Thursday, December 26, 2013

Uskup Rayu Orang Melayu Sokong Kristian Guna 'Allah'



Ketua Uskup Tan Sri Murphy Pakiam merayu kepada golongan minoriti Melayu yang menyokong orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' supaya menyuarakan sokongan tersebut demi masyarakat Kristian.

Beliau merujuk kepada tinjauan oleh usat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan bahawa 77 peratus responden Melayu percaya bahawa orang Islam patut mendapat hak eksklusif menggunakan kalimah tersebut, dan 11 peratus yang berpendapat sebaliknya.

"Kami tidak percaya bahawa warisan kerohanian umat manusia terbina atas pandangan satu spesies sahaja.
“Ia kelihatan seolah-olah kita terpaksa bergantung kepada 11 peratus saudara Melayu yang mewakili 1.6 juta jumlah sebenar, untuk menetapkan nada dalam wacan keamanan dan keharmonian Malaysia,” katanya.

Pakiam berucap di majlis sambutan Krismas anjuran Majlis Gereja Malaysia. (MK)

Lawan Demokrasi Tak Sempurna, Bukan Guling K'jaan -Mat Sabu

Mat Sabu berkata PAS tidak pernah terfikir menukar kerajaan di luar batas pilihan raya. - Gambar The Malaysian Insider, 26 Disember, 2013. Mat Sabu berkata PAS tidak pernah terfikir menukar kerajaan di luar batas pilihan raya. - Gambar The Malaysian Insider, 26 Disember, 2013. 

PAS tidak berhasrat menggulingkan kerajaan pada malam sambutan ambang tahun baru 2014 nanti, seperti yang didakwa beberapa pihak, menurut Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

“Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam PAS pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar,” kata Mohamad, yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau berkata parti Islam itu komited dengan amalan demokrasi walaupun ia tidak sempurna.
Beliau turut memberikan contoh demokrasi tidak sempurna yang diamalkan di Malaysia.
“Kalau 10 tahun dulu kita berkumpul sikit, polis sudah kepung. Bahkan di kawasan Kuala Kedah, pernah pihak polis melepaskan gas pemedih mata ketika ceramah dalam markas di Anak Bukit dan Kubang Rotan,” katanya.

Polis baru-baru ini menahan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup atau Turun, Azan Safar, yang menghadapi siasatan di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung satu rancangan perhimpunan ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan.

Azan ditahan reman kira-kira jam 12 tengah malam Isnin ketika makan bersama kawan-kawannya di Kampung Baru, dan dibebaskan 20 jam selepas itu. Azan, yang sebelum ini melancarkan Turun di hadapan kompleks Sogo, merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan tarif elektrik akan naik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014. Selain itu, kadar tol di 15 lebuh raya juga akan naik. Pada September, subsidi petrol RON 95 dan diesel dipotong menyebabkan kenaikan harga bahan bakar itu dan harga barang keperluan asas lain.

Semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi gula dihapuskan secara serta-merta dan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa April 2015. – 26 Disember, 2013. (IMI)

Ikan Tamban Naik Ke Pantai Bukan Tanda Tsunami -Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo

RIBUAN ikan tamban memenuhi pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pagi kelmarin.

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung 

KUALA LUMPUR - Kejadian beratus ribu tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah kelmarin bukan petanda tsunami akan berlaku.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.

"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu semalam.

Sementara itu,  Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi Selasa. Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.

Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di sini Rabu. Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.

"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan. Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami. (IH)
Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu  
Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Sambut Natal, Dengan Tarian Balet... Macam UMNO Di M'sia?


Aksi sejumlah penari balet cantik ini mengundang perhatian para pegawai bursa saham di New York. 
Sepasang penari balet "The Nutcracker" saat beraksi di kantor Bursa Saham New York di malam Natal (24/12).

Sambut Natal, penari balet beraksi di bursa saham New York
Benghibur begini di pejabat Bursa Saham New York di malam Natal ini adakah diambil tuntutan ajaran Agama Kristian?
Aksi sejumlah penari balet cantik ini mengundang perhatian para pegawai bursa saham di New York.
Aksi sejumlah penari balet ini mengundang perhatian pegawai bursa saham di New York.

