaum lain untuk menang,” ujarnya.

Menurutnya,  undi asas orang Melayu tidak boleh dipandang ringan dalam membentuk kerajaan di negara ini. (Hrkh)

Wacana Calon Ketua Pemuda PAS Di Alor Setar

 

KUALA LUMPUR: Walaupun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengalu-alukan debat secara bersemuka di antara calon-calon jawatan di peringkat PAS Pusat bagi menggalakkan kempen secara sihat, Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah mencadangkan kaedah yang lebih lunak iaitu program wacana.

Ketuanya, Yusrin Adnan dalam satu kenyataan media berkata, program wacana itu dianjurkan bagi memupuk budaya ilmu dalam medan siasah (politik).

Wacana bertajuk “Ke Arah Pemberdayaan Pemuda Harapan Nusa Bersama Calon-Calon Ketua & Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia 2013-2015” itu ujarnya bukanlah program  debat tetapi lebih kepada percambahan idea di kalangan calon.

“Pemuda PAS Kuala Kedah telah membuat jemputan kepada calon-calon yang layak bertanding bagi jawatan ketua dan timbalan ketua pemuda, dengan harapan dari kami, semua calon-calon  bersedia untuk tampil bagi menyuburkan budaya ilmu dalam kelompok Dewan Pemuda.

“ Namun kami tidak berjaya menyatukan kesemua calon Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam satu pentas wacana kerana terdapat calon yang agak keberatan untuk hadir dengan alasan yang tersendiri.

“Calon-calon Ketua Pemuda PAS Malaysia yang telah mengesahkan untuk hadir ialah Saudara Suhaizan Kaiat dan Saudara Zulhazmi Shariff manakala Calon Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia ialah Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss,” ujar Yusrin (gambar).

Wacana anjuran bersama Pemuda PAS Kuala Kedah dan Kelab Profesional Muda Negeri Kedah itu akan berlangsung pada 13 November, jam 8.30 malam di The Leverage Business Hotel Mergong, Alor Setar  (berdekatan Tesco Mergong).

“Pihak kami menjemput wakil dari Dewan-dewan Pemuda PAS kawasan khususnya di negeri Kedah untuk hadir ke wacana ini,” jelas beliau. (Hrkh)
Klik....

HMH STEVIA HERBA
Daun Stevia, Ganti Gula Baik Untuk Diabetes..

Pelakon Hanez Suraya: Pembedahan Plastik, Normal.. Hak Masing-masing.



HALAMAN HIBURAN

KL: Pelakon Hanez Suraya menafikan khabar angin yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik terhadap hidungnya bagi kelihatan lebih cantik. Hanez, 29, berkata, dia percaya ada pihak yang menyebarkan berita tersebut dan cuba menjatuhkan reputasinya dalam industri seni.

Bagaimanapun, Hanez berpendapat tidak salah bagi individu yang ingin melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan ia suatu perkara normal dewasa ini.

"Bagi saya pembedahan plastik sudah jadi satu perkara normal bagi sesetengah orang. Kalau seseorang itu buat pembedahan plastik untuk cantik, kenapa tidak? Itu adalah hak masing-masing," ujarnya melalui mStar.

Tetapi bagi artis Tasha Shilla lain pula pendapatnya, "Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik keatas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan.". (Lihat Operasi Kecantikan, Bedah Hidung & Payudara.. Tash...)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, baik cara berfikir Tasha Shilla itu.. Mari kita lihat hukum. melakukan operasi kecantikan, samada operasi plastik atau sejenisnya.

Ada orang bertanya kepada seorang ustaz.. Apabila tubuh seorang wanita berubah drastis akibat kehamilan sehingga ia malu dilihat oleh suami dalam keadaan demikian, apakah ia boleh melakukan operasi kecantikan?
 
Jawapannya...


Alhamdulillah, pertanyaan ini sekitar hukum melakukan operasi kecantikan (operasi plastik dan sejenisnya), simaklah dengan seksama intisari masalah tersebut sebagai berikut:

Ahli medik mendefinisikan operasi kecantikan sebagai operasi yang dilakukan untuk mempercantik bentuk dan rupa bahagian-bahagian tubuh lahiriyah seseorang. Kadang kala dilakukan atas kemauan yang bersangkutan sendiri, dan kadang kala kerana darurat (terpaksa). Operasi kecantikan yang dilakukan kerana darurat atau semi darurat adalah operasi yang terpaksa dilakukan, seperti menghilangkan cacat, menambah atau mengurangi organ tubuh tertentu yang rusak dan buruk. Melihat pengaruh dan hasilnya, operasi tersebut sekaligus memperindah bentuk dan rupa tubuh.
Cacat ada dua jenis:
  1. Cacat yang merupakan pembawaan dari lahir.
  2. Cacat yang timbul akibat sakit yang diderita.
Cacat pembawaan dari lahir misalnya, bibir sumbing, bentuk jari-jemari yang bengkok dan lain-lain. Cacat akibat sakit misalnya cacat yang timbul akibat penyakit kusta (lepra), akibat kemalangan dan luka bakar serta lain sebagainya. Sudah barang tentu cacat tersebut sangat mengganggu penderita secara fisik maupun psikis. Dalam kondisi demikian syariat membolehkan si penderita menghilangkan cacat, memperbaiki atau mengurangi gangguan akibat cacat tersebut melalui operasi. 

Sebab cacat tersebut mengganggu si penderita secara fisik mahupun psikis sehingga ia boleh mengambil dispensasi melakukan operasi. Dan juga kerana hal itu sangat diperlukankan si penderita. Keperluan mendesak kadang kala termasuk darurat sebagai salah satu alasan keluarnya dispensasi hukum. Setiap operasi yang tergolong sebagai operasi kecantikan yang memang diperlukan, guna menghilangkan gangguan, hukumnya boleh dilakukan dan tidak termasuk merubah ciptaan Allah.

Lihat penjelasan Imam An-Nawawi untuk membedakan antara operasi kecantikan yang dibolehkan dan yang diharamkan: Dalam menjelaskan hadits Rasulullah yang berbunyi:

  • "Allah melaknat wanita-wanita yang mentato dan yang meminta untuk ditatokan, yang mencukur (menipiskan) alis dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah." (H.R Muslim No:3966.)
Imam An-Nawawi menjelaskan sebagai berikut:

'Al-Wasyimah' adalah wanita yang mentato. Iaitu melukis belakang tapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau anggota tubuh lainnya dengan jarum atau sejenisnya hingga mengeluarkan darah lalu dibubuhi dengan tinta untuk diwarnai. Perbuatan tersebut haram hukumnya bagi yang mentato ataupun yang minta ditatokan. 

Sementara 'An-naamishah' adalah wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu wajah. Adapun 'Al-mutanammishah' adalah wanita yang meminta dicukurkan. Perbuatan ini juga haram hukumnya, kecuali jika tumbuh jenggot atau kumis pada wajah wanita tersebut, dalam kess ini ia boleh mencukurnya. 

Sementara 'Al-mutafallijat' adalah wanita yang menjarangkan giginya, biasa dilakukan oleh wanita-wanita tua atau dewasa supaya kelihatan muda dan lebih indah. Kerana jarak renggang antara gigi-gigi tersebut biasa terdapat pada gadis-gadis kecil. Apabila seorang wanita sudah beranjak tua giginya akan membesar, sehingga ia menggunakan kikir untuk mengecilkan bentuk giginya supaya lebih indah dan agar kelihatan masih muda.
 

Perbuatan tersebut jelas haram hukumnya baik yang mengikir ataupun yang dikikirkan giginya berdasarkan hadits tersebut di atas. Dan tindakan itu juga termasuk merubah ciptaan Allah, pemalsuan dan penipuan. Adapun sabda nabi: "Yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik" maknanya adalah yang melakukan hal itu untuk mempercantik diri. Sabda nabi tersebut secara implisit menunjukkan bahawa yang diharamkan adalah yang meminta hal itu dilakukan atas dirinya dengan tujuan untuk mempercantik diri. 

Adapun bila hal itu perlu dilakukan untuk tujuan pengubatan atau kerana cacat pada gigi atau sejenisnya maka hal itu dibolehkan, wallahu a'lam. (Syarh Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi XIII/107).
 

Suatu hal yang perlu disinggung di sini ialah para ahli medik, operasi kecantikan tersebut biasanya tidak membedakan antara keperluan yang menimbulkan bahaya dengan keperluan yang tidak menimbulkan bahaya. Yang menjadi interest mereka hanyalah mencari keuntungan materi, dan memberi kepuasan kepada pasien dan pengikut hawa nafsu, materialis dan penyeru kebebasan. Mereka beranggapan setiap orang bebas melakukan apa saja terhadap tubuhnya sendiri. Ini jelas sebuah penyimpangan, atau tak betul.

Kerana pada hakikatnya jasad ini adalah milik Allah, Dia-lah yang menetapkan ketentuan-ketentuan berkenaan dengannya sekehendak-Nya. Allah telah menjelaskan kepada kita metod-metod yang telah diikrarkan Iblis untuk menyesatkan bani Adam, di antaranya adalah firman Allah:
  • "Dan aku akan suruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar merubahnya." (Q:S 4:119)
Ada beberapa pelaksanaan operasi kecantikan yang diharamkan kerana tidak memenuhi ketentuan-ketentuan dispensasi syar'i yang disepakati dan kerana termasuk mempermainkan ciptaan Allah serta hanya bertujuan mencari keindahan dan kecantikan semata. Misalnya memperindah payu dara dengan mengecilkan atau membesarkannya. Atau operasi untuk menghilangkan kesan ketuaan, misalnya mengeritingkan rambut atau sejenisnya. Dalam hal ini syariat tidak membolehkannya. 

Kerana tidak ada keperluan yang darurat untuk melakukan hal itu. Hal itu dilakukan semata-mata untuk merobah dan mempermainkan ciptaan Allah sesuai dengan hawa nafsu dan syahwat manusia. Hal itu jelas haram dan terlaknat pelakunya. Dan juga keranana termasuk dalam dua perkara yang disebutkan dalam hadits di atas, iaitu hanya ingin mempercantik diri dan merubah ciptaan Allah. Ditambah lagi operasi kecantikan semacam itu banyak mengandung unsur penipuan dan pemalsuan. 

Demikian pula injeksi dengan zat-zat yang diambil secara haram dari janin yang gugur, di mana perbuatan tersebut merupakan kejahatan serius, dan efek samping serta mudharat lainnya yang timbul akibat operasi kecantikan sebagaimana dijelaskan oleh pakar-pakar kedokteran. (Silakan baca buku Ahkamul Jirahah karangan Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi).
 
Kesimpulan: Berdasarkan uraian tersebut, apabila cacat atau kekurangan yang ada pada diri saudariku di atas, termasuk kategori darurat (seperti kerana kemalangan dan sakit) yang menyulitkan diri saudari, atau menyebabkan suami menjauhkan diri misalnya, bukan dilakukan untuk mempercantik diri dan hanya untuk menghilangkan kecacatan semata dan untuk menghilangkan atau menekan kesulitan, maka operasi kecantikan tersebut boleh saudari lakukan inysa Allah, Wallahu a'lam.

Klik....

HMH STEVIA HERBA
Daun Stevia, Ganti Gula Baik Untuk Diabetes..

Batu Api U/Malaysia Sokong Mohd Amar T/Presiden PAS



Menjelang pemilihan PAS 22 November akan datang, akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyatakan sokongan secara terbuka kepada Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti Islam itu.

Dalam rencana yang ditulis oleh salah seorang pengarangnya, Zulkiflee Bakar, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.

"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.

"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu atau Mat Sabu," kata beliau dalam tulisannya dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Zulkiflee turut menjangkakan penyandang Mohamad atau "Mat Sabu" walaupun dianggap sebagai ayam sabung PAS bakal berdepan cabaran sengit terutama selepas popularitinya semakin menurun akibat kekalahan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Kali ini, Mat Sabu dilihat memasuki gelanggang dalam keadaan ‘badan penuh kecederaan’ dan paling ketara beliau sudah tewas dua kali dalam pilihan raya umum.
"Ini belum lagi mengambil kira bagaimana populariti beliau dikatakan semakin menurun," katanya.
Selain itu, Zulkiflee juga menegaskan golongan ulama dalam PAS sudah bersatu berbanding dalam pemilihan lalu.
"Kali ini seolah-olah sudah ada kesepakatan oleh golongan ulama untuk meletakkan seorang calon sahaja.
"Keadaan itu berbeza dengan pemilihan 2011, apabila dua calon ulama bertanding iaitu penyandang Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kesudahannya ia menyebabkan undi ulama berpecah dan Mat Sabu ‘ditabal’ menjadi Timbalan Presiden dengan majoriti 21 undi," katanya.

Di samping itu, Mohd Amar pada pandangan Zulkiflee adalah individu paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan penting itu kerana pengalaman politiknya dalam membantu PAS mempertahankan Kelantan serta mempunyai latar belakang agama sesuai dengan imej Islam parti tersebut.

"Biarpun tewas dalam pemilihan lalu bagi jawatan naib presiden namun kejayaannya membantu PAS mempertahankan pemerintahan di Kelantan banyak meningkatkan popularitinya.
"Apatah lagi, beliau dilihat pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan sentiasa tegas apabila berhadapan dengan sesuatu isu biarpun ia dicetuskan oleh sekutu PAS sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya lagi.

Selepas tarikh penamaan calon ditutup 8 November baru-baru ini, jawatan timbalan presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Mohamad dengan Mohd Amar.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS apabila beliau tidak dicabar yang menjadikan perebutan jawatan timbalan presiden hangat selain naib presiden parti Islam itu. – 10 November, 2013.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Menjelang pemilihan kepimpinan pAS, seperti biasa batu api Utusan Malaysia terus main peranan..

HMH STEVIA HERBA
Daun Stevia, Ganti Gula Baik Untuk Diabetes..

CEO TV Alhijrah Meninggal Dunia


 
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  TV Alhijrah, Datuk Bukhari Che Muda telah kembali ke rahmatullah jam 6.08 pagi tadi akibat penyakit barah pada  57 tahun.

Allahyarham yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, meninggalkan seorang isteri, Datin Suriyati Daud, 52 serta tiga anak perempuan berumur 17 tahun, 16, 14 dan seorang anak lelaki berumur 12 tahun.

Bernama melaporkan jenazah Allahyarham Bukhari akan dibawa ke kediamannya di No 6, Jalan Hablur Satu, Seksyen 7, Shah Alam, pagi ini.

Semasa hayatnya Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting sebelum menyertai TV AlHijrah pada 2009, antaranya ialah ketua pegawai operasi TV9 milik Media Prima Berhad. (Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails