Seorang
peserta demonstrasi memakaikan topeng V for Vendetta dan memegang bunga
warna kuning di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. – Gambar The
Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Disember, 2013.
Lebih 10,000 Rempuh Sekatan Polis, Teriak “Turun” Di Dataran Merdeka
Tepat
jam 11 malam, para peserta demo Turunkan Kos Sara Hidup (Turun),
merempohkan sekatan polis dan memasuki kawasan Dataran Merdeka sambil
menyebut "Turun" "Turun" "Turun".
Lebih 10,000 peserta itu kemudiannya bercampur dengan penonton konsert
Di Ambang Tahun Baru yang diadakan di kawasan dataran itu. Selain anak
muda khasnya pelajar yang menjadi majoriti dalam himpunan kali ini,
turut kelihatan adalah pemimpin politik termasuk Naib Presiden PAS
Salahudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
Para peserta demo yang berkumpul di Sogo mula bergerak beramai-ramai ke
Dataran Merdeka mulai jam 10 malam tadi menjelang jam 10.30 malam di
mana mereka berjanji akan mula bergabung di Dataran Merdeka.
Sebahagian dari peserta demo ini mula memenuhi kawasan perkarangan Dataran Merdeka sejurus selepas azan Isyak tadi.

Mereka
mula memenuhi kawasan Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad
sambil memakai baju-t hitam tertulis perkataan "Turun" sambil membawa
plakad "Tol Naik TOLak BN", "Apabila Golongan Kaya Merompak Golongan
Miskin, itu Adalah Perniagaan" dan banyak lagi.
Peserta demonstrasi juga dilihat memakai topeng putih dan ada di antara
mereka membawa bunga berwarna kuning sebagai simbolik keamanan.
Ramai antara mereka solat Isya di masjid berdekatan di samping ada yang
bersolat di perkarangan pusat beli-belah Sogo. Sehingga jam 9.45 malam,
lebih 2,000 berkumpul di perkarangan Sogo.
Kumpulan peserta demonstrasi Turun turut melaungkan slogan "Turun harga barang", "Hidup Rakyat".
Bagaimanapun tidak terdapat mana-mana pemimpin daripada pertubuhan politik yang kelihatan dalam demonstrasi berkenaan.
Tepat jam 9.30 malam, kumpulan berkenaan dilihat cuba merempuh halangan
polis di Jalan Raja untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka yang
diadakan konsert sambutan Ambang Tahun Baru sambil menjerit "Masuk",
"Masuk".
Peserta yang berkumpul di Masjid Jamek juga mula bergerak ke Dataran Merdeka.
Sementara itu di Masjid Jamek pula seawal jam 8 malam peserta Turun mula memenuhi kawasan tersebut.
Kumpulan yang bermula dari 300 orang kemudiannya bertambah sehingga
1000 sehinggalah pada jam 9 malam peserta Turun mula berarak dari
jalan Masjid Jamek hingga ke Dataran Merdeka sambil melaungkan slogan
Mereka turut melaungkan slogan "Turun harga barang", "Hidup Rakyat",
"hancur" sambil membawa banner yang tertulis "Tahniah kepada BN", "Suara
Rakyat", "Kamu yang rasuah kami yang tanggung" dan lain-lain lagi.
Bagaimanapun tidak terdapat mana-mana pemimpin daripada pertubuhan
politik yang kelihatan di Dataran Merdeka. Di sekitar Sogo, P. Kasthuri,
Nik Nazmi Nik Ahmad, Steven Sim, Teoh Kok Seong dan beberapa lagi
pemimpin politik kelihatan bersama peserta demontsrasi.
Tepat jam 9.30 malam, kumpulan berkenaan dilihat cuba merempuh halangan
polis di Jalan Raja untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka yang
dijadikan konsert sambutan Ambang Tahun Baru sambil menjerit "Masuk"
"Masuk".
Bagaimanapun setakat ini masih tiada lagi tangkapan yang dilaporkan berlaku.
Demonstrasi ini diadakan ekoran kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan mulai tahun 2014 esok dan juga sebelum ini termasuk harga
gula, minyak dan juga gula.
Mulai esok, kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan dijangka.
Antaranya tol, tarif elektrik, cukai pintu, tambang bas sekolah dan
lain-lain.
Polis telah bersedia sejak awal tambahan lagi apabila didakwa demo ini
bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dengan lebih 1,000 laporan polis
dibuat.
Polic berkata, empat NGO terlibat dalam menganjurkan demo ini iaitu
Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidarity Mahasiswa Malaysia
(SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Kesemua mereka menafikan demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.– 31 Disember, 2013. (TMI)
Pelbagai tanda protes dapat dilihat sekitar kawasan demonstrasi Turun.
Seorang peserta demonstrasi sedia memakai topeng gas di Dataran Merdeka.
Trafik warden Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memerhati orang ramai yang berlegar sekitar Dataran Merdeka
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
HMH STEVIA HERBA.
Wakil Penjual:
Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01
111281452 (Selayang),
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai)
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah,
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang
Roslan 0132132967 (Temerloh)