Aksi sejumlah penari balet cantik ini mengundang perhatian para pegawai bursa saham di New York.
Aksi sejumlah penari balet cantik ini mengundang perhatian para pegawai bursa saham di New York.
Seorang penari balet "The Nutcracker" tersenyum berposting di hadapan fotografer di malam perayaan natal di Bursa Saham New York (24/12).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedihnya orang Islam juga menyambut hari perayaan Islam dengan acara maksiat begini. Contohnya lihat acara sambut hari raya dalam tv Malaysia pimpinan BN/UMNO, penuh dengan acara maksiat seperti gaul bebas dan tidak tutup aurat.

Mana-mana agama di dunia pun tidak mahu menghanyautkan pengikutnya ke arah keruntuhan moral.. kecuali... (IH) 

Lihat sebelum ini..
Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

Wednesday, December 25, 2013

Alif Pada 'Allah' Ditukar Dg Logo 1 Malaysia, Kurang Ajar. UMNO?

Perbuatan Biadab Gantikan Huruf Alif Pada Kalimah Allah Dengan Logo 1 Malaysia
RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini. Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.

"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.
"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.

Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan edaran kertas tersebut.

"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.
“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).
“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.

Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.(TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT/SH)


Forum Usahawan 1: Tambah Pendapatan & Mula Niaga Dari 0.. Begini Caranya!

Jumlah Kristian Betlehem Kurang Kerana Al Qaidah -Qumsieh


Jumlah penganut berkurang, umat Kristen Betlehem salahkan muslim
Gereja kelahiran Yesus di Betlehem. ©Reuters

Pemimpin Komuniti Kristian Palestin di Kota Betlehem Samir Qumsieh menyatakan makin berkurangnya penganut Kristian di kota kelahiran Jesus itu adalah akibat umat Islam, bukan kerana Israel. Dalam pidatonya pada siaran tv lokal, Qumsieh mengakui konflik di kawasan itu antara Israel dan Palestin ikut mempengaruhi jumlah penganut Kristian.

Dalam pidatonya itu dia tidak sepenuhnya menyalahkan Israel, seperti dilansir israeltoday.co.il, Selasa  semalam. Qumsieh berkeras mengatakan ancaman terbesar yang dihadapi umat Kristian, kini berjumlah sepertiga penduduk Betlehem, antara lain rendahnya tingkat kelahiran, perpindahan penduduk, dan diskriminasi oleh warga muslim.

"Diskriminasi itu terjadi sembunyi-sembunyi dan itu lebih membahayakan," kata Qumsieh.

Dia mengatakan keluarga Kristian di sana rata-rata hanya memiliki dua anak, kalah jauh dengan rata-rata keluarga muslim. Keadaan masa kini, kata dia, semakin berbahaya kerana banyaknya bukti kehadiran jaringan Al Qaidah di kawasan konflik itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Disitulah rahsia kekuatan Islam, kata Nabi, berkahwin dan beranaklah, beliau gembira dengan umatnya yang ramai. Aktiviti mengecilkan jumlah umat Islam adalah suatu pengkhianatan kepada agama Islam sendiri. (IH)

Sambut Krismas Dengan Langgan GRO, Buat Malu Kristian..

 Ini lain. Kegiatan maksiat, ketika serbuan, terdapat segelintir pengunjung mabuk sanggup menari dalam keadaan separuh bogel, di Jalan Doraisamy Jan 2013.

KLANG: Keghairahan puluhan pelanggan dua kelab menyambut Krismas dengan melanggan GRO terbantut apabila diserbu Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Pekan Baru Klang, di sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira 10.30 malam yang diketuai Asisten Superintendan Shukri Abdullah itu, 19 GRO warga asing bersama tiga lelaki termasuk seorang warga asing berusia 18 hingga 30 tahun ditahan. Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, kegiatan pelacuran itu ditawarkan pada kadar RM150 hingga RM500 seorang.

"Pasukan D7 menyerbu dua buah kelab ini secara serentak dengan kekuatan enam pegawai serta 15 anggota.
"Ketika serbuan, pelanggan sedang rancak berhibur serta ada kalangan GRO sedang melayan pelanggan yang mendapatkan khidmat mereka," katanya.

Rohan berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan dan dokumentasi. (myMetro)
Foto Menarik
ANTARA 19 GRO yang ditahan Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Pekan Baru Klang, lewat malam tadi. FOTO Na'imah Mohamed

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sambut Krismas dengan langgan GRO, buat malu Kristian saja..Kristian juga agama bertamaddun dan diktiraf sebagai agama dari langit. Tidak patut dibiarkan perbuatan mereka yang menghina agama ini.. Syabas pihak berwajib, terus hapuskan maksiat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails