Monday, November 25, 2013

Takraw K'tan: Tutup Aurat, Takde Masalah Pun!



SUKAN
KOTA BHARU: Kelantan sekali lagi merintis pembaharuan, dan kali ini dalam sukan sepak takraw di mana pemain perlu mematuhi peraturan menutup aurat dengan memakai sarung kaki.

Peraturan tersebut diperkenalkan sempena Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan dianjurkan Urusetia Belia, Sukan dan NGO (U-Bes).

Pengarahnya, Abdul Aziz Yunus berkata, pemain telah dimaklumkan lebih awal peraturan tersebut sebagai syarat penyertaan.

Katanya, sehingga kini 36 regu dari negara-negara Asean termasuk Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura akan menyertai kejohanan tersebut.

Selain itu turut disertai Skuad Malaysia Junior, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan pasukan U-Bes.

“Kejohanan tersebut julung kali diadakan menekankan konsep ‘yang menang menghormati yang kalah’,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah U-Bes, Mohd Ridza Zain dan Pengerusi Akademik Sepak Takraw Kelantan, Mohd Din Ismail.

Kejohanan sepak takraw Piala Timbalan Menteri Besar peringkat negeri sebenarnya bermula pada 2005.

Bagaimanapun tahun ini diperluaskan ke peringkat antarabangsa dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.

Kejohanan berkenaan akan diadakan pada 29 November sehingga 1 Disember ini bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI.

Perasmian penutup dijangka disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Syabas! Kelantan boleh buktikan bersukan tiada masalah kalau nak ikut Islam, terutama dari sudut aurat.. Takde masalah pun! Akan berkembang kepada sukan yang lain, seperti berenang dan lain-lain, insya Allah!

Lihat perbandingan di bawah ini..

Al-Bukhary Monopoli Gula, Tarik Balik!


 
KUALA LUMPUR: Monopoli gula yang diberikan kepada syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary perlu ditarik balik kerana syarikat itu tidak menanggung risiko untung rugi pembeli gula mentah.

Menurut Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli risiko untung rugi pembelian gula mentah perlulah ditanggung oleh syarikat pemegang permit import (AP) gula mentah yang dikuasai Syed Mokhtar kerana mereka diberikan monopoli industri gula di Malaysia.

Katanya, dalam keadaan Malaysia yang tidak mempunyai ladang dan perusahaan yang mengeluarkan gula mentah, industri gula di negara ini bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari pasaran antarabangsa.

Oleh itu, katanya hanya syarikat yang diberikan AP yang boleh mengimport gula mentah dan monopoli pengilangan dan pembekal gula bertapis.

"Kini industri gula dipegang oleh Tan Sri Syed Mokhtar sudah tentu menguntungkan. Sudah jadi lumrah perniagaan bahawa harga bekalan gula turun naik.
"Bagi industri ini apabila harga gula mentah naik keuntungan syarikat pengilang gula bertapis akan turun dan sebaliknya apabila harga bekalan gula mentah turun keuntungan syarikat pengilang gula bertapis akan meningkat," katanya yang juga Pengarah Strategi PKR dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rafizi mempersoalkan kenapakah dalam keadaan harga bekalan gula mentah tidak menguntungkan syarikat Syed Mokhtar akibat rundingan kontrak jangka panjang yang tidak sempurna, kerajaan juga dilibatkan kerana kontrak itu dimeterai oleh kerajaan.

"Oleh kerana kerajaan Malaysia terus menanggung kerugian hasil dari kontrak pembelian gula mentah jangka panjang ini, maka monopoli gula diberikan kepada Syed Mokhtar perlu ditarik balik,"katanya.

Bagi menurunkan harga gula dengan serta merta bagi meringankan beban rakyat, Rafizi mencadangkan supaya AP untuk membeli gula mentah pada harga lebih rendah dibuka, dan AP untuk membeli gula bertapis dibuka untuk mewujudkan persaingan harga.

Jelasnya, dalam keadaan harga gula mentah di pasaran dunia adalah lebih rendah dengan lebih banyak syarikat diberi peluang untuk membawa masuk gula mentah dan gul bertapis sudah tentu ia lebih murah dari harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli.

Perkara ini turut diajukan Rafizi kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang Khamis lalu bagaimanapun tidak mendapat respons.

Rafizi mengemukakan dua soalan iaitu kenapa kerajaan Malaysia memasuki kontrak pembelian gula mentah jangka panjang bagi pihak syarikat swasta sedangkan segala keuntungan adalah milik hak swasta.

Yang kedua, Rafizi mengemukakan soalan, siapakah yang bertanggungjawab meluluskan kontrak pembelian gula mentah jangka panjang yang tidak dirunding dengan baik sehingga harganya lebih rendah dari harga pasaran semasa di dunia yang mempunyai kesan terus kepada harga gula bertapis di Malaysia. (Hrkhdaily)

Nik Aziz Ulas Muktamar: Molek, Tiada Berbaik Dg UMNO..



KOTA BHARU: Ahli-ahli PAS perlu menerima keputusan pemilihan yang telah dibuat sewaktu Muktamar Tahunan ke-59 di Shah Alam yang berakhir semalam.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik, berkata ahli PAS perlu memberi peluang kepada saf kepimpinan yang baru itu menjalakan tugas mereka dalam tempoh dua tahun ini.

“Kewajiban ahli untuk menerima keputusan. Jangan sesekali apabila setelah keputusan dibuat, ada pihak mengada-adakan kumpulan-kumpulan dalam parti.
“Cuma perhati kepimpinan yang baru ini dalam masa dua tahun. Jika ada kesilapan kita tegur,” katanya kepada Harakahdaily ketika di temui di pejabatnya tengah hari tadi.

Kata beliau, sekiranya ada ahli PAS yang ingin menegur kepimpinan, mereka hendaklah menggunakan saluran yang betul.

“Nak tegur jangan tegur terbuka. Itu bukan orang tak panggil tegur. Itu orang panggil mengumpat. Tegur sewaktu dalam mesyuarat,” tegasnya.
Tuan Guru juga menyampaikan rasa gembira dengan perjalanan muktamar kali ini.
“Alhamdulillah, apa yang saya tengok semuanya teratur molek. Yang paling utama sepanjang muktamar kali ini tiada seorang pun perwakilan meluahkan cadangan untuk berbaik semula dengan Umno,” ujarnya.
“Ini satu perkembangan yang baik bahawa penyokong-penyokong PAS tidak terfikir dah untuk berbaik dengan Umno,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai senarai kepimpinan PAS yang terbaru, Tuan Guru berkata, saf kepimpinan ini adalah amat bertepatan dengan slogan PAS Untuk Semua.

“Pelbagai latar belakang kepimpinan PAS menunjukan memang tepat dengan slogan PAS Untuk Semua,” ujarnya lagi. (Hrkhdaily)

Rais Yatim Dibayar RM100,000 Nyanyi 1 Lagu. Penyamun?

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Penaung Persatuan Karyawan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim dibayar RM100,000 kerana menyanyikan sebuah lagu berjudul When I Fall In love dalam Majlis Malam Amal Warisan Seni Karyawan di Hotel Istana di sini semalam.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, wang hasil tajaan individu daripada sebuah badan koporat yang enggan didedahkan namanya itu adalah bagi mengisi tabung kebajikan persatuan yang dianggotai lebih 1,000 artis tempatan.

“Tan Sri Rais menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Nat King Cole yang mana ini adalah kali pertama beliau menyanyi pada majlis anjuran Karyawan. Selain itu isteri beliau, Puan Sri Masnah Rais pula menyanyikan sebuah lagu bertajuk Ubek Kan Denai.

“Lagu persembahan isteri beliau juga dibayar RM70,000 yang kemudian dimasukkan ke dalam tabung kebajikan Karyawan. Keseluruhannya majlis makan malam amal ini berjaya mengutip dana sebanyak RM350,000," katanya.

Pada majlis itu, seramai 22 artis yang kurang bernasib baik seperti Julie Dahlan, Yazid Search, Samsuddin Lamin, Kamal Pendek, Zaiton Sameon, Lai Meng, Pak Limra, Mimi Loma dan MY Samsudin menerima bantuan sehingga RM5,000 setiap seorang. - UTUSAN

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Senangnya puak-puak ni buat duit, penyamun wang rakyat?

Tarian Erotis Pole Dance Mulai Menyerang Remaja..

Tarian yang mengutamakan kelenturan tubuh pada sebuah tiang ini juga mulai dijadikan gaya hidup wanita di Jakarta. 
Sejumlah wanita muda mengikuti latihan pole dance di Junko Akademi, Kemang Raya, Jakarta, Rabu (20/11). Pole dance atau menari dengan mengandalkan pada sebuah tiang ini tengah menjadi salah satu dance yang digemari kaum wanita di kota metropolitan Jakarta. 

TARIAN erotis pole dance mulai digemari wanita muda ibu kota negara umat Islam terbesar di dunia, Indonesia.  Tarian yang mengutamakan kelenturan tubuh pada sebuah tiang ini juga mulai dijadikan gaya hidup wanita di Jakarta.
Lihat gambar-gambar di sini.. 
Tarian yang mengutamakan kelenturan tubuh pada sebuah tiang ini juga mulai dijadikan gaya hidup wanita di Jakarta. 

Tarian yang mengutamakan kelenturan tubuh pada sebuah tiang ini juga mulai dijadikan gaya hidup wanita di Jakarta. 

Begitu juga di Malaysia. Orang Islam atau orang bukan Islam di dalam negara ramai umat Islam wajib tahu serba-sikit hukum dan perundangan Islam. Contohnya hukum wanita menari di hadapan lelaki ajnabi  atau yang bukan mahramnya.

Apa hukum wanita menari di hadapan lelaki ajnabi  atau yang bukan mahramnya.

Sedikit huraian ringkas.

Satu:  
Sebahagian ulama berpendapat tarian adalah harus(melihat kepada syarat-syarat tertentu).Sebahagian ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Fawrani rahimahullah dan lain-lain berpendapat ianya adalah harus secara umumnya.Manakala al-Imam Haramain rahimahullah menerangkan dengan lebih terperinci hukum berkenaan perkara ini. Beliau mengatakan membanyakkan tarian sehingga boleh menjatuhkan maruah maka hukumnya adalah haram jika sebaliknya maka tiadalah mengapa.

Al-Imam al-Rafi’e dan Ibn Abi al-Dam rahimahumallah juga berpendapat sedemikian. Sebahagian ulama bermazhab Syafie yang lain berpendapat mengatakan: Jika tarian ini semata-mata untuk bergembira dan berseronok maka hukumnya adalah haram .Jika tarian yang dilakukan oleh golongan lelaki ini tiada niat untuk bergembira sedemikian(seperti tarian perang dan lain-lain) maka hukumnya adalah harus.

Dua: 
Sebahagian para ulama berpendapat hukum tarian adalah haram secara mutlak.Ini adalah seperti yang dipegang oleh para ulama bermazhab Hanafi, sebahagian ulama bermazhab Syafie,dan Hambali rahimahumullah. Kata al-Imam Ibn Abidin rahimahullah: Jika seseorang tersebut menghalalkan tarian,sebahagian ulama menghukumkan orang tersebut sebagai kafir. Beliau menyebutkan lagi bahawa : Aku telah melihat Fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikhul Islam al-Karmani rahimahullah bahawa golongan yang menghalalkan tarian sebegini adalah kafir.

Tiga
Sebahagian ulama di dalam mazhab Syafie dan Jumhur ulama Hambali berpendapat bahawa hukum tarian adalah makruh.

Empat:
Sebahagian para ulama membezakan hukum tarian bagi golongan Sufi dan lain-lain.Mereka mengatakan bahawa tarian yang dilakukan oleh golongan sufi adalah harus manakala golongan yang selain daripada sufi adalah makruh melakukan tarian.

Ini adalah pendapat para ulama berkenaan perkara ini. Perlu untuk saya tegaskan sekali lagi,ini adalah hukum untuk golongan lelaki sahaja. Bukan wanita. Jika kita menilai dengan baik, tentu kita akan terfikir,jika hukum untuk golongan lelaki pun masih terdapat khilaf yang pelbagai dikalangan para ulama, apatah lagi jika tarian tersebut dilakukan oleh golongan wanita?

Berdasarkan rujukan daripada kitab-kitab para ulama, iada pula dibezakan antara tarian kanak-kanak perempuan dengan wanita yang dewasa. Malah para ulama membahaskan pula hukum membuat pusat tarian. Menurut Doktor Abdul Fattah Mahmud Idris hafizahullah jika kita melihat secara terperinci maka hukum berkenaan wanita yang menari adalah haram. Maka jika dibuat pusat untuk latihan tarian bagi wanita juga adalah haram.

Kesimpulan:

Tidak menjadi masalah jika wanita menari sesama wanita. Ini jika kita dapat pastikan bahawa tiada lelaki yang ajnabi melihat mereka. Jika terdapat lelaki yang ajnabi melihat mereka maka hukumnya sudah jelas lagi bersuluh. Sesiapa yang terang mata hatinya tidak perlu lagi diulas berkali-kali tentag perkara ini.

Jika sahabat-sahabat dan sidang pembaca sekalian ingin melihat dengan lebih lanjut. Bolehlah merujuk kepada Fatwa bernombor 619 yang dikeluarkan oleh Darul Ifta al-Misriyyah di dalam kitab al-Fatawa al-Islamiyaha. Fatwa tersebut dikeluarkan oleh Syiekh Abdul Majid Salim rahimahullah pada bulan Ramadhan 1362 hijriyah. Malah kata Syeikh Abdul Majid Salim rahimahullah: Sesiapa yang redha dengan perkara maksiat maka dia juga dikira melakukan perkara maksiat tersebut.

Rujukan:
1. موقف الشريعة الإسلامية من الرقص للدكتور عبد الفتاح محمود إدريس cetakan kedua 1998
2. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Dr Wahbah Zuhaili jilid 4 cetakan Darul Fikr
3.Faidhul Qadir oleh al-Imam Manawi rahimahullah jilid 4 cetakan Darul Kutub Ilmiyah.

Sunday, November 24, 2013

Kesenian: Ulama Perlu Lebih Berfikiran Terbuka -Dr Muhaimin Sulam

 Lagu kumpulan Scorpions jadi teguran buat PAS

HALAMAN HIBURAN
Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Dr Muhaimin Sulam menyeru para pemimpin parti tersebut, khususnya golongan ulama untuk lebih berfikiran terbuka dalam isu kesenian bagi membolehkan parti Islam itu dilihat lebih inklusif.

Katanya, golongan itu harus mengenali dan mendampingi insan seni bagi membolehkan mereka lebih mengenali masyarakat.

"Orang PAS kena tahu beza ghazal, zapin dan sebagainya. Jangan hanya fikir warak, feqah, dan siasah syariah.

"Kita perlu tahu terma semasa supaya mengenali masyarakat, bukan hanya mengenali batang tubuh sendiri," katanya dalam ucapan penggulungan lajnah tersebut di persidangan Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Muhaimin yang tampil dengan imej rambut dan janggut panjang turut menarik perhatian perwakilan, yang kebanyakannya hadir dengan berjubah, apabila memetik bait-bait dari lagu kumpulan balada popular Jerman, Scorpions dalam ucapannya.

Petikan lirik lagu balada bertajuk Wind of Change tersebut bagi menguatkan saranannya agar golongan dalam PAS berani untuk berubah.

Beliau menonjolkan perkara tersebut bagi mengulas pandangan oleh seorang perwakilan Kedah, yang mempertikaikan penganjuran Program Karnival PAS For All selama tiga hari bermula hari Jumaat lalu.

Program tersebut dikritik kerana menampilkan persembahan kumpulan rock bersama artis yang kini bersama PAS – Sham Kamikaze dan Nazmi Karim – pada hari Jumaat. (MK)

Video: Penjelasan berkenaan konsert ROCK di Muktamar PAS ke 59

Sokongan Melayu Kpd DAP Meningkat, PKR, PAS Menurun -Dr

PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu. 
PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu.Sokongan masyarakat Melayu kepada DAP ketika Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) meningkat, namun sokongan etnik berkenaan terhadap rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain mengalami penurunan, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu  ketika membentangkan dapatan itu di Muktamar Tahunan PAS ke-59 PAS berkata, PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu, iaitu sebanyak 7%, dan sokongan Melayu terhadap PAS turut menurun 2%. DAP bagaimanapun menerima peningkatan sokongan sebanyak 2%.

"Bagaimanapun, sokongan masyarakat Melayu terhadap PAS meningkat di Terengganu dan Johor," kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Justeru, PAS jelasnya perlu memberikan penekanan terhadap meningkatkan sokongan kumpulan anak muda daripada komuniti majoriti di negara ini kerana mereka akan menjadi penentu dalam PRU14. – 24 November, 2013. (TMI)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